Bab 31_Mama atau Jimmy?

Drama Completed 16886

Arriella telah mengatakan bahawa dia akan membantu mereka untuk membersihkan bekas makanan mereka..

Jimmy dan Kayla lebih dahulu masuk ke bilik mereka..

"Sekarang kita nak buat macam mana?..Mama dah ugut kita"

"Saya dah cakapkan dulu,saya takkan pernah ceraikan awak.Pasal anak kita akan fikir bila awak dah sedia"

"Tapi takkan kita nak ambil ringan dengan apa yang mama kata"

"Dah tu kita nak buat apa?..Sekarang ni awak dah sedia ke nak jadi MAMA?"

"Tak.."

"See..Kalau awak tak sedia,macam mana kita nak ada anak..Jadi,kita biarkan je apa yang mama kata tadi..Kalau nanti terjadi sesuatu,saya sedaya upaya untuk elak kita bercerai..Itu janji saya.."

"Tapi kata-kata mama menghantui saya"

"Dah..Lupakan apa mama cakap tu..Kita teruskan kehidupan kita macam sebelum ni tanpa berfikir pasal tadi..Lagi pula saya tak nak paksa awak mengandung kalau awak tak sedia.."

"Boleh ke macam ni?"

"Boleh..Awak tenangkan diri dan pergilah tidur..Saya nak ke bawah dulu"

"Awak nak buat apa?"

"Nak ambilkan air..Air dalam jag dah habis.."

"Okay..Cepat naik tau"

"Ya.."

Jimmy membawa jag kosong di tangannya lalu turun ke bawah menuju ke dapur..

Arriella dan mamanya ada di dalam dapur..
Tepat masa untuk Jimmy memintakan penjelasan mama..

"Ma..Apa maksud mama dengan cakap dengan Kayla macam tu?"

"Kamu dah lupa apa mama cakap ke?.Nak mama ulang lagi?"

"Kalau ya,mama nakkan cucu daripada Jimmy..Kenapa mesti nak mengugut?..Mama fikir Kayla boleh hasilkan anak dengan keadaan tak nyaman ke?..Kayla tu bukan mesin melahirkan bayi dan kenapa mama sanggup buat semua ni?"

"Mama dapat tahu Kayla tu mandul..Jadi mama nak pastikan dia tu betul-betul mandul atau tak..Sebab tu mama nak dia buktikan dia tak mandul..Dan mama fikir,mungkin sebab nilah dia tak nak berkahwin sebelum ni.."

"Dari mana lagi mama dengar Kayla ni mandul?..Siapa cakap?..Kalau Kayla mandul sekalipun,kenapa mama nak risau?"

"Kamu bodoh ke?..Mama buat semua ni untuk pastikan kamu dapatkan zuriat yang boleh mewarisi kamu..Takkan mama nak biarkan kamu ni tak ada waris.."

"Jimmy tak sangka mama sekejam ni..Padahal mama dengan Kayla sama-sama perempuan..Mama tak dapat faham ke macam mana perasaan Kayla bila kena ugut macam ni..Jimmy ni sendiri tak sedia lagi nak ada anak tapi mama pulak nak sibuk nak ada cucu daripada Jimmy..Tak cukup lagi ke cucu daripada Arriella dengan Danell?..Tak boleh ke kalau mama biarkan je kehidupan rumah tangga Jimmy?..Kenapa mama perlu masuk campur?..Kalau tahu macam ni,baik Jimmy pergi je dari sini dengan Kayla"

"Berani kamu cakap macam ni dengan mamakan..Ni dah kenapa,apa yang perempuan tu buat sampai kamu jadi kasar dengan mama!?"

"Ni semua sebab mama juga..Kalau mama tak paksa Kayla nak mengandung,Jimmy takkan bertegas macam ni..Jimmy kecewa dengan perilaku mama ni..Munafik"

'PAKK'
Sebuah tangan mendarat kasar di pipi Jimmy daripada mamanya..

"Kamu kata mama apa tadi!?"

"Mama munafik..Dulu masa Kayla awal-awal masuk keluarga ni,mama layan Kayla dengan baik..Tapi bila umur perkahwinan kitorang nak menjejak satu tahun,perilaku mama berubah hanya sebab Kayla tak mengandung lagi.Mama dah buat Kayla sakit..Sakit sangat..Kayla dah mulai nak bukakan diri untuk lebih rapat dengan mama tapi mama dah musnahkan semua usaha Kayla.."

"Ini semua demi kebaikan kamu!!"

"Cara mama tunjukkan kebaikan mama buat Jimmy rasa terbunuh oleh mama..Jimmy dah sayangkan Kayla dalam tapi tiba-tiba mengugut untuk dapatkan anak,kalau tak kitorang akan bercerai..Inikah yang mama kata kebaikan!!"

"Jimmy..Dahlah tu..Pergi tengok Kayla..Mesti dia tengah tunggu kau"
Arriella mengusahakan untuk tidak membuat pergaduhan ni berlanjutan..
Dah malam ni,tak elok bertekak..

"Arriella"

"Ya,ma"

"Kamu pilih siapa?..Mama atau Jimmy?"

"Maaf,ma..Riella tak boleh pilih"

"Kamu tetap perlu pilih!"

"Tak..Riella tak boleh pilih"

"Kenapa kamu tak boleh pilih!?"

"Sebab mama dengan Jimmy,orang yang Riella sayang"

"Sayang konon tapi kamu lebih memihak pada Jimmy.Kamu memang mengecewakan mama,ARRIELLA!!"

Mama mendengus kasar lalu pergi keluar dari ruang dapur..
Dia merasakan sungguh panas..
Panas dengan api amarahnya..

Dia sudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang mengatakan Kayla itu mandul,jadi dia menyesal membiarkan Kayla berkahwin dengan anak kesayangannya..
Jadi dia mencari jalan untuk membuatkan mereka berpisah agar Jimmy boleh mencari wanita yang boleh melahirkan zuriat mereka..

"Arriella..Lebih baik kau jangan masuk campur bila aku bergaduh dengan mama"

"Takkan aku nak biarkan kau bertekak dengan mama..Aku tak boleh biarkan..Jadi aku perlulah leraikan korang"

"Apapun,terima kasih untuk tadi.."

"Ya..Ni air,pergilah naik atas..Mesti Kayla dengar kau tengah gaduh dengan mama tadi"

"Okay..Kau jangan lama-lama dekat sini"

"Yelah"

Seusai menyambut jag berisi air daripada Arriella,Jimmy melangkah laju ke biliknya untuk melihat Kayla..

Dia membukakan pintu..
Kayla sedang duduk menunduk dengan wajah kosong..

Jag air diletakkan di atas meja..

"Awak dengar ke tadi?"

"Ya.."

Jimmy menghelakan nafasnya..
Masih ada sisa kemarahan dia tadinya..
Jimmy lalu mendekati Kayla..

"Kenapa muka makin sedih ni?"

Tangannya diangkat menyelitkan rambut Kayla di sebalik telinga Kayla..
Membiarkan Jimmy melihat lebih jelas raut wajah Kayla yang seakan bercampur-aduk perasaannya..

"Saya tak suka awak gaduh dengan mama.."

"Tak apa..Mama dah melampau kali ni..Dia dengan mudahnya percaya yang awak mandul sedangkan tak ada pemeriksaan yang berlaku dan menunjukkan awak mandul..Mama terlalu terpengaruh dengan kata-kata orang"

"Tapi awak tak patut berkasar bahasa"

"Tak nak fikirlah pasal tu..Esok awal pagi kita kemas barang-barang yang perlu..Saya tak nak kita tinggal sini dengan tekanan daripada mama.."

"Nanti mama marah"

"Saya lebih rela tengok mama marah berbanding tengok awak ni terlalu serba-salah..Sudahlah..Jom kita tidur"

"Baiklah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience