Bab 1

Romance Series 7965

"Bye mak,ayah. Angah pergi dulu ye." Farah menyalami tangan Puan Rafidah dan Encik Azhar. Harini adalah hari terakhir dia pergi sekolah. Lepas ni dia akan duduk dirumah menunggu surat tawaran masuk keuniversiti. Dia membetulkan beg sandangnya dan berlalu ke muka pintu.

"Eh,angah tak nak sarapan dulu ke?" Tanya Puan Rafidah yang berjalan mengikut anaknya kemuka pintu.

" Tak pelah mak. Angah sebenarnya teringin nak makan nasi lemak." Farah tersengih.

" Laa,nape tak cakap nak makan nasi lemak. Kalau mak tau angah nak makan nasi lemak,mak boleh buat."

" Alah,takpelah mak. Angah boleh beli nasi lemak."

" Yelah kalau macam tu. Ni duit belanja sikit." Puan Rafidah menghulurkan sedikit duit buat belanja.

" Ish, tak payahlah mak. Ayah dah bagi dah duit belanja. Mak simpan jelah." Farah menolak duit yang dihulurkan. Dia mangambil kasut sekolahnya dirak kasut dan disarungkan dikaki. Tali kasut yang terbuka diikatnya kembali.

"Alah,takpe. Ambil jelah." Puan Rafidah tetap menghulurkan duit belanja itu. Farah mengambilnya sambil tersengih.

"Sengih-sengih tu, sukalah tu." Syaza yang baru melabuhkan punggungnya diatas sofa mula menyampuk. Remote diatas meja dicapainya. Farah sekadar menjeling sambil membetulkan beg sandangnya.

"Alah,cemburulah tu."

"Tak kuasalah along nak cemburu. Along pun ada duit. Hasil titik peluh along sendiri tau." Syaza menyilangkan kakinya.

"Angah tak heranlah dengan duit along tu."

" Ye ke tak heran?" Sengaja Syaza menguji adiknya itu. Farah mendengus. 'Siap kau kak,tunggu aku kerja nanti. Terkejut beruk kau tengok aku lagi kaya dari kau.'

"Along,tak pergi kerja ke?" Tanya Puan Rafidah. Syaza memandang sekilas kearah ibunya. Matanya masih tertumpu pada skrin televisyen.

"Pergi je mak."

"Habistu,yang tak bersiap lagi tu kenapa?"

" Nantilah jap. Along nak tengok tv ni."

"Astaghfirullahalazim budak ni. Kalau duduk sini,pukul berapanya nak pergi sekolah? Ingat sikit,kamu tu cikgu. Dah kerja dah pun. Jangan nak ponteng kerja ye along." Marah Puan Rafidah kepada anak sulungnya itu.

Syaza tersengih. Perlahan-lahan dia bangun daripada duduknya.

"Yelah mak ku sayang. Along nak bersiaplah ni." Kata Syaza. Farah ketawa kecil.

" Eh,okaylah mak. Angah gerak dulu ye. Takut lambat pulak sampai sekolah." Kata Farah. Tangan ibunya disalam dan dahi ibunya dikucup lembut.Dia mengambil basikalnya. Perlahan-lahan dikayuh basikalnya itu.

                                   

"Acik,nak nasi lemak ayam satu." Kata Farah. Dia mengerling kearah makcik yang turut ada disebelahnya. Mak cik itu tersenyum kearah Farah. Farah sekadar menganggukkan kepalanya perlahan sambil membalas senyuman itu.

Makcik yang menjual nasi lemak itu memberikan nasi lemak yang telah dibungkus itu kepada makcik itu.

"Sekejap ye kak." Melilau mata Makcik itu seperti mencari sesuatu.Farah memandang pelik kearah makcik disebelahnya itu. Apa yang dicarinya tu?

"Saya rasa dompet saya tertinggal dalam kereta pulak. Saya pergi ambil dulu ye."

'Ouhh,dompet tertinggal rupanya.'bisik Farah didalam hati.

"Eh takpelah,biar saya tolong bayarkan untuk makcik." Ucap Farah. Dia membayar harga nasi lemak itu dan sekali gus membayar harga nasi lemaknya.

"Eh tak payahlah susah-susah."

"Tak pe makcik. Saya bayarkan je." Dia mengambil nasi lemaknya. Baki duitnya dimasukkan kedalam kocek bajunya.

" Saya pergi dulu ye." Pamit Farah. Dia mula mengayuh perlahan basikalnya itu berlalu pergi.

"Eh te.." tanpa sempat untuk mengucap terima kasih,Farah telah berlalu pergi. Makcik itu sekadar memerhati Farah yang semakin lama semakin menjauh pergi. Dia berjalan masuk ke dalam perut kereta. Punggungnya dilabuhkan dikerusi kereta sebelah pemandu.

"Baik budak tu bang. Saya suka dia."

Tanpa disedari Farah,seorang lelaki yang sedari tadi memandang dirinya didalam kereta yang sama dinaiki oleh mak cik tadi tersenyum manis dikerusi belakang.

                                   

"Korang  jangan lupakan aku tau lepas ni. Aku rindu korang." Kata Amy dengan nada sedih.

"Alah kau ni,janganla sedih-sedih. Kitorang janjilah kitorang takkan lupakan kau. Tah-tah kau yang lupakan kitorang." Pujuk Farah.

"Mana ada,aku janji aku takkan lupakan korang punyalah. Korang kawan terbaik aku kot." Amy mengangkat tangannya separas telinga seperti berikrar.

"Eleh,kawan terbaik konon." Lina mencebik sambil memandang keluar.

" Betullah. Buat apa aku nak tipu korang." Terdengar nada Amy yang sedang merajuk.

"Yelah,yelah. Kami percaya." Lina akhirnya mengalah. Dia menarik pipi Amy yang agak tembam.

"Lina!" Amy menjerit menahan sakit dipipinya. Ketawa Lina akhirnya pecah. Perlahan-lahan Amy mengusap pipinya.

"Kau rasa, kitorang baik tak?" Lina memandang kearah Farah yang sedari tadi melihat gelagat mereka.

"Baik?huh. Korang ni bagi aku kawan paling gila,paling jahat dan paling lahanat aku pernah jumpa. HAHAHAHAHA. Tapi korang jugak yang sentiasa ada dengan aku. Thank you sahabat" kutuk Farah sambil ketawa mengenakan kawan-kawannya.

"Lahanat kau panggil kitorang?" Kata Lina dan Amy serentak lalu memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum sambil memandang Farah seperti ada maksud tersirat.

"Korang ni dah kenapa?" Pelik Farah. Tetiba je pandang aku centu. Apa salah aku?

"Kau tau kan nak buat apa Amy?" Kata Lina sambil menyinsing lengan bajunya. Begitu juga dengan Amy.

"Korang jangan nak buat macam-macam ye." kena bagi amaran siap-siap dekat diorang ni. Bukan boleh percaya. Adalah tu idea nak kenakan aku balik.

Lina dan Amy ketawa serentak lalu menggeletek Farah. Terjerit-jerit Farah dibuatnya minta dilepaskan. Geli. Rasa nafas tak cukup bila digeletek. Berkali-kaki dirinya minta dilepaskan. Akhirnya Farah dilepaskan selepas mereka puas menggeletek.

"Hah,tulah balasan bila kutuk kami." Kata Amy sambil ketawa. Farah memukul bahu Amy dengan perlahan.

"Aww,sakitlah." Amy mengaduh kesakitan.

"Eleh, aku pukul lembut je. Mengada je lebih."Amy tersengih. Cam tau-tau je.

Suasana sunyi seketika. Farah memandang sekeliling. Semua pelajar tingkatan 5 diminta berada didalam dewan. Biasalah,bukannya belajar. Buat apa nak masuk kelas an. Buatlah hal masing-masing.

"Wei Farah,apa cerita kau dengan budak nerd tu?"tanya Lina tiba-tiba.

"Budak nerd? Siapa yang kau maksudkan ni?" Tanya Farah.

"Siapa je yang nerd dekat sekolah kita ni kalau bukan si Ikmal tu Farah oii." Jawab Amy.

"Ouhh dia. Kitorang mana ada pape pon."

"Elehh,tak payah berdalih la Farah. Kau tau tak,kes kau kena reject ngan mamat tu satu sekolah dah tau." Kata Lina perlahan seperti berbisik. 'Ceh,kata dah viral,tapi dia berbisik sekarang ni macam benda tu tak viral pon.'

"Haah Farah,orang kata cinta kau bertepuk sebelah tangan. Tak sangka kau suka si Ikmal tu." Amy memukul perlahan bahu Farah. 'Aduhh parah ni. Macam mana diorang boleh tau yang aku kena tolak ni.'

"Macam mana korang boleh tau pasal benda ni?"

"Kitorang dengar dari mulut orang la. Tapi tak tau sape yang tau pasal benda ni." Balas Lina. Amy menganggukkan kepalanya mengiayakan.

"Betul ke kau kena reject ngan mamat nerd tu?" Tanya Amy.

"Haah." Selamba Farah menjawab seperti tiada perasaan.

"Weii Farahh,serious la?" Jerit Amy dan Lina serentak. Dewan yang dari tadi bising menjadi senyap. Kawan-kawan mereka yang lain memandang mereka pelik.

"Shuhh,diamlah sikit korang ni.Maaf semua." Tersengih-sengih Farah memohon maaf.

"Kami tak percaya weii. Pelik pon ada tau."  Kata Lina.

"Kenapa nak pelik?" Tanya Farah kehairanan. Apa?aku ni memang tak boleh suka orang ke?

"Yelah,peliklah. Sebelum ni kau susah kot nak suka seseorang. Tetiba pulak kau suka dekat budak nerd tu,memang terkejut gilalah kitorang.Nasib tak bertukar jadi beruk je sebab terkejut." Kata Lina  sambil gelak berjemaah bersama Amy. Farah menjulingkan biji matanya.

"Macam mana kau boleh kena tolak ni?" Tanya Amy dengan sisa tawanya masih ada.

"Aku pun tak taulah tapi mungkin sebab..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience