Kayla dan Jimmy sudah sampai di tempat bulan madu mereka..
"Kayla.."
"What?"
"Kau ada nampak telefon aku?"
"Tak ada.."
"Okay..Aku cari dulu.."
Kayla sekadar memandang Jimmy yang terpinga-pinga mencari telefon..
Sedangkan telefon tu ada sebelah bagasi..
Dia baru ternampak..
Kayla mengambil dan memberikan kepada Jimmy..
"Eh,tadi.."
"Aku baru nampak.."
"Oh..Okay..Kalau macam tu,kau mandi dululah..Aku nak inform dulu dekat family.."
"Okay.."
Kayla membawa bagasi dia dan Jimmy memasuki homestay yang mereka akan tinggal untuk beberapa hari..
"Kayla, biar jelah bagasi aku tu..Berat.."
"Tak berat pun.."
Kayla membawa bagasi masuk ke bilik..
Tapi bagasi Jimmy dibiarkan di luar bilik dahulu..
Kayla mengemas baju dia di almari dan bergegas mandi..
.....
Kayla duduk di meja solek sambil meramas rambut yang dicuci tadi..
Dia belum memakai pakaian..
Hanya saja menggunakan bathrobe..
'Tok..Tok..Tok..'
"Ya.."
"Aku masuk ae?"
"Ya.."
'Klack'
Jimmy memunculkan dirinya di pintu..
"Kenapa bagasi aku dekat luar?..Kita tak sama bilik ke?"
"Aku tak kisah.."
"Kita sama bilik ae?"
"Hrmm"
"Yeah.."
.....
"Kayla.."
"Hrmm.."
"Aku nak tanya"
"Straight to the point"
"Okay..Aku nak tanya pasal masa kecil kau"
"Untuk apa?"
"Saja nak tahu..Lagipun kaukan isteri aku.."
"Teruskan tanya tapi tak semua aku jawab.."
Kayla dan Jimmy memandang ke laut..
Saling menikmati angin nyaman..
"Selepas mak kau tak ada,kau dengan Kayle pergi mana?"
"Rumah nenek.."
"Sebab?"
"Paksaan"
"Papa yang paksa?"
"Ya.."
"Tapi kenapa?"
"Tak tahu.."
"Kau pindah balik rumah mama kau bila?"
"Sepuluh tahun lalu.."
"Kau tak boleh ke nak lupakan benda lama tu?..Takkan sampai bila-bila kau nak dingin dengan papa kau.."
Bibir Kayla menyinis..
Kayla langsung berdiri..
"Aku dah lama lupakan benda tu tapi diorang yang buat aku asyik teringat benda lama.."
Dia lalu jalan mendekati air laut..
Duduk mencangkung dan memainkan tangannya dengan air laut..
Jimmy melihat Kayla dari belakang..
Memikirkan kisah masa kecil Kayla..
Terfikir juga kenapa Kayla nak berdendam sangat
"Abang.."
"Ya.."
"Masalah rumah ni macam mana?..Nak ke Kayla tu biarkan kita duduk dalam rumah ni?"
"Selagi kita tak buat hal,abang pasti dia benarkan kita tinggi sini"
"Kayla dengan Jimmy tu baik ke hububgan diorang tu,bang?..Takutnya nanti Kayla pukul Jimmy macam sebelum ni.."
"Takkan ada apa-apa jadi..Sekeras hati Kayla tu,tak pernah lagi nak cari pasal dengan orang..Kecuali dengan kita.."
"Percaya sangatlah dengan budak tu.."
"Ya.."
~~~~~
"Kayla"
"Ya.."
"Duduk sini dulu.."
Kayla baru saja keluar dari bilik mandi..
Dia sudah lengkap berpakaian sambil tangannya meramas rambut basahnya..
Kayla duduk disebelah Jimmy seperti yang diingini Jimmy tadi..
Jimmy mendakap tubuh Kayla dengan tiba-tiba membuat Kayla mengeraskan badan sebentar..
"Kau kenapa tiba-tiba peluk aku?"
"Saja nak peluk"
Tak menghiraukan Jimmy yang memeluknya..
Kayla meneruskan tangannya meramas rambut..
Setelah beberapa lama..
Jimmy melepaskan dakapan lalu memegang tangan Kayla yang masih meramas kepalanya..
"Nak apa?" Tanya Kayla tepat memandang ke arah Jimmy..
"Aku nak tolong kau.. Bolehkan?"
"Tak perlu.. Aku masih boleh buat sendiri"
"Tapi aku nak tolong juga.. Dah, kau duduk diam je"
Tak faham Kayla dibuatnya dengan perangai Jimmy ni..
Tak ada angin, tak ada ribut.. Tiba-tiba nak tolong dia..
Kayla membiarkan Jimmy mengeringkan rambutnya..
"Lepas habis honeymoon ni kau terus kerja?"
"Ya"
"Boleh aku tanya pasal kerja kau?"
"Yup."
"Kau kerja dekat mana?"
"Dalam Malaysia juga.."
"Kayle?"
"Sama"
"Okay.. Kau CEO-kan?"
"Ya.."
"Kayle?"
"COO"
"Sebab tu ke dia macam selalu outstation?"
"Ya"
"Oh.."
"Papa ambil tahu ke pasal syarikat kau?"
"Of course..Sebab syarikat tu peninggalan mama"
"Syarikat warisan mama kaulah ni?"
"Ya"
"Sebelum mak kau pergi, dia dah sediakan wasiat?"
"Ya.."
"Masa tinggal dengan nenek,Kayle ikut sama?"
"Semestinya.."
"Rambut kau dah kering.."
"Hrmm.."
"Kau ada benda nak buat tak?"
"Tak ada"
"Kalau aku nak tanya kau banyak lagi boleh?"
"Hrmm.."
"Kau rasa semua lelaki pencurang ke?"
"Nope"
"Kau rasa semua lelaki tak baik?"
"Nope"
"Kalau ada orang confess yang dia jatuh cinta dekat kau, kau akan buat apa?"
"Just say thank you"
"Kau tak nak cuba jatuh cinta?"
"Tak.."
"Kau tak nak anak?"
"Tak"
"Sebabnya?"
"Aku risau masa dengan diorang akan hancur dapat mak macam aku"
"Kenapa pula?"
"Aku keras hati, ego, pendendam dan pemarah"
"Aku tengok kau dengan Rissa okay je?"
"Sebab Rissa tu tak nakal dengan aku"
"Kau boleh didik anak kau dengan baik.. Tak tak.. Tapi anak kita.."
"Tsk.. Aku takkan lahirkan anak,sama ada suami aku ialah kau atau orang lain.."
"Aku boleh buat kau mengandung sekarang."
"Aku akan gugurkan"
Tercenggang Jimmy mendengarnya..
Sampainya hati Kayla..
"Jahatnya kau.. Anak kau jugakan.."
"Asalkan aku tak punya anak.."
"Ada anak tu bagus tau tak.. Bila kau dah tua nanti, ada yang nak jagakan.. Takkan kau nak harapkan Kayle jaga kau pulak"
"Aku just perlu bunuh diri untuk tak menyusahkan sesiapa untuk jaga aku kalau aku dah tua.."
"Apa masalah dengan otak kau ni!?..Kau dah gila ke?.."
"Memang pun.."
"Tak.. Aku takkan biarkan kau bunuh diri.."
Jimmy menarik Kayla ke pelukan..
Dia merasa takut Kayla mengatakan dia ingin membunuh diri walaupun itu bukan sekarang..
"Aku takkan benarkan"
"Kau tak boleh atur hidup aku"
"Tak kisah semua tu.. Aku akan tetap jaga kau..Walaupun masa tu aku juga dah tua.."
"Ck.. Jangan nak mengarut.."
"Tak!..Aku tak mengarut!"
Jimmy semakin mengeraskan suaranya..
Dia tidak ingin kehilangan Kayla..
Dia akan buat seperti apa yang dia katakan..
"Dahlah.. Lepaskan aku"
"Tak nak"
Suara Jimmy mengecil seperti berbisik..
Tanpa Kayla perasan,Jimmy hampir mengalirkan air matanya..
"Dahlah.. Tepi.."
Kayla sedaya-upaya melepaskan pelukan itu..
Namun Jimmy semakin mengeratkan pelukan..
Dia tidak ingin melepaskan Kayla..
Kayla memberikan Jimmy beberapa masa lagi untuk memeluknya..
Sejujurnya, Kayla sungguh tidak selesa dipeluk..
Kerana selama ni hanya Kayle yang akan memeluk dia, namun tidak sekerap Jimmy memeluknya..
Jimmy kini melepaskan pelukannya..
"Aku tidur dulu.."
Kayla agak kepelikan dengan Jimmy..
Masih awal untuk tidur..
Jimmy membaringkan tubuhnya sambil menarik kain selimut menutupi keseluruhan tubuhnya..
Jimmy menutupkan matanya...
Air mata mengalir perlahan dan membasahi bantal..
Kayla tidak menghiraukannya..
Dia ke balkoni melihat langit hitam ditambahkan bintang-bintang yang bertaburan..
Indah permandangan atas langit..
Share this novel