Bab 19_Nyaman

Drama Completed 16886

Setelah selesai mandi,mereka berdua turun ke tingkat bawah untuk makan malam bersama keluarga..

"Jimmy,Kayla" Papa menyebut nama mereka berdua..
Keduanya melihat ke arah papa..

"Kamu berdua dah rancang nak ada anak? Berapa lama lagi?"

Kayla menghentikan kunyahannya..
Jimmy hanya berlagak biasa..

"Tunggu jelah,pa..Lagi pun baru kahwin sebulan lebih..Bagilah masa dekat Jimmy nak sweet dengan Kayla dulu.."

"Yelah..Nanti jangan pulak kamu tak nak anak"

"Memang mustahil pun,pa"

Selamba badak je Jimmy kata macam tu..
Hati dia okay tak tu?
Lagi pun Kayla kata dia tak nak mengandung..
.....

Kayla kini berbaring di atas katil..
Menghadap ke atas siling..

"So macam mana?..Diorang nak cucu daripada awak"

"Dah tu?"

"Awak patut cari perempuan lain"

"Nak buat apa cari perempuan lain?"

"Jadikan isteri dan mengandungkan anak awak"

"Dah kenapa nak buat macam tu?"

"Kan saya ada kata yang saya takkan mengandungkan anak sesiapa.."

"Aku tak kisah pasal anak..Ada atau tak,tak kisah..Tapi aku tetap nak dengan kau"

"Dah tu apa yang awak cakap dengan papa..Awak kata mustahil untuk awak tak nak anak"

"Memang pun tapi tak bermaksud aku perlu paksa kau mengandungkan anak aku"

"Dah tu apa solution awak?"

"Tunggu sampai kau bersedia jadi mak anak aku"

"Memang taklah"

"Sekarang je tu kau kata 'memang taklah',nanti kau akan kata 'Jimmy,mengandungkan saya..Saya nak jadi mak anak kita' "

"Euww..Merepek jauh sangat ni"

Jimmy mengikut Kayla berbaring..
Tangan Kayla digenggam kemas dan dibawa ke dadanya..

"Apa ni pegang-pegang?"

"Nak pegang tangan je pun,bukannya pegang tempat lain..Kan,kan"

"Ish,ish"

Jimmy kini membawa tangan Kayla ke bibirnya lalu dikucup..
Turut dihidu..

"Wangi"

Kayla tersenyum jengkel..

Jimmy kini menghadap Kayla..
Dia dengan pantas mencium Kayla di dahi,hidung,pipi serta bibir Kayla..

"Wangi.."

"Kau ni,tak habis-habis nak cium aku"

"Jangan guna 'aku-kau' "

"Haish"

Jimmy mematungkan badannya menatap Kayla yang masih menghadap ke atas siling..
Tak tahulah apa yang menarik..

"Awak tengok apa dekat muka saya ni?"

"Aku tengok betapa indahnya wajah isteri aku"

"Pfft"

Kayla memalingkan wajah ketepi..
Wajah dia sedikit redup..

Jimmy dapat melihat perubahan itu..
Dia kemudiannya berada di atas Kayla..
Tangannya berada di muka Kayla..

"Kenapa kau nampak sedih?"

"Mana ada saya sedih"

"Jangan tipulah..Kau ada masalah ke?..Ceritalah kalau kau tak kisah"

"Tak ada masalah pun"

"Kau tipu lagi.."

"Mana ada saya tipu..Memang tak ada masalah pun"

"Hrmm..Ke kau tengah fikir pasal papa dan mak tiri kau.."

"Memandai je awak"

"Aku dapat kesan dah..Kau nak buat apa lepas ni pasal diorang?"

"Biarkan jelah.."

"Ye ke nak biarkan je?"

"Dah tu?"

"Mungkin kau nak bawa diorang balik?''

"Tak hingin..Nanti diorang bawa nenek pergi"

"Kau rasa diorang berani ke nak buat lagi selepas kau halau diorang..Aku tak rasa diorang berani nak buat lagi.."

"Itu apa yang awak rasa..Perangai diorang tu bukannya boleh harap sangat..Nampak je buat baik,belakang awak,boleh je diorang buat benda kejam"

"Kau patut bagi diorang peluang untuk cuba dekat dengan kau..Dengan macam tu kau boleh biarkan perkara lalu tak mengganggu kau lagi"

"Saya dah penat bagi diorang peluang untuk dekat dengan saya"

"Apa yang jadi?"

"Ambil kesempatan untuk jadikan saya mangsa keadaan..Suami mama cuba ambil hak saya dan Kayle..Mak tiri pula pernah jadikan saya pelampiasan marah dia..Anak-anak diorang pernah buat kesalahan tapi saya yang mendapat nahas..Awak rasa patut ke saya nak bagi peluang lebih banyak selepas diorang buat macam tu dekat saya?"

Kayla menghadap wajah Jimmy dengan matanya yang berkaca-kaca..
Hampir dia menangis mengingat waktu dulu..

Jimmy tak nak melihat Kayla bersedih..
Dia cuba menenangkan Kayla dengan mengusap kepalanya..

Kayla tidak dapat lagi menahan tangisnya lalu menutupi wajah dengan kedua tangan..
Dan mulalah tangisannya kedengaran di telinga Jimmy

Jimmy memperelokkan kedudukannya lalu membawa Kayla ke pelukan..
Kayla tidak menolakknya..
Jimmy kemudiannya mengelus perlahan bahu Kayla..

Tanpa sedar,mereka berdua terlena dalam keadaan berpelukan..
~~~~~

Kayla bangun lebih awal berbanding Jimmy..
Dia duduk dari pembaringannya turut menggosok matanya..
Baru saja ingin turun dari katil,tangan Jimmy di pinggannya menghalang dia pergi..

"Jangan pergi dulu"

Kayla memusingkan badan melihat Jimmy bersama dengan wajahnya yang kehairanan..

"Awak nak apa?"
Kayla tak lupa akan janji hukuman seminggunya..Dia takkan lupa untuk lima hari kedepannya..

"Nak peluk.."

Kayla kembali membaringkan dirinya berdekatan Jimmy..
Dia mendepakan sedikit tangannya agar Jimmy masuk kepelukannya..
Tanpa berlengah masa,Jimmy merapati tubuh Kayla..
Kini Kayla memeluk Jimmy..
Selepas ini,Kayla akan cuba menurut kemahuan Jimmy selagi ia tidak keberatan dan selamat untuk dia turuti.

Wajah Jimmy yang berada di ceruk leher Kayla,membuatnya dapat merasakan nafas yang berhembus di lehernya..
Kayla seakan merasa nyaman sepeti itu namun tetap merasa sedikit janggal kerana dia berpelukan dengan Jimmy..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience