Bab 37_Melly

Drama Completed 16886

"Sis..Kau okay?"

"Okay"

"Lepas ni kau nak cuti dulu ke?"

"Tak..Aku tetap kerja"

"Sure?..Aku tak nak tengok keadaan sis macam ni nak pergi kerja"

"Tak apa..Aku takut aku stress kalau pergi bercuti.."

"Yelah..Apa-apa benda kau perlu,sis beritahulah aku"

"Okay..Nanti aku beritahu..Aku nak rehat dulu"

"Yelah..Aku balik dulu.."

Kayle meninggalkan Kayla merehatkan dirinya..
Kayle berharap Kayla akan baik-baik saja..

Kayle sampai di larut malam..
Dia melihat keluarga tirinya masih belum tidur dan seakan berpesta..
Dia tak pasti tujuan pesta ini tapi dia merasa seperti pesta ini untuk perceraian kakaknya kerana mereka tiada reaksi simpati sedikit pun..
Cuma dia tidak terlihat Ellyna,William dan Jeremy..
Mungkin mereka tidur awal..

Kayle memandang tajam setiap ahli keluarga tirinya..
Senang hati pulak diorang..
~~~~~

"Jimmy..Mulai dari hari ni,Melly akan tinggal dalam rumah ni.."

"Tinggal sini?..Buat apa?"

"Mama nak dia lebih rapat dengan kamu"

"Rapat dengan Jimmy?..Buat apa?"

"Diakan tak lama lagi nak kahwin dengan kamu..Kenalah kenal-kenal"

"Ck..Entah-entah nanti dia menyundal dengan Jimmy"

"Hey..Mulut kamu cakap baik-baik..Jangan nak biadab"

"Ada yang salah dengan apa yang Jimmy cakap ke?..Tak ada pun..Jimmy takkan rapat dengan dia sampai mati pun"

"Biadab.."
Tangan mama hampir mendarat di pipi Jimmy, namun ada sepasang tangan yang menahannya..

"ARRIELLA! Lepaskan tangan mama"

"Tak..Selagi mama nak tampar Jimmy,selagi tu Riella takkan lepaskan tangan mama"

"Kamu jangan nak bersekongkol dengan Jimmy"

"Maaf,ma..Arriella tak tahan dengan perangai mama macam ni..Jimmy baru je bercerai,mama dah nak fikir pasal perkahwinan Jimmy lagi.."

"Ini demi kebaikan"

"Kebaikan yang memudaratkan..Mama tak fikirkan perasaan Jimmypun..Jimmy tak nak pun semua ni tapi mama yang nak sangat.."

Mama kesal..
Dia menarik kasar tangannya daripada genggaman Arriella..

"Apapun yang kamu cakap,mama akan tetap suruh Melly tinggal sini.."

"Dan Riella akan pastikan dia rasa tak selesa sepanjang tinggal di sini..Jimmy,jom ikut aku"

Arriella menarik tangan Jimmy ke bilik Jimmy..

"Aku akan selalu ada dengan kau..Aku akan pastikan Melly takkan rapat dengan kau kecuali kau memang nak dekat dengan dia"

"Terima kasih,Kak Arriellaku Sayang Intan Payung"

"Sama-sama,Jimmy Adik Kesayanganku"

Arriella meninggalkan Jimmy..
Masih ada pekerjaan dalam dapur yang perlu dia buat..

Jimmy pula membersihkan dirinya..
Dia baru saja balik dari pejabatnya..
Dan tak lama lagi,dia akan hadap seseorang yang menjadi punca perkahwinan dia hancur..
Dia bersumpah dia tidak akan bersama dengan perempuan tu..

KAYLA!!!!!

Jimmy nak dengan Kayla..
Dia dah mula rindukan Kayla..

Cermin kaca di hadapan dia menjadi tumbukan Jimmy..
Kelihatan mata Jimmy merah tajam memandang kaca pecah tadi..
Sakit di tangannya tidak dihiraukan..
Dia terus-menerus menumbuk kaca yang sudahpun retak seribu..

Disudut Kayla..
Dia juga baru membersihkan dirinya..
Dia berbaring bebas di katil memandang tepat ke siling..

Dia turut memikirkan Jimmy..
Membayangkan Jimmy yang baru saja membersihkan diri..
Dia tahu yang Jimmy baru balik sebab dia dah ingat dengan baik rutin harian Jimmy..

Bantal guling disebelahnya dipeluk erat membayangkan itu adalah Jimmy..
Dia dah rindukan Jimmy..

Bilalah agaknya dia dapat jumpa Jimmy?
Meeting diorang seminggu lagi..
Lama lagi nak tunggu..
Bosanlah tak ada Jimmy..

'DING DONG'

"Eh..Siapa datang?..Mustahil Kayle"

Kayla bercakap dengan dirinya sendiri..
Dia sedikit ragu untuk ke ruang tamu..

Setelah melihat tetamu itu,dia lantas membuka pintu..

"Hai.."

"H-hai"

"Boleh saya masuk?"

"M-mestilah boleh..Masuklah"
~~~~~

"Jimmy..Kau pergi mana?"

"Aku keluar ambil angin..Hari ni perempuan tu tinggal sinikan?"

"Ha'ah..Dia tinggal bilik sebelah kau"

"Ck..Banyak-banyak bilik,bilik sebelah aku juga dia tinggal"

"Haih..Faham-fahamlah mama tu punya rancangan.."

"Hrmm..Aku naik bilik dulu.."

"Makan malam jangan lupa turun..Kau duduk antara aku dengan Danell.."

"Okay..Nanti aku turun.."

Jimmy melangkahkan kaki menaiki tangga menuju ke biliknya..

Melly yang melihatnya lantas mendekati Jimmy untuk menyapanya..

"Hai,Jimmy.."

Jimmy memandang sinis pada Melly
Dia tidak membalas sapaan Melly..
Malah langsung memasuki biliknya..

Hidupnya akan mula diganggu parasit seperti Melly..
Dia perlu bersabar untuk beberapa masa sebelum dia dapat yakinkan mama dia untuk dia tidak berkahwin dengan Melly

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience