Bab 18

Romance Series 7967

"Wei,korangg. Jom keluar." Ajak Amy. Ketika ini,mereka sedang bersembang melalui telefon. Farah yang duduk dimeja belajarnya menggoyangkan kakinya kedepan dan kebelakang. Badannya pula disandarkan kekerusi. Laptop didepannya dibiarkan terbuka tidak ditutup. Dia baru sahaja selesai mencari universiti untuk dimohon.

"Aku on je." Balas Lina bersemangat. Tak menyabar nak jumpa.

"Aku pun ok gak. Kita jumpa kol 5 lah." Cadang Farah.

"Ha ok. Nanti kitorang datang umah kau" ujar Amy.

"Eh,asal nak datang umah aku lak?" Farah kehairanan. Selalunya mereka suka melepak dirumah Lina kerana Lina mempunyai nenek. Dan yang paling bestnya,nenek Lina memang sporting. Sebab itu mereka tidak kesah melepak dirumah Lina. Tapi kenapa tetiba nak lepak dirumahnya?

"Sebabnya adalah... kitorang nak lepak kat umah kau. HAHAHA. Boleh tak?" balas Lina. Farah turut tersengih.

"Aku ok je. Cuma pelik sikit. Selalunya kita kan lepak kat rumah Lina,kenapa harini nak lepak kat tempat lain?"

" Saje nak tukar angin. Hahhaha,tak lah. Mak ayah Lina bawak nenek Lina pergi klinik ambil ubat. So tak de siapa kat rumah dia. Bosanlah. Kalau nak lepak kat rumah aku,kau pun taulah. Rumah aku tu ramai lelaki. Takut korang tak selesa pulak." terang Amy. Terangguk-angguk Farah memahami.

"Oklah macam tu. Petang ni jumpalah."

"Tapi family kau ok ke kitorang nak lepak kat rumah kau? " tanya Lina.

" Alah, tak payah risaulah. Mak ayah aku ok je. Lagipun diorang pun suka je korang datang. Tak de masalah. Datang je."

" Oklah kalau macam tu. Pukul 5 kami dah terpacak kat depan rumah kau." kata Amy.

" Eleh korang, beria kata pukul 5. Nanti datangnya pukul 4." perli Farah. Terdengar tawa dari mereka.

"Oklah, aku ada hal lah. Nanti jumpa. Bye." ujar Amy. Masing-masing mula memutuskan panggilan. Telefon ditangan diletakkan diatas meja. Punggungnya diangkat lalu kakinya melangkah menuju kedapur. Matanya tertinjau mencari kelibat ibunya yang tiada didapur.

"Adik,mana mak?" Tanya Farah kepada Intan yang baru keluar dari bilik air.

"Ouhh,tadi mak kat luar." balas Intan dan kemudian berlalu menuju keruang tamu meninggalkan Farah sendirian didapur. Tidak lama kemudian, Farah berjalan menuju ke luar rumah. Kelihatan kelibat ibunya yang sedang menyiram pokok bunga.

Disarungkan seliparnya dikaki. Dia mula menapak perlahan menuju keibunya yang sedang membelakangi dirinya.

"Ibu!" Sergah Farah. Terkejut Puan Rafidah tidak terkata. Paip ditangan dituju kepada Farah. Terjerit Farah dibuatnya apabila bajunya basah terkena air. Cepat-cepat Puan Rafidah menutup pili paip.

"Hish,ni nak apa ni sampai buat mak terkejut? Nasib baik mak ni tak de sakit jantung tau." Marah Puan Rafidah kepada anak keduanya itu. Farah sekadar memuncungkan mulutnya kedepan. Bajunya yang basah digosok-digosok menggunakan tangannya. Haih,nasiblah tak basah lencun.

"Hehe,mak jangan marah-marah. Angah just nak cakap,petang nanti Amy dengan Lina nak datang rumah. Saje nak lepak sini. Boleh tak mak?" tanya Farah meminta izin.

"Boleh je. Apa salahnya." ujar Puan Rafidah. Pili paip dibuka kembali. Dia menyambung semula menyiram pokok bunga.

"Ok thank you mak." Farah berjalan mendapatkan ibunya lalu dicium pipi Puan Rafidah sebelum berlalu pergi.

                                     

"Assalamualaikum." terdengar laungan diluar rumah memberi salam. Terkocoh-kocoh Puan Rafidah mendapatkan pintu utama rumahnya.

"Waalaikumussalam. Sekejap." ujar Puan Rafidah lalu dibukanya pintu sedikit. Amy dan Lina yang berada diluar menayangkan senyuman masing-masing.

"Laa,korang rupanya. Eh,jemput la masuk." Ajak Puan Rafidah. Pintu dibukanya lebar. Amy dan Lina melangkah masuk keruang tamu. Tangan milik Puan Rafidah disalam.

"Mak cik sihat?" tanya Amy cuba beramah mesra. Puan Rafidah tersenyum kecil.

"Alhamdulillah sihat. Macam nilah. Korang sihat?"

" Kami sihat. Alhamdulillah." balas Lina.

"Ni datang nak jumpa Farah kan?" Amy dan Lina menganggukkan kepala masing-masing.

" Haah mak cik. Dia ada kan?" tanya Amy.

"Ada je. Kat atas. Duduklah dulu. Mak cik pergi panggil dia kejap." Puan Rafidah terus berlalu meninggalkan tetamunya. Perlahan-lahan mereka melabuhkan punggung mereka diatas sofa. Intan yang baru melangkah keruang tamu terkejut melihat Amy dan Lina. Dia mula menjerit keriangan. Berlari anak dia mendapatkan kawan kakaknya itu. Rapat betul dia dengan mereka berdua.

Puan Rafidah yang berada ditangga bawah melaungkan suaranya memanggil Farah dibiliknya. Tidak lama kemudian,kelibat Farah yang baru turun mula kelihatan.

"Kenapa mak?"

"Tu Amy dengan Lina dah sampai. Mak nak buat air kejap." balas Puan Rafidah.

"Ouh." balas Farah sepatah. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang sedikit kusut sebelum melangkah menuju keruang tamu. Kelihatan kelibat Amy dan Lina yang sedang bermain bersama Intan.

"Awalnya korang sampai. Baru pukul 4.44 petang. Aku dah agak dah. Belum pukul 5 korang dah sampai." ujar Farah sambil melabuhkan punggungnya dikerusi single berhadapan dengan Amy dan Lina. Tersengih-sengih mereka dibuatnya.

"Alah,bukan sengaja nak datang awal. Si Amy ni la. Awal betul dia datang rumah aku sebab nak gi rumah kau. Excited bebenor. Macamlah tak pernah datang rumah kau." Perli Lina. Sempat matanya melirik kearah Amy disebelahnya.

"HAHAHA,sorryla kalau awal sangat. Aku tak tau kenapa,aku rasakan harini adalah hari yang memeranjatkan semua orang." Balas Amy. Dicapainya tangan Intan yang sedang duduk dipahanya lalu diusap lembut.

"Hari yang memeranjatkan? Maksud kau?" Tanya Farah dengan kening yang bertaut.

" Aku tak taulah nak explain macam mana,tapi aku dapat rasakan macam ada something nanti yang akan terjadi."

"Lain macam ek." Balas Lina. Farah ketawa kecil.

"Eh,jomlah lepak kat luar." Ajak Amy. Dia bangun daripada duduknya. Amboi,dah macam rumah dia pulak ek. HAHAH.

"Boleh je. Jomlah gi sana." Mereka turut bangun.

"Nak ikut jugak." Ucap Intan. Mereka ketawa melihat gelagat Intan yang penyibuk. Langkah dibawa kearah kerusi dan meja kecil bulat yang berada diluar rumahnya. Masing-masing melabuhkan punggung disitu. Farah meletakkan kedua belah tangannya diatas meja.

"Mana ayah kau Farah? Dari tadi tak nampak batang hidung." tanya Lina. Sempat Farah melirik kearah Intan yang duduk disebelah Amy.

"Ouhh,ayah aku keluar kejap. Pergi rumah pak cik Osman. Katanya nak pergi sekejap je. Ni sampai sekarang tak balik-balik lagi."

" Dah lama ke ayah kau keluar?" tanya Amy.

" Dah lama lah jugak." jawab Farah. Dia mengerutkan keningnya.

"Kenapa dari tadi asyik tanya pasal ayah aku je?" tanya Farah. Tersengih-sengih Amy dan Lina dibuatnya.

"Saje je tanya. Selalunya kalau kitorang lepak rumah kau,mesti ayah kau join sekali. Ni bila dia tak de,rasa sunyi pulak." terang Amy. Pecah tawa Farah dibuatnya.

Sedang mereka rancak bersembang,kelibat Puan Rafidah yang sedang menatang dulang berisi air oren dan pisang goreng mula kelihatan. Diletakkannya diatas meja kecil bulat itu.

"Jemputlah minum ye. Harini pak cik takde. Pergi rumah pak cik Osman kejap. Nanti dia baliklah tu." kata Puan Rafidah. Tau sangat dirinya bahawa mereka memang rapat dengan suaminya.

"Ouhh. Eh mak cik,jom lah join kitorang." ajak Amy.

" Tak pelah. Korang sembang jelah. Mak cik ada kerja kat dalam. Tak naklah mak cik mengganggu korang."

" Kalau macam tu,mak bawak sekali budak penyebuk ni masuk rumah. Dari tadi menyebuk je." perli Farah. Dulang ditangannya dipukul kebahu Farah sambil ketawa.

"Angah ni memanglah. Suka sangat sakat adik tu. Bawak-bawaklah berubah." Ujar Puan Rafidah dengan sisa tawanya masih ada. Intan mula turun daripada kerusi dengan muncung yang panjang sedepa.

"Intan tak nak kawan angah. Werk." sempat Intan menjelirkan lidahnya sebelum berlari masuk kedalam rumah bersama Puan Rafidah. Farah menyandarkan badannya kekerusi sambil tangan disilang kebadannya.

"Macamlah aku kesah."

"Kau ni,tak baiklah buat adik kau macam tu." kata Amy dengan sisa tawanya. Farah menjulingkan biji matanya keatas.

"Biarlah dia."

Ketika mereka sedang bersembang,kedengaran bunyi motor masuk kedalam perkarangan rumahnya. Leher masing-masing dipanjangkan melihat penunggangnya tersebut.

Enjin motor dimatikan. Encik Azhar melangkah kearah mereka bertiga.

"Dah lama sampai ke?" tanya Encik Azhar kepada Amy dan Lina.

"Tak delah lama mana. Baru lah jugak." balas Amy.

"Borak lah. Pak cik penat. Baru je lawat cucu Pak cik osman."

" Ok pak cik." lalu kelibat Encik Azhar mula menghilang setelah dia masuk kedalam rumah.

Tidak lama kemudian,sebuah kereta honda civic muka kelihatan diperkarangan rumahnya. Mereka yang sedang rancak berbual terdiam. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Siapa tu Farah?" Tanya Amy dan Lina serentak. Farah mengangkat bahunya tanda dia pun tidak tahu.

Pintu kereta dibuka lalu keluar seorang lelaki dan dua orang perempuan. Perempuan yang duduk dikerusi sebelah pemandu agak berusia daripada perempuan yang duduk dikerusi belakang.

Perempuan yang agak berusia itu berjalan kearah mereka sambil tersenyum.

"Ni rumah Farah Nasuha ke?" Tanya mak cik itu. Farah memandang kearah Amy dan Lina. Tidak lama kemudian, dia kembali memandang kearah perempuan itum

"Ye,saya Farah Nasuha." Kata Farah lalu menghulurkan tangannya tanda ingin bersalam. Salamnya disambut. Bahu Farah ditepuk-tepuk perlahan. Amy dan Lina turut menghulurkan tangan mereka untuk disalam.

"Boleh mak cik jumpa mak ayah Farah?"

" Boleh je. Jemputlah masuk kedalam rumah." Ajak Farah. Masing-masing bangun daripada duduk. Perempuan yang tidak dikenali itu berjalan menuju kearah lelaki dan perempuan yang sedang menunggu diluar kereta. Mereka semua muka melangkah masuk kedalam rumah. Sempat Farah menatang dulang berisi air oren dan pisang goreng yang tinggal sedikit.

Farah mempersilakan tetamunya duduk disofa. Amy dan Lina sekadar duduk bersimpuh diatas lantai Dia berlalu menuju kedapur. Dalam beberapa minit kemudian,Puan Rafidah dan Encik Azhar berjalan menuju keruang tamu.

Perlahan-lahan punggung dilabuhkan sambil matanya tidak lepas memandang kearah tetamu mereka.

"Ada apa ye datang kemari?" Tanya Encik Azhar. Farah turut duduk bersila dilantai bersama kawan-kawannya.

"Maaflah ye sebab kami datang tanpa diundang. Kami sebenarnya datang ni berhajat." Kata lelaki yang agak berusia itu. Sempat dia membetulkan kotak suaranya sebelum berbicara.

"Hajat apa ye?" Tanya Encik Azhar. Sempat Puan Rafidah memberi isyarat mata kepada Farah untuk menyediakan air. Farah sekadar menganggukkan kepalanya lalu melangkah menuju kedapur.

"Sebelum tu saya nak perkenalkan dirilah dulu. Nama saya Datin Husna. Panggil kak Na je. Ni suami saya,Dato' Hisyam dan ni anak perempuan saya. Nama dia Elyana." Farah yang berada didapur secara senyap-senyap mendengar perbualan mereka.

"Uish,Datin rupanya. Patutlah macam kaya semacam." sempat Farah bercakap keseorangan sebelum kembali mendengar bait-bait perbualan mereka.

"Ouhh,nama saya Rafidah. Panggil je kak Idah. Yang ni suami saya,Azhar. Yang kecil ni pulak Intan. Intan Amina. Adik bongsu dia ni. Yang berdua ni pulak Amy Shahizati dan Lina Arissa.Mereka berdua ni kawan Farah. Anak kedua saya yang tadi tu." Terang Puan Rafidah. Datin Husna dan Dato'Hisyam menganggukan kepala mereka perlahan. Farah yang sudah siap membancuh air menatang dulang perlahan menuju keruang tamu beserta pisang goreng yang telah digoreng oleh Puan Rafidah tadi.

Diletakkan penuh berhati-hati diatas meja.

"Jemputlah makcik,pakcik." pelawa Farah sambil tersenyum. Punggung dilabuhkan diatas lantai kembali.

"Ni lah anak kedua kami. Farah Nasuha. Kami ada sorang lagi anak. Anak sulung. Tapi dah kahwin dah. Syaza Hanisa namanya." Puan Rafidah begitu semangat bercerita tentang ahli kekuarganya. Farah sekadar tersenyum simpul. Tetamu itu memandang kearah Farah penuh teruja.

"Cantik." puji Datin Husna. Setelah itu,dikeluarkan kotak cincin yang bewarna baldu merah. Dibukanya perlahan. Sebentuk cincin permata yang terukir cantik menjadi pandangan yang lain. Diletakkan diatas meja.

"Kami datang sini sebenarnya berhajat. Nak masuk meminang Farah." Setelah berdehem beberapa kali, akhirnya Dato'Hisyam keluarkan juga hajat kenapa dia berada dirumah Farah. Masing-masing seolah tergamam. Membulat mata Farah mendengarnya. Masing-masing menumpukan perhatian kearah Farah. Farah hanya memandang mereka tanpa secalit senyuman. Apa semua ni? Bertunang?

"Betul ke apa yang kami dengar ni?" Tanya Puan Rafidah inginkan kepastian.

"Iye Kak Idah. Memang kami datang ni berhajat. Nak tunangkan Farah Nasuha dengan anak kami." ujar Datin Husna sambil tersenyum.

"Kenapa tiba-tiba je? Anak saya ada buat benda yang tak baik ke?" Risau Puan Rafidah jika anaknya melakukan sesuatu tanpa pengetahuannya.

"Eh tak delah. Anak akak tak de buat salah apa-apa pun. Cuma anak kami yang nak berkahwin dengan Farah. Katanya dah lama dia kenal si Farah ni. Tu yang disuruhnya masuk meminang terus." Terang Datin Husna.

'Kenal dah lama? Takkanlah Si Ikmal kot yang masuk meminang aku. Sembang dengan dia pun dah tak dah.' bisik Farah didalam hati.

"Kalau pasal ni,kita kena tanya tuan badannyalah." Kata Encik Azhar.

"Kamu macam mana Farah? Setuju ke?" Soal Puan Rafidah. Semua mata memandang kearahnya inginkan jawapan. Farah menggigit bibirnya. Aduhh,nak cakap apa ni.

"Ermm,saya..tak bersedia lagi untuk berkahwin." hanya itu sahaja jawapan yang mampu difikirkkannya.

"Alah tak pe,tunang je dulu." Pujuk Datin Husna.

"Tapi saya masih belajar. Awal lagi rasanya untuk saya mendirikan rumah tangga."

"Angah tunang la dulu. Lepas belajar,boleh kahwin." Kata Puan Rafidah pula. 'Makk,pleasee faham isi hati angah ni mak. Angah tak nak kahwinn.' jerit Farah didalam hati.

"Betul kata mak Farah tu. Tunang je dulu. Kahwin kita boleh fikir nanti. Lepas Farah habis belajar." Pujuk Datin Husna.

"Err,saya..."Farah memandang kebawah. 'nak terima ke tak nak?' tanya Farah didalam hati. Sempat Farah melirik kearah kawannya yang sedang tersenyum kearahnya.

"Terima ye." Rayu Datin Husna. 'aduhh,part rayu merayu ni aku dah la lemah.'

Seperti ada kuasa yang mengawal dirinya, tanpa disangka Farah menganggukkan kepalanya. Mereka yang lain sudahpun mengucapkan rasa syukur kehadrat ilahi.

Amy yang berada disebelah Farah menepuk-nepuk bahunya. Farah kaget. Terasa seperti ingin menangis disitu juga. Dahlah orangnya pun tak kenal,tetiba nak kahwin.

'Kau dah kenapa kepala oii. Yang kau pergi mengangguk tadi tu buat apa.' marah Farah didalam hati. Kepala Farah hanya ditundukkan kebawah. Tidak berani untuk dirinya memandang kearah lain. Jari jemarinya dimainkan sesama sendiri. Datin Husna tersenyum memandangnya lalu dicapai kotak cincin yang berada diatas meja. Dikeluarkan cincin tersebut lalu dia berjalan menuju kearah Farah. Dia turut bersimpuh dihadapan Farah.

"Farah." perlahan sahaja Datin Husna memanggil dirinya. Farah mengangkat kepalanya. Sedikit terkejut dirinya bila melihat Datin Husna telah pun berada dihadapannya.

"Terima kasih ye sudi terima anak mak cik. Mak cik gembira sangat." ucap Datin Husna. Ditarik perlahan tangan Farah lalu disarungkan ke jari manis kanannya. Kini Farah telah pun menjadi tunangan si dia. Yang tidak diketahui namanya.

Farah memandang sepi tangan kanannya yang telah disarungkan cincin. Langsung tiada secalit senyuman dibibir. Tanpa disangka,Datin Husna terus memeluk dirinya.

Bab kali ni panjang sikit. Tetiba idea datang mencurah-curah bila masuk part ni. hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience