Kayla mengemaskan pakaian di dalam almari..
Dia setelah itu memandang kembali ke gambar yang dia lihat tadi.
"Ni memang Melly..Kenapa Jimmy buat gambar ni jadi frame?..Diorang pernah ada hubungan ke?"
"Aku perlu akhirkan perkahwinan ni secepat mungkin.."
"Sayang.."
Kayla sekadar memandang Jimmy tanpa perasaan..
"Kenapa kau pegang gambar ni?"
"Saja.."
"Kau ada fikir apa-apa pasal gambar ni ke?..Ke nak tanya aku something?"
"Kau ada hubungan ke dengan perempuan tu masa kecil?"
"Hehe..Tak adapun.."
Tak ada?
Dah tu kenapa jadikan bingkai gambar ni..
"Dahlah..Hiraukan gambar ni..Jom kita pergi turun bawah.."
"Buat apa?"
"Aku nak kenalkan kau dengan anak-anak buah aku dengan abang aku"
"Aku tak rasa perlu.."
"Tapi bagi aku perlu.."
"Ok.."
"Jom.."
Jimmy memegang tangan Kayla menuruni tangga rumah ke tingkat bawah..
"Kayle..Bila kamu sampai sini?"
"Baru je.."
"Kamu datang ke sini kenapa?"
"Aku tak boleh datang sini ke?"
"Bukan macam tu..Papa cuma terkejut"
"Tak perlu terkejut pun..Aku cuma datang nak tahu mana rumah Jimmy"
"Nak jumpa Kayla ke?"
"Dah tu takkan nak jumpa bibik diorang pulak.."
"Kejap ya..Papa tuliskan alamat rumah.."
"Hrmm.."
.....
"Puan besar..Di luar ada tetamu.."
"Siapa?"
"Dia tak beritahu..Tapi dia kata dia datang untuk Puan Kayla"
"Kayla,kamu ada jemput sesiapa datang ke?"
"Tak ada.."
"Tak apalah..Kamu pergilah tengok..Mana tahu dia datang mendadak.."
"Okay.."
Kayla berlalu keluar rumah..
Seorang lelaki menunggunya di sana..
"Hi sis.."
Kayle melambai ke arah Kayla
"Kayle..Kau bila balik sini?"
"Baru je.."
Mereka berpelukkan sebentar..
"Apesal balik sini?"
"Kau macam tak suka aku balik je.."
"Bukan tak suka..Just terkejut kau tiba-tiba ada dekat sini.."
"Nak jumpa kau je,sis.."
"Ye ke?..Ke kau nak jumpa awek kau?"
"Tak ada masa nak cari awek.."
"Yelah tu.."
"Aku nak kenal abang ipar aku,mana?"
"Kau tak balik sebab aku.."
"Takkan tak nak kenal dengan abang ipar sendiri.."
"Hrmm..Jom arr masuk.."
"Dalam ada siapa je?"
"All of Jimmy's family.."
"Buat apa,korang?"
"Sesi kenal-kenal.."
"Oh okay.."
Kayla dan Kayle seiring berjalan ke ruang tamu..
Kayle menjadi pandangan utama mereka yang berada di ruang tamu..
"Ni Kayle..Adik kembar.."
"Hai,saya Kayle.."
Simple sangat Kayla perkenalkan adik dia tu..
"Dah besar panjang kamu ya..Lama tak jumpa..Duduklah.."
"Ya..Terima kasih.."
Kayle agak peramah berbanding Kayla..
Tapi dia tetap kasar bila bercakap pasal Arid atau bercakap dengan Arid..
.....
"Kau kahwin dengan Kayla kenapa?"
"Pilihan parents..Kenapa?"
"Mana tahu kau ada niat lain?"
"Tak adapun.."
"Kau ada tahu punca Kayla perlu kahwin ke?"
"Tak tahu"
"Kalau macam tu,pastikan Kayla tu sentiasa selamat.."
"Dia tak selamat ke sekarang ni?"
"Aku cuma nak kau hati-hati..Mesti kau dah tahukan macam mana hubungan Kayla dengan adik tiri dia..Boleh jadi,adik tiri buat sesuatu.."
"Baiklah,aku pastikan dia selamat..Tapi,ada cara tak untuk halang dia minta cerai dengan aku?"
"Tsk..Kalau dia minta cerai,ceraikan jelah..Korang bukannya kahwin sebab suka sama suka.."
"Tapi aku dah mulai cintakan dia.."
"Good new untuk aku..Tapi,aku tak tahu macam mana nak halang dia..Cuma,mungkin kau harus dapatkan hati dia sebelum dia bawa hal penceraian ke mahkamah.."
"Hati Kayla terlalu keras untuk digapai.."
"Usaha lebih,bro..Dia ada kelemahan yang tak ada orang tahu selain aku.."
"Apa?"
"Sebelum aku beritahu,kau kena pastikan yang kau tak boleh beritahu hal ni kepada orang lain.."
"Okay,aku takkan beritahu sesiapa.."
"Dia jenis mudah menurut bila dipujuk banyak kali..So,dia mampu buat apa je yang kau nak..Tapi jangan guna hal ni untuk perkara buruk..Kalau kau buat macam tu,nahas kau.."
"Okay,aku faham.."
"Jaga baik-baik kakak aku tu..Aku tak dapat bantu kau banyak sangat..Sebab aku takut Kayla tahu hal aku nak bantu kau..Dia mungkin akan menjauh daripada aku..Aku dah nak balik tapi nak jumpa Kayla dulu.."
"Baiklah.."
"Kacak adik awak,Kayla..Kalau saya ni masih muda,pasti saya mengorat dia..Hehe.."
Arriella bergurau dengan Kayla di ruang tamu..
Hanya mereka berdua di situ..
Yang lain membuat hal masing-masing..
"Jangan ambil serius,saya gurau je.."
"Aku tahu.."
"Adik awak kenapa tak ada masa majlis kahwin awak?"
"Outstation.."
"Ohh.."
Derapan kaki kian mendekati mereka..
Figura itu menegur Kayla..
"Dengan dia pun nak dingin ke?..Ke dia ada buat salah dengan kau?"
Kayla memandang tajam ke figura adiknya itu..
Dia tak ada mood nak jadi baik..
"Kau kena sesuaikan diri kau,sis..Diorang tak ada salah dengan kaukan.."
Kayla sekadar menjeling Kayle setelah menerima kenyataan tadi..
"Sorry-lah pasal Kayla ni..Dia dah lama sangat jadi dingin dan introvert.."
"Tak apa,Kayle..Saya cuba biasakan diri.."
"Okay-lah..Aku nak balik dulu..Sis,tak nak hantar aku ke?"
"Kau balik mana?"
"Balik hotel..."
"Kau tak tinggal dalam rumah tu?"
"Tak nak..Takut banyak lalat.."
"Okay..Aku hantar kau sampai depan.."
"Jom.."
.....
"Kayla.."
"Amende?"
"Kau nak pergi bercuti mana?"
"Mana-mana je"
"Takkan aku je yang pilih?"
"Ya..Kan kau yang nak sangat pergi.."
"Okay-lah..Tapi.."
"Apa benda lagi?"
"Pilihlah satu tempat..Please.."
"Kau je yang pilih.."
"Sayang,please"
"Kau pilih jelah sendiri."
"Sayang.."
"Tak naklah.."
"Please.."
Mereka berdua berada di dalam bilik selepas keluarga abang Jimmy balik..
Kayla merehatkan diri sambil berbaring di katil..
Jimmy pula berada di sofa bertentangan katil untuk memilih tempat percutian nanti..
"Tak nak.."
Jimmy pantas menaiki katil dan duduk di sebelah Kayla..
Kayla langsung tidak memandangnya..
"Please,sayang.."
"Kan dah kata,tak nak..Haisy.."
"Please-lah.."
Jimmy nak mulakan teknik merayu dia..
Kaylakan tak tahan bila dipujuk banyak kali.
"Jimmy..Kau.."
Terpotong katanya bila dia lantas dipeluk Jimmy..
Dia merasa terkejut..
"Please-lah,sayang..Satu je..Nak banyak pun tak apa.."
"Lepaskan akulah.."
"Tak mo..Selagi tak pilih,selagi tu tak nak lepas.."
"Nak aku tendang ke?''
"Tak ada siapa nak..Tapi,sayakan cuma nak awak pilih satu tempat percutian.."
"Kau tak boleh ke pilih sendiri?"
"Tak aci kalau saya seorang je pilih.."
"Okay,fine..Tapi lepaskan aku dulu.."
"Tak nak,nanti awak tak cakap.."
"Lepaskan atau aku tendang.."
Jimmy cepat-cepat melepaskan pelukan..
Takut juga dia dengan tendangan Kayla ni..
Boleh tahan sakit...
Share this novel