Bab 23

Romance Series 7965

"Good morning papa,mama" sapa Hasif dengan nada yang ceria sambil menarik kerusi lalu dihempaskan punggungnya dikerusi makan. Selamba sahaja dia menyenduk bihun kedalam pinggan seperti tidak perasan pandangan pelik mama dan adik perempuannya. Datin Husna yang baru hendak menyuap bihun kemulut terhenti pergerakannya. Elyana turut memandang abangnya pelik. Hanya Dato'Hisyam sahaja yang masih meneruskan suapannya.

"Ni kenapa ni happy semacam ni?" Tanya Datin Husna. Sudu diletak kembali ke pinggan. Tidak jadi untuk menyuap makanan. Dirinya lebih tertarik dengan sikap anak lelakinya itu. Selalunya kalau turun makan,tak delah seronok macam ni.

"Entah,abang ni dah kenapa?" tanya Elyana. Dah la breakfast pun awal. Selalunya abangnya itu suka sarapan lewat jika dia tidak pergi kerja. Kalau abangnya itu kerja, bukannya abangnya tu suka breakfast pun. Terus je pergi kerja. Sempat mata Elyana melirik pada pemakaian abangnya itu. Baju tshirt dan bukannya baju kemeja. Dato'Hisyam sekadar tersenyum lalu menghirup tehnya perlahan. Dia seperti mengetahui agenda anaknya itu.

"Pagi ni Hasif nak keluar sekejap tau. Tak tau balik bila. So,mama dengan papa kunci je la pintu sbb Hasif bawak kunci sendiri." ujar Hasif setelah doa makan diaaminkan. Suapan pertama dimulakan.

"Hasif tak pergi kerja ke?" tanya Datin Husna.

"Tak ma. Hasif ada hal sikit nak settlekan. Kalau hal tu dah settle, mungkin petang ni Hasif masuklah kerja."

" Hal apa yang sampai tak pergi kerja ni? " tanya Datin Husna lagi dengan kening yang berkerut.

"Alah awak ni. Adalah hal dia tu. Dah lah, tak payah nak soal macam-macam. Nanti dah siap kerja dia tu, dia masuklah kerja. Dah, makan je. " Dato' Hisyam mula menyampuk. Datin Husna mendengus. Geram apabila pertanyaan tidak dijawab. Hasif sekadar tersengih sambil memandang kearah papanya. Dato' Hisyam sempat mengenyitkan sebelah matanya kepada Hasif.

"Eh oklah,Hasif gerak dulu ye. Takut lambat pulak." Tangan kedua ibu bapanya itu disalam. Sambutan tangan adiknya disambut. Sempat dia menyerabaikan rambut adiknya itu.

"Abang!" terkekek-kekek Hasif ketawa. Dia mula berlari apabila Elyana cuba mengejarnya.

"Mama,papa. Tengok abang tu. Ish,habis rosak rambut Yana. "adu Elyana sambil tangannya kembali membetulkan rambutnya. Datin Husna dan Dato'Hisyam hanya ketawa.

Farah sedang menyiapkan assignmentnya yang perlu dihantar 2 minggu lagi. Dia baru sahaja pulang daripada perpustakaan mencari bahan yang diperlukannya. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Tangannya yang laju menaip dikeyboard laptopnya terhenti. Dicapai telefon bimbitnya yang berada disebelah.Notification daripada Hasif. Farah mengeluh. Tak habis-habis lagi mengacau dirinya.

Dibuka mesej yang dihantar padanya. Terbuntang biji mata Farah dibuatnya. Berkali-kali dia membaca bait-bait perkataan yang dihantar padanya itu.

Hasif : Assalamualaikum awak. Saya tengah otw tau gi U awak.

Hasif : Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan buah hati saya ni.

Hasif : Awak turun tau jumpa saya nanti. Nanti kalau saya dah sampai,saya bagitau awak balik. Bye,jumpa awak nanti.

Pantas jari jemari Farah menaip dipapan kekunci. Dia terpaksa melanggar pantang larangnya agar tidak membalas chat daripada Hasif. Kali ini lelaki itu betul-betul menguji kesabarannya. Dia dah bagi warning awal-awal,kenapa Hasif kena melanggarnya. Apa dia nak cakap nanti dengan kawan-kawannya kalau mereka nampak Hasif nanti?

Farah : Hei hei,sape suruh awak datang jumpa saya ha? Awak pergi balik. Balik SEKARANG!!!.

Tersengih-sengih Hasif dibuatnya. Butang call ditekannya. Menunggu panggilannya dijawab. Earphone dipakai ketelinga sambil matanya masih fokus kearah pemanduannya. Baru sekejap menekan butang call,panggilannya telah dijawab.

"Hai awak. Apa khabar? Sihat ke tu?"

"Eh awak,siapa benarkan awak datang jumpa saya ha? Saya nak awak balik. Balik sekarang!!" berombak dada Farah dibuatnya. Terdengar gelak ketawa Hasif ditalian.

"Saya yang nak jumpa awaklah. Rindu."

"Noooo ,please jangan datang sini. Saya tak sukalah." laptop diribanya diletakkan disebelah. Dia terus turun daripada katilnya. Tangannya kirinya dicekak kepinggang.

"Nope,saya tetap akan datang. Eh oklah,jumpa nanti tau. Saya dah nak sampai." terus Hasif mematikan panggilan. Tergelak dia apabila membayangkan muka Farah yang sedang marah padanya.

Farah tercengang. Telefon ditangan dipandangnya.
"Aku belum habis cakap lagi,kau dah matikan fon? Memang menguji kesabaran betullah kau ni." telefon ditangan dicampak kekatil.

Rasa nak pengsan dirinya sekarang juga. Matilah aku kalau orang nampak. Lagi-lagi kalau Fatini dan Aliya dapat tahu dia pergi jumpa lelaki. Maunya ditanya macam-macam. Oh tidakk,macam mana ni.

Fikir Farah,fikir. Farah memerah otaknya supaya berfikir. Mundar-mandir dirinya memikirkan jalan penyelesaian. Rasa nak menangis dirinya apabila tiada satu pun idea yang muncul dikepala.

Ting! Satu notification muncul di telefonnya. Lekas Farah mengambil telefonnya yang dicampak tadi diatas katil. Mesej daripada Hasif. Pantas dibukanya.

Hasif : Saya dah sampai ni. Turunlah.

Oh my god!!!! Rasa nak menjerit pun ada. Farah mundar-mandir dibiliknya. Gelisah Farah dibuatnya. Laju sahaja dia berlari kearah tingkap. Manalah tau ada ternampak Hasif dibawah.

Tiba-tiba,Fatini dan Aliya yang baru balik dari cafe masuk kedalam bilik sambil tersengih.

"Wei,ada orang nak jumpa kau." Kata Fatini sambil menggigit bibir bawahnya. Dilabuhkan punggungnya diatas katil sambil kaki kanannya naik menindih kaki kirinya. Gedik pulak gayanya.

"Siapa?" Berpura-pura Farah bertanya. Walhal hatinya sudah terasa mahu meletup. Dia sudah mengagak siapa yang dimaksudkan oleh Fatini. Mati aku macam ni..

"Entahlah. Tak kenal. Tapi yang pastinya dia hensem sangat." Kata Aliya pulak. Timbul perasaan was was dihatinya. Aik,dorang ni suka Hasif jugak ke. Sengaja Farah mengerutkan keningnya seperti memikir siapa orang yang dimaksudkan.

"Siapa ek?"

"Alah kau ni,pergi lah kat bawah. Dia tunggu kau tu." Fatini menarik tangan Farah kemuka pintu. Sempat tangannya menahan kepintu agar dirinya ditolak keluar.

"Aku tak kenallah siapa. Malas aku nak keluar. Tah-tah dia silap orang." Farah berura-ura untuk masuk kembali tetapu sempat ditahan oleh Fatini.

"Gi la jumpa dia. Kesian dia tunggu lama kat bawah tu. Kalau dia tak kenal kau, takkanlah dia siap sebut nama penuh kau kot." Kata Fatini.

"Nantilah aku jumpa dia." Aliya sudah ketawa melihat perangai Farah yang mati-mati tak nak keluar berjumpa dengan lelaki itu.

"Ishh, tak baiklah kau buat orang tertunggu-tunggu. Gi la jumpa dia." ujar Fatini lalu terus ditolaknya Farah dengan lebih kuat. Pintu terus ditutup rapat. Siap dikunci sekali. Tidak sempat Farah untuk menerobos masuk kedalam.

"Jangan lupa kirim salam tau." laung Aliya dan Fatini serentak dari dalam. Tidak lama kemudian, terdengar ketawa dari mereka. Farah mendengus geram dengan sikap Hasif. Dah cakap jangan datang jumpa dia kan,kenapa degil sangat? Dibetulkan baju lengan panjangnya yang berwarna biru gelap itu agar lebih kemas. Kasut seliparnya disarung ala kadar.

Matanya diliarkan mencari kelibat Hasif. Tidak lama kemudian,matanya jatuh pada susuk tubuh seseorang yang dikenalinya sedang bersandar dikereta sambil tangan kirinya dimasukkan kepoket seluar dan tangan kanannya bermain telefon. Dia berjalan menuju kearah lelaki itu.

"Ada apa awak nak jumpa saya ni?" Tanya Farah setelah berdiri disebelah Hasif. Sedikit terperanjat Hasif dibuatnya. Mungkin terkejut dengan kehadiran Farah yang tiba-tiba. Telefon ditutup dan dimasukkan kedalam poket seluarnya. Dia mencarikkan senyuman manis.

"Saje." Balas Hasif selamba. Matanya tidak lepas memandang kearah segenap muka Farah.

"Kalau saja je,sorrylah. Saya ada banyak kerja nak buat. Saya pergi dulu." Farah telah berura-ura untuk pergi. Pantas Hasif berjalan kedepan Farah untuk menghalang pergerakan Farah daripada pergi.

"Please jangan pergi. Saya nak bersembang dengan awak je. Lagipon saya chat awak, bukannya awak balas pun. Jadinya terpaksalah saya datang sini semata-mata nak bersembang dengan awak."

"So,boleh kan?" Farah menjeling. Badannya kembali disandarkan kekereta. Hasif telah pun tersenyum.

"Ok,so macam mana dengan life awak kat sini? Okey ke?" tanya Hasif cuba mengajak Farah berborak. Farah memandang kearah Hasif dengan matanya terkebil-kebil menahan silau mentari.

"Awak tak panas ke?" tanya Farah tiba-tiba. Hasif mengerutkan keningnya. Dia memandang keatas sambil matanya terkelip-kelip. Cepat-cepat dia menundukkan mukanya kembali memandang Farah sambil tersengih.

"Haahlah. Bila awak cakap,baru saya perasan panas." balas Hasif. Farah menjulingkan biji matanya keatas.

"Jom lah pergi cafe. Panas kat sini ni." ajak Farah.

" Ok jom." Hasif mengikut langkah Farah. Punggung masing-masing dilabuhkan kekerusi. setelah sampai dicafe.

"Awak tunggu sini kejaplah. Saya pergi beli air kejap."

"Eh kejap." Dompet diseluarnya dikeluarkan. Beberapa keping duit dihulurkan kepada Farah. Terjongket sebelah kening Farah seolah bertanya kenapa?

"Pergi beli air untuk saya dan awak guna duit ni. Saya taknak guna duit awak." kata Hasif.

" Kenapa? Tak sudi guna duit saya ke?"

"Bukanlah. Saya kan bakal suami awak. Tak salahkan kalau saya yang keluarkan duit. Boleh practice untuk jadi suami nanti." usik Hasif. Meluat Farah mendengarnya. Terus diambil duit yang dihulurkan lalu pergi membeli air.

Hasif sekadar memandang Farah dengan lirikan matanya. Setelah itu,dia memandang sekeliling. Dia tersenyum kecil apabila mendapati ramai kaum hawa yang sedang memandang kearahnya sambil tersenyum-senyum.

"Sukalah tu bila menjadi perhatian perempuan." kata Farah tiba-tiba. Diletakkan dua air yang diletak didalam cup keatas meja. Dilabuhkan punggungnya keatas kerusi.

"Tak delah. Saya suka kalau saya ni jadi perhatian awak je." Farah menjuihkan mulutnya. Eleh,tak nak mengaku. Didekatkan sedikit air yang dibeli untuk Hasif kearah Hasif.

"Sorrylah. Saya tak tau awak suka air apa. Saya main beli je tu." sebelum apa-apa ayat yang keluar dari mulut Hasif, terlebih dahulu Farah meminta maaf. Hasif hanya tersenyum.

"Tak pe. Saya tak kesah pun." Dikacau straw air itu menggunakan straw lalu diminumnya. Ah lega. Farah turut menyedut air yang dibeli untuknya. Masing-masing mendiamkan diri.

"Awak tak rasa pelik ke? Dah lah kita ni langsung tak pernah jumpa tau. Alih-alih awak buat perangai macam kita ni memang dah lama kenal." Kata Farah memecah kesunyian. Kadang tertanya juga dirinya siapa sebenarnya Hasif. Tapi disebabkan ego menguasai diri,terpaksa dipendam segala persoalan yang berada dimindanya. Tak naklah nampak dirinya seperti berminat juga dengan si Hasif ni.

"Buat apa nak pelik?"

"Oh saya lupa,bukannya awak pelik pun kan. Sebab awak yang buat perangai macam ni. Tapi masalahnya saya yang pelik. Ye la,awak bayangkan ek. Kita langsung tak pernah jumpa. Tak pernah kenal pun tapi apa yang awak buat? Awak buat macam kita ni memang dah lama kenal. Dah lama jumpa." Terang Farah. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

"Pembetulan, kita dah berkenalan dan pernah berjumpa."Sengih Hasif.

"Habistu,Bagitaulah saya kita pernah jumpa kat mana?" Desak Farah.

"One day." Senyum Hasif. Farah mendengus geram.

" Ouhh,saya nak tanya awak satu soalan." Hasif menjongket kening sebelahnya. Air didepan kembali disedutnya.

"Awak nak tanya apa?"

"Awak ke yang selalu bagi saya bunga tu?" tanya Farah. Matanya tajam memandang kearah Hasif yang hanya tersenyum memandangnya. Tidak lama kemudian,dia menganggukkan kepalanya.

"Awak yang bagi?" tanya Farah lagi sekali inginkan kepastian.

" Yup,saya yang bagi."

"Maknanya awak memang kenal saya dah lamalah?"

" Kan saya dah cakap,yang saya kenal awal. Dan kita pun pernah berjumpa."

" So,tell me. Kat mana kita jumpa?" Hasif tersenyum lalu didekatkan air Farah kedepan Farah.

" Minum." arah Hasif. Farah hanya memandang kearah Hasif tanpa memandang kearah air yang ditolak padanya.

"Awak jangan risaulah. Nanti awak akan tau jugak. Dah,minum." Farah melepaskan keluahannya. Disandarkan badannya kekerusi. Air miliknya dicapai lalu disedut menggunakan straw.

Suasana sunyi seketika. Tiada topik yang ingin dibualkan.

"Jom keluar nak?" Ajak Hasif. Farah melihat jam tangannya. Jarum jam sudah menginjak pukul 2 petang. Hurm, agak lama mereka berbual.Air pun dah nak habis.

"Tak naklah. Harini saya malas nak keluar." Tolak Farah. Hasif menyembunyikan kecewanya dengan satu senyuman. Hasif menganggukkan sedikit kepalanya. Orang masih tak dapat menerimanya,tak kan nak paksa kan.

Hasif bangun daripada duduknya. Dibetulkan sedikit bajunya lalu mengeluarkan kunci kereta dipoket seluar.

"Takpelah kalau macam tu,saya pergi dulu." Kata Hasif.

"Ok,bye. Drive safely ok." Pesan Farah. Hasif sekadar tersenyum kecil sambil melangkah menuju kekeretanya. Farah hanya memandang kearah Hasif dengan lirikan matanya. Tidak lama kemudian,keretanya meluncur meninggalkan kawasan UPSI itu.

Farah mengeluh. 'Sorry Hasif. Saya masih tak dapat menerima awak.' bisik Farah didalam hati. Air Hasif dan air miliknya diambil lalu dibuang ketong sampah yang berdekatan. Kakinya dibawa berjalan menuju kebiliknya semula.

Sorry lmbt sikit update. Tq mana yg support Ez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience