Bab 3

Romance Series 7965

"Macam mana last day sekolah? Okey ke? Ayah pasti,mesti ada drama air matakan?" Encik Azhar yang sedang menolong anak bongsunya membuat kerja sekolah dimeja ruang tamu terus bertanya kearah Farah yang baru menghempaskan punggungnya diatas sofa. Remote tv diatas meja dicapainya. Skrin tv yang tadi gelap mula bercahaya apabila punat on ditekan. Diletakkan remote disebelahnya apabila skrin televisyennya menyiarkan cerita yang diingininya.

"Biasa je ayah. Macam tulah. Tapi part air mata tu,memang betul. Lagi-lagi si Amy tu. Macam tak nak lepaskan kitorang tau. Masa nak balik asyik peluk je. Angah rasa nak tendang je dia masuk tong sampah." Encik Azhar ketawa selepas mendengar anaknya bercerita.

"Lepas ni,masing-masing dah bawa haluan sendiri. Normal la kalau orang nangis bila nak berpisah ni tapi ayah pasti sangat angah tak nangis kan?" Farah menganggukkan kepalanya. Matanya ditumpukan kearah skrin televisyen.

"Sebenarnya angah pun sedih jugak, tapi tulah.Tak tau kenapa air mata ni langsung tak keluar." Farah ketawa kecil.

"Lepas ni angah nak buat apa?" Tanya Encik Azhar lalu duduk disebelah Farah. Kakinya diluruskan. Diurut perlahan lututnya yang sakit kerana duduk agak lama diatas lantai.

"Angah duduk rumah je la yah sambil tunggu result keluar." Balas Farah. Bantal kecil disebelah diambilnya.

"Angah tak nak kerja ke sebelum result SPM tu keluar?" Farah lekas memandang kearah ayahnya.

"Ishh ayah,tak nak la kerja. Angah nak rehat je dulu kat rumah. Nak rest. Nanti lepas angah dah habis rest kat rumah,angah cari la kerja."

"Hurm,rehat kamu tu tak pernah habis. Nanti tengok je la,sampai result keluar pon tak carinya kerja."

"Ye ayah,nanti angah cari kerja. Promise." Farah mengangkat tangannya seperti berikrar. Encik Azhar hanya tersenyum lalu dicapainya surat khabar diatas meja.

"Apa-apa jelah angah oii." Encik Azhar mula menumpukan perhatian pada pembacaannya.

'Aduhh,malas betulla nak kerja.'

"Kenapa ayah nak angah kerja?" Encik Azhar memandang sekilas kearah anaknya.

"Ayah ni bukannya apa. Kalau angah kerja, dapatlah duit sikit. Duit tu bolehlah nak tampung perbelanjaan angah nanti bila masuk universiti. Manalah tau,masa tu ayah dengan mak takde duit,angah boleh guna duit tu." Terang Encik Azhar dengan lebih lanjut.

"Ooo" Angguk Farah perlahan. Dirinya kembali fokus kearah skrin televisyen. Suasana kembali sunyi. Masing-masing membuat kerja sendiri.

"Fidah,tolong buatkan abang air panas." Laung Encik Azhar menyuruh isterinya membuat air.

"Baik abang." Terdengar sahutan daripada Puan Rafidah yang berada didapur. Setelah mendengar jawapan daripada isterinya,dia kembali menumpukan perhatiannya pada surat khabar. Sesekali dibetulkan cermin mata yang melurut jatuh kehidung.

Tidak lama kemudian,Syaza meletakkan secawan teh panas di atas meja.

"Ni yah airnya." Syaza duduk bersila diatas lantai melihat adiknya membuat kerja sekolah.

"Terima kasih." Encik Azhar mula menghirup air teh itu perlahan-lahan. Syaza sekadar tersenyum.

"Sama-sama."

"Along,angah." panggil Intan kepada kedua-dua kakaknya. Ye,kami hanya 3 beradik dan inilah adik aku yang bongsu. Nama penuh dia Intan Amani. Dia ni darjah 4. Beza umur kami sangat jauh.Bukannya apa,parents aku saje nak bagi kasih sayang dorang kat aku dulu baru la lahirkan si Intan ni.Haha. Tapi,walaupun jarak umur kami jauh,aku sayang tau ngan dia. Jangan macam-macam. Hehe.

"Ha nape?" Tanya Farah.

"Adik ada teka teki. Kalau along dengan angah dapat jawab,maknanya along dengan angah ni pandai." Aduh,main teka teki pulak. Ni yang leceh ni,malas betul aku nak memerah otak.

"Along memang pandai. Tak taulah pulak si angah ni." Syaza memuji dirinya dan sempat memerli Farah. Tangkas Farah memukul lengan Syaza kuat.

"Auww,sakitlah angah." Berkerut muka Syaza menahan sakit.

"Elehh,senang bin kacang je teka teki adik ni. Ha apa teka tekinya?" selamba Farah bertanya selepas memukul kakaknya. Main-main lagi ngan aku,kan dah kena.

"Ok,1 tolak 1 berapa?" Farah mengerutkan dahinya. Aik,ni teka teki ke apa ni? Lain macam betul teka teki dia ni.

"Kosong la jawapannya. Tu pon tak tau."

"Salah" Semakin berkerut dahi Farah. Kalau dah 1 tolak 1,confirm la jawapannya kosong.

"Betullah jawapannya kosong." ujar Farah lagi.

"Salah la angah."

"Along tau. 11 kan jawapannya?" Jawab Syaza. Riak mukanya seperti berbangga kerana dapat menjawab. Intan menggelengkan kepalanya.

"Salah." Hilang terus riak gembira dimukanya. Dahinya mula berkerut memikirkan jawapan.

"Habistu jawapannya apa?" Tanya Farah setelah penat memerah otaknya mencari jawapan.

"Jawapannya.....jatuhlah. Tu pun tak tau." Intan kembali menyambung menyiapkan kerja sekolahnya.Farah dan Syaza saling berpandangan, tercengang.

"Ha?? Dah kenapa pulak jawapannya jatuh?" Tanya Farah. Intan meletakkan penselnya lalu mengalihkan badannya kebelakang memandang satu persatu wajah kakak-kakaknya.

"Iyelah,dah satu ni dia pergi tolak satu lagi,mestilah yang kena tolak ni jatuh." Balas Intan selamba. Pantas Farah menyandarkan badannya. Kepalanya didongakkan keatas. Ini ujian apa ya allah? Syaza yang pada mulanya tergamam mula ketawa.

"Pape je la Intan Amani binti Azhar. Malas angah nak layan." Bingkas Farah bangun daripada duduknya menuju kebilik. Syaza masih lagi galak ketawa.

"HAHAHAHAHAHA,seriousla teka teki adik kau macam tu?Teka teki paling mengarut yang aku pernah dengar." Amy menghamburkan tawanya dengan kuat. Terpaksa Farah menjauhkan telinganya sikit daripada telefon.

"Tu la pasal,sumpah terus blank kepala otak aku. "

"HAHAHAHAHAHA,kau teka la dia balik. Kau kenakan adik kau tu cukup-cukup pulak."

"Aku ni tak pakar la dalam bab-bab nak buat teka teki ni." Farah mengoyang-goyangkan kakinya yang sedang baring meniarap.

"Kau memang. Semua tak boleh. Kalau orang yang tak kenal kau,mesti dorang fikir kau ni bodoh. Padahal kau cerdik."

"Sebabtu orang kata jangan tengok luaran je,tengok dalaman jugak. Don't judge a book by it's cover." Lalu mereka bersembang dari satu topik kesatu topik yang lain. Penat baring meniarap,Farah menukar posisi ke baring menelentang.

"Eh oklah,aku nak tido. Harini aku penat sangatlah." ujar Farah sambil menahan kantuknya.

"Hurm,ini perkara luar biasa ye bila kau tido awal ni. HAHAHAHHA,sumpah awal gila kau tido. Baru pukul 10 lebih wei."

"Kau kalau tak menganjing aku bukan kau la. Aku tido awal pon dah kata luar biasa."

"Okaylah Farah oii. Pergilah tido. Sweet dreams ye. Bye. Assalamualaikum."

"Ok bye. Waalaikumussalam." Farah memutuskan panggilan. Letih dia bersembang dengan si Amy yang patut digelar mulut murai. Banyak betul topik yang dia nak sembangkan. Dari kol 9 hingga pukul 10 bersembang tak henti-henti. Farah bangun daripada baringnya. Katilnya dikemaskan bersedia untuk melelapkan mata. Lampu tidur disebelah katil dipasang. Dia bergerak kearah suis lampu disebelah pintu biliknya. Setelah itu,dia kembali berbaring diatas katil. Matanya ligat memandang kipas yang berputar laju. Tidak lama kemudian,akhirnya Farah pun tidur.

thank you yg support Ez.. enjoy your reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience