Bab 20

Romance Series 7965

"Mak,ayah. Angah ada benda nak cakap sikit ni." kata Farah ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen bersama-sama. Hanya mereka bertiga sahaja yang berada dirumah. Intan telah pun pergi kesekolah.

Puan Rafidah dan Encik Azhar yang leka menonton televisyen mula mengalihkan pandangan mereka kearah Farah.

"Angah nak cakap apa?" tanya Puan Rafidah.

"Angah dah diterima masuk UPSI. Minggu depan dah boleh masuk dah" Kata Farah.

"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu." Teruja Puan Rafidah mendengarnya.

" UPSI tu kat Tanjung Malim,perak kan?" tanya Encik Azhar tiba-tiba.

" Haah bang. Kenapa?" Puan Rafidah memandang kearah suaminya disebelah.

" Tak delah. Bukannya apa,senanglah sikit nak melawat opah lepas ni kan? Ye la,orang tu kan rindukan opah sangat. Tak delah lepas ni asyik mengadu rindu je." perli Encik Azhar. Sempat matanya melirik ke Farah.

"Apa ayah ni." habis cemberut mukanya bila diusik begitu. Puan Rafidah sekadar ketawa melihat ulah suami dan anaknya.

"Mak. Angah ada nak mintak something, boleh?"

" Mintak apa pulak ni?"

" Boleh ke tak?"

" Haihh, macam-macamlah. Mintak apa? Kalau mak boleh tolong, mak tolonglah. " Teragak-agak Farah untuk menyuarakan hasrat hatinya.

"Mak ada tak number lelaki tu?" Tanya Farah perlahan. Hatinya rasa macam nak pecah menanyakan soalan sebegitu.

"Lelaki mana ni?" Puan Rafidah mengerutkan keningnya.

"Alahh,lelaki tulah mak."

"Ye la,lelaki yang mana? Cuba cakap dengan terperinci sikit. Ramai lelaki dalam dunia ni,lelaki mana?"

"Tunang angah." Kata Farah perlahan. Kepalanya ditundukkan kebawah. Malu untuk melihat muka ibunya.

"Lahh,nak number tunang. Cakapla awal-awal. Ingatkan lelaki manalah." Puan Rafidah ketawa kecil. Diletakkan bantal kecil yang berada diribanya kesebelah.

"Ada je nombor dia. Jap mak pergi ambil." Bergegas Puan Rafidah masuk kedalam biliknya. Farah mengangkat kepalanya tetapi ditundukkan kembali setelah terpandang ayahnya. Malu!!! Terasa kebas mukanya saat ini.

'Beria semalam macam tak suka je bila dapat tau kau dah bertunang. Alih-alih mintak jugak nombor lelaki tu. Aish,tak kesahlah. Aku bukannya saje-saje nak nombor dia. Aku ada benda nak kena settlekan dengan dia.' kata Farah didalam hati.

"Ni ha number tunang kamu tu. Sekali nama ada." Sengih Puan Rafidah sambil menghulurkan kertas ditangannya.

"Tapi macam mana mak boleh dapat nombor dia ni?" tanya Farah sedikit pelik.

"Semalam Datin Husna yang bagi. Dia kata takut-takut angah nak. Betul cakap Datin Husna tu yang angah mesti akan mintak number dia." Terang Puan Rafidah yang masih tersengih.

Dia mengambil kertas yang berada ditangan Puan Rafidah. Dibeleknya kertas tersebut.

'Amboi,siap ada nama bagai. Haih,aku mintak number kau ni pun sebab terpaksalah. Kalau tak de hal, memang taklah aku nak dapatkan nombor kau ni
Kalau ikutkan hati aku,memang sampai bila-bila aku tak nak kenal kau.' marah Farah didalam hati.

"Oklah mak. Thank you eh?" Bergegas dia memanjat tangga naik kebiliknya selepas ibunya mengucapkan sama-sama.

Dilabuhkan punggungnya dibirai katil. Kakinya dinaikkan keatas katil lalu dia bersila. Kertas ditangan kembali dibeleknya. Matanya tertumpu pada nama yang tertulis diatas kertas itu.

Hasif Mikael bin Dato'Hisyam.

Keningnya berkerut.

"Macam aku pernah dengar je nama ni. Tapi kat mana ek?" otaknya cuba mengingat kembali nama yang tertulis diatas kertas itu.

Spontan dia turun daripada katil lalu berlari anak mendapatkan bilik kakaknya. Dibukanya pintu bilik kakaknya itu. Nasiblah kakaknya dah tinggal bersama suaminya. Senanglah dia mencari jawapan dibilik kakaknya ini.

Meja belajar kakaknya itu didekati. Diselaknya buku-buku dan fail-fail yang tersusun rapi diatas meja itu. Kemudian,dia mendapatkan katil kakaknya pula. Kepalanya ditundukkan kebawah katil. Manalah tau benda yang dicarinya itu berada dibawah katil. Tetapi ternyata dia silap. Tiada apa-apa dibawah katil itu.

Badannya kembali ditegakkan. Tangan dicekak kepinggang. Matanya meliar cuba mencari ditempat lain. Dia terpandang kearah laci meja lampu kakaknya itu. Pantas dia berlari mendapatkan meja kecil disebelah katil itu. Tangannya menarik laci itu. Laju tangannya mencari benda yang diingininya itu.

Tangannya terhenti setelah ternampak beberapa kad yang pernah didapatnya dahulu. Terus dicapai semua kad itu lalu dibawa kekatil. Disusun kesemua kad yang berada ditangannya. Satu persatu kad itu diperhatinya.

Satu kad diambil. Dibelek depan belakang. Mencari nama yang serupa dengan nama tunangannya itu. Selepas tiada nama tertera dikad itu,kad lain pula diambilnya. Sama seperti tadi. Dibelek depan dan belakang.

"Haih,tak de nama pun. Tapi nama ni serupa macam kad yang aku pernah dapat dulu." kata Farah perlahan. Kesemua kad telah dibelek. Hanya tinggal satu kad lagi yang belum dibeleknya. Kad terakhir itu dicapai lalu dibelek depan dan belakang.

Farah tergamam. Berkali-kali dia melihat kad itu.

Farah Nasuha, You know what? Your smile can give me a hundred happiness.

From : Hasif Mikael.

Iye! Nama ini. Nama yang serupa dengan nama tunangannya.

"Ya Allah! Nama dia sebijik macam nama tunang aku!" terkejut Farah dibuatnya. Ya! Ini kad yang dia dapat semasa abang Afiq datang rumahnya dulu.

"Dia orang sama ke yang bagi aku kad ni? Dan sekarang orang yang bagi aku kad ni dah jadi... tunang aku?" Farah meraup mukanya.

" Hasif Mikael." bisik Farah perlahan.

"Haih,nasib baiklah kakak aku simpan lagi kad ni. Thank you along." kata Farah perlahan. Dibawa kesemua kad itu kebiliknya. Diletakkan kad tersebut diatas meja belajarnya.

Dicapai telefon bimbitnya yang berada diatas katil. Didailnya nombor telefon 'lelaki tak dikenali' itu. Dia menekan butang hijau dan melekapkan telefon itu ketelinga. Menunggu panggilannya dijawab.

Tut tut..

Satu minit..dua minit.. Akhirnya panggilannya diangkat.

"Helo,siapa ni?" Tanya lelaki itu. Habis gugup Farah dibuatnya.

"Ermm..saya Farah. Farah Nasuha." Tergagap-gagap Farah. Beria tadi macam berani. Bila dengar suara je,terus tergagap ye. HHAHAH.

"Ouhh awak. Hai. Ada apa ye call ni? Takkan dah rindu tunang kot." Gelak suara disebelah sana.

Farah membuat gaya nak muntah. What? Dia kata aku rindu dia? Lamberrrt lagi. Kerusi belajarnya ditarik lalu dilabuhkan punggungnya disitu.

"Tak de masa saya nak rindu awak. Saya just nak cakap yang minggu depan saya dah masuk U."

"So sebelum saya pergi,saya nak jumpa awak boleh tak? Ada benda yang perlu kita discuss." Sambung Farah lagi.

"Ouhh,nak jumpa.. Eh boleh je. Awak pun boleh kenal tunang awak yang hensem ni." lelaki itu ketawa lagi.

'Mamat ni memang suka perasan ke apa?' Farah menjulingkan biji matanya.

"Wahai encik yang tidak saya kenali,awak ni memang jenis yang suka perasan ek?"

"Saya sebenarnya tak suka perasan,tapi bila saya bercakap dengan awak,rasa nak perasan tu tinggi.HAHAHA." gelak lelaki itu.

"Apa-apa je la. Oklah,kita jumpa esok ye." malas Farah melayan.

"Ok awak. Esok pagi saya datang rumah awak."

"Eh,siapa cakap waktu pagi nak jumpa?" Farah kehairanan. Dah lah waktu pagilah aku paling malas nak bersiap.

"Eh,jangan derhaka cakap suami. Saya akan tetap ambil awak esok pagi."

"Eh excuse me,kita belum kahwin tau. Saya pun tak nak kahwin dengan awak la. So, stop perasan."

"Upss,lupa kita belum kahwin lagi la. HAHAHAH."

Mamat ni memang suka buat lawak tak menjadi ke apa? Dari tadi gelak sorang je.

"Oklah,bye."

"Bye,assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Farah lekas memutuskan panggilan. Dia membaringkan dirinya diatas katil. Macam manalah akan jadi esok kan?

Farah memejamkan matanya. Tanpa sedar,dia pun terlena.

Hasif menyandarkan badannya kekepala katil. Telefon ditangan direnungnya sambil tersenyum. Dia teringat perbualanya tadi bersama Farah.

"Alahai, comelnya suara." Hasif mencapai bantalnya lalu ditekup ke muka. Tidak lama kemudian, dia kembali mengangkat kepalanya.

"Tak sabar nak jumpa esok." dia tersenyum senang.

Malam bertukar pagi. Sinaran mentari yang menerobos masuk kebiliknya langsung tidak membuatnya tersedar dari tidur. Bantal peluknya yang berada sedikit jauh darinya dicapai lalu dipeluk erat.

"Angah..angah." Terdengar laungan suara Puan Rafidah diluar bilik Farah memanggil dirinya.

"Angah,bangun..ada tetamu nak jumpa ni." Panggil Puan Rafidah lagi. Pintu bilik Farah kembali diketuknya membuatkan Farah terpisat-pisat bangun daripada tidurnya. Dicapai telefon pintarnya yang berada diatas meja lampu. Matanya tertumpu pada jam yang tertera ditelefonnya. Pukul 9.15 AM.

Dia terpandang telekung dan sejadahnya yang tidak sempat dikemas diatas lantai. Selesai sahaja dia solat,lekas dia menyambung tidurnya kembali. Farah mengusap kepalanya yang terasa berdenyut. Nilah padahnya bila dia tidur semula selepas solat.

"Angahh" Panggil Puan Rafidah sekali lagi.

"Ye mak. Angah dah bangun dah." Sahut Farah didalam bilik.

"Cepat bersiap ye. Ada orang nak jumpa ni." terdengar langkah kaki orang yang sedang menuruni anak tangga. Mesti ibunya telah turun.

'Siapa pulak yang nak jumpa dengan aku pepagi ni?' Farah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bangun daripada pembaringannya lalu mengikat rambutnya yang serabai.

Dibawa langkahnya menuruni anak tangga menuju kedapur. Terdengar suara orang bergelak ketawa diruang tamu. 'Aik,sape pulak yang datang rumah aku ni?' Tanya Farah didalam hati.

Dia mengintai disebalik dinding. Tajam matanya memandang kearah lelaki yang duduk diatas sofa itu.

'Ishh,sape pulak mamat hensem tu? Tak pernah nampak pun? Kawan ayah ke?'

"Angah buat apa kat sini?" Tanya Intan yang sedang menuruni anak tangga.

"Shuhh,adik tengok ni." Pamit Farah agar adiknya lekas menuruni anak tangga.

"Siapa tu angah?" Tanya Intan secara berbisik.

"Tula,angah pun tak taulah sape. Adik pergi lah depan. Tanya mak ayah,siapa mamat tu?" dia turut berbisik.

" Okey."

Intan berlalu menuju keruang tamu. Farah hanya memandang gelagat adiknya yang sedang bersalam dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Kemudian, dia duduk diantara Puan Rafidah dan Encik Azhar. Puan Rafidah memaut bahu anaknya itu lalu dibisik sesuatu kepada Intan. Terangguk-angguk Intan dibuatnya. Dia kembali turun daripada sofa lalu berlari mendapatkan kakaknya yang sedari tadi memerhati gelagatnya didapur.

"Jom angah,mak panggil suruh pergi depan." Intan menarik tangan Farah.

"Ishh tak nak la. Adik je la pergi." Farah menarik tangannya daripada terus ditarik adiknya.

"Tak boleh,mak yang suruh adik panggil angah. Jom lah." Intan kembali menarik tangan Farah membawanya keruang tamu.

"Ada apa mak panggil angah ni?" Tanya Farah sambil matanya memandang kearah lelaki muda itu.

"Astaghfirullah alazim. Kan mak dah suruh bersiap tadi. Kenapa tak bersiap?"

"Bersiap nak gi mana?" Tanya Farah kehairanan.

"Tunang kamu nilah ajak kamu keluar. Dah pergi cepat bersiap. Sian tunang kamu ni lama tunggu kamu dari tadi." Farah memandang lelaki yang dipujinya tadi atas bawah. What? Ini tunang aku?

"Ouhh" hanya itu yang keluar dari mulutnya. Badannya masih lagi statik berdiri disitu.

"Apa yang tercegat lagi kat situ. Pergilah bersiap." Arah Puan Rafidah. Farah lekas naik ketingkat atas menuju kebiliknya. Kang tercegat lagi kat situ,maunya kena marah.

Farah mengambil tualanya. Pintu almari itu dibukanya lalu dia mencari baju yang ingin dipakainya. Tangannya mencapai baju hoodie berwarna kelabu dan kain berpoket warna sedondon. Kakinya kembali dibawa menuruni anak tangga menuju kebilik air.

"Ok saya dah siap." Kata Farah sambil melabuhkan punggungnya disofa.

"Cantik anak ayah ni." Puji Encik Azhar. 'Lelaki yang tidak dikenali' itu tersenyum sambil memerhatikan dirinya. 'Dah kenapa pandang-pandang? Cungkil biji mata tu baru padan muka. Saje je nak bagi orang jadi ais sebab mandi pagi.' marah Farah didalam hati.

"Mana ada cantik yah. Biasa je." balas Farah.

Topinya dibetulkan. Matanya menjeling tajam kearah lelaki itu. Terukir senyuman manis dibibir lelaki itu.

"Oklah mak,ayah. Kami pergi dululah." ujar Farah. Dia bangun daripada duduknya lalu bersalaman dengan kedua orang tuanya itu. Kepala Intan pula diusap lembut.

"Kami pergi dulu." Hasif juga turut meminta diri. Disalam tangan Encik Azhar tanda hormat.

"Iyelah,hati-hati memandu tu." pesan Encik Azhar. Hasif menganggukkan kepalanya.

Mereka berdua melangkah keluar menuju ke kereta mercedes benz milik Hasif itu.

Setelah kereta itu bergerak pergi, Encik Azhar dan Puan Rafidah memandang sesama sendiri.

"Saya suka budak tulah bang. Pandai hormat orang tua." ujar Puan Rafidah.

" Abang pun sama. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience