Bab 25

Romance Series 7965

Hasif termenung. Matanya jatuh kembali keatas surat yang dipegangnya. Tawaran sambung belajar ke Perancis. Semua orang happy,tapi kenapa dirinya rasa sebak,sedih untuk tinggalkan tanah kelahirannya ini? Padahal memang inilah impiannya.

Hasif mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Farah. Satu minit, dua minit,tetap tidak diangkat. Hasif menelefon lagi sekali. Akhirnya panggilannya diangkat.

"Hello." Farah memulakan perbualan.

"Awak tengah buat apa tu?" Tanya Hasif. Dia membetulkan badannya supaya lebih selesa.

"Saya baru je lepas kemas meja belajar. Banyak sangat sampah sarap." Hasif tertawa kecil.

" Tulah,pemalas nak kemas." ejek Hasif.

"Excuse me,pembetulan. Bukan pemalas,cuma tak de masa nak kemas. I'm a busy woman." bidas Farah.

" Yelah tu. I know you very well Miss Farah Nasuha." Farah menjulingkan biji matanya keatas.

" What everlah. Ada apa ni awak call saya?" Tanya Farah. Hasif sekadar mendiamkan diri. Badannya disandarkan kekepala katil.

"Hello?" Farah mengerutkan keningnya. Mana pulak mamat ni?

"Hasif? Are you still there?" tanya Farah lagi. Hasif sedikit tersentak.

"Ouh sorry sorry. Awak cakap apa tadi?"

" Nothing."

" ouhh." balas Hasif. Farah kembali mengerutkan keningnya.

" Do you have a problem?" tanya Farah. Kerusi meja belajarnya ditarik lalu dilabuhkan punggungnya disitu.

"Tak de pape. Saya okey."

"Habistu kenapa awak call saya ni?"

"Saya just nak tanya,kalau awak dapat tawaran sambung belajar,awak terima tak?" Farah terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan.

"Mestilah saya terima. Itu memang impian saya. Untuk sambung belajar." Kata Farah dengan gembira.

"Ouhh."

"Kenapa awak tanya ni?" Tanya Farah kehairanan. Kau call aku semata-mata sebab tu je ke?

"Saya dapat tawaran sambung belajar tapi..." Tanpa sempat menghabiskan ayatnya,Farah sudah menjerit teruja. Terpaksa Hasif menjarakkan sedikit telefon dari telinganya.

"Wahhh,tahniahh. Awak dapat sambung belajar kat mana?"

"France."

"Wahhhh,bestnya. Awak terima lah tawaran tu. Bukan senang tau nak sambung belajar kat luar negara ni." Hasif diam tanpa berbicara. Tulah masalahnya,dia berat hati untuk pergi. Lagi-lagi bila hatinya telah dicuri.

"Tapi nanti kita dah tak berjumpa."

"Alah,lepas awak habis belajar,kita boleh jumpa." Pujuk Farah.

"I miss you." Ucap Hasif. Farah sekadar tersenyum kecil. Apa-apa jelah Hasif oii.

"Oh ye,for your information,esok saya akan balik. Sebab saya tak de kelas." Hasif teruja. Dapat juga dia mengubat hatinya yang sedang gundah-gulana ini.

"Seriously?"tanya Hasif inginkan kepastian.

"Yes."

"Arghhh,tak sabar nak jumpa awak."

"Elehh, baru je pagi tadi kita jumpa."

"Memanglah kita dah jumpa but I'm still miss you. Awak rindu saya tak?" Farah sedikit tersentak dengan pertanyaan itu. Dia sekadar mendiamkan diri.

"Ouhh sorry. Saya tak patut tanya awak macam tu." cepat-cepat Hasif meminta maaf apabila menyedari kesilapannya. Farah mencarikkan senyuman kecil.

"Tak pe. Saya tak kesah. Eh oklah,saya nak kemas baju ni. Jumpa awak nanti okey?"

"Ok bye.Balik cepat ye. I wait for you." Mereka memutuskan panggilan masing-masing.

Farah meletakkan telefonnya diatas meja. Dia kembali mengingat perbualan tadi.

"Arghhh,tak sabar nak jumpa awak."

"Elehh, baru je pagi tadi kita jumpa."

"Memanglah kita dah jumpa but I'm still miss you. Awak rindu saya tak?"

Farah mengeluh kecil.

" Tak salah kan kalau aku cuba buka pintu hati aku untuk dia?"

                                 

Farah mengelap rambutnya yang masih basah menggunakan tuala. Dia baru sahaja selesai membersihkan dirinya.

Telefonnya berbunyi menandakan ada notification yang masuk.Tangannya yang ligat mengeringkan rambut terhenti. Tuala dibiarkan diatas kepalanya. Farah mengambil telefon pintarnya lalu membuka aplikasi whatsapp. Tertera nama Hasif di skrin. Farah membuka ruangan chat.

Hasif : Assalamualaikum,good morning Farah.

Farah sekadar membaca tapi tidak direplynya. Biasalah perangai Farah ni,suka bluetick orang.

Hasif : Awak balik pukul berapa nanti?

Matanya dijulingkan keatas. Telefonnya ingin diletak kembali diatas meja tetapi pergerakannya terhenti. Dia memandang telefonnya yang telah gelap.

"Mungkin ni salah satu cara untuk aku cuba terima dia." kata Farah sendirian. Telefon kembali dicapainya.

Farah : Saya balik petang ni. Pagi ni tak boleh sebab saya ada class.

Hasif : Ouhh. Awak balik berapa hari?"

Farah : Mestilah 2 hari je. Walaupun tak berbaloi balik,tapi disebabkan saya rindu kat mak ayah saya,saya tetap nak balik. Dah lah sepanjang saya kat sini,tak pernah pun mereka datang jenguk saya. :(

Hasif tersenyum. Manja jugak dia ni.

Hasif : Rindu mak ayah awak je? Saya awak tak rindu ke?

Farah mencebikkan bibirnya. Nak rindu kau buat apa..

Farah : Tak de masa saya nak rindu awak. You're not my priority.

Hasif : Sampai hati..

Farah ketawa kecil. Kepala digeleng perlahan.Dia menutup telefonnya dan menyambung semula mengelap rambutnya. Dia bersiap-siap untuk pergi kekelas. Aliya dan Fatini awal-awal lagi sudah pergi keperpustakaan. Baru nak cari bahan untuk assignment mereka yang perlu dihantar minggu depan. Tulah,suka buat kerja last minit. Nasiblah dia awal-awal lagi sudah menyiapkannya.

                                    

Pintu biliknya dibuka. Dia melangkah masuk lalu ditutup pintu rapat. Matanya mencari kelibat kawan sebiliknya tetapi tiada. Mungkin mereka ada class. Dia baru sahaja habis kelasnya.

Beg sandangnya dicampak keatas katil. Stokinnya dibuka lalu dia melambungkan badannya keatas katil. Melepaskan penat. Matanya dipejam rapat.

Tidak lama kemudian,telefonnya didalam beg sayup-sayup kedengaran. Farah yang baru sahaja ingin melelapkan mata mendengus marah. Tidak suka apabila tidurnya diganggu.

Tangannya digapai-gapai mencari beg sandang yang dicampak tadi. Telefon dikeluarkan dari begnya setelah begnya berjaya digapai. Tanpa melihat nama pemanggil,butang hijau ditariknya kekanan lalu ditekap ketelinga.

"Hello Farah." kedengaran suara disana memanggilnya ceria. Hm,dah tau dah siapa.

"Hm,hello. Ada apa ni awak call saya?" Matanya masih dipejam.

"Awak balik pukul berapa?"

" Dalam pukul 3 centulah. Kenapa?"

" Ok cun. Nanti saya ambil awak."

" Tak payahlah. Susah-susah je. Saya boleh naik teksi." memang taklah dia setuju kalau Hasif mengambilnya. Cukuplah haritu Hasif datang kesini,habis roommatenya tanya dia macam-macam. Janganlah nak cari masalah lagi.

"Tak de yang susahnya kalau melibatkan awak. Awak tunggu je ye saya datang." Hasif tetap dengan pendiriannya untuk mengambil Farah.

"Tak payahlah."

"No. Saya tetap akan ambil awak."

"Tak payah saya cakap."

" Awak jangan degil boleh tak? Saya cakap saya ambil awak,saya ambil awak. Awak tunggu je saya sampai." ujar Hasif dengan nada tegas tapi tetap ada kelembutannya.

Farah yang memejam matanya dari tadi mencelikkan matanya. Keningnya berkerut sikit. Dia baru lepas marah aku ke? Patutnya aku yang marah kau,bukan kau yang marah aku. Farah mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan Hasif.

"Oklah. Bye. Saya nak bersiap ni." ujar Farah. Matanya kembali dipejam. Bersiaplah sangat.

"Bersiap ye. Jangan tidur sudahlah."

"Mama ada saya tidur."

" Mana lah tau. Dengar suara pun dah tau mengantuk. Dah bangun-bangun,pergi mandi segarkan badan tu." arah Hasif.

" Nantilah saya mandi. Lagipun baru pukul berapa. Lambat lagi saya nak balik."

" Hello cik adik. Awak tak tengok jam ke? Sekarang ni dah pukul 2.15 ye cik adik. Awak nak balik pukul 3. Bangun cepat. Jangan tidur. Nanti terlajak nak solat zohor." Farah kembali mencelikkan matanya. Jam ditelefonnya ditengok. Dia mengeluh kecil.

"Yelah yelah. Saya bangunlah ni." Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya.

"Good girl. Dah,pergi bersiap. Jumpa nanti." telefon dimatikan. Dia turun daripada katilnya lalu mencapai tuala. Bersiap untuk membersihkan diri.

Sedang Farah membetulkan topinya,pintu bilik dibuka. Kelibat Fatini mula kelihatan. Dia melabuhkan punggungnya diatas katil.

"Mana Aliya?" tanyanya. Farah memusingkan badannya kebelakang. Dia berjalan menuju kekatilnya lalu beg sandang diletakkan diatas bahu kirinya.

"Dia belum balik lagi. Ada class kot." balas Farah.

"Kau dah nak balik ke?" Tanya Fatini.

"Haah. Oklah,aku pergi dulu. Dah lewat ni. Bye" Farah melangkah keluar.

" Bye. Hati-hati." jerit Fatini dari dalam.

"Ye." Farah turut menjerit. Kasut sportnya dibetulkan. Dia berjalan keluar dari universitinya. Matanya terpandang kereta audi r8 berwarna hitam. Kereta yang amat dikenalinya itu.

Pintu kereta dibuka oleh seseorang. Keluar seorang lelaki yang sedang tersenyum padanya. Farah lekas menonong pergi meninggalkan Hasif tapi sempat dihalang oleh Hasif.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Hasif.

"Saya nak pergi cari teksi lah."

"Tak de,tak de. Awak naik kereta Saya. Penat tau saya datang sini semata-mata nak jemput awak tau."

"Siapa suruh awak datang? Saya tak suruh pun kan. Dah bla,saya boleh balik sendiri."

"Naik kereta saya. Dah jom." Hasif membuka pintu disebelah tempat memandu.

"Saya tak nak naik dengan awak. Awak pergilah balik." Farah masih dengan kedegilannya.

"Naik dengan saya atau..." Hasif mendekatkan bibirnya ditelinga Farah.

"Saya dukung awak masuk dalam kereta." Sambung Hasif. Farah memandangnya dengan tajam. Nak main ugut-ugut pulak mamat ni. Dia berjalan masuk kedalam bonet kereta lalu dihempas pintu kereta itu tanda geram. Dia masih menjeling Hasif. Hasif cuma tertawa kecil lalu berjalan ketempat pemandu.

"Macam nilah. Dengar kata. ok jom." Kereta meluncur laju dijalan raya.

Suasana dikereta senyap tanpa bicara. Hasif mengerling Farah yang dari tadi mendiamkan diri.

"Awak kenapa asyik pandang-pandang saya je. Pandu kereta tu elok-elok. Kang tak pasal-pasal masuk hospital." perli Farah sambil memandang kearah Hasif. Hasif lekas memandang kehadapan. Aduhh,kantoilah pulak usya anak dara orang.

"Jom kita pergi makan." Ajak Hasif.

"Tak naklah. Hantar saya balik." Tolak Farah.

"No,kita pergi makan dulu." Tegas Hasif.

"Saya nak balik terus." Tolak Farah lagi sekali. Hasif memberhentikan keretanya ditepi jalan. Hairan Farah dibuatnya.

"Dah kenapa pulak berhenti kat sini?"

"Kita pergi makan or..." Kata Hasif. Dia mendekatkan bibirnya ditelinga Farah.

"I kiss you." Bisik Hasif.

"Ish,yelah-yelah. Kita pergi makan." Farah mengalah. Lebih baik makan je daripada kena kiss. Hasif tersengih. Hanya dengan satu ugutan,terus cadangannya disetujui. Kereta dipandu semula.

"Kita nak makan kat mana?" Tanya Hasif.

"Saya nak tomyam la. Kita pergi kedai tom yam ye."

"Kedai tomyam? Tak naklah." Tolak Hasif.

"Alahh bolehlah. Saya nak makan tomyam." Ajak Farah lagi.

"Tak naklah tomyam. Kita makan benda lain la."

"Alahh,tak nak benda lain. Nak tomyam. Pleaseee." Rayu Farah. Hasif mengerling kearah Farah.

"Awak ni mengidam ke?" Tanya Hasif. Farah memukul lengan Hasif dengan kuat.

"Auchhh arghhhh. Sakitlah." Hasif menggosok lengannya yang berbirat. Merah jadinya.

"Sape suruh cakap yang bukan-bukan. Kan dah kena." Farah tergelak kecil.

"Yela yela,kita pergi makan tomyam. Nanti ada orang tu merajuk pulak." Usik Hasif.

"Nak kena pukul lagi ke?" Perli Farah. Hasif sekadar tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience