Bab 15

Romance Series 7965

"Mak! Ayah!" Farah berlari menuju kearah Puan Rafidah dan Encik Azhar yang sedang bersarapan dimeja makan. Langkahnya laju menuruni anak tangga.

"Ya Allah! Kamu ni dah kenapa angah oii. Terjerit-jerit. Tak malu ke kalau jiran dengar?" Bebel Puan Rafidah. Encik Azhar sekadar menggelengkan kepalanya.

"Sorrylah.Tapi angah ada benda penting nak bagitau mak dengan ayah ni." ujar Farah dengan gembira. Cepat-cepat kerusi disebelah maknya ditarik dan dilabuhkan duduknya. Tangannya diletakkan diatas meja. Wajah ibu bapanya diperhati satu persatu.

"Benda penting apa yang tersangat penting tu?" tanya Puan Rafidah. Tersengih-sengih Farah dibuatnya.

"Guess what?"

"Ish,nak teka-teka pulak. Cakap jelah apa dia?" naik geram Puan Rafidah dibuatnya.

"Harini result Spm keluar! Doakan angah berjaya tau." Encik Azhar dan Puan Rafidah saling berpandangan. Masing-masing menayangkan senyuman.

"Ye ke? Alhamdulillah. Mak dengan ayah sentiasa doakan anak-anak ayah. Pukul berapa nak pergi sekolah untuk ambil result ni?" Tanya Encik Azhar. Dia mencicip sedikit teh yang masih panas.

"Pukul 10 pagi ni yah. Ayah boleh ke hantar Farah gi sekolah nanti?"

"Boleh je. Oklah,ayah nak pergi bendang dulu. Nak buat kerja sikit. Nanti ayah balik."

"Ok yah." Farah menyalami tangan Encik Azhar. Lekas dia berlari menuju kebiliknya semula. Tak sabar nak tunggu pukul 10 ni nanti. Dicapainya telefon bimbitnya diatas meja lampu sebelah katilnya itu. Dibuka aplikasi whatsappnya. Berderet chat masuk. Dibukanya chat daripada Amy.

Amy : Wehhhh.... Aku takut la nak ambil result nanti.

Farah tersengih. Jarinya menaip laju diatas papan kekunci.

Farah : Tu la,aku pun sama. Takut tak dapat apa yang aku nak. Tapi dalam masa yang sama,aku pun tak sabar nak tau result aku. HAHAHAHA.

Amy : Iye wehh. Aku pun tak sabar. Oklah,aku nak pergi kedai. Mak aku suruh beli barang. Jumpa kau nanti kat sekolah.

Farah : Ok.

Farah membuka chat dari Ikmal pula.

Ikmal : Assalamualaikum Farah. How are you?

Ikmal : Saya nak mintak maaf. Saya tahu saya tak layak untuk awak.

Ikmal : Tapi kita boleh jadi kawan kan? :)

Farah berfikir sejenak. Jarinya kembali menari diatas papan kekunci.

Farah : Waalaikumussalam. Aku sihat je. Benda yang dah lepas biarlah lepas.Aku pun dah malas nak ambil kesah. Aku pun dah maafkan kau.

Farah : Nak jadi kawan tu aku okey je. Janji jangan ada apa-apa perasaan selain kawan?

Ikmal : Thank you Farah sebab sudi maafkan saya. Saya janji saya akan buang perasaan ni jauh-jauh. Kita jadi kawan ok?

Farah tersenyum. Nilah apa yang dia mahukan. Kawan...

                                   

Farah bersiap-siap untuk pergi kesekolah. Dia membuka almari pakaiannya lalu diambil baju berlengan panjang berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jeans loose berwarna biru lembut. Dimasukkan baju bahagian depan kedalam seluarnya. Rambutnya yang panjang paras pinggang disikatnya kemas dan diikat gaya ekor kuda. Gaya yang selalu digunakannya. Bedak ditepek kemuka. Dicapainya beg sandang diatas meja belajarnya lalu disangkut dibahu kirinya. Topi diatas meja solek tidak dilupakannya. Dicapai lalu diletak diatas kepala. Ok siap. Encik Azhar sudah berada dibawah menunggu anak daranya bersiap.

Farah menuruni anak tangga menuju ketingkat bawah. Nasib baiklah dia bukan jenis yang bersiap lama macam mak nenek.

"Ok ayah,let's go." Kata Farah dengan gembira. Siapa je yang tak happy kan bila nak dapat result ni. Hehe.

Encik Azhar terus berlalu masuk kedalam perut kereta. Enjin kereta memang sudah dihidupkan bagi memanaskan enjin kereta. Farah mengambil kasut sportnya lalu dipakai.

Didalam perjalanan, Farah hanya mendiamkan diri. Perasaan takut menguasai dirinya. Setibanya dikawasan sekolah,ramai pelajar bersama ibu bapa masing-masing turut berada disekolah.

Farah dan Encik Azhar berjalan menuju kedewan. Tertinjau-tinjau dirinya mencari kelibat kawan-kawannya.

"Farah!" Panggil Amy dan Lina yang berjalan menuju kearahnya. Mereka berpelukan melepaskan rindu.

"Pak cik tak nak peluk ke?" Usik Encik Azhar.

"HAHAHHA,ada-ada je la Pak cik ni." Balas Amy lalu dihulurkan tangannya untuk disalam. Begitu juga dengan Lina. Mereka memang menghormati keluarga Farah sebagaimana Farah menghormati keluarga mereka.

"Korang dah dapat ke result korang?" Tanya Farah tidak sabar.

"Amy je yang dah dapat. Aku belum lagi " Kata Lina.

"Iye? Wahh? Cemana keputusan? Okey tak?" Tanya Farah teruja.Amy hanya tersenyum sedih. Kepalanya dipandang kebawah. Farah memandang kearah Lina yang turut memandangnya. Diangkat sebelah keningnya seolah bertanyakan kenapa?

Lina memaut bahu Amy. Diusapnya lembut.

"Tak pelah. Kalau gagal tu biasalah. Yang penting kita dah usaha." Pujuk Lina. Farah sekadar menganggukkan kepalanya.

"Janganlah sedih-sedih." Farah pula cuba memujuk. Perlahan-lahan Amy memandang kearah Farah dan Lina silih berganti.

"Aku dapat 9A 1B je." Kata Amy sedikit menjerit. Farah dan Lina menunjukkan reaksi tidak percaya.

"Weh seriousla?" tanya Farah. Berkali-kali Amy menganggukkan kepalanya. Slip keputusan ditangannya ditunjukkan kepada Farah dan Lina. Berebut-rebut mereka untuk melipat keputusan Amy.

"Perghh,gila la kau. Pandai gila. Langsung takde yang gagal." Puji Lina. Farah memukul bahu Amy kuat. Menyeringai Amy menahan sakit.

"Kau ni teruklah. Mati-mati kitorang ingatkan kau gagal ke apa. Buat reaksi macam sedih je tadi." geram Farah dibuatnya. Amy dan Lina mula ketawa sambil menepuk tangan sesama sendiri. Gembira dapat mengenakan kawannya itu.

"Kau pun bersubahat dengan Amy ke Lina?" Lina ketawa.

" Pandaikan kitorang berlakon." Farah memandang mereka berdua tidak berpuas hati. Dia berjalan menuju kearah Lina lalu ditepuk berkali-kali. Terjerit-jerit Lina dibuatnya.

Tidak lama kemudian,Farah mengehentikan perbuatannya. Masing-masing menayangkan sengihan mereka.

"Alhamdulillah,bagus Amy. Pak cik tau yang Amy mesti berjaya punya." ujar Encik Azhar.

" Terima kasih pak cik." Encik Azhar hanya tersenyum.

" Ni mak ayah Amy mana ni?" soal Encik Azhar. Hatinya turut berasa gembira mendengar khabar berita ini.

"Ouhh,mak saya dekat luar. Tengah bersembang dengan cikgu." Encik Azhar menganggukkan kepalanya.

Tidak lama kemudian,nama Lina dipanggil. Lina mendapat keputusan yang sama dengan Amy. 9A 1B. Makin tidak sabar Farah untuk mengetahui resultnya.

Lama menunggu,akhirnya tiba gilirannya untuk mengambil result. Farah duduk dikerusi berhadapan cikgu. Encik Azhar pula melabuhkan punggungnya disebelah Farah.

Cikgu Mazlin tersenyum lalu diberikannya result SPM kepada Farah. Farah mengambil result tersebut. Dia terkejut. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Amy dan Lina telah menyendeng disebelahnya. Mereka berdua menepuk-nepuk bahu Farah tanda sama-sama tak percaya.

Farah mendapat 10A. Ini apa yang diimpikannya. Sumpah diri ini langsung tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Akhirnya,doanya dimakbulkan. Encik Azhar mengucap syukur. Dipeluk erat anaknya itu.

Dia turut bahagia melihat pencapaian anak keduanya itu. Sebelum balik, sempat mereka bertiga bergambar. Nak dijadikan kenangan lah katakan. Nanti masing-masing sibuk dengan persiapan masuk keuniversiti.

                                   

"Disebabkan angah dapat 10A,along ngan abang Afiq cadang nak bawak gi makan kat luar. Kita makan sekali ngan mak,ayah dan adik." Kata Syaza menyusulkan cadangan.

"Meraikan kejayaan angah. Lagipon kita kan jarang makan luar,so why not kali ni kita makan luar?" Sambung Syaza lagi.

"Ok je. Angah setuju makan luar." Cepat sahaja Farah memberikan jawapan.Gelak Farah perlahan.

"Oklah,nanti kita pergi dalam pukul 9 malam centu." ujar Syaza. Farah meminta diri untuk naik keatas. Dia ingin bersiap untuk keluar nanti. Lagipon ni pon dah pukul 7.55 petang.

Menyempatkan diri utk tulis bab ni walaupun baru je lps vaksin. But it's ok, disebabkan korang Ez terpaksa tulis gak. Kesian dkt korang sbb smlm Ez kan x sempat nk update bab baru. So yeah, bab ni utk korang. hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience