Bab 12

Romance Series 7965

Kakinya dimasukkan kedalam kolam dan dikocaknya perlahan. Air kolam yang dingin hanya dibiarkan. Dia memandang kearah kolam tetapi fikirannya teringat perbualan petang tadi.

"Sekarang ni kau dah kenyang ke belum?" Kakinya disilangkan. Fuad yang telah menghabiskan sepinggan nasi beriani mengelap mulutnya menggunakan tisu. Terdengar sendawa dari lelaki itu. Dia memandang kearah Hasif sambil tersengih. Air jus tembikai disedutnya.

"Sedapnya bos. Buncit perut saya kalau macam ni tiap hari." ujar Fuad.

" Ewah ewah. Sedap je kau kan.Aku jumpa kau ni bukannya nak belanja kau makan. Sesenang hati je order makanan."

" Bos janganlah macam tu.Bos kan baik,apa salahnya belanja saya makan. Dapat sikit pahala." Hasif menjulingkan biji matanya keatas.

" Dah dah.Aku bukannya nak dengar kau puji aku. Sekarang ni kau pun dah kenyang sebab sepinggan nasi beriani kau telan,so aku nak dengar pulak pasal Farah." Fuad membetulkan duduknya. Dia mengambil begnya dikerusi sebelah. Sekeping gambar rumah 2 tingkat diletakkan diatas meja dan ditolak sedikit kehadapan.

Hasif mengambil gambar rumah itu. Ditenungnya agak lama. Tidak lama kemudian,dia kembali meletakkan gambar itu diatas meja.

"Rumah siapa ni?"

"Ni rumah Farah. Dia tinggal dekat Selangor." Hasif menganggukkan kepalanya.

" Cantik jugak rumah dia ek. Luas. Besar." puji Hasif.

"Apa bos ingat orang Selangor ni rumahnya kecik-kecik ke?" Hasif ketawa kecil.

" Bukanlah macam tu.Cuma bila aku tengok rumah ni,aku ingatkan dekat KL."

"Huh,bos ni baru keluar dari gua ke? Tak patut bos fikir macam tu. Sekarang ni kampung pun rumah cantik-cantik tau."

" Yelah.Aku tau aku salah."

" Hah,tau tak pe. Bos pun ada kampung kan?"

"Haah. Kenapa?"

" Hah,kalau bos nak tau. Farah ni dia tinggal dekat Selangor tapi dia ada jugak kampung dia. Rumah Opah. Dekat Perak." terang Fuad.

" Aku tahu." Fuad mengerutkan keningnya.

" Bos tahu? Macam mana bos tau?" Hasif tersengih.

"Adalah." Muka Fuad sedikit tak puas hati. Hasif hanya membiarkan.

"Ini je ke yang kau dapat?" tanya Hasif.

"Ada lagi." Diambilnya 6 keping gambar didalam begnya. Diletakkan secara bersusun satu persatu diatas meja.

"Ni ayah dia. Azhar. Ni mak dia. Rafidah. Dan dua orang perempuan ni adik beradik Farah. Syaza dan Intan." Diperkenalkan satu persatu ahli keluarga Farah kepada Hasif. Hasif tersenyum. Matanya terpaku kearah sekeping gambar seorang lelaki berkaca mata. Jari telunjuknya ditunjuk kearah lelaki bercermin kata itu.

"Ni siapa?" soal Hasif.

"Ni Ikmal. Kawan satu sekolah dulu dengan Farah dan Farah pernah suka dia. Tapi Ikmal ni tolak." Hasif menganggukkan kepalanya.

" Tapi tadi budak-budak aku cakap Farah ni pergi jumpa Ikmal dekat pantai. Tak tau pasal apa. Tapi budak aku cakap, diorang macam bergaduh." terang Fuad lagi.

" Gaduh? Pasal apa?"

" Yang tu tak tau lagi. Bos bagi kami masa untuk siasat benda ni. Bila saya dah dapat tahu pasal benda ni,saya terus bagitau bos."

" Ok. Aku nak tau benda ni secepat yang mungkin."

" Beres bos."

Bahunya ditepuk seseorang. Terhenti lamunannya. Kepalanya ditoleh kesebelah. Dato' Hisyam melabuhkan punggungnya disebelah Hasif.

"Fikir apa?" soal Dato'Hisyam. Hasif tersenyum kecil. Kakinya kembali dikocakkan keair.

"Tak de papelah pa. Fikir hal kerja sikit tadi."

"Tak payah nak tipulah. Papa tahu bukan soal kerja kan? Ni mesti pasal lain ni. Ceritalah dekat papa."

Hasif mendongak kelangit.

" Hasif ada suka seorang perempuan pa." Dato' Hisyam tersenyum.

"Jadi apa masalahnya?"

"Dia tak tau Hasif suka dia."

"Kita ni sebagai lelaki yang patut mulakan langkah. Kalau kita lambat, takut orang lain yang kebas."

"Mulakan langkah, macam mana?" tanya Hasif, ingin tahu.

" Hasif kena tahu, perempuan ni dia lebih sukakan orang lelaki yang mulakan langkah dulu. Kalau Hasif dah suka dia, berterus terang. Suka tak suka tu,belakang kira. Yang penting Hasif dah bagitau dia yang Hasif sukakan dia. Orang perempuan ni pun ada egonya. Hasif kena ingat tu. " Hasif ketawa kecil. Dia kembali bermain-main dengan air.

" Macam manalah rupa perempuan tu kan? Sampaikan anak papa ni boleh jatuh cinta."

" Dia sebenarnya biasa je.Tak suka berfesyen. Tak suka make up. Simple. Dia agak kasar sikit. Tapi tak tau kenapa Hasif boleh suka dekat dia. Dia macam agak lain daripada yang lain."

" Papa tak kesah pun siapa perempuan tu. Yang penting anak papa ni suka, papa pun okey je."

" Thanks pa. " Dato' Hisyam tersenyum. Ditepuknya bahu anak lelakinya itu perlahan.

"Oklah, papa masuk dulu ye." Dato Hisyam meminta diri. Hasif sekadar menganggukkan kepalanya.

"Angah jom makan." ajak Puan Rafidah yang sedang menuang air teh kedalam cawan. Farah menuruni anak tangga satu persatu. Kerusi ditariknya dan dilabuhkan duduknya. Cawan yang diberikan kepadanya diambil. Disendukkan makanan kedalam pinggan milik ahli keluarganya.

"Ayah makan jom." Encik Azhar melipat surat khabar yang dibacanya dan diletakkam ditepi. Air dicicipnya perlahan.

"Mana adik mak?" soal Farah.

"Adik kat depan. Tengok cerita. Katanya tak nak makan lagi. Biarlah dia. Nanti dia lapar, dia makanlah." ujar Puan Rafidah. Dia duduk dihadapan Farah.

" Along mana?" soal Farah lagi.

" Dia dah keluar dah. Breakfast kat luar." Farah mengerutkan keningnya.

" Breakfast kat luar? Harini bukan hari minggu ke? Tak pernah pernah dia makan kat luar. Dia makan dengan siapa mak?"

" Katanya dengan kawan. Ada tadi kawan dia datang ambil kat rumah. Mak pun tak kenallah."

" Lelaki ke perempuan mak?"

"Makan angah. Jangan banyak tanya sangat. Taulah Along tu nak jaga diri. Dia dah besar. Tak payahlah nak risau pasal dia." kata Encik Azhar sedikit tegas.

" Angah just nak tau je." mulutnya sedikit dimuncungkan.

"Tak payah nak tau bagailah. Biarlah along tu uruskan hidup dia macam mana. Kamu tu tak payahlah sibuk."

" Yelah." Farah terus menyuap makanan masuk kedalam mulut.

Dia melabuhkan punggungnya disebelah Intan. Bantal kecil disebelah dicapainya dan dipeluk. Dia memandang kearah Intan dan televisyen silih berganti. Haih!kartun. boring..

Remote tv diatas meja dicapainya. Dia menukar siaran.

"Angah!" marah Intan. Dia ingin merampas kembali remote tv ditangan Farah tetapi pantas Farah menyoroknya dibelakang badannya.

"Angah! Adik nak tengok cerita kartunlah. Janganlah kacau."

" Angah nak tengok cerita lain. Cerita tadi bosanlah."

" Eee,angah bagilah balik remote tu. Janganlah kacau adik nak tengok cerita." badannya Farah dipukulnya berkali-kali.

" Tak boleh. Angah nak tengok cerita ni."

"Angah, bagilah."

"Werk,tak boleh." Farah terus berlari berpusing-pusing mengelilingi sofa. Intan turut mengejar. Terjerit-jerit mereka berdua didepan.

Puan Rafidah dan Encik Azhar yang masih berada didapur tersengih-sengih mendengar jerit pekik anak mereka.

"Apalah yang diorang gaduhkan tu bang. Angah ni suka sangat mengusik adik." kata Puan Rafidah. Encik Azhar yang sedang membaca surat khabar yang tersenyum.

"Biasalah angah tu. Kuat menyakat betul"

"Tu la. Haih,angah angah. Dah besar pun perangai still macam budak-budak." tergeleng-geleng kepala Puan Rafidah dibuatnya.

Ting Tong!

Bunyi loceng rumahnya membuatkan larian Farah terhenti. Dia memberikan remote tv kepada Intan.Intan mengambilnya lalu kembali duduk diatas sofa. Terus dia menukar siaran yang diingininya.

Farah yang baru mendengar bunyi loceng rumahnya berbunyi melangkah kearah tingkap. Diperhatikan kawasan luar rumahnya.

"Tak de orang pun. Siapa yang main loceng ni." Dia membuka pintu rumahnya. Seliparnya disarungkan dikaki. Dia berjalan menuju kearah pagar rumahnya.

"Takde sape pun. Ish,suka sangat main tekan-tekan loceng rumah orang." Geram Farah dibuatnya. Dia beranggapan bahawa ada kanak-kanak yang selalu bermain basikal menekan loceng rumahnya.

Dia ingin masuk kedalam rumah tetapi matanya terpandang sekuntum bunga mawar merah diatas tembok rumahnya. Perlahan-lahan tangannya mencapai bunga itu. Dahinya dikerutkan.

"Siapa pulak yang bagi bunga ni? Salah rumah ke? Haih, dah lah kad pun tak de. Silap rumah naya je." Farah mencampakkan bunga mawar itu kedalam tong sampah. Dia terus berlalu masuk kedalam rumah.

Tak sangka baru seminggu lebih dah ramai yang baca. Thank you guyss. Jangan lupa komen. I'm waiting for your comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience