Jimmy sudah memasuki bilik..
Kayla sudah berada di atas katil membelakangkan Jimmy..
Jimmy ikut berbaring di sebelah Kayla..
Jimmy tahu Kayla belum tidur bila dia tidak mendengar dengkuran halus Kayla..
Tangannya naik ke pinggang Kayla untuk memeluknya..
"Marah lagi?"
Kayla menarik nafas dalam..
Dia menjawab Jimmy hanya dengan 'Hrmm'..
Jimmy perlahan-lahan menarik Kayla menghadapnya..
Jimmy turut memeluk Kayla..
Tangannya sengaja dijadikan bantal untuk Kayla..
"Kau-"
"Shh..Tidurlah..Nanti kita bergaduh lagi"
Kayla meredupkan pandangannya..
Dia tidak membantah..
Mereka masing-masing berdiam diri sehingga mereka tanpa sedar telah tidur..
~~~~~
"Hari ini saya akan pergi kerja guna kereta sendiri..Balik nanti ada benda saya nak buat..Lunch saya akan pergi dengan Kayle"
"Kau tak mengelak daripada aku,kan?"
"Tak..Saya memang ada benda nak dibuat balik nanti"
"Okay..Kita jumpa malam nanti"
"Ya..Saya pergi dulu"
"Tak breakfast dulu?"
"Tak.."
"Hati-hati.."
"Ya"
.....
Kini petang menjelma..
"Shana,hari ni aku akan balik awal..Kayle mana?"
"Kayle rasanya keluar,bos.."
"Keluar ke mana?"
"Saya tak tahu sebab Kayle tak beritahu dan saya ada telefon dia,tapi tak dijawab"
"Tak apalah..Nanti kalau Kayle dah balik office,beritahu aku dah balik.."
"Baik,bos..Selamat pulang"
"Ya.."
Perkara yang ingin Kayla buat sebelum balik ke rumah adalah membeli bahan masak untuk lauk yang akan dia masak malam ini..
Terdapat tiga hidangan dan satu pencuci mulut yang ada dalam fikirannya..
Semoga saja keluarga Jimmy suka dengan masakannya..
Dan juga ingin memenuhi keinginan Arriella yang ingin merasa masakannya..
Kayla tersenyum seketika dan terus mencarikan bahan masaknya..
Setelah lebih kurang 30 minit mencari bahan masak,akhirnya dia selesai membeli semuanya..
Sekarang dia akan balik..
Sesampainya dia di rumah,sedikit terkejut bila tiada ahli keluarga Jimmy di dalamnya..
Mungkin keluarga bersama agaknya..
"Puan Kayla beli bahan masak?"
"Ya..Yang lain pergi mana?"
"Tuan dan puan besar keluar mesyuarat bersama..Keluarga Puan Arriella keluar bersama..Tuan Darell bawa keluarganya ke taman..Tuan Jimmy belum balik"
"Okay..Boleh tak kalau hari ni aku nak masakan makan malam?"
"Semestinya boleh,puan..Saya akan bantu puan sediakan bahannya..Semua bahan ada dalam ni,kan?"
"Ya..Aku nak mandi dulu..Sekejap lagi aku turun.."
"Baik,puan.."
Kayla selanjutnya masuk ke bilik untuk membersihkan diri..
Tidak mengambil waktu lama untuk membersihkan diri..
Dia kemudiannya ke dapur..
Melihat semua bahan masak telah tersedia..
Tinggal saja dia memulakan masakan dan memasukkan rempah-ratus yang perlu..
Dalam satu masa,dia memasak dua masakan..
Dalam sejam lebih,kedua masakan itu siap dimasak..
Masih ada satu hidangan dan pencuci mulut yang harus dia siapkan..
Semoga mereka belum balik..
Kerana sekarang baru jam 1700..
Kalau mereka yang bekerja,pasti mereka akan balik dalam jam 1830..
Tapi bagi mereka yang tak kerja,dia tak pasti bila mereka akan balik..
Masa berlalu dengan cepat..
Masakan terakhir Kayla tidak lama lagi akan siap..
Dia duduk berehat sebentar sambil menunggu masakannya sepenuhnya masak..
Dia mendapat panggilan daripada Kayle..
"Sis..Huhu"
"Kau dah kenapa?"
"Aku dengar sis dah balik"
"Ya"
"Nak minta tolong beli barang masakan"
"Lah,kau dekat mana?"
"Dalam perjalanan balik rumah.."
"Apa yang nak dibeli?"
"Apa-apa je yang sis rasa perlu"
"Yelah..Aku gerak dulu.."
"Okay,sis..Thanks.."
"Hrmm.."
Kayla bertemu dengan penbantu rumah untuk meminta ia menjagakan masakan yang hampir masak itu..
Dia mengambil cardigan-nya sebelum memandu ke pasaraya..
.....
"Kayla dah balik?"
"Puan Kayla dah balik tapi dia keluar lagi bila ada orang buat panggilan pada puan"
"Siapa?"
"Saya tak pasti tapi mungkin itu adik puan"
"Tak apalah..Nak masuk bilik dulu.."
"Baik,tuan"
Jimmy membuat panggilan pada Kayla sebelum dia membersihkan diri dia..
"Kau pergi mana?"
"Pasaraya"
"Buat apa?"
"Beli barang dapur untuk nenek"
"Kayle tak boleh beli sendiri ke?"
"Dia tak berapa nak tahu"
"Aku teman kau"
"Okay..Saya ada dekat pasaraya terdekat"
"Okay"
Jimmy dengan masa singkat membersihkan dirinya..
Dia ingin cepat-cepat menemani Kayla..
.....
"Kau masuk dulu..Nanti aku bawakan barang yang lain''..
''Ya.."
°°°°°
Hai para pembaca.. :D
Kalau awak baca karya saya ni,boleh tak bagi sebarang komen..
Saya nak juga berinteraksi dengan pembaca yang lain terutamanya pengikut saya..
Saya risau dan pelik bila pengikut saya bertambah tapi tak ada yang bagi komen..
Sob sob..Sedih..
Share this novel