Bab 16

Romance Series 7965

"Sedapnya makanan kat sini." Puji Farah sambil menyuap kembali Lak Sam masuk kemulutnya. Sesekali dia memerhatikan keadaan restoran. Dah la bersih,sedap pulak tu. Pandai kakaknya memilih restoran yang bukan sahaja makanan sedap,tapi keadaan restoran juga yang bersih. Disuapnya lagi Lak Sam itu masuk kedalam mulutnya.

"Makanan kat sini memang sedap. Kalau along dengan Abang Afiq nak lepak, kitorang lepak kat sini jelah." Ujar Syaza.

" Betul, lagipun restoran ni pun dekat dengan tempat kerja kami. Tu yang selalu jumpa kat sini. " sambung Abang Afiq.

" Belum kahwin ni jangan selalu sangat jumpa. Lagi-lagi bila tak de apa-apa hubungan lagi. Syaitan tu licik. Ada je agenda dia nak buat manusia melakukan dosa." ujar Encik Azhar.

" Baik pak cik." masing-masing kembali menyepi.

Baju jaketnya yang bewarna hitam dipakaikan ketubuhnya. Zip dibiarkan menampakkan baju putihnya didalam. Rambutnya disikat rapi. Minyak wanginya yang berjenama Hugo Boss disembur kebadannya. Setelah berpuas hati, dia menuruni anak tangga satu persatu sambil bernyanyi kecil.

Senyuman tidak lekang dibibirnya. Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi dirasakannya. Tidak pernah dia tersenyum seorang diri seperti ini.

"Hasif nak pergi mana malam-malam ni?" tanya Datin Husna yang sedang duduk berehat dihadapan tv. Dato'Hisyam turut memandang kearah Hasif.

"Hasif nak keluar kejap. Jumpa kawan kat Selangor." balas Hasif yang masih tersenyum.

" Jumpa kawan kat Selangor malam-malam macam ni? Esok tak boleh ke?"

" Alah ma, Kl dengan Selangor tu bukannya jauh mana pun. Nanti Hasif baliklah. Lagipun baru pukul 9. Sebelum pukul 12 Hasif janji Hasif dah terpacak kat depan rumah."

" Mama jangan risaulah. Hasif bawak kunci rumah." sambung Hasif lagi.

" Haish, mama tak fahamlah. Takkan tak boleh jumpa esok je? Ni kan dah malam?"

" Alah awak ni, biar jelah. Pandai-pandailah Hasif tu. Lagipun dia kan nak pergi jumpa kawan, bukannya nak pergi buat yang bukan-bukan." kata Dato'Hisyam.

" Betul tu ma. Hasif just nak jumpa kawan je. Lepas dah jumpa tu, Hasif janji Hasif balik."

" Hm yelah. Hati-hati memandu tu." Hasif sudah tersenyum hingga ketelinga. Dia terus mencapai kunci keretanya. Perlahan-lahan kereta dipandu ke luar menuju kedestinasi.

"Yo,lama tak jumpa." tangan Farid disalamnya. Kerusi dihadapan Farid ditariknya dan dilabuhkan punggungnya disitu. Sempat dia meletakkan kunci keretanya diatas meja.

"Boleh pulak ek kau datang sini jumpa aku? Mama kau tak membebel ke?" tanya Farid.

" Gila tak membebel? Mestilah mama aku tu membebel. Nasiblah ada papa aku. Dia lah back up aku tadi. Kalau dia tak tolong aku,tak de lah aku terpacak kat depan mata kau ni." Farid ketawa kecil.

" Biasalah,mak mana je yang tak risau. Lagi-lagi kau tu sorang je anak lelaki dorang,lagilah diorang risau." ujar Farid. Milo ais didepannya diminum membersihkan tekaknya.

"Memanglah. Tapi tak payahlah nak layan aku macam budak kecil." kata Hasif sedikit merungut.

" Syukurlah bro ada mak. Tengok macam aku,dah tak de mak dengan ayah lagi." kata Farid sedikit sedih.

"Sorry bro." ucap Hasif perlahan. Farid tersenyum kelat.

"Tak pelah. Benda dah lepas."

"Apa cerita kau?" tanya Hasif menukar perbualan.

" Macam nilah wei. Still single. Yelah,aku ni bukannya macam kau. Petik jari je berduyun-duyun orang datang." sengaja Farid membuat gaya sedih.

" Eleh,kau je yang suka jual mahal. Elok-elok dulu ada orang nak,kau yang tolak siapa suruh?"

" Sebab dia bukan taste akulah." jawab Farid selamba.

" Ha tengok,lepas tu bila single mulalah macam sedih je." mereka ketawa kecil.

"Ayah ada hadiah nak bagi dekat Farah ni." Kata Encik Azhar memecah kesunyian. Dia mengambil kotak berbentuk petak dipoket seluarnya. Encik Azhar tersenyum lalu diberikan kotak kecil berbentuk petak kepadanya Farah. Teragak-agak Farah untuk mengambilnya. Dibeleknya kotak tersebut.

"Boleh bukak tak?" Tanya Farah. Jelas raut teruja dimukanya. Encik Azhar senyum sambil mengangguk.

Farah perlahan-lahan membuka hadiah itu. Mulutnya terlopong. Jam didalam kotak itu diambilnya lalu dipakai.

"Seriousla yah? Cantiknya jam nii." Terkejut Farah. Berkali-kali dia membelek jam ditangannya itu. Tak sangka yang familynya amat bangga akan dirinya.

"Pakailah. Jaga baik2 ye. Tu je hadiah yang ayah mampu beri. "ujar Encik Azhar sambil tersenyum. Turut gembira hatinya melihat sang anak gembira.

"Mestilah Farah akan jaga jam ni baik-baik. Ayah tercinta yang bagilah katakan. Hehe. Cantiklah ayah jam ni. Pandai ayah pilih." Puji Farah. Tak habis-habis dia menelek jam ditangannya.

"Tengok kakilah." Balas ayahnya. Semua yang dengar ketawa melihat telatah si ayah.  Malam ni adalah malam yang terindah bagi Farah.

"Bila ayah beli ni?" Tanya Syaza.

"Sebelum kita makan ni ayah ada keluar sekejap. Nampak ada kedai jam, tu yang singgah untuk beli."

"Ouhh." Farah bangun daripada kerusinya lalu memeluk ayahnya dengan erat.

"Thank you ayah." ucap Farah. Encik Azhar hanya mengusap kepala anaknya.  Puan Rafidah yang duduk disebelah Encik Azhar mengusap belakang badan Farah.

"Terima kasih mak." Farah turut memeluk ibunya erat.

Air yang dipesannya ditarik sedikit kedepan. Dicapainya air milo panas yang dipesannya tadi lalu dihirup sedikit. Penat bersembang dengan Farid yang dari tadi bersembang dari satu topik kesatu topik yang lain. Dia memandang sekeliling sementara menunggu Farid keluar dari tandas.

Tatkala dia khusyuk memerhatikan gelagat orang yang berada direstoran itu, matanya terpandang satu susuk yang amat dikenalinya sedang memeluk ibu bapanya. Badannya disandarkan kekerusi memerhatikan gelagat perempuan itu.

"Tak sia-sia aku jumpa Farid kat sini." kata Hasif berbicara dengan dirinya sendiri. Dia tersenyum senget.

"Patutlah aku rasa happy je harini. Rupanya nak jumpa buah hati. Haih,sah memang jodoh akulah ni" kata Hasif lagi. Dia tergelak kecil.

" Woi, kau dah kenapa tergelak sorang-sorang?" tanya Farid sambil menepuk bahu Hasif.

" Aku rasa aku dah jumpa soulmate aku." ujar Hasif sambil matanya tidak lepas memandang kearah Farah. Farid mengerutkan keningnya.

"Kau biar betik?" Hasif menganggukkan kepalanya.

"Kau nak tengok tak siapa perempuan tu?" Tanya Hasif sambil memandang kearah Farid.

" Siapa? Dia ada ke kat sini?" tanya Farid sambil kepalanya tertinjau-tinjau mencari perempuan yang dimaksudkan.

"Mestilah dia ada kat sini. Nama dia Farah. Tapi kau janji dengan aku yang kau takkan suka dia. Kalau aku dapat tau kau suka dia, siap kau aku kerjakan." sempat Hasih memberi amaran. Farid sudah menjulingkan biji matanya keatas.

"Kau ingat aku ni jenis yang suka rampas hak orang ke?" Hasif ketawa.

" Manalah tau kan."

" Dah lah, cepatlah bagitau aku siapa perempuan tu. Mana dia?" desak Farid.

" Kau pandang belakang. Perempuan tu tengah peluk mak bapak dia. " arah Hasif. Cepat-cepat Farid memusingkan badannya kebelakang. Farah yang perasan dirinya ditenung oleh dua orang lelaki terus meleraikan pelukan. Dia memandang kebelakang. Manalah tau kalau dua orang lelaki itu sedang melihat orang dibelakangnya. Tapi ternyata dirinya silap. Tiada sesiapa dibelakangnya.

Farah kembali memandang kehadapan. Dua orang lelaki itu masih merenungnya membuatkan Farah tidak selesa. Dia kembali duduk ditempatnya. Nasiblah kerusinya membelakangi dua orang lelaki itu. Sempat dia membetulkan topinya.

"Cantik jugak perempuan tu." Ucap Farid setelah puas memandang kearah Farah.

" Kau jangan macam-macam. Aku cungkil biji mata kau baru tau." ugut Hasif. Farid melepaskan tawanya.

" Rilekslah bro. Aku puji je. Tak kata pun nak kebas dia." Hasif sudah menjelingnya tajam.

" Eh dahlah. Jom balik. Esok aku ada kerja. Kau bolehlah datang lambat. Tak de siapa nak marah." kata Farid.

" Aku pun tak boleh gak nak datang lewat pi kerjalah. Walaupun aku ni ceo, kerja tetap kerja. Aku mesti kena datang kerja jugak." balas Hasif.

" Dah lah, jom." Masing-masing bangun daripada kerusi.

" Kau belanja tau. Ok thank you. Macam nilah kawan." tanpa sempat diberikan kata putus, laju sahaja Farid melangkah keluar menuju kekeretanya. Sempat dia menepuk bahu Hasif perlahan.

"Woi! Suka hati mak nenek dia je main blah macam tu." rungut Hasif. Dompet dipoket seluar jeansnya dicapainya. Not merah diletakkan diatas meja. Sengaja dia berjalan dibelakang Farah.

Terbau haruman minyak wangi yang dipakainya. Farah menoleh kebelakang memandang Hasif yang berjalan menuju kekeretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience