Bab 51_Ikut Jejak

Drama Completed 16886

"Ma.. Ini suara papa dengan perempuan jalang tu.. Jimmy tak nak kahwin dengan dia.. Dia dahlah mengandungkan anak papa, mama rasa boleh ke Jimmy kahwin dengan dia?"

"Kamu jangan nak menipu Jimmy, mama tahu kamu buat rancangan macam ni sebab nak mengelak daripada kahwin dengan Mellykan?"

"Ma, mama masih tak percaya Jimmy. Ma,yang nampak perempuan tu jumpa papa dalam hotel bukan Jimmy je tau, Arriella, suami dia, Danell, Linzy, bahkan Kayla dengan Kayle pun nampak..Mama nak Jimmy tunjuk apa lagi?"

"Cukup, Jimmy..Mama dah tak tahan dengan penipuan kamu.."

"Penipuan!!.. Wah, ni yang mama rasa lepas nampak semua ni.. Hati mama memang keras untuk terima kenyataan.."

Arriella mendekati ibu dan adiknya..

"Ma, bukti apalagi yang mama nak?, cuba cakap.. Arriella ni sendiri nampak tau papa dengan perempuan tu pergi hotel sama-sama.. Kelmarin, diorang sempat berjumpa lagi.."

"Diam!!..Jangan masuk campur!!"

"Tak.. Kali ni Arriella takkan berdiam lagi.. Perkara ni bukan jejaskan Jimmy je tapi mama juga.. Papa dah curang tau tapi mama masih tak percaya.. Mama fikir kitorang ni saja-saja ke nak bagi mama semua ni, mama fikir kitorang ni jahat sangat ke sampai nak tuduh papa sampai macam ni!!"

Tetamu dan lainnya menumpukan perhatian pada mereka bertiga..
Kayla turun dari pentas perkahwinan mendekati Jimmy..

Tanpa Kayla sedar, papa Jimmy muncul di belakangnya..

'ARGH!'

Jimmy mengalihkan perhatian kepada Kayla..
Kayla tersungkur akibat tolakan papa..

Jimmy pantas mengambil Kayla dan melindunginya daripada papa..

"JIMMY, biar papa hadap perempuan tak guna ni!!.. Kau pandaikan nak porak-perandakan keluarga aku, kau nak balas dendam atas penceraian kau dengan Jimmy ke?"

"Aku tak ada cakap aku nak porak-perandakan keluarga kau.. Aku hanya tunjukkan apa perkara buruk yang kau buat di belakang diorang semua.."

"Bukti yang kau bagi tu, boleh je edit.. Boleh je kau reka.. Pasal ujian kehamilan tu, mesti kau punyakan!"

"Hello.. Aku mengandung enam bulan lebih bukannya sebulan.. Situ dah terang-terang kata sebulan lebih dengan tarikh terbaru.. Cuba bagi tahu aku macam mana nak edit?"

"Sekarang dah moden, banyak perkara boleh dipalsukan!!"

"OKAY, AKU CABAR KAU BAWA MELLY PERGI KLINIK PERIKSA KANDUNGAN!!"

"Tak ada kepentingan untuk aku buat semua tu.."

"KALAU MACAM TU, BUKTIKAN AKU SALAH!!"

'Nak je saya cekik papa awak ni'

'Jangan, nanti dia mati'
Kayla dan Jimmy berbisikan sebentar..


"Baiklah, di sini kita mempunyai masalah.. Mohon para tetamu pulang dahulu.. Biar masalah ini diselesaikan dahulu.. Terima kasih"
Danell bercakap melalui mikrofon untuk meminta tetamu pergi dahulu..
Tidak ingin tetamu mengetahui lebih banyak masalah keluarga dia..

Mereka yang bertengkar berdiam diri sebentar..
Tetamu beransur keluar..

Kayle dan Shana sejak tadi hanya memerhati kini mendekati mereka semua yang berada berdekatan pentas perkahwinan..

"Sekarang bincang baik-baik.. Tak payah teriak-teriak.."
Danell seakan menyindir.. Haha..

"Tolong terangkan apa jadi"
Arana meminta penerangan atas kejadian yang berlaku..

"Senang je, lelaki ni curang dengan Melly dan Melly gunakan badan dia untuk dapatkan Jimmy.. Oh ya, saja nak tambahkan sakit hati Melly; sebenarnya aku dan Jimmy tak pernah bercerai.. Anak dalam perut aku ni 100% anak Jimmy.. Dan PUAN JENNY, aku tak mandul.."

Semua yang baru mengetahui bahawa Jimmy dan Kayla tak bercerai, menunjukkan reaksi sangat terkejut..
Namun itu tidak terjadi kepada Kayle kerana dia mengetahui semua rahsia kakaknya..

"Berani kamu tipu mama, Jimmy!"

"Sebab Jimmy takkan ceraikan Kayla.. Mustahil untuk Jimmy ceraikan Kayla.. Dan lagi mustahil untuk Jimmy kahwin dengan Melly sebab Jimmy langsung tak suka dia.."

"Kamu!!"
Kesabaran mama menghilang..
Sudah tidak ada kata-kata lagi untuk dia mengatakan sesuatu..
Dia teramat terkejut dengan semua terjadi..
Kecurangan suami..
Pengkhianatan Melly..
Penipuan Jimmy..

"Sis, duduk dulu.. Nanti kau penat"

"Ya tak ya juga.. Lebih baik duduk"
Kayla duduk di kerusi tetamu yang ada..
Lega kaki dia..

Melly mula mengalirkan air mata..
Deras air matanya..

Dia berjalan ke hadapan Jenny lalu berlutut..

"Dah alang-alang terbongkar semua ni, biar saya beritahu apa jadi.."

"KAU DIAM, MELLY!!.. KAU JANGAN NAK TAMBAH MASALAH"

"Cukuplah.. I penat dengan perangai you yang selalu lari dari masalah.."

"Itu masalah kau, bukannya masalah aku.."

"Tapi you yang suruh I dekat dengan Jimmy.. Dekat dengan isteri you.. Untuk apa?.. Supaya you dapat lari dari masalah I mengandung.. Kali ni I takkan gugurkan anak lagi.. Cukup banyak kali I gugurkan anak sebelum ni.. Ini salah you juga sebab tak nak gunakan safety masa nak bersama.. Nak sangat keluar dalam.."

'PAP!!'

Sebuah tamparan mendarat di pipi Melly..
Dia menerima tamparan itu dengan rela..
Tamparan daripada Jenny..

"Sejak bila korang ada hubungan?"

"Dah tiga tahun"

"Dah berapa kali kau gugurkan kandungan?"

"Tiga kali"

Arana yang mendengarkan itu terduduk terkedu..
Tak sangka anaknya seperti itu..
Adakah sebab dirinya dulu bersama dengan Arid dengan cara yang salah!!

"Kenapa korang bersama?"

"Sama-sama nakkan kenikmatan"

"Cukuplah Melly!!.. Cukup!!"
Tidak tahan dibuatnya hati papa bila mendengar Melly membuka cerita buruk mereka..

"Kenapa?.. You takut isteri you marah?.. Macam tu?"

Keberangan papa Jimmy bertambah lantas menggenggam kasar rahang Melly..

"Kau yang mula dulu semua ni!!"

"Dah tu kenapa you ikut I?.. I tak goda you.. I just cakap 'you nak tak buat one night stand?'.. Tu je yang I cakap then I bagi nombor I.. Dan tak sangka you called I.. Selepas tu, you yang nak dan nak lagi.. I ikutkan sebab I memang nakkan kenikmatan tu tapi I tak pernah nak minta untuk mengandung.. I mengandung sebab you!!"

"MELLY!.. APA SEMUA NI?"
Mama semakin tidak boleh terima apa kenyataannya..

"Maaf, ma.. Melly ikut jejak mama.. Dan ni keputusan Melly sendiri.."
Melly mengaitkan masa lalu mamanya..

Menitis air mata mamanya mendengar kata-kata Melly..

Mereka mendengarkan suara orang berbual di pintu hadapan..
Fokus mereka kepada dua orang tersebut..
Plastik sederhana besar penuh dengan makanan ringan..

Mereka berdua ialah Ellyna dan William..
Mereka mendekati Kayla lalu duduk bersebelah Kayla..

Ada yang memandang mereka bertiga pelik.

Kayla mengambil makanan ringan lalu dibuka dan dimakan..
Dia turut ingin memberikan kepada Kayle..

"Kayle, kau nak?"

"Sis, jangan buat lawak boleh tak? Tengah serius ni."

"Diorang yang tengah serius, kita ni santai je.. Rilex arr.. Ambik.."

Kayle menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah kakaknya ni..

"Dah.. Sekarang nak buat apa?.."

"Kita bertenang dulu.. Keadaan sekarang tak baik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience