Bab 19

Romance Series 7965

Farah duduk dibirai katilnya. Tangan yang sudah disarungkan cincin pertunangan dipandang sepi. Terasa dunia gelap. Macam mana dia nak kahwin nanti dengan orang yang dia sendiri tak kenal? Dia masih ingin menggapai cita-citanya. Tetapi kalau dia sudah berkahwin,bolehkah suaminya membenarkan dirinya untuk sambung belajar? Untuk bekerja? Dia tidak mahu menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pelbagai persoalan yang berada diminda Farah membuatkan kepala Farah menjadi pening. Tanpa disangka,tiada angin,tiada ribut tiba-tiba dia sudah digelar tunangan orang. Macam mana hidupnya lepas ini?

Pintu biliknya diketuk perlahan lalu dibuka. Puan Rafidah tersengih di muka pintu. Dibawa langkahnya menuju kearah Farah. Punggungnya dilabuhkan disebelah. Tangan anaknya disentuh perlahan lalu diusap lembut.

"Tadi mak dah bincang dengan Datin Husna. Nak tunggu sampai angah habis belajar dulu. Lepas habis belajar nanti,baru kita discuss balik pasal perkahwinan." Ujar Puan Rafidah. Farah mendongakkan kepalanya memandang kearah Puan Rafidah.

"Mak,kita batalkan jelah pertunangan ni boleh tak?" pertanyaan Farah membuatkan Puan Rafidah sedikit tersentak.

"Kenapa sampai nak putuskan pertunangan ni? Kita kan dah buat keputusan untuk terima pinangan tu tadi, kenapa nak putuskan pulak? Apa keluarga Datin Husna tu cakap nanti. Kesian dekat mereka." soal Puan Rafidah bertubi-tubi. Lagipun keputusan untuk terima pertunangan tu anaknya sendiri yang buat keputusan. Alih-alih nak putuskan?

Farah kembali menundukkan kepalanya memandang jari jemarinya.

"Tapi mak,Farah cadang Farah nak sambung belajar lepastu."

"Takpe,nanti kita bincang lagi pasal ni ye. Yang penting pertunangan ni jadi."

"Mak, kita putuskan jelah pertunangan ni. Lagipon kita pon tak kenal kan siapa orangnya." Cadang Farah sekali lagi.

"Ishh,kesian Datin Husna dengan Dato' Hisyam tu. Nampak dah beria sangat nak bermenantukan kamu. Lagipon,kamu boleh je kan kenal tunang kamu tu lepas kahwin nanti. Tak menjadi masalah pun kenal lepas nikah."

"Tapi Farah tak ready lagi la mak."

"Memang buat masa sekarang ni angah tak ready lagi. Tapi dah lama-lama nanti mesti angah ready punyala. Teruskan je ye pertunangan ni. Lepas tu,boleh kita fikir pulak pasal perkahwinan." Pujuk Puan Rafidah. Farah mengangguk perlahan. Nak membangkang pon dah tak boleh dah. Semuanya telah menjadi bubur.

"Macam nilah anak mak. Oklah,mak nak turun bawah dulu. Jangan lupa bersiap. Boleh jemaah sama-sama."

"Baik mak." Puan Rafidah menggenggam tangan Farah dengan erat.

"Anak mak kuat." Kata Puan Rafidah sebelum berlalu pergi. Pintu bilik ditutup.

Farah kembali termemung. Tanpa disangka,setitik dua air matanya jatuh kepipi. Lekas dia menyapu kembali. Baru tunang dah menangis,macam mana kehidupannya nanti bila dah berkahwin? 

Suasana dimeja makan sunyi. Tiada satu pun yang berbicara. Masing-masing hanya fokus pada makan malam. Nasi didepannya hanya dikuis-kuis menggunakan jari. Fikirannya melayang.

Puan Rafidah dan Encik Azhar yang menyedarinya hanya memandang sesama sendiri. Encik Azhar mengangkat kening sebelahnya kepada Puan Rafidah seperti bertanya kan kenapa? Puan Rafidah sekadar mengangkat kedua belah bahunya. Pandangannya ditumpukan kembali kepada Farah.

"Angah?" tanya Puan Rafidah. Farah tersentak dari lamunannya. Terpinga-pinga dia memandang kearah ahli keluarganya itu.

"Kenapa mak?"

"Angah tu yang kenapa? Kenapa tak makan?" tanya Puan Rafidah prihatin. Farah sekadar tersenyum tawar.

" Angah dah kenyanglah. Angah masuk bilik dulu ye." dia bangun daripada duduknya lalu terus melangkah menaiki tangga menuju kebiliknya. Pintu biliknya dikatup rapat. Dikunci pintu biliknya agar tiada sesiapa yang menganggu dirinya. Dipusingkan badannya kebelakang lalu disandarkan badannya kepintu.

Matanya memandang kearah biliknya dengan pandangan kosong. Terasa sebak tiba-tiba apabila mengingat kembali status dirinya yang kini bergelar tunangan orang. Cepat-cepat dia menghapuskan kesedihan yang melanda dirinya.

Kakinya dibawa melangkah kearah meja belajarnya. Ditarik kerusinya kebelakang lalu dilabuhkan punggungnya disitu. Cincin dijarinya dipandang lama. Laci meja belajarnya dibuka. Dicabut cincin tersebut daripada jarinya lalu diletakkan didalam laci dan dikatup kembali.

Telefon diatas meja dicapainya. Ruangan chat group mereka dibuka.

Amy : Tahniah Farah.

Lina : Wahh! Diam-diam rupanya dah ada pengganti Ikmal ye. Sampai hati tak bagitau kitorang.

Bait-bait perbualan itu hanya dipandang tanpa rasa untuk dibalas. Dia perlu gembira ke atas pertunangan ini? Keluhan kecil dilepaskannya.

Dari tadi senyumannya tidak lekang dibibir. Dia sungguh gembira. Nasi didepannya kembali disuap masuk kemulut.

"Abang ni dah kenapa? Macam orang angau je. Geli pulak Yana tengok." kata Elyana disebelah.

" Biarlah. Yana tak tau macam mana perasaan orang yang tengah dilamun cinta ni. " Elyana menjulingkan biji katanya keatas.

" Diorang bercinta pun tak macam abang. Tersengih-sengih. Tersenyum-senyum. Yana tengok pun seram. " Tergelak kecil Hasif dibuatnya.

" Abang happy sangat."

"Happy? Abang happy pasal apa?" tanya Yana. Hasif kembali tersenyum penuh makna.

" Ouhh ok. Yana tau abang happy pasal apa. Pasal pertunangan tu kan?" ujar Yana. Semakin lebar senyuman dibibirnya.

" Abang teruja bila dapat tau dia terima abang. Abang terujaaaaa sangat." sengaja perkataan teruja itu dileretkan sambil jarinya dimainkan dimeja makan.

" Ish, abang ni gediklah. Baru je tunang, belum kahwin lagi." bebel Elyana. Datin Husna dan Dato'Hisyam sekadar tersenyum. Hasif sekadar membiarkannya. Suapan kembali diteruskan.

Tidak senang duduk dibuatnya. Dia mundar mandir diruang tamu menunggu kepulangan ahli keluarganya. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Sesekali telefon diatas meja diperhatinya menanti khabar berita.

Tidak lama kemudian, kedengaran enjin kereta memasuki kawasan perumahannya. Cepat-cepat Hasif berlari kearah muka pintu. Dibukanya lebar sambil tersenyum.

"Macam mana ma? Dia terima tak?" terus Hasif mengujarkan soalan kepada Datin Husna setelah Datin Husna melangkah masuk kedalam rumah. Datin Husna tersenyum lalu ditarik tangan anaknya itu dan dibawa kesofa. Masing-masing melabuhkan punggung disitu.

"Abang ni tak menyabar betullah." kata Elyana yang turut masuk kedalam rumah bersama Dato'Hisyam.

" Cepatlah ma, cakap. Macam mana tadi? Dia terima tak?" desak Hasif. Datin Husna mengusap tangan anaknya itu lembut.

" Dia terima." balas Datin Husna. Hasif memandang kearah Datin Husna dengan pandangan tidak percaya. Betul ke apa yang didengarnya? Kepalanya dialihkan memandang kearah Dato'Hisyam. Dato'Hisyam turut menganggukkan kepalanya mengiyakan.

"Dia terima?" tanya Hasif inginkan kepastian. Datin Husna mengangukkan kepalanya. Pantas Hasif bangun daripada duduknya. Dia meraup mukanya. Tidak sia-sia dia membuat keputusan untuk menghantar rombongan meminang.

"Sudah-sudahlah tu bang daripada tadi tersenyum seorang diri. Risau Yana tengok abang." Ujar Elyana mematikan lamunan Hasif. Laju jarinya mencubit lengan adiknya itu. Habis terhenti lamunannya tadi.

" Auch." Mengaduh kesakitan Elyana dibuatnya. Tanganya naik mengusap lengannya.

"Padan muka. Siapa suruh sibuk lagi. Kan dah kena." Ejek Hasif. Elyana menjeling abangnya disebelah.

Huaaa, rasa nk nangis bila masuk bab ni. Bknnya cerita ni sedih tapi bnyk kali Ez tulis, last ii asyik hilang je. Terpaksa buat balik. AAAAAAAAAA, pnt perah otak utk bab ni je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience