Bab 14_Demam

Drama Completed 16886

Matahari sudah pun timbul menerangi alam..
Kayla sudah pun bersiap mandi dan ingin bersarapan..
Namun, Jimmy masih terbaring di katil..
Tiada tanda-tanda Jimmy akan bangun tidak lama lagi..

Kayla yang sedikit risau ingin melihat keadaan Jimmy di dalam selimut..

Selimut ditarik perlahan memaparkan wajah sayu Jimmy..

Tangan diangkat menggoncangkan tubuh Jimmy perlahan..

"Jimmy.. Bangun, kau sampai bila nak tidur ni?"

Kayla menggoncangkan lagi tubuh Jimmy..

Jimmy tidak memberi tindak balas terhadap Kayla..

Kayla cuba menyentuh muka Jimmy..
Kayla merasakan kepanasan di tangannya..
Tangan dibawa menyentuh dahi Jimmy..

Demam?
Jimmy pergi mana sampai boleh demam ni?

"Jimmy.. Kau bangun sekarang!"

Kali ini Jimmy memberi respon..
Perlahan-lahan matanya dibuka..

"Kenapa ni?"
Suara Jimmy sedikit serak..

"Kau buat apa sampai demam?"

"Demam?.. Bila?"

"Sekarang nilah.. Takkan demam tahun lalu yang aku tanya"

"Entah..Tak tahu.."

"Kau pergi mandi.. Aku pergi ambil makanan.."

"Perlu ke nak ambil makanan?.. Kan boleh je kita keluar sama-sama"

"Kau pergi mandi sekarang, jangan nak banyak cakap.."

"Okay.."

Terasa penat pula Jimmy..
Dia melangkah sedikit perlahan memasuki bilik mandi..
Dia teringat semalam dia menangis..
Tawa kecil kedengaran..
Lawak dengan diri sendiri..
Menangis sampai boleh demam.. Macam-macam..
.....

Kayla membawa dulang berisikan makanan dia dan Jimmy..

Makanan diletakkan di meja dengan berhati-hati..
Jimmy baru saja keluar dari bilik mandi..
Hanya dengan bertuala..
Air menitik ke bahu dari rambut basah..

Sementara Jimmy memakai bajunya..
Kayla menyelongkar bagasinya untuk mengambil sesuatu yang dibawanya..

"Kau pergi makan dulu.."

"Kau cari apa?"

"Tak perlu tahu.Kau pergi makan.."

"Aku tunggu kau"

"Tak perlu.. Makan je"

"Tapi aku nak tunggu juga"

Kedengaran Kayla mendengus kasar..
Dia langsung mendekati Jimmy yang sudah duduk di hadapan makanan..

Kayla berlutut menghidangkan makanan..
Tangan Jimmy ditarik untuk memegang sudu..

"Makan, jangan tunggu aku"

Kayla kembali berdiri dan menuju semula ke bagasinya..

Kayla tidak mengetahui kalau Jimmy tidak langsung memakan makanan di hadapannya..

Kayla yang sudah menjumpai perkara yang dicari mendekati Jimmy..

"Kau tak makan lagi kenapa?"

"Kan aku dah kata nak tunggu kau"

Kayla memutarkan bola matanya..
Degil...

"Rupanya kau juga keras kepala.. Sekarang makan,aku pun makan.."

"Okay.."

Bubur ayam yang dibawakan Kayla, Jimmy makan.
Namun kerana sedikit lemah, dia makan dengan perlahan..

Kayla turut makan bubur ayam..
Mereka makan tanpa sebarang kata..
Namun Kayla memerhatikan Jimmy makan..

Kayla siap makan dengan cepat..
Bukan bermakna dia makan dengan gelojohnya..

"Kau tak nak makan lagi?" Tanya Kayla pada Jimmy yang tiba-tiba berhenti makan..

"Ya"

"Tapi kau baru makan sikit.. Tak kurang separuh pun"

"Tak ada selera."

"Kau tak nak sihat ke?"

"Sakit aku takkan lama.."

"Kalau aku suapkan?"

Pantas Jimmy memandang Kayla dengan pandangan terkejut..
Tak percaya dengan apa yang baru Kayla cakapkan..

"Serius?"

"Ya.."

"Nak,nak.."

Kayla mengambil mangkuk berisikan bubur itu..
Sudu diangkat terarah ke mulut Jimmy..

Jimmy merasa nyaman dengan kelakuan Kayla..
Dia merasakan sisi baik Kayla walau ada sedikit kasar diawalnya..

Habis sudah bubur di dalam mangkuk..
Kayla memberikan ubat yang tadi dia cari berserta air untuk Jimmy..

"Kau memang selalu bawa ubat-ubatan ke?"

"Langkah berjaga-jaga.."

"Hehe.. Terasa nak selalu sakit"

"Dah kenapa nak selalu sakit?"

"Supaya dapat layanan baik kau.."

"Tsk.."

Kayla mengemaskan meja mereka gunakan..

"Kau makan ubat ni.. Aku nak pergi hantar pinggan mangkuk ni.."

"Okay.."
.....

Kayla sudah kembali..

"Kayla.. Sini duduk.."

Kayla duduk bersebelahan Jimmy..
Mereka duduk di sofa panjang..
Kelihatan ubat sudah dimakan..
Air turut sudah habis diminum..

Jimmy membaringkan tubuhnya..
Kepala diletakkan di paha Kayla..

"Kau dah kenapa nak baring macam ni?.. Baringlah dekat katil tu.."

"Tak nak.. Aku nak tidur macam ni"

"Baik kau tidur dekat katil tu.. Nanti leher kau sakit"

"Tak nak.. Nak tidur juga macam ni."

Jimmy menyembamkan muka ke perut Kayla..
Dia tak nak bertukar posisi lagi..

"Aku ambilkan selimut dulu.."

"Tak perlu"

"Kau kena pakai selimut.."

"Nanti kau tak nak aku tidur macam sekarang"

"Kau boleh terus tidur macam ni kalau kau pakai selimut"

"Betul ni?"

"Ya"

"Okay"

Jimmy kembali ke posisi duduknya..
Membiarkan Kayla berdiri untuk mengambil selimut..

Kayla membawakan selimut kepada Jimmy..
Menyelimutkan dia..

Jimmy membaringkan kepala di paha Kayla..
Dia menghadap ke wajah Kayla..

"Kau tak marah ke?"

"Marah dengan apa?"

"Aku ambil keperawanan kau dulu?"

"Tak"

"Tapi aku ambil tanpa rela kau, takkan kau tak marah langsung"

"Of course aku marah.. Tapi kau suami aku jadi aku tak kisah"

"Terima kasih tetap anggap aku suami kau.. Terima kasih"

Jimmy menyembamkan muka ke perut Kayla..
Dia tersenyum senang dengan Kayla..

~~~~~

"Mama.. Uncle dengan Aunty Kayla dah balik"

Rissa menjemput pasangan itu masuk ke rumah..
Mama dengan papa Jimmy keluar..
Yang lain ada kerja sendiri..
Yang tinggal dalam rumah, hanya ada Arriella,Rissa dan pembantu rumah..

"Jimmy, Kayla.. Sampai pun rumah.."

"Ya.. Nak naik atas dulu"

"Okay,Kayla..Mesti penatkan.."

"Ya"

Kayla membawa pergi bagasi dia menaiki tangga memasuki bilik Jimmy..

"Macam mana honeymoon?..Kayla okay ke?"

"Okay.. Siap jaga aku lagi"

"Jaga kau macam mana?"

"Aku sempat sakit demam dan dia jagakan aku"

"Tak tahu pun kau sakit?"

"Aku yang tak nak bagitahu.."

"Yelah.. Ni dah sihat ke?"

"Dah.. Yang lain memang tak ada ke?"

"Sibuk hal sendiri.. Nanti pulang, diorang sapalah korang"

"Yelah.. Aku nak mandi dulu,nanti aku turun"

"Ya"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience