Bab 22

Romance Series 7965

"Angahh! Cepatlah!" Jerit Puan Rafidah didepan muka pintu rumah memanggil anak daranya itu.

"Ish awak ni.terjerit-jerit,terjerit-jerit.Tak malu ke jiran dengar nanti" Tegur Encik Azhar.

"Saya ni bukannya apa bang. Anak awak ni la. Kita dah nak bertolak pergi Tanjung Malim tu,tapi dia still tak turun-turun. Entah buat apa sampai lama sangat kat atas tu pun tak tahulah." Balas Puan Rafidah. Beg tangannya yang hampir melorot jatuh dibetulkan.

"Biasalah perempuan. Kalau bersiap,memang lamalah. Macam awak jugak muda-muda dulu. Bersiap lama betul. Sampai penat saya tunggu awak bersiap."Puan Rafidah ketawa kecil. Dipukul lengan suaminya itu.

"Ish abang ni. Itu zaman kita muda-muda dulu. Tak payahlah nak ingat." kata Puan Rafidah sambil tersenyum malu. Encik Azhar turut ketawa.

"Tak pelah. Abang tunggu dalam kereta lah." Puan Rafidah menganggukkan kepalanya.

" Pergilah. Kesian Intan tu lama menunggu dalam kereta Biar saya je tunggu anak gadis kita ni bersiap. Dah lambat macam ni,mesti semua benda dia lupa nak tutup nanti. Terpaksalah saya yang jadi tukang tutupnya." Encik Azhar ketawa kecil. Dia memusingkan badannya kebelakang untuk menuju kekereta tetapi langkahnya terhenti.

"Eh Hasif." sapa Encik Azhar. Puan Rafidah turut memusingkan badannya. Hasif tersenyum manis.

"Assalamualaikum pak cik,mak cik." Dihulurkan tangannya kepada Encik Azhar untuk bersalam. Salamnya disambut mesra.

"Waalaikumussalam. Hasif rupanya. Kenapa datang ni?" Tanya Puan Rafidah setelah menjawab salam.

"Ouhh,saya saja je nak tengok Farah sebelum dia bertolak. Lepas ni tak tahulah boleh jumpa ke tak."

"Kalau Hasif ada masa lapang,pergilah jenguk dia dekat kampus tu. Pak cik tak kesah pun kalau Hasif nak jumpa dia. Asalkan tak buat benda yang bukan-bukan sudahlah." ujar Encik Azhar sambil sempat memberi pesanan. Hasif menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Baik pak cik." ucap Hasif.

"Ok mak,ayah. Angah dah siapp." Kata Farah lalu menutup pintu utama. Dia menoleh kebelakang. Terkejut dirinya apabila Hasif berada didepan rumahnya.

"Eh,awak buat apa kat sini?" Tanya Farah kehairanan. Hasif mendekatkan jaraknya dengan Farah. Mulutnya didekatkan ketelinga Farah.

"Saya nak jumpa tunang saya la. Tak salahkan?" Balas Hasif sambil berbisik ditelinga Farah. Farah memandangnya tajam.

"Angah dah tutup semua suis dah? Suis lampu, kipas,semua dah tutup?" tanya Puan Rafidah. Hasif kembali menjarakkan dirinya daripada Farah.

"Dah mak. Semua dah tutup. Mak don't worrylah. Beres semua." balas Farah.

" Baguslah kalau macam tu. Tak delah mak risau sangat." Farah tersengih.

" Angah masukkan beg ni dalam kereta dululah." Puan Rafidah menganggukkan kepalanya. Melihatkan Farah ingin mengangkat beg bagasi besarnya itu, pantas Hasif menarik beg itu dekat padanya. Tercengang Farah dibuatnya.

"Awak ni dah kenapa?" tanya Farah kehairanan.

" Tak de pape. Biar saya je yang angkat."

"Eh tak payahlah. Saya boleh buatlah." beg bagasinya itu cuba dicapai kembali tapi sempat dihalang Hasif.

"Jangan nak mengadalah. Beg ni berat. Biar saya jelah yang angkat." Hasif masih tetap dengan pendiriannya.

" Suka hati awaklah. Malas nak layan." terus Farah berlalu kearah bonet kereta. Hasif mencapai beg bagasi itu lalu dibawa kebelakang kereta. Diletak penuh berhati-hati kedalam bonet kereta.

Puan Rafidah dan Encik Azhar sekadar memerhati gelagat mereka.

"Haih,macam-macamlah diorang ni." kata Encik Azhar. Puan Rafidah ketawa kecil.

"Dah,awak pergi masuk dalam kereta. Saya nak kunci pintu ni." arah Encik Azhar. Kunci rumah ditangan isterinya itu diambil lalu dia mengunci pintu utama itu. Puan Rafidah berjalan kearah kereta.

"Angah, jom masuk." ajak Puan Rafidah yang sedang membuka pintu kereta dibahagian depan.

"Ermm,mak cik. Saya nak cakap sekejap dengan Farah boleh?" kata Hasif meminta izin. Puan Rafidah mencarikkan senyuman kecil seperti memberi keizinan. Dia terus masuk kedalam kereta. Encik Azhar juga turut masuk kedalam kereta setelah mengunci pintu rumah.

"Awak nak cakap apa ni? Cepat sikit. Saya dah nak pergi ni." kata Farah. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Saya just nak cakap yang walaupun nanti kita berjauhan,saya tetap setia menunggu awak. I promise." Kata Hasif lalu mengangkat tangan kanannya seperti berikrar. Farah menjulingkan biji matanya keatas.

"Awak tak payah nak berjanji bagailah Encik Hasif Mikael. Sebab saya langsung tak percayakan cinta jarak jauh ni. So,lepas ni awak boleh bawa haluan awak,dan saya akan bawa haluan saya. Kita bawa haluan masing-masing." Kata Farah.

"Tak kisahlah apa yang awak nak cakap sekalipon,yang pastinya saya tetap tunggu awak. Lagipon awak belajar kat perak kan? Bila-bila masa je saya boleh datang sana jumpa awak." ujar Hasif. Farah memandang tajam lelaki itu.

"Jangan awak berani-berani datang jumpa saya kat situ. Saya tak suka." jari telunjuknya dituding tepat ke muka lelaki itu.

" Kalau saya nak datang juga, apa yang awak akan buat kat saya?" tanya Hasif cuba menguji. Farah mendengus kasar. Dia berlalu masuk kedalam perut kereta. Tidak lama kemudian, kereta itu mula bergerak meninggalkan Hasif yang masih tercegat disitu.

"Comel." Puji Hasif sambil tertawa kecil. Dia melangkah menuju ke keretanya lalu pergi.

"Nilah mak biliknya. Nasib jumpa." Kata Farah setelah penat berjalan mencari nombor biliknya.

"Alhamdulillah,jumpa pun." Farah membuka pintu biliknya itu.Tiada sesiapa didalam bilik itu.

Farah meliarkan matanya memandang biliknya itu. Ditarik beg bagasinya lalu dibawah kekatil yang berada berdekatan tingkap. Best sikit.

"Ni katil angah." Kata Farah.

"Ha iyelah. Ni baju-baju ni nak mak tolong tak masukkan dalam almari?" Tanya Puan Rafidah. Dia memeriksa almari. Tiada apa-apa kerosakan. Puan Rafidah kembali menutup pintu almari itu.

"Eh takpelah,biar angah je kemas nanti. Mak bolehla balik. Sian ayah tunggu kat bawah." Kata Farah. Kesian pula nak suruh ibunya menolongnya. Dia bukan budak kecil lagi yang perlu diurus itu ini. Dia dah besar.

"Oklah,apa-apa hal jangan lupa call mak ye. Ni duit belanja sikit." Hulur Puan Rafidah sejumlah duit.

"Eh tak yahlah mak duit ni. Duit ayah bagi pun dah cukup dah." Tolak Farah.

"Ambil je la." Hulur Puan Rafidah lagi. Teragak-agak Farah mengambilnya.

"Oklah,mak pergi dulu ye."

"Ok mak." Farah menghulurkan tangannya untuk disalam.

Farah baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala. Sedang dia khusyuk mengeringkan rambutnya,telefonnya berbunyi. Tangannya mula mencapai telefonnya yang berada diatas katilnya.

Hasif : Awak dah sampai ke?

Farah mengeluh kecil. Dipandang agak lama telefon ditangan tanpa ada niat untuk membalasnya.

Tiba-tiba,pintu biliknya dibuka dari luar. Dua orang perempuan melangkah masuk. Seorang memakai tudung dan seorang lagi berambut pendek.Mereka berbalas-balas senyuman.

"Roomate ni jugak je?" tanya Farah cuba bermesra.

" Haah. Nama saya Fatini." Perempuan yang berambut pendek itu mula memperkenalkan dirinya.

"Saya pulak Aliya." Kata perempuan yang memakai tudung pula. Mereka menghulurkan tangan tanda perkenalan. Farah menyambut huluran tangan mereka.

"Saya pulak Farah Nasuha. Just call me Farah." Akhirnya persahabatan baru mula terbina.

Sebulan kemudian...

"Wei Fatini,kau nak tak join kitorang jogging ni?" Tanya Aliya. Kaki Fatini digerak-gerakkannya.

"Tak nakla. Aku ngantukla." Balas Fatini. Dia menarik selimutnya hingga kekepala. Berselubung.

"Oklah kalo centu. Kitorang gerak dululah." Aliya membuka pintu bilik. Disarungkan kasut sukannya kekaki. Tali yang terbuka diikat kembali.

"Eh Fatini, kelas kau nanti pukul berapa?" Tanya Farah sambil membetulkan baju joggingnya berwarna kuning hitam yang dipakainya itu.

"Kelas aku petang." Balas Fatini sedikit mendengus. Mungkin tidak suka tidurnya diganggu. Malas mahu bertanya lebih,kasut sukannya disarung kekaki. Ditutup pintu bilik rapat lalu berjalan bersama Aliya menuju ketempat jogging.

Setelah selesai jogging,mereka duduk diatas rumput melepaskan lelah. Farah mencabut ikatan rambutnya lalu kembali diikatnya.

"Wei Farah,aku nak tanya sikit ni." Aliya membetulkan tudung yang dipakainya. Terasa senget tudungnya.

"Laa,tanya jela. Macam tak biasa je nak tanya apa-apa." Sengih Farah.

"Kau dah kahwin ke?" Terkedu Farah seketika. Dia memandang Aliya yang dari tadi memandangnya. Keningnya dikerutkan.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Aku bukannya apa. Semalam akukan pinjam laptop kau. Masa aku nak pulangkan tu,laci meja kau terbukak. Aku ternampak la ada cincin dalam tu. Macam cincin kahwin." Terang Aliya.

"Ouhh,cincin tu. HAHAHAH,aku belum kahwin lagi la." Farah tertawa menutup kekalutan hatinya. Kawan-kawannya tidak mengetahuinya lagi. Dia tak nak kes pertunangannya menjadi bualan orang.

"Kalau belum kahwin,kau dah tunang?" Tanya Aliya lagi.

"Ish,takdelah. Aku saja je beli. Suka-suka je." Aliya menganggukkan kepalanya perlahan. Suasana sunyi seketika. Tiba-tiba satu notification masuk ditelefon Farah. Lekas Farah mengambil telefonnya dipoket seluarnya.

Notification dari Hasif. Farah mengeluh. Ni satu hal lagi. Dari haritu tak habis-habis WhatsApp dirinya. Farah menutup telefonnya. Memang chat dari Hasif langsung tak pernah dibalasnya.

"Kenapa mengeluh?" Tanya Aliya.

"Eh takde papelah. Jomlah masuk bilik. Nanti ada class pulak lepas ni." Ajak Farah. Mereka berjalan menuju kebilik.

"Kenapa awak ni Farah? Tak pernah langsung balas chat aku ni dah kenapa?" Hasif mengetuk-ngetuk telefonnya ditangan. Mundar-mandir dirinya tidak tentu arah.

"Nak call ke tak nak?"

"Ishh,tak naklah call. Takut mengganggu pulak." Hasif bercakap-cakap dengan dirinya sendirian. Buntu. Tidak tahu apa yang patut dibuatnya. Sepanjang 3 bulan Farah pergi,satu mesejnya pun tidak pernah dibalas.

"Tapi kalau aku tak call dia,meroyanlah pulak aku tunggu dia balas chat aku. Arghh, susahnya suka dekat orang yang tak suka kita ni." Hasif melambungkan dirinya diatas katil. Tangannya memukul bantal berkali-kali.

Pintu dibiliknya dibuka Elyana. Terlopong mulutnya melihat abangnya memukul-mukul bantal tanpa henti. Dah macam orang frust je lagaknya.

"Woi abang,kau dah kenapa?" Tanya Elyana. Laju Hasif duduk memandang adiknya dimuka pintu.

"Kenapa apa?" Tanya Hasif kembali. Dia mengambil telefon pintarnya lalu membuat gaya seperti tengah chat seseorang. Malulah dengan adik.

"Eleh,macam la Yana tak nampak apa yang abang buat tadi. Yang macam orang frust ni dah kenapa?" Pertama kali Elyana melihat abangnya begitu. Selalu abangnya ni selalu cool je.

"Tak de papelah. Merepek je Yana ni. Yang Yana masuk bilik abang ni pahal?" Elyana mencebik.

"Mama suruh abang pergi beli barang. Ni ha list barang yang mama suruh beli." Elyana menghulurkan kertas kecil yang mengandungi list barangan kepada Hasif. Lambat-lambat Hasif mencapainya. Diteliti barang-barang yang perlu dibelinya itu

Alahaii,kena beli barang basahan la pulak. Malas betulla nak masuk market. Dah la busuk.

"Ha yelah,nanti abang gi beli."

"Mama pesan lagi,kena beli sekarang ye abangku sayang. Bukan NANTI." sengaja perkataan nanti itu ditekannya. Hasif sekadar menjeling.

"Ye,abang gi beli sekarang. Dah lah,kau keluar dari bilik abang. Suka hati je masuk tanpa kebenaran. Keluar,keluar." Halau Hasif. Dia turun daripada katilnya lalu menolak adiknya keluar dari biliknya.

"Ish,Yana tahula nak keluar." Marah Yana bila ditolak-tolak begitu. Hasif menutup pintu biliknya rapat lalu dikunci. List ditangan kembali dipandangnya. Aduhh,malas betullah nak beli barang.

Dia berlalu mencapai tualanya untuk membersihkan diri. Setelah selesai membersihkan dirinya,tuala dililit kepinggang. Kaki dibawa melangkah kearah almari pakaiannya lalu mengambil baju hoodie berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar tracksuitnya.

Disikat rambutnya dengan rapi lalu mencapai kunci kereta Audi r8 nya.

"Hasif buat apa kat sini? Ada masalah ke? Do you want to share with me? Dari kat meja makan lagi papa tengok Hasif ni macam ada masalah je. Cuba cerita dekat papa,apa masalahnya?" Tanya Dato' Hisyam lalu duduk bersila disebelah anaknya yang sedang termenung ditepi kolam. Hasif memandang ayahnya sambil tersenyum.

"Tak delah. Mana ada masalah pun. Saja ambil angin sikit kat luar ni" Balas Hasif. Dia mencarikkan senyuman kecil dibibir.

"Farah tak balas lagi ke chat kamu tu?" Tanya Dato' Hisyam mengagak.

Hasif tersenyum kelat.

"Macam tulah pa. Entah bilalah dia nak balas chat Hasif ni." Keluh Hasif. Dato' Hisyam menepuk-nepuk bahu anaknya. Sudah lama dia tahu masalah anak bujangnya ini.

"Perempuan ni memang lain sikit. Bila dia dah tak suka tu,apa-apa yang berkaitan dengan lelaki tu memang takkan diambil tahunya. Sebab tu kita sebagai lelaki ni kena bersabar sikit. Cuba ambil hati dia. Lambat-laun dia mesti dapat terima kamu punyalah."

"Tulah masalahnya pa.Hasif tak tahu lagi macam mana nak suruh dia terima Hasif." nada suaranya seperti sudah berputus asa. Tidak tau apa cara untuk menawan hati si dia.

"Hasif dah pergi ke jumpa Farah?"

"Jumpa? Buat apa?" Tanya Hasif kehairanan.

"Ye la,jumpa dia. Sembang-sembang sikit dengan dia. Manalah tau,bila selalu sangat Hasif jumpa dia,hati dia boleh slow-slow terima Hasif. Kan?" Kata Dato' Hisyam mengeluarkan idea. Sejenak Hasif terfikir kata-kata ayahnya.

Haahkan,why not aku pergi jumpa dia. Tak kesahlah jauh macam mana sekalipun. Kalau dah ini je caranya untuk buat Farah jatuh cinta padanya, dia sanggup. Tiba-tiba fikirannya melayang teringat perbualannya dengan Farah sebelum Farah bertolak pergi.

"Jangan awak berani-berani datang jumpa saya kat situ. Saya tak suka." jari telunjuknya dituding tepat ke muka lelaki itu.

" Kalau saya nak datang juga, apa yang awak akan buat kat saya?" tanya Hasif cuba menguji. Farah mendengus kasar. Dia berlalu masuk kedalam perut kereta.

Hasif tersenyum senget. Ye, dia akan pergi kesana.

"Kenapa Hasif tak pernah terfikir ek sebelum ni?"

"HAHAHA,tu lah kamu. Asyik fikir kenapa Farah tak balas chat kamu je. Lain kali fikir cara macam mana nak jumpa dia pulak." Kata Dato' Hisyam.

"Dah la,papa masuk dalam dulu ye. Jangan lama sangat kat luar ni,sejuk ni. Nanti demam pulak. Dah tak dapat jumpa Farah." Sambung Dato' Hisyam lagi.

'Ish,betul jugak cakap papa. Kang nanti sakit,naya je tak dapat jumpa Farah'. Kata Hasif didalam hati. Lekas Hasif bangun daripada duduknya lalu mengejar papanya. Dipeluk bahu Dato' Hisyam lalu beriringan masuk kedalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience