Bab 6

Romance Series 7965

"Ni yang tak suka ni. Ramainya orang." rungut Farah. Matanya diliarkan memandang sekeliling. Orang ramai mula berganding bahu bekerjasama untuk persiapan perkahwinan. Kaum adam sedang mendirikan kanopi. Kaum hawa sedang bersembang sambil ada yang mengupas bawang dan membasuh kuali.

"Weyh along,angah nak baliklah." laju sahaja jari Syaza mencubit pinggang Farah.

"Angah jangan nak buat perangai boleh tak? Kita dah sampaikan. Mengada nak balik bagai." marah Syaza. Habis panjang muncung Farah.

"Kita duduk sini pun bukannya buat apa-apa pun."

"Tolong jelah apa yang patut. Tu kerusi tu,pergilah susun kat meja. Tu pun nak kena ajar." Farah memandang kearah kerusi-kerusi yang diletakkan disatu tempat dan disusun secara bertingkat.

"Dah lah,along nak masuk dalam rumah. Nak tolong apa yang patut."

" Eh jap along, Abang Zahar kahwin esok kan?" Farah memegang tangan Syaza. Terhenti langkah Syaza untuk masuk kedalam rumah.

"Iyelah. Kenapa tanya?" soal Syaza.

"Tak de pape. Saje nak tau." Tangan Syaza dilepaskannya.

"Dahlah, along nak masuk ni."

"Hm yelah,pergilah masuk." Syaza mula berjalan masuk kedalam rumah. Farah masih memandang sekeliling. Keluhan kecil dilepaskan. Malasnya!!

Topi diatas kepala dibetulkannya.

"Angah,meh sini tolong susun kerusi ni." Farah memalingkan wajahnya memandang kearah ayahnya yang sedang memanggil dirinya.

"Yang tercegat lagi kat situ buat apa?" Farah berjalan kearah Encik Azhar yang sedang bercekak pinggang. Dia memandang kearah kerusi dan ayahnya silih berganti.

"Dah cepat, susun kerusi ni." Arah Encik Azhar lagi. Farah mula menyusun kerusi tanpa rela.

Farah termenung ditangga rumah. Tangannya ditongkatkan dilutut. Syaza dibelakang berjalan terjingkit-jingkit mendapatkan Farah.

"Bah!"

"Arghh!!" Farah yang terkejut terus berdiri tetapi kakinya tidak stabil menyebabkan dirinya hampir terjatuh. Nasib tangannya sempat memegang penghadang tangga ditepi.

Syaza menghamburkan tawanya. Farah memandang nya geram.

"Along ni memang lah. Suka terkejutkan angah. Kalau angah jatuh tadi, macam mana?" Marah Farah. Dia kembali duduk ditangga. Syaza melabuhkan duduknya disebelah Farah dengan sisa tawanya masih ada.

"Angah buat apa kat sini?" Tanya Syaza.

"Saja ambil angin." Syaza menongkatkan dagunya menggunakan tangan.

"Along buat apa pulak kat sini? Bukan tadi tolong mak dengan Opah memasak ke kat dapur?" Farah memandang kearah Syaza.

"Dah siap masak dah. Sekarang ni along tengah tunggu Opah keluar dari bilik air. Along nak mandi. Sementara menunggu,tu yang datang sini."

"Uit, buat apa tu?" Sapa seseorang yang amat dikenali. Mereka berdua menoleh kearah suara itu.

"Wahh! Pengantin baru datanglah." ujar Farah sambil tersenyum lebar.

"Selamat pengantin baru. Sorrylah baru wish harini. Maklumlah, semalam orang tu busy sangat. Hari bahagia dialah katakan. Sampai nak jumpa kita pun tak sempat." sempat Farah mengusik. Zahar hanya ketawa.

"Makin ceria nampak?" Usik Syaza.

"Biasalah, orang tengah happy baru lepas kahwin." Balas Zahar selamba. Farah mencebik.

"Korang bila nak kahwin?" Tanya Zahar.

"What? Kahwin? Lamberttt lagi." ujar Farah.

"Apa salahnya kahwin sekarang?" Kata Zahar.

"Apa Abang Zahar ni, agak-agaklah nak kahwin. Masuk universiti pun belum lagi."

"Lagipun, kita bagilah Kak Syaz kahwin dulu." Usik Farah. Zahar ketawa.

"Eh, apa pulak along. Tak salah pun kalau angah kahwin dulu." Kata Syaza tidak berpuas hati.

"Memanglah tak salah, tapi umur macam along ni dah sesuai sangatlah kahwin."

"Kalau belum ada calon, Abang ada je calonnya." ujar Zahar.

"Siapa abang?" Tanya Farah ingin tahu.Syaza turut memandang kearah Zahar. Zahar tersenyum senget sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Agak-agaknya siapa?" Tanya Zahar. Farah mendengus melihat perangai main tarik tali Zahar.

"Siapa?" Tanya Syaza.

"Adli." Jawab Zahar sepatah.

"Abang Adli?" soal Farah kembali. Zahar menganggukkan kepalanya. Akhirnya Farah menghamburkan tawanya. Cemberut muka Syaza dibuatnya.

"Apa yang seronok sangat ni?" Tegur Opah dimuka pintu.

"Assalamualaikum Opah." Zahar naik keatas rumah dan disalamnya tangan orang tua itu.

"Waalaikumussalam." Jawab Opah.

"Ouh lupa." Zahar menghulurkan makanan yang dibawanya kepada Opah.

"Ni ada sedikit makanan mak suruh Zahar bagi kat opah. Terlupa pula nak bagi sebab bersembang dengan dua 'ekor tu' tadi." Zahar mengerlingkan matanya memandang kearah mereka berdua membawa maksud merekalah 'dua ekor tu. ' sempat Farah menghadiahkan jelingannya.

"Terima kasihlah ye Zahar." ucap Opah sambil tangannya mencapai makanan yang dihulurkan.

"Sama-sama." Zahar kembali turun kebawah rumah.

"Eh, ni mana isteri kamu?" Tanya Opah.

"Ouh, Lia ada kat rumah. Tengah tolong mak kat dapur tadi."

"Uuu, dapat bini mithali." Usik Farah. Zahar tersengih.

"Alhamdulillah. Bagus dapat isteri macam tu. Pandai ambil hati orang tua. Tolong mana yang patut." Kata Opah. Zahar meraup mukanya.

"Alhamdulillah. Okaylah Opah. Zahar balik dulu ye. Assalamualaikum." Zahar meminta diri.

"Waalaikumussalam." Jawab mereka perlahan.

"Oklah, Farah nak mandi." Farah bangun daripada duduknya.

"Eh, along masuk dululah." Syaza bingkas bangun.

"Ah takde, angah masuk dulu. Siapa suruh lambat."

"Angah!! Along masuk dulu!! Penat along dari tadi tunggu!!" Syaza lekas mengejar Farah. Opah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Angah, tolong mak kejap." Farah mengangkat kepalanya. Telefon ditangan diletakkan diriba.

"Tolong apa mak?" Tanya Farah.

"Tolong pergi kedai. Beli kicap dengan gula." Puan Rafidah menghulurkan duit kepada Farah. Farah memuncungkan mulutnya.

"Ayah mana? Kenapa tak suruh ayah je?"

"Biasalah ayah kamu tu. Kalau balik sini memang pergi warung Pak Mat tu je lah. Lupa pulak tadi mak nak pesan suruh dia beli barang. Kalau mak mesej dia pun, bukannya dia buka kalau dah bersembang tak ingat dunia." Farah ketawa kecil.

"Yelah, yelah. Angah pergi beli." Duit yang dihulurkan disambut. Dia masuk sekejap kedalam bilik mengambil topinya. Cuaca diluar agak panas.

Seliparnya disarungkan dikaki. Dia berjalan kebawah rumah mengambil basikal milik arwah atuknya. Berbunyi-bunyi basikal itu bila disentuh.

"Haih, dah nazak sangat basikal." Omel Farah seorang diri. Matanya ditinjau-tinjau mencari pengangkutan yang lain.

"Motor tak de ke?" Dia masuk kembali kedalam rumah.

"Opah, kunci motor mana?" Tanya Farah apabila melihat kelibat orang tua itu didapur.

"Kunci motor?" Tanya Opah kembali. Dia seperti memikirkan sesuatu.

"Motor? Opah ada motor ke?" Tanya Syaza yang turut ada didapur. Dia memandang kearah Opah. Tangannya yang lincah memotong bawang terhenti.

"Eh motor? Opah mana ada motor." Kata Opah seperti baru tersedar.

'Haih, opah ni berkhayal ke dari tadi?' Kata Farah didalam hati.

"Tak de motor? Habistu Farah nak pergi kedai naik apa? Dah lah basikal tu asyik berbunyi je. Seram pulak Farah nak naik."

"Jalanlah kaki." Selamba Opah menjawab.

"Hah? Jalan kaki? Opah biar betul? Panas ni." Terkejut Farah dibuatnya. Memanglah kedai tu takdelah jauh mana, tapi kalau panas terik macam ni, perjalanan yang pendek pun dirasakan jauh.

"Iyelah jalan kaki. Habistu kalau bukan jalan kaki, nak naik apa?" Kata Puan Rafidah yang sedang mengacau makanan didalam kuali.

"Habistu selama ni Opah jalan kaki ke pergi kedai? Larat pulak Opah jalan kaki." Kata Farah masih dalam nada terkejut.

"Ish, dah tua-tua macam ni nak jalan kaki apanya. Opah minta tolong dengan ayah Zahar tu belikan. Tapi harini ayah Zahar tu ada hal pulak. Tu yang minta tolong Farah belikan."

"So betullah kena jalan kaki?" Tanya Farah lagi sekali inginkan kepastian.

"Iyelah." Balas Opah. Syaza ketawa mengekek melihat muka cemberut Farah. Perlahan-lahan kakinya dibawa keluar daripada rumah. Seliparnya disarungkan kembali.

Dia mula berjalan menuju kekedai.

"Ini cucu Opahkan? Cucu Nek Wan? Kan?" Tanya Pak Ajam sambil memasukkan barang yang dibeli Farah didalam plastik.

"Haahlah Pak Ajam. Takkanlah dah lupa kot."

"Biasalah dah tua ni, banyak benda dah lupa. Kamu tu pun bukannya selalu balik sini. Tu yang ingat-ingat lupa sikit." Farah tersenyum.

"Nah." Pak Ajam menghulurkan barang yang dibeli Farah dan disambut oleh Farah.

"Berapa ni Pak Ajam?" Tanya Farah.

"10 ringgit." Farah menghulurkan not RM20. Tidak lama kemudian, Pak Ajam memulangkan baki duit tersebut.

"Ok terima kasih ye Pak Ajam."

"Sama-sama." Farah berlalu pergi. Topinya dibetulkan.

"Ish, mana galah ni?"

Farah mengerutkan dahinya. Dia memandang kearah sekeliling. Tak de sape pun. Habistu suara siapa tu?

"Aduh, time-time macam nilah kau nak menyorok." Farah berjalan mengikut arah pendengarannya. Perlahan-lahan dia berjalan kearah belakang rumah yang tidak dikenalinya.

"Macam mana nak ambil ni?" Farah memandang kearah seorang lelaki yang membelakangi dirinya sambil bercekak pinggang. Dia berjalan menuju kearah lelaki itu yang sedang memandang kearah pokok mangga.

"Awak buat apa ni?" Tanya Farah. Lelaki itu agak terperanjat. Lekas dia beralih memandang kearah Farah. Lelaki itu memandang kearah Farah dengan penuh tanda tanya.

"Awak nak buah mangga tu ke?" Tanya Farah mengabaikan persoalan yang berada diminda lelaki itu. Dia tau mesti lelaki itu tertanya-tanya dirinya siapa. Tapi dia peduli apa?

"Kenapa tak ambil je buah mangga tu?" Jari telunjuknya dihala kearah buah mangga yang paling dekat dan paling bawah dengan lelaki itu.

"Saya nak yang tu. Saya dapat rasakan buah yang tu sedap." Lelaki itu kembali memandang keatas. Farah turut memandang keatas. Akhirnya dia mengeluh.

"Hish, mengada jugak mamat ni." Kutuk Farah perlahan. Matanya tertinjau-tinjau mencari galah. Lelaki itu memandang kearah Farah.

"Awak cakap apa tadi?" Tanya lelaki itu. Dia telah pun bercekak pinggang.

"Cakap apa?" Farah membetulkan topinya.

'Aduh! Mamat ni dengar ke apa yang aku cakap tadi?'

"Saya tau awak ada cakap something tadi. Awak cakap apa?"

"Mana ada saya cakap apa-apa pun." Lelaki itu memandang kearah Farah dengan pandangan tidak percaya.

"Hish, tak payahlah pandang macam tu." Marah Farah. Lelaki itu ketawa kecil.

"Mana galah?" Tanya Farah.

"Tak tau." Farah mengeluh perlahan.

"Tak pelah,saya panjat." Farah sudah bersiap sedia untuk memanjat pokok.

"Hah? Awak nak panjat pokok?" Terkejut lelaki itu dibuatnya.

"Ye lah. Kalau bukan saya yang panjat, habistu siapa nak panjat?"

"Ish, awak mana boleh panjat. Nanti awak cedera. Awak tu dah lah perempuan."

"Eh hello, perempuan zaman sekarang ni lain ye. Apa yang lelaki mampu buat, perempuan pun boleh."

"Tapi kalau awak cedera macam mana?" Farah menaikkan anak matanya keatas. Rimas dengan perangai lelaki itu yang tak habis-habis melarangnya.

"Awak, pokok mangga ni bukannya tinggi pun. Kalau jatuh sekali pun, just luka sikit je. Kepoh la awak ni." ujar Farah sedikit geram. Lelaki itu terdiam sejenak.

"Tak pelah, biar saya panjat." Kata lelaki itu membuat keputusan.

"Eh tak payahlah, biar jelah saya panjat."

"Tak payah. Awak duduk sini diam-diam." Lelaki itu menyinsingkan seluarnya hingga paras lutut. Dia mula bersedia untuk memanjat.

"Ish, tingginya." Kata lelaki itu sambil memandang kearah Farah. Farah mengerutkan dahinya.

"Tang mananya yang tinggi? Bukannya pokok kelapa pun." Lelaki itu masih teragak-agak untuk memanjat.

"Biar jelah saya yang panjat." Lekas lelaki itu memandang kearah Farah.

"Tak payah nak mengada. Jadi apa-apa dekat awak nanti, saya yang susah." Farah mencebik. Lelaki itu menadah tangannya.

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku. Kau bagilah kekuatan untuk aku berjaya memanjat pokok ini Ya Allah. Kau selamatkanlah aku daripada sebarang kecederaan. Aku tak nak mati awal. Kau selamatkanlah hambamu yang lemah ini..."

"Woi, kau bukannya nak pergi berperang. Nak panjat pokok pelam je pun. Over betullah." Marah Farah. Matanya mencerlung tajam memandang kearah lelaki itu seperti hendak menelan. Lelaki itu terkebil-kebil memandangnya.

Farah mendengus kasar. Dia menghulurkan plastik yang berisi kicap dan gula yang dibelinya tadi kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Pegang ni."

"Untuk apa?" Tanya lelaki itu.

"Pegang jelah." Teragak-agak lelaki itu mengambil plastik yang dihulurkan padanya. Farah memandang kembali kearah pokok mangga. Kakinya berjalan mendekati pokok mangga itu.

Dia mula memanjat. Ternganga mulut lelaki itu dibuatnya.

"Awak! Awak turun cepat." Lelaki itu dengan cemas menyuruh Farah turun daripada pokok mangga itu. Farah tergelak kecil. Dia mula memanjat lagi. Tangannya mencapai buah mangga yang diinginkan lelaki itu. Dia mula memetik buah itu.

Lelaki itu mula terdiam apabila melihat ditangan Farah terdapat buah mangga yang diinginnya. Farah perlahan-lahan turun daripada pokok mangga itu.

Dihulurkan buah mangga ditangannya kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum lalu mengambil buah mangga itu.Farah mengambil balik plastik yang berada ditangan lelaki itu.

"Terima kasih." Ucap lelaki itu.

"Sama-sama." Farah sudah melangkah untuk pergi dari situ.

"Eh sekejap." Farah berpaling memandang kearah lelaki itu.

"Nak apa?" Tanya Farah.

"Nama awak apa?"

"Farah." Balas Farah sepatah. Dia kembali melangkah. Lelaki itu hanya memandang kearah Farah yang semakin lama semakin menjauh pergi. Dia tersenyum manis.

"Farah." Kata lelaki itu perlahan. Buah mangga ditangannya dilambung-lambung perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience