Bab 24

Romance Series 7965

Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka dan dihempas kuat. Datin Husna yang sedang memberi ikan makan terkejut. Berkerut dahinya melihat anaknya menonong masuk kedalam rumah tanpa menyapa dirinya.

"Dah kenapa dengan anak aku tu?" tertanya-tanya Datin Husna sendirian. Bekas makanan ikan ditangannya diletakkan ditepi kolam. Tangannya yang sedikit kotor dibasuh. Pili paip ditutup lalu kaki dibawa melangkah masuk kedalam rumah.

Hasif mencampak kunci keretanya keatas meja. Punggung dihempaskan kesofa. Tangannya naik mengusap pelipisnya sambil mata dipejam rapat.

Datin Husna melabuhkan punggungnya disebelah Hasif. Tangan anaknya dipegang lalu diusap lembut. Cuba meredakan kemarahan anaknya itu. Tersentak Hasif dibuatnya. Matanya dibuka luas. Wajah Datin Husna menyapa pandangan.

Dia mencarikkan sedikit senyuman kelat dibibir. Dibetulkan badannya.

"Kenapa ma?" tanya Hasif.

"Hasif tu yang kenapa? Balik rumah je macam ni. Hasif marahkan siapa sebenarnya ni?" pandangan dialihkan memandang kearah lain. Tidak sanggup melihat raut wajah ibunya yang kerisauan.

"Tak de pape pun ma. Mana ada Hasif marah sesiapa. Hasif okey je."

"No. Mama tau Hasif ada masalah. Cuba cerita dekat mama. Apa yang dah jadi ni?" Hasif memandang kearah Datin Husna. Terasa sebak hatinya bila teringat kejadian tadi. Pantas dia memeluk erat Datin Husna. Air mata yang cuba ditahan mengalir keluar. Teresak-esak dirinya bagai budak kecil. Datin Husna mengusap lembut belakang badan anaknya itu. Cuba mengalirkan kembali semangat sang anak.

"Kenapa susah sangat ma dia nak terima Hasif? Hasif dah cuba macam-macam cara untuk buat dia jatuh cinta dekat Hasif. Tapi kenapa hati dia keras sangat ma? Kenapa dia tak pernah cuba buka hati dia untuk Hasif?" Air mata lelakinya mengalir deras hanya disebabkan seorang perempuan.

Datin Husna yang dari tadi tidak henti mengusap badan anaknya itu tersenyum kecil. Baru dia tau sebab apa anaknya itu menangis.

"Siapa yang Hasif maksudkan ni? Farah ke?" sengaja Datin Husna bertanya. Ingin mendengar sendiri jawapan daripada Hasif.

Terasa anggukan dibahunya. Semakin lebar senyumannya.

"Kalau sampai sekarang dia tak sukakan Hasif, Hasif cari jelah orang lain. Senang cerita. Ramai perempuan kat luar sana tu berebut-rebut nakkan Hasif." sengaja Datin Husna mencadangkan begitu. Ingin melihat sejauh mana anaknya itu menyukai Farah.

Hasif yang terdengar cadangan mamanya melepaskan pelukan.

"Tak ma. Hanya Farah je yang ada dalam hati Hasif ni ma. Bukan perempuan lain. Hanya dia je. Tapi Hasif tak tau macam mana nak tawan hati dia. Kenapa dia tak pernah cuba buka pintu hati dia untuk Hasif? Hasif ni bukannya siapa-siapa. Hasif ni tunang dia. Tunang dia ma. Hasif dah penat macam ni." luah Hasif. Kepala ditundukkan kebawah.

" Habistu Hasif nak give up ke? Nak putus asa kat tengah jalan?" tanya Datin Husna. Tiada anggukkan mahupun gelengan daripada Hasif.

"Orang perempuan ni Hasif, dia suka tengok lelaki yang mencintainya itu berusaha sehabis baik untuk tawan hati dia. Apabila perempuan itu degil, dia bukannya bermaksud untuk menjadi degil selamanya tapi dia sengaja menjadi degil untuk melihat sejauh mana seorang lelaki tu mampu bersabar dengan kerenahnya. Perempuan ni Hasif, memang sukar sangat diduga hati dan perasaannya. Kadang mereka tidak rapat dengan orang yang baru mereka kenal. Tapi diorang ni akan rapat dengan orang yang dah lama dia kenal." Datin Husna memandang kearah Hasif yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Tapi diorang fikir, diorang je yang ada hati dan perasaan? Hasif pun ada ma. Hasif sayangkan Farah. Hasif cintakan dia. Tapi dia buat macam Hasif ni tak de hati dan perasaan. Dia buat sesuatu langsung tak fikir apa yang Hasif rasa. Tadi Hasif jumpa dia. Hasif ajak dia keluar untuk eratkan lagi hubungan kami. Tapi dia buat bodoh je. Dia tolak pelawaan Hasif ma. Hasif seorang je terhegeh-hegeh nak curi hati dia tapi dia? apa yang dia buat? Dia langsung tak pernah cuba bukak hati dia tu untuk Hasif. Susah sangat ke ma? Susah sangat ke?"

" Hasif tak mintak banyak pun ma. Hasif cuma mintak untuk dia buka hati dia untuk Hasif. Hasif cuma mintak tu je. Tak pernah terdetik pun ma dalam hati Hasif ni untuk give up.Tapi disebabkan perangai dia,buatkan Hasif rasa,Hasif nak give up." Datin Husna mengeluh kecil. Diusap bahu anaknya itu.

"Hasif kenalah bersabar. Dia kan study,mesti dia busy." Pujuk Datin Husna bagai memujuk anak kecil.

"Kalau busy sekalipon,balasla jugak mesej Hasif. Ni tidak. Kerja dia asyik bluetick orang je." tertawa kecil Datin Husna dibuatnya mendengar luahan Hasif.

"Hasif tau kan yang dia tak cintakan Hasif? Kenal Hasif pun tak. Takkanlah sebab benda remeh macam ni pun Hasif nak merajuk? Kalau nak buat si Farah tu sukakan Hasif balik,Hasif kenalah buat sesuatu supaya Farah tu sukakan Hasif balik."

"Macam mana nak bagi dia sukakan Hasif?" Tanya Hasif.

"Hasif kenalah fikir." Tersenyum Datin Husna.

" Bagi dia masa. Mama percaya,satu hari nanti dia pasti akan cintakan Hasif balik. Hasif kena doa banyak-banyak supaya Allah tu buka hati dia untuk terima Hasif." pesan Datin Husna. Terangguk perlahan Hasif dibuatnya. Air matanya sudah lama mengering.

"Dahlah,tak nak monyok-monyok macam ni. Baru diuji sikit,dah merajuk bagai. Cool la. Anak mama ni kan sentiasa cool. Takkan disebabkan seorang perempuan,semua perangai Hasif tu hilang?" Datin Husna menepuk-nepuk bahu Hasif. Hasif tersenyum kecil. Dia kembali menyandarkan badannya kesofa. Penat memandu jauh dari Kuala Lumpur ke Perak pun tidak hilang lagi.

"Sanggup anak mama ni pergi ke Perak tu semata-mata nak jumpa buah hati dia ni" Usik Datin Husna. Bahu anaknya diurut lembut.

"Rindu ma. Dah lama Hasif tak jumpa dia."

"Dia macam mana? Sihat ke?"

" Alhamdulillah,dia sihat."

"Oklah ma. Thanks atas segala nasihat mama tadi. Hasif naik atas dulu ye. Nak rehat. Penatlah." Hasif meminta diri. Kunci kereta yang dicampak diatas meja dicapainya.

"Oh ye,sebelum mama terlupa. Ni, ada surat untuk Hasif." Surat diatas meja itu dicapai lalu diberikan kepada Hasif.

" Ok, thank you ma." diambil surat ditangan Datin Husna itu lalu berjalan menuju ke biliknya tanpa melihat dahulu isi surat itum Dia mencampakkan dirinya diatas katil. Tangan kanannya diletakkan diatas kepala sambil mata dipejamkan. Hari yang amat memenatkan dirinya. Semakin lama matanya semakin layu.

Hasif menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Hidangan makan malam telah dihidangkan.

"Wahh,sedapnya bau." Puji Hasif. Kerusi ditariknya.

"Hasif,pergi panggil papa dengan Yana dulu turun makan." Arah Datin Husna. Terbantut niat Hasif untuk melabuhkan punggungnya. Dia menuju kebilik adiknya. Diketuk perlahan.

"Yana,makan." Panggil Hasif. Setelah terdengar laungan suara Elyana,dia berlalu pula kebilik bacaan. Matanya terpanah pada kelibat Dato' Hisyam yang sedang membaca surat khabar.

"Papa, jom makan." Ajak Hasif. Dato' Hisyam mengangkat kepalanya. Dia mengangguk kecil lalu dilipat surat khabar dan diletakkan diatas meja. Berlalu mereka berdua menuju ke meja makan.

"Mana Yana?" Tanya Datin Husna.

"Tadi Hasif dah panggil dah. Nanti dia turun la tu." Dia mula menyendokkan nasi putih dipinggannya. Tidak lama kemudian,Elyana datang lalu duduk disebelah Hasif.

Selesai sahaja makan malam,Hasif terus sahaja masuk kebiliknya. Dia duduk dibirai katil. Matanya terpandangkan surat pagi tadi yang diletakkan dimeja nightstand. Diambil surat itu lalu dengan perlahan-lahan dibukanya.

Hasif membaca bait-bait perkataan yang tertera. Terdiam dia apabila mengetahui isi surat itu. Dia membaca lagi sekali untuk kepastian. Mungkin jika dulu,mesti dia happy dapat surat ini. Tapi tidak sekarang. Otaknya bercelaru. Tidak tahu mahu terima atau tidak.

Hasif bergegas keluar daripada biliknya lalu berlari menuju ke arah Dato' Hisyam dan Datin Husna yang sedang menonton televisyen diruang tamu.

"Mama,papa." Berlari anak Hasif mendapatkan orang tuanya. Dia memberikan surat ditangannya kepada Dato' Hisyam.

Dato' Hisyam mengambil surat ditangan anaknya lalu dibaca perlahan-lahan. Menyendeng Datin Husna disebelah nak baca sekali.

"Alhamdulillah." Dato' Hisyam dan Datin Husna mengucapkan syukur. Tanpa disangka,impian anaknya tercapai juga.

sorry korang lama x update. bknnya apa, wattpad Ez ada prob sikit. x leh nak tulis apa ii Kat situ. Dan Ez memang letak manuskrip Ez kat Wattpad walaupun Ez tak publish pun. Hehe. Last ii wattpad plk prob, tu yg idea un x de. jadinya mmg tergendala la otak ni nak fikir idea baru. Tapi alhamdulillah, nasib wattpad dh ok balik lps Ez install balik. Walaupun agak lama x update, view makin lama makin naik. tq guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience