Bab 7

Romance Series 7967

"Opah." Farah memuncungkan mulutnya. Dia memegang kedua belah tangan orang tua itu dengan erat. Dipegangnya seperti tidak ingin dilepaskan.

"Kenapa ni?" tanya Opah prihatin.

"Opah ikutlah kami balik. Tinggal dengan kami kat Selangor tu." Ajak Farah. Opah tersenyum kecil.

"Farah jelah balik. Biar Opah kat sini je. Lagipun Opah sayang dengan rumah ni. Banyak kenangan Opah dengan arwah atuk." Pujuk Opah.

"Nanti kalau Farah rindu Opah macam mana?"

"Manja betul cucu opah ni." Usikan Opah membuatkan Farah ketawa kecil.

"Nanti,kalau Farah ada masa,Farah baliklah sini jumpa Opah." Tangan opah naik mengusap kepalanya.

"Alah kau ni Farah. Macam tak biasa berpisah dengan Opah." Syaza mula menyampuk. Tangannya yang dari tadi berpeluk tubuh dilepaskan. Farah sekadar menjeling sekilas.

"Dah tepi sikit, aku nak peluk Opah pulak." Halau Syaza. Semakin panjang muncung dimulut Farah.

"Along ni suka dengki dengan angah." Encik Azhar dan Puan Rafidah ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.

Tangan Opah dilepaskan. Farah mula berganjak ketepi memberi laluan kepada Syaza. Syaza tersenyum. Dia terus memeluk Opah dengan erat.

"Opah jaga diri tau kat sini." Opah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Tak payah risaulah pasal opah. Opah pandailah jaga diri nanti."

"Opah, Syaza mesti akan rindu opah." Syaza memuncungkan mulutnya. Didakapnya lagi sekali tubuh tua itu. Farah disebelah memandang Syaza tajam.

"Amboi long, macam tak biasa je nak berpisah dengan opah." Perli Farah sambil memulangkan paku buah keras.

"Kau ni." Syaza ketawa kecil. Dia memukul lengan Farah. Berkerut muka Farah dibuatnya. Tangannya tidak henti-henti mengusap lengannya.

"Sudah,sudah. Korang pergi masuk dalam kereta. Drama pulak kat sini." Arah Encik Azhar. Farah dan Syaza hanya tersengih. Perlahan-lahan mereka mengambil beg masing-masing dan berlalu masuk kedalam kereta. Sungguh tidak rela untuk berpisah dengan orang tua itu.

"Opah." Intan senyum. Opah membalas senyuman itu dan mula membelai kepala Intan.

"Intan pergi dulu ye Opah." Opah sekadar menganggukkan kepalanya. Tangan kecil milik Intan disalamnya. Intan terus berlari masuk kedalam kereta.

"Mak." Encik Azhar memanggil ibunya. Dia bersalam dengan Opah.

"Hati-hati bawak kereta tu Azhar. Jangan laju sangat." Pesan Opah. Encik Azhar hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Mak jaga diri tau. Jaga kesihatan mak tu. Makan jangan lupa." Pesan Puan Rafidah. Dia turut bersalam dengan ibu mertuanya.

"Mak taulah nak jaga diri. Tak payah risaulah." Puan Rafidah tersenyum kecil.

"Oh ye mak,ni ada duit sikit." Encik Azhar mengambil sejumlah duit didalam poket bajunya dan dihulurkan kepada orang tua itu.

"Ish,tak payahlah Azhar. Simpan jelah."

"Tak pelah mak. Mak ambil jelah ye." Opah memandang Encik Azhar. Dia teragak-agak untuk mengambilnya.

"Mak ambil jelah ye duit ni. Lagipun kami pun jarangkan balik sini. Mak ambil ye? " ujar Puan Rafidah. Opah tersenyum. Diambilnya duit ditangan Encik Azhar.

"Terima kasihlah Azhar. Mak sayang kamu. " Opah memeluk badan anaknya. Tidak lama kemudian,pelukan dilepaskan.

"Azhar pun sayang mak. Oklah mak,kami gerak dulu ye. Assalamualaikum."

"Yelah Azhar. Baik-baik memandu tu. Waalaikumussalam." Puan Rafidah turut berpelukan dengan ibu mertuanya sebelum sama-sama masuk kedalam kereta.

Tidak lama kemudian,kereta yang dipandu Encik Azhar mula bergerak. Farah yang duduk ditepi tingkap cepat-cepat membuka tingkap. Dikeluarkan tangannya sedikit lalu dilambaikan kearah Opah.

"Opah!" Jerit Syaza. Intan dan Syaza turut melambaikan tangan mereka. Opah tersenyum lalu membalas lambaian mereka. Setelah kereta semakin menjauh, Farah kembali menutup tingkap kereta. Dia menyandarkan badannya dikerusi kereta.

Kepalanya ditoleh memandang keluar tingkap. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang yang seperti dikenalinya. Terus tegak badannya.

Matanya tajam melihat kearah seorang lelaki yang sedang mengayuh basikal.

"Tengok apa tu angah?" Tanya Encik Azhar yang memerhatikan anaknya menggunakan cermin atas. Farah menyandarkan badannya kembali.

"Tak de papelah yah." Balas Farah sambil tersenyum kecil.

'Mamat tu ke?' bisik Farah didalam hati.

Kepalanya digeleng perlahan.

'Silap orang kot.'

"Arghh, penatnya." Farah merebahkan badannya diatas katil. Penat masih terasa. Perjalanan dari Perak ke Selangor hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih sahaja. Nasib mereka bertolak selepas zohor. Tidaklah sampai rumah waktu malam. Dia memejamkan matanya seketika lalu dibuka kembali. Tangannya diraba-raba diatas katil mencari telefon bimbitnya. Dia bangun daripada pembaringannya sambil membetulkan duduknya. Telefon dibuka.

Dia membuka ruangan chat group mereka.

Farah : Woii, aku dah balik.

Butang send ditekan. Dia tersenyum kecil. Bingkas dia bangun mencapai tualanya. Kakinya melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga. Ingin mandi untuk menyegarkan badan.

Farah menyikat rambutnya yang panjang paras pinggang. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Telefonnya yang diletakkan diatas katil berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Farah meletakkan sikatnya dimeja solek. Dia bergerak mengambil telefonnya. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan dibirai katil. Aplikasi whatsapp dibuka. Lincah jarinya membuka ruangan group mereka.

Lina : Oii, macam mana kat Perak?Okey ke?

Amy : Kami rindu kau.

Lina : Haah. Bila nak jumpa?

Amy : Aku on je bila-bila.

Lina : Kau Farah?

Farah tersenyum kecil.

Farah : Okey je kat Perak tu. Tak de pape pun. Cuma Abang Zahar dah kahwin.

Farah : Aku pun rindukan korang jugak.

Farah : Nak jumpa ye? Aku tak kesah. Bila² masa pun boleh. Nak jumpa sekarang pun tak pe....

Tangan Farah lincah menari-nari di keyboard. Sesekali dia tersengih.

Amy : What? Abang Zahar dah kahwin?

Farah tergelak.

Farah : Alololo, sian dia. Cantik tau isteri Abang Zahar. Patutlah Abang Zahar berkenan.

Sengaja Farah mengusik Amy. Dia tau Amy memang dari dulu sukakan sepupunya itu.

Amy : Jahatlah kau

Lina : Melepaslah kau Amy. Crush dah kahwin.

Amy : Abang Zahar tak datang rumah kau dah ke Farah?

Farah : Dia dah ada isteri, mungkin jarang lah kot dia datang rumah aku.

Amy : Alaaa...Kalau dia datang rumah kau, kau bagitau aku tau.

Farah : Yelah. InsyaaAllah.

Lina : Buat apa Farah nak kena bagitau kau?

Amy : Mestilah kena bagitau. Boleh aku datang rumah Farah. Rindulah kat Abang Zahar..

Lina : Kau jangan nak mengada ye. Ingat sikit, Abang Zahar tu dah kahwin.

Amy : werk...

Farah ketawa. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Macam-macamlah diorang ni." Dia bangun daripada duduknya dan melangkah ketingkap. Dia menyelak sedikit langsir. Rambutnya yang dibiarkan lepas beralun-alun ditiup angin.

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Telefon yang berada ditangan dibuka. Farah mengerutkan dahinya.

"Kau nak apa ni Ikmal?" Kata Farah perlahan. Mesej yang dihantar kepadanya hanya dipandang tanpa niat untuk membukanya.

"Nak bukak ke tak nak?"

Akhirnya mesej daripada Ikmal dibukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience