Bab 27

Romance Series 7967

"Tambah lagi nasi tu Hasif."

"Baik,mak." nasi yang hampir habis didalam pinggan ditolak kearah Farah. Farah yang sedang menyuap nasi kedalam mulut terhenti suapannya. Dia memandang Hasif disebelah yang tersengih memandangnya. Matanya jatuh pada pinggan yang ditolak padanya. Dia kembali memandang kearah Hasif. Keluhan kecil dilepaskannya.

Pinggan Hasif ditarik mendekati bekas berisi nasi putih. Beberapa senduk nasi dicedok kedalam pinggan. Dihulurkan kembali pinggan tersebut kearah Hasif. Cepat-cepat Hasif mencedok kuah kedalam pinggan. Digaul sebati lalu disuap masuk kedalam mulut. Farah hanya memandang kearah Hasif yang begitu berselera makan.

"Perut awak ni perut gajah ke?" soal Farah. Terbatuk Hasif dibuatnya.

" Saya perut manusialah. Ada pulak perut gajah."

" Saya bukannya apa. Berselera betul awak makan. Siap tambah nasi sampai 3 kali. Kita baru je lepas makan tom yam. Larat ye perut awak tu sumbat semuanya." perli Farah. Manakan tidak,dia pun tidak larat dah nak makan. Ini pun sikit je dia cedok nasi kedalam pinggan. Nasi pun tak luak mana. Tapi Hasif? Dah makan tom yam. Makan lagi nasi tambah 3 kali. Aihh.

"Apa cakap macam tu angah ni. Biarlah dia nak makan banyak mana pun. Lauk pun banyak lagi ni." kata Puan Rafidah. Encik Azhar tergelak kecil.

" Tengok. Mak pun tak kesah saya makan banyak. Lagipun kalau bukan saya yang habiskan lauk ni semua,siapa lagi nak habiskan? Awak ke? Nasi kat pinggan pun tak luak mana." perli Hasif. Farah mencebik. Alih-alih dia jugak yang kena.

"Biarkan dia Hasif. Ni tambah lagi ayam ni. Makan banyak-banyak." ayam masak lemak cili api itu dicedokkan kepinggan Hasif. Hari ini Puan Rafidah memasak lauk ayam masak lemak cili api,ikan keli goreng,ulam-ulaman beserta air bandung. Semakin lebar sengihan diwajah Hasif bila dilayan begitu.

"Terima kasih mak." ucap Hasif.

"Sama-sama. Makan,makan." Suapan kembali diteruskan. Farah yang telah pun menghabiskan makanannya bangun menuju kesinki. Pinggan dan cawan kotor yang digunakan tadi dibasuhnya. Tangannya yang basah dilap menggunakan kain yang tersedia.

"Angah pergi depan dulu ye mak,ayah."

"Iyelah." balas Puan Rafidah. Tanpa memandang kearah Hasif,dia berjalan menuju keruang tamu. Punggungnya dihempaskan diatas sofa. Bantal kecil disebelah dicapai lalu diriba diatas paha. Sempat tangannya mencapai remote tv. Punat merah ditekan. Tv yang tadi gelap mula bercahaya. Setelah penat menukar-nukar siaran,tv kembali ditutup. Kepalanya ditoleh kearah dapur. Mereka masih menjamu selera.

Keluhan kecil dilepaskan. Bantal kecil diletakkan disebelah. Kakinya dibawa melangkah ke luar rumah. Tangannya disilangkan sambil badannya disandarkan ketiang batu rumahnya. Dia mula mengelamun.

Cawan berisi air bandung disebelah dicapai lalu dibawa kemulut. Air dihabiskannya. Dia mula bangun daripada duduknya lalu berura-ura untuk membasuh pinggannya.

"Eh Hasif, tak payah basuh pun. Letak je kat sini. Nanti mak basuhkan. "tegah Puan Rafidah. Terbantut pergerakan Hasif dibuatnya.

"Eh tak pelah mak. Hasif boleh basuh sendiri. Bukannya susah pun. "

" Tak payah Hasif. Biar je kat sini. Hasif pergilah depan. Berbual dengan Farah tu. " Puan Rafidah tetap dengan keputusannya. Teragak-agak Hasif meletak kembali pinggannya diatas meja.

"Terima kasih mak." ucap Hasif. Puan Rafidah sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia masih duduk dimeja makan menunggu suaminya selesai makan. Hasif mula berlalu kesinki lalu tangannya yang kotor dibasuh. Kain yang tergantung berdekatan sinki dicapai lalu dilap tangannya yang basah.

"Hasif pergi depan dulu ye mak, ayah."

"Iye. Pergilah." dia mula berjalan kearah ruang tamu. Matanya melilau mencari kelibat Farah diruang tamu itu.

"Mana dia ni? kat bilik ke? Tak nampak pun tadi dia masuk bilik?" tertanya-tanya Hasif sendirian. Tangannya dicekak kepinggang. Memikir dimana hilangnya Farah.

Pintu ruang tamu ditujunya. Pintu yang tertutup dibukanya. Mukanya dikeluarkan sedikit mencari kelibat Farah. Matanya jatuh pada seorang perempuan yang sedang bersandar ditiang batu. Dia mencarikkan sedikit senyuman kecil. Perlahan-lahan dia berjalan terjingkit-jingkit menuju kearah Farah yang sedang berkhayal.

"Hah! Buat apa tu?!"

"Eh mak kau,mak aku." spontan Farah melatah. Mencerlung tajam dia melihat Hasif ketawa besar.

"Ish." dia berlalu kearah buaian bulat diluar rumahnya itu. Tangannya disilangkan gaya protes. Sakit hatinya mendengar gelak ketawa Hasif mengenakannya tadi.

Tawa Hasif semakin reda. Dia tersenyum kecil sambil kaki dibawa melangkah mendekati Farah. Punggungnya dilabuhkan diatas meja berhadapan dengan Farah. Langsung Farah tidak memandang kearahnya. Marah benor gayanya tu.

"Awak." panggil Hasif perlahan. Tawanya yang ingin meletus kembali dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu menambahkan sakit hati Farah. Farah hanya mendiamkan diri sambil kepala dipalingkan ketempat lain.

"Awak." panggil Hasif lagi. Kali ini tiada lagi tawa yang ingin diletuskan. Dia hanya tersenyum manis. Setelah tiada respon daripada Farah,buaian yang diduduki Farah itu digoyangkannya perlahan.

"Ish,tak payahlah nak goyang-goyangkan buaian ni. Pergilah masuk dalam. Duduk luar ni buat apa?" marah Farah. Mukanya masih tidak memandang kearah Hasif.

"Saya boleh masuk dalam kalau awak temankan saya masuk dalam. Bosanlah kalau tak de awak." balas Hasif. Tangannya sudah pun menghentikan perbuatannya daripada terus mengoyangkan buaian tersebut.

"Awak pergi jelah masuk dalam. Nanti saya masuklah."

"Tak pelah. Kalau awak tak nak masuk lagi,saya pun tak nak masuk. Nak duduk sini je dengan awak." Farah mendiamkan dirinya. Nak menyuruh Hasif masuk kedalam rumah,bukannya Hasif tu nak pun. Mengada nak duduk menemaninya diluar.

"Awak masih marahkan saya ke?" tanya Hasif tiba-tiba.

" Tak." balas Farah sepatah. Sebenarnya perasaan marah tadi dah lama hilang. Tapi sengaja dia ingin melihat sejauh mana Hasif memujuknya.

"Habistu kenapa macam marahkan saya je? Pandang saya pun tak."

" Saje."

" Ok ok. Farah, I'm so sorry pasal tadi. Bukan sengaja saya nak buat awak terkejut. Cumanya awak tu termenung jauh sangat. Fikirkan pasal apa?"

" Tak de fikirkan pasal apa pun. Saje tenangkan diri kat luar ni." kali ini mukanya telah memandang kearah Hasif. Tangannya pun sudah diletakkan diatas riba.

"Tenangkan diri? Awak ada masalah ke?"

"Eh tak lah. Saya tak de masalah apa pun. Biasalah kan kalau ada masalah kecil tu. Saya nak restkan otak saya ni. Biasalah,pelajar kan? Banyak fikir pasal assignment yang nak kena siapkan."

"Assignment? Kalau macam tu,saya boleh tolong awak siapkan assignment awak tu." pelawa Hasif. Farah ketawa kecil.

" Ish,tak payahlah. Saya balik sini bukannya nak fikirkan pasal kerja-kerja saya tu. Saya boleh siapkan sendiri assignment saya tu. Lagipun saya tak bawak laptop. Nak siapkan macam mana?"

" Ouhh,ye tak ye jugak kan." Hasif menutup malunya dengan mengusap belakang lehernya sambil tersengih.

"Tapi,apa-apa pun terima kasih atas niat murni awak tadi. Haih,rasa menyesal pulak tak bawak laptop sekali tadi. Kalau bawak tadi,mesti dah boleh suruh hamba saya siapkan assignment." perkataan hamba sengaja ditekankannya.

" Amboi,hamba ye?" Hasif sudah pun menggoyangkan buaian tersebut. Ketawa besar Farah dibuatnya. Masing-masing tenggelam dengan perasaan bahagia dihati sampaikan tidak perasan Puan Rafidah dan Encik Azhar yang sedari tadi memerheti gelagat mereka disebalik pintu. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.


***

"Hasif balik dulu ye mak,ayah. Terima kasihlah sebab masakkan makanan yang sangat sedap tadi. Masih ingat lagi rasa masakan mak masak tadi kat tekak ni mak." seloroh Hasif. Masing-masing ketawa kecil.

" Kalau sedap,Hasif datanglah sini selalu. Nanti mak masakkan untuk Hasif lagi. Lagipun rumah ni pun sikit je orang. Farah pulak belajar. Jarang balik rumah. Ada Hasif meriahlah sikit rumah ni." pelawa Puan Rafidah lagi.

" InsyaAllah mak. Kalau ada masa,nanti Hasif datang sini lagi. Oklah mak,ayah. Hasif balik dulu ye." Ujar Hasif meminta diri.

" Yelah,hati-hati memandu tu nanti Hasif. Jangan bawak laju sangat. Dah malam ni." pesan Encik Azhar. Seharian Hasif berada dirumahnya ini.

"Baik yah. Hasif minta diri dulu." tangan Encik Azhar disalam. Dia mula berjalan kearah kereta. Pintu kereta dibuka.

"Bye,awak. Assalamualaikum." ucap Farah separa menjerit. Hasif tersenyum manis.

"Waalaikumussalam." dia mula masuk kedalam kereta. Enjin kereta dihidupkannya. Tidak lama kemudian,kereta Audi r8 itu mula keluar dari perkarangan rumah mereka. Sempat Hasif melambaikan tangannya diluar tingkap sebelum kereta mula pergi.

Mereka membalas lambaian tersebut. Farah masih memandang kearah kereta milik Hasif yang telah pun jauh dari pandangan.

"Dah,jom masuk rumah." ajak Encik Azhar. Farah masih setia diluar rumah.

"Angah,sudah sudah lah tu. Masuk dalam. Haih,angau dah dia." kata Encik Azhar dimuka pintu. Puan Rafidah dan Intan telah pun masuk kedalam rumah. Farah tersenyum kearah ayahnya sambil kaki dibawa perlahan masuk kedalam rumah. Tergeleng-geleng kepala Encik Azhar dibuatnya.


***

Hasif melambungkan badannya keatas katil. Matanya memerhatikan kipas yang ligat berpusing diatas. Tanpa sedar,senyuman manis terukir dibibirnya sebelum dia menutup mata. Lena tidurnya tanpa apa-apa yang mengganggu mimpinya.

"Mak masak apa ni?" Tanya Farah sambil melihat kedalam kuali. Pagi ini,cuaca agak baik. Udara memang segar diawal pagi.

"Mak dah siap dah goreng bihun. Ni tengah nak goreng karipap. Angah tolong bancuhkan air ye." Arah Puan Rafidah. Farah sekadar menganggukkan kepalanya lalu mengambil jag kecil yang kering. Dimasukkan uncang teh kedalam jag dan diisikan dengan air panas. Setelah itu,dia pun mengambil bekas yang berisi gula. Dibukanya penutup lalu dituangkan 2 sudu gula. Cukuplah ni. Dikacaunya hingga sebati. Setelah siap,dibawa jag tersebut keatas meja makan.

"Mana ayah,mak? " tanya Farah.

"Ada kat bilik kot. Nanti dia keluarlah." kepalanya ditoleh kebelakang sekejap sebelum menyambung menggoreng karipap. Farah menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya disitu. Air teh yang masih panas dituang kedalam cawan satu persatu. Senang untuk ahli keluarganya minum bila air tersebut dah suam.

"Adik mana mak? Tak bangun lagi ke?" tanya Farah lagi.

"Adik kamu tu tengah bersiap la tu. Tadi mak tengok dia tengah solat." Farah mengangguk. Walaupun keluarganya ini tidaklah mengetahui banyak tentang agama,tetapi bab solat amat dijaga.

"Biar Angah pergi tengok." setelah siap menuang air kedalam cawan, dia bangun lalu menaiki anak tangga menuju kebilik adik bongsunya itu. Pintu bilik dibuka sambil kepala dijengulkan sedikit mencari kelibat adiknya. Dia tersenyum kecil apabila melihat gelagat Intan yang sedang menyikat rambut.

"Amboii,lawanya adik angah ni. Nak pergi mana lawa-lawa ni." Sengaja Farah memujinya. Pintu bilik dikuak lebar sebelum dia melangkah masuk lalu duduk dibirai katil. Pintu dibiarkan terbuka.

"Adik memang lawalah. Angah je yang tak tahu. Tak nampak ke adik pakai baju sekolah ni? Adik nak pergi sekolahlah.Angah tak pergi sekolah ke?" sempat Intan memerli Farah. Farah sekadar ketawa kecil.

"Angah tak pergi sekolah sebab angah dah pandai."

"Pandailah sangat." Kutuk Intan.

"Amboii." Farah mencubit pipi adiknya. Mengaduh kesakitan adiknya itu.

"Padan muka. Sape suruh kutuk angah lagi. Kan dah kena. HAHAHAH." Farah gelak selepas dapat mengenakan adiknya.

"Isshhh,angah ni kan. Suka sangat cubit pipi adik. Sakit tau tak?" Geram Intan dibuatnya.

" Sape suruh pipi tu tembam sangat. Kan dah kena cubit." selamba Farah menjawab. Cemberut muka adiknya itu. Sikat ditangan kembali disikat pada rambutnya. Muncul idea jahat untuk mengenakan adiknya itu.

Farah berjalan mendekati Intan. Dia berdiri selang beberapa langkah daripada Intan.

"Adik.." sengaja Farah meleretkan suaranya. Intan memandang kearah Farah dibalik cermin.

"Angah nak apa?" tanya Intan.

"Angah nak..." sengaja digantungkan ayat belakang. Menunggu respon daripada Intan.

"Apa?" tanya Intan gaya fed up.

"Angah nak ni." cepat-cepat tangannya naik merosakkan rambut adiknya yang telah disikat rapi. Dia berlari menuruni anak tangga.

"Angahh!!!" terdengar jeritan Intan diatas. Farah ketawa sambil melajukan lagi lariannya. Dia tau Intan sedang mengejarnya. Sempat Farah memandang kebelakang sebelum kakinya dihentikan daripada berlari. Kelibat adiknya masih tidak kelihatan,jadi buat apa ingin berlari?

Farah hanya berdiri ditangga menunggu adiknya. Setelah itu,baru kelibat adiknya yang sedang berlari muncul ditangga. Dasar lambat!

"Adik ni lambat betul lari." ejek Farah.

"Angah ni. Kenapa rosakkan rambut adikk." marah Intan sambil cuba berlari mendapatkan kakaknya. Farah hanya ketawa. Apabila jarak antara dirinya dengan Intan semakin hampir, cepat-cepat dia berlari menuruni anak tangga. Mereka berdua berpusing-pusing dimeja makan. Tawa Farah makin kuat bila adiknya tidak berjaya menangkap dirinya.

Setelah penat berpusing dimeja makan,Farah mula berlari menuju keruang tamu. Tapi baru beberapa langkah lariannya,dia terlanggar seseorang. Mereka berdua jatuh kelantai.

"Arghh,sakitnya." Farah mengaduh kesakitan. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Ahh,naik pening aku. Apa benda yang aku langgar ni sampai kepala aku rasa sakit sangat ni? Farah memandang kearah orang yang dilanggarnya itu. Baru dia sedari bahawa dirinya telah menindih orang yang dilanggarnya itu. Cepat-cepat dia mengalihkan dirinya.

"Auch,sakitnya." Lelaki itu duduk sambil mengusap kepala dan belakang badannya. Berat betul orang yang menindihnya itu sampai badan aku pun sakit.

Terbuntang biji mata Farah melihat orang itu.

"Hasif?" Soal Farah. Hasif memandang kearahnya.

"Laa,awak ke yang langgar saya tadi. Berat juga awak ni kan. Sakit badan saya." Hasif mengurut-urut pinggangnya. Nasib tak patah.

"Sorry sorry. Saya tak sengaja. Awak salahkan Intan. Dia yang kejar saya tadi." Farah menuduh Intan diatas kesilapannya itu. Dah salah,nak tuduh orang pulak. Haihh,Farah farah.

"Apa pulak adik. Angah yang lari tak pandang depan,nak salahkan adik pulak." Marah Intan.

"Memang salah adik. Kalau adik tak kejar angah tadi,takdenya angah terlanggar dia ni." Farah tidak mahu mengalah.

"Apa yang dah jadi ni. Angah? Intan? Hasif?" Tanya Puan Rafidah yang baru sahaja masuk kedapur. Tadi dia masuk kebiliknya sekejap. Terdengar kekecohan didapur. Disebabkan itu dia keluar kembali ingin melihat apa yang terjadi. Lekas mereka berdua berdiri. Hasif masih mengusap belakang badannya dengan muka yang berkerut menahan sakit.

"Angah terlanggar Hasif tadi. Tu yang sampai jatuh." terang Farah.

"Ya Allah, macam mana boleh sampai jatuh ni."

"Adik kejar angah tadi. Tu yang angah lari. Tak perasan pulak Hasif ada. Tu yang sampai terlanggar tu." Farah mengerling kearah Hasif. Sakit sangat ke aku langgar tadi? Tak habis-habis mengurut belakang badannya itu.

"Haihh,dahlah. Pergi bawak Hasif keruang tamu. Pastu pergi ambil minyak kat bilik mak. Dalam laci minyaknya." Arah Puan Rafidah. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Mak,nak makan." Kata Intan. Dia menarik kerusi makan. Dihempaskan punggungnya dikerusi itu.

"Jom,kita makan." Puan Rafidah berlalu pergi bersama Intan. Tinggal Farah dan Hasif sahaja disitu. Teragak-agak Farah memandang kearah Hasif.

"Awak pergilah ruang tamu dulu. Saya nak ambil minyak sekejap." arah Farah. Hasif hanya menganggukkan kepalanya lalu perlahan-lahan dia berjalan ke ruang tamu. Farah masuk kedalam bilik ibu bapanya itu. Laci ditujunya lalu diambil minyak urut didalam laci. Ditutup rapat pintu laci lalu dia berjalan kearah Hasif.

"Biar saya urut sendiri." Hasif menghulurkan tangannya meminta minyak panas itu. Farah meletakkan minyak panas ditangannya itu kepada Hasif. Hasif menyelak sedikit baju belakangnya untuk diurut. Farah sekadar melihat dari jauh. Nampak susah bebenor nak urut tu.

"Nak saya tolong tak?" Tanya Farah. Hasif sekadar tersenyum.

"Takpe,saya boleh buat sendiri. Lagipon kitakan tak halal lagi. Mana boleh awak sentuh saya. Dan saya pun takkan pegang awak" Kata Hasif. Farah sekadar tersenyum kecil. Tau juga lelaki ni ek bab halal haram bagai.

"Ye ke awak tak pernah pegang saya?"tanya Farah sekadar untuk menguji lelaki itu.

"Betullah. Cuba awak ingat betul-betul,pernah ke saya pegang awak?"

Farah menggelengkan kepalanya. "Tak." Balas Farah pendek.

"Ha tau pun. Sebab saya hormat awak. Dan saya takkan sentuh awak sebelum kita halal."Kata Hasif. Farah tersenyum lebar. Suasana menjadi sepi. Farah hanya memerhati Hasif yang sedang mengurut belakang badannya itu.

"Kenapa awak boleh ada kat rumah saya ni ek?" Tanya Farah.

"Mak awak ajak saya breakfast. Tu yang saya datang ni." Balas Hasif. Amboi,makin hari keluarganya makin rapat dengan Hasif.

"Kenapa dengan kamu ni Hasif?" Tanya Encik Azhar yang baru masuk kedalam rumah. Dia baru sahaja habis berbual dengan kawannya tadi ditelefon.

"Terjatuh tadi yah." Kata Hasif.

"Laa,macam manalah boleh jatuh ni. Meh sini ayah tolong." Kata Encik Azhar sambil menghulurkan bantuan. Dia duduk disebelah Hasif sambil menuangkan sedikit minyak ketangannya. Dia mula mengurut perlahan belakang badan Hasif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience