Bab 21

Romance Series 7967

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Farah sambil memandang kearah Hasif yang sedang memandu.

"Kita nak pergi breakfast dulu. Awak belum sarapan lagi kan?" Farah menggelengkan kepalanya.

" Belum."

" Disebabkan awak dan saya pun tak makan lagi,so apa kata kita pergi breakfastlah dulu." cadang Hasif.

" Saya okey je. Tapi kita nak breakfast kat mana?"

"Rahsia. Saya pasti awak mesti suka punyalah."

Farah menjulingkan biji matanya. Beg sandangnya dibuka dan dikeluarkan telefon pintarnya. Aplikasi game kesukannya dibuka. Tersengih-sengih dia sambil leka bermain game. Hasif disebelah hanya memandang kearah Farah sambil tersenyum. Digelengkan kepalanya perlahan.

Dalam beberapa minit kemudian,mereka sampai ke destinasi. Kereta diparking lalu enjin dimatikan. Hasif mencabut seatbeltnya.

"Ok jom keluar." ajak Hasif. Farah mendongakkan kepalanya memandang sekeliling. Dikerutkan keningnya.

"Kat mana ni?" Farah memerhatikan keadaan sekeliling. Aik,tak pernah pulak aku sampai kesini. Kat mana lelaki ni bawak aku?

"Kita sekarang berada direstoran yang terletak di Kuala Lumpur." Sengih lelaki itu.

"What?? Dah kenapa awak bawa saya breakfast sampai ke Kuala Lumpur ni?" Terkejut Farah. Berlambak restoran dekat Selangor tu,asal kena pergi Kuala Lumpur?

"Sebab saya tak tahu restoran mana yang sedap kat selangor tu." Balas Hasif itu selamba.

"Kalau tak tau,kenapa tak tanya?" Hasif hanya tersengih.

"Dah la,jangan la marah-marah. Jom kita keluar. Dah sampai dah ni." Perlahan-lahan Farah membuka seatbelt. Telefon bimbitnya kembali dimasukkan kedalam beg sandangnya. Disangkut kebahu kanannya lalu dia melangkah keluar daripada perut kereta bersama Hasif.

"So,awak nak makan apa?" Tanya Hasif setelah mereka melabuhkan punggung masing-masing dikerusi. Farah berfikir sejenak.

"Saya nak makan kuew tiau jelah. Dengan air milo panas."

Hasif memanggil pelayan untuk memesan makanan.

"Saya nak 2 kuew tiau dan 2 air milo panas." Pesan Hasif. Pelayan itu terangguk-angguk sambil jarinya lincah menulis diatas kertas. Setelah itu, dia berlalu pergi.

Beberapa minit kemudian,makanan yang dipesan sudahpun sampai. Diletakkan penuh berhati-hati diatas meja.

"Terima kasih." ucap Hasif. Pelayan itu hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Dia kemudian berlalu pergi ke meja lain.

Farah menyuapkan kuew tiau yang dipesan kedalam mulut. Ermm,sedap jugak.

"Sedap kan?" Farah menganggukkan kepalanya perlahan. Air milo panas itu dihirup sedikit. Dialihkan pandangannya kearah Hasif yang sedang menyuap kuew tiau masuk kemulut.

"Boleh saya tau tak kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanya Farah.

"Kita habiskan makan dulu ye." Farah menganggukkan kepalanya. Dia kembali menyuap kuew tiau itu masuk kedalam mulut. Mereka mula menghabiskan makanan didalam pinggan masing-masing.

"Alhamdulillah kenyang. So,lepasni kita nak pergi mana?" Tanya Hasif sambil mengelap mulutnya menggunakan tisu.

"Baliklah. Nak pergi mana lagi." selamba Farah menjawab.

"Balik? Ishh,awal lagi la nak balik. Bagilah saya spend time dengan awak." Farah menjulingkan biji matanya keatas.

"Habistu awak nak pergi mana? Saya mana tau tempat-tempat dekat KL ni." Hasif seakan berfikir sejenak.

"Ok jom." Ajak Hasif. Dia berlalu pergi kekaunter untuk membayar makanan. Setelah selesai pembayaran,lelaki itu mengambil beg sandang Farah lalu dibawa pergi. Terkejut Farah dibuatnya.

"Eh,sedap kau je ambik beg aku lepastu terus blah." Farah mengejar langkah Hasif yang semakin menjauh darinya.

"Awak tunggulah." Termengah-mengah Farah berlari mendapatkan lelaki itu. Akhirnya langkah Hasif terhenti. Hasif memalingkan wajahnya kearah Farah.

"Lambatnya awak jalan."

"Ewah ewah. Suka hati kata orang lambat. Yang awak pergi tinggalkan saya tu dah kenapa?" Marah Farah.

"Dah lah. Awak pegang baju saya ni. Kang nanti tertinggal lagi." ujar Hasif sambil menarik hujung baju kemejanya yang memang tidak berbutang kepada Farah. Baju berwarna putih dipakai didalam.Teragak-agak Farah memegang hujung baju Hasif itu. Hasif mengukirkan senyuman manis.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Farah.

"Ikut je la." Lelaki itu tersenyum sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

'Hensem jugak mamat ni.' puji Farah. Mereka berjalan masuk kedalam kereta. Kereta dihidupkan lalu bergerak kesebuah tasik.

Setibanya ditasik,tergamam Farah dibuatnya. Seatbelt dicabut perlahan-lahan sambil matanya tidak lepas memandang tasik itu. Hasif disebelah tersenyum melihat gelagat Farah.

"Jom keluar." ajak Hasif. Farah menganggukkan kepalanya. Pintu kereta dibuka. Dia memandang tasik yang terbentang luas dihadapan matanya itu. Cantiknya.

Hasif turut berdiri disebelah. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

"Cantikkan?" Tanya Hasif.

Farah menganggukkan kepalanya dengan laju. "Cantik sangat." Ujar Farah.

"Jom duduk kat sana." jari telunjuknya ditunjuk kearah sebuah bangku yang berdekatan.

Farah mengikut langkah Hasif. Dilabuhkan punggung masing-masing diatas bangku batu itu. Kakinya dijulurkan kedepan. Dia memerhatikan kawasan persekitarannya. Cantik sangat. Pelbagai gelagat manusia disini.

"Boleh kita berkenalan?" Tanya lelaki itu tiba-tiba. Farah mengalihkan pandangannya kearah Hasif. Secarik senyuman diberikan.

"Sure."

"Ok. Nama saya Hasif. Hasif Mikael bin Dato' Hisyam. Awak?" Lelaki itu mula memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Farah Nasuha binti Azhar. Nice to meet you." Giliran Farah pula memperkenalkan dirinya.

"Nice to meet you too." balas Hasif. Suasana menjadi sunyi sejenak.

"Can I ask you something?" Tanya Farah sambil membetulkan duduknya.

"Awak nak tanya apa?"

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Padahal kita langsung tak pernah jumpa. Kenal pun tak. Tiba-tiba family awak datang rumah saya. Tak de angin,tak de ribut. Tiba-tiba kita dah bertunang. Awak cuba cakap jujur dengan saya. Awak buat semua ni sebab family awak suruh awak kahwin ke? Atau awak nak balas dendam?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Farah. Dirinya ingin tahu. Kenapa semua ni berlaku secara tiba-tiba?

Hasif tertawa kecil.

"Dendam? Awak fikir ini dalam cerita ke? Yang kahwin disebabkan dendam? Awak jugak yang cakap tadi,kita tak pernah jumpa kan? So,atas sebab apa saya berdendam dengan awak?" tanya Hasif kembali. Farah menjongketkan bahunya.

"Habistu atas sebab apa awak nak kahwin dengan saya?"

" Mungkin sebab awak jodoh saya?" Selamba Hasif menjawab.

"Awak nak tipu orang lain bolehla. But not me. Saya sangat pasti,mesti ada sebab lain kenapa awak nak kahwin dengan saya."

"Oklah,saya jawab jujur. Sebenarnya saya kenal awak. Dah lama saya kenal awak. Cuma awak je yang tak perasan saya. Kita dah banyak kali terjumpa." ujar Hasif. Farah mengerutkan keningnya.

"Dah banyak kali terjumpa? Kat mana?" Tanya Farah kehairanan.

"Biasalah, saya kan bukannya hensem pun. Manalah awak nak pandang muka saya ni." sengaja dia membuat memek muka sedih. Cuba mengingati pertemua-pertemuan mereka.

" Tapi saya perasan jugak. Muka awak ni familiar sangat. Tapi saya tak ingat kat mana saya jumpa awak." muka Hasif ditenung dalam.

"Kat mana kita pernah terserempak tu biarlah rahsia. One day awak akan tahu juga." Sambung Hasif lagi.

double update. yeayhh. hehe. tak sangka dah bab 21. happy reading guyss.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience