Dua bulan berlalu..
Jimmy 100% sembuh dari lukanya..
Selama dua bulan ini,keluaga Jimmy dan Keluarga Melly tidak menjumpai Kayla di mana-mana..
Seakan Kayla hilang ditelan bumi..
Lagi pula Kayla banyak di rumah..
Dia melakukan sesuatu..
Namun Kayle,Jimmy,Arriella dan Linzy sering bertandang menjenguk Kayla di rumah..
Apatah lagi Kayle selalu menemani Kayla ke klinik memeriksa kesihatannya..
Jimmy dan Melly masih belum berkahwin kerana Jimmy selalu mengelak..
Kerana mengelak,Jimmy perlu bertahan mendengar leteran mamanya yang tak habis-habis..
Dan masih saja Jimmy mengelak..
Melly mula merasa geram dengan Jimmy dan selalu saja menggoda Jimmy..
Namun Jimmy sama sekali tidak melayannya..
Jimmy masih ingat akan keberadaan Kayla di hatinya yang takkan terganti..
"Sayang..Semuamya dah siap ke?..Tak ada yang kurang?"
"Semua dah siap..Tinggal nak bagi awak je lagi.."
"Sekarang ni awak send dekat saya..Awak buat copy tau..Semuanya awak buat copy.."
"Okay,boleh..Nanti mak awak tak terkejut ke kalau nampak gambar ni?"
"Tak kisahlah..Biar dia tahu yang orang yang dia sayang sebenarnya sedang menyakitkan dia.."
"Macam balas dendam je.."
"Mana ada..Benda betulkan?"
"Ya..Tapi niat awak tu buat saya ragu.."
"Jangan risau saya..Saya masih waras..''
"Ya..Semua gambar dah sent dekat awak..Dan dah salin semua maklumat.."
"Okay..Sekarang awak rehat..Awak dah lama hadap laptop tu.."
"Okay tapi saya nak makan"
"Makan apa?"
"Nak makan nasi..Lapar"
"Nak tak makan luar?"
"Tak nak.."
"Dah tu awak nak makan macam mana?"
"Awak masak.."
"Saya tak pandai masak..Paling pandai pun,masak nasi goreng.."
"Tak kisah..Asalkan awak masak.."
"Kalau tak sedap macam mana?"
"Tak kisah..Nak awak masak juga.."
"Yelah..Saya pergi dapur dulu.."
"Nak ikut.."
"Okay,Sayang..Jom.."
~~~~~
"Jimmy..Kali ni tak ada penolakan..Lusa kamu kahwin.."
"Tetap tak nak..Sebab perempuan tu dah kotor..Dah tidur banyak kali dengan lelaki.."
"Dia Melly..Jangan panggil dia,PEREMPUAN"
"Dah tu kenapa mama panggil Kayla dengan perkataan PEREMPUAN?"
"Dia tak ada kena mengenalah.."
"Sekarang mama tengok Whatsapp mama..Jangan terlalu terkejut.."
Mama mendapatkan beberapa mesej Whatsapp daripada Jimmy..
Terkejut beruk maam melihatnya..
"Kenapa?..Kenapa kamu nak buat lawak macam ni?..Ni papa kamu tau"
"Mama tak percaya gambar tu?''
"Mestilah mama tak percaya..Kamu ni dah gilakah dengan papa sendiri buat macam ni..Mana otak waras kamu?"
"Otak waras?..Dan sekarang Jimmy tanya,mana otak waras mama sampai suruh Jimmy cerai dengan Kayla hanya alasan Kayla tak mengandung dalam perkahwinan tahun pertama kami?..MANA!!?"
"Ini bukan hal yang sama.."
"Jimmy tanyakan kewarasan mama,bukannya keadaan kita sama atau tak..Kalau mama tak percaya dengan gambar ni,fine..Jimmy akan cari bukti lain..Dan Jimmy tak sangka mama nak kahwinkan Jimmy dengan scandal papa sendiri..Mama tambahkan kerosakan hidup Jimmy..Dan Jimmy tak sangka ada papa yang sanggup curang dengan isteri dia.."
"Cukup,Jimmy!!..Jangan merepek..Papa kamu tak macam tu.."
"Percaya sangat dengan papa tukan,suka hati mama..Jimmy akan pastikan mama menyesal buat Jimmy macam ni.."
"Jangan gila,Jimmy.."
"Jimmy akan buat!!"
Jimmy memandang tajam mamanya sebelum menaiki biliknya..
Dia sebal dengan sikap mamanya..
"Jimmy!!"
Jimmy berhenti seketika..
"Kamu patut kahwin lusa ni"
Jimmy tersenyum sinis..
Masih saja ingin dia kahwin dengan perempuan jalang tu..
"Sampai hati awak buat saya,mama dengan papa awak sendiri macam ni..Apa salah saya yang buat awak tak suka sangat dengan saya sampai awak buat tipuan macam ni?"
Melly memberikan wajah sedihnya dan seakan ingin menangis..
"HEI PEREMPUAN JALANG..JANGAN NAK BUAT MUKA SEDIH KAU DEKAT SINI..TAK HINGIN AKU NAK TENGOK..KAU NAK SANGAT DENGAN AKU SAMPAI NAK JUAL BADAN KAU DEKAT BAPAK AKU SENDIRI..KAU TAK RASA KAU BODOH KE?..ENGKAU NI!!..ENGKAU BOLEH JE PILIH LELAKI LAIN SELAIN AKU.. SAMPAIKAN MAMA AKU,KAU HASUT SUPAYA AKU DENGAN KAYLA BERCERAI..KAU MEMANG BODOH!!..PEREMPUAN JALANG!!"
Habis semua kemarahannya dilempiaskan kepada Melly..
Masa ni juga nak munculkan muka lahanat dia tu..
Sibuk je nak minta simpati..
Bodoh..
Arriella memeriksa dari jauh..
Puas hatinya bila Melly akhirnya terbongkar rahsia..
Cuma kesal dengan tindakan mamanya..
Dia juga ingin saja membelasah papanya yang beraninya mencurangi mamanya..
Dah tua bangka,masih nak pucuk muda..
Melly ni pun bodoh sangat sampai nak jual diri..
Dah ketagih sangat dengan Jimmy tu kenapa?
Padahal Jimmy tak anggap dia istimewa pun..
Memanglah masa kecil diorang tu berkawan tapi sekarang tak sebab perangai MELLY terlalu gedik sampai nak huru-harakan perkahwinan adik dia..
Memang mendapat nahaslah dengan dia dan Danell..
Dia fikir Arriella dengan Danell akan duduk diam bila adik diorang dibuli..Sememangnya tak jawapannya..
.....
"Arriel..Mana papa,mama,Jimmy dengan perempuan tu?..Tak makan ke?"
Linzy bertanyakan keberadaan mereka berempat kerana tiada bersama di meja makan..
"Tak tahu..Mungkin tak..Sebab tadi ada perang mulut.."
"Perang pasal apa?''
"Jimmy dah tunjuk gambar tu"
"Apa reaksi mama?"
"Tak percayalah..Lepas tu nak juga Jimmy kahwin dengan perempuan tu.."
"Mana boleh macam tu?"
"Tak apa..Kayla masih ada bukti lain..Tadi dia jumpa bukti baru.."
"Bukti yang macam mana?"
"Ehem hrmm..Makan dulu please,nanti-nantilah membawang korang tu"
Danell menegur isteri dan adik dia..
Sibuk je membawa masa makan..
Dahlah depan anak-anak diorang..
"Hrmm..Yelah.."
Seseorang menaiki tangga tanpa melihat ke arah meja makan..
Arriella ingin melakukan sesuatu..
"Ehem..Melly,tak nak makan sekali ke?"
Melly menjawabnya dengan jelingan tajam..
Dia mempercepatkan langkah kaki..
"Woah..Tajam jelingan..Sakit hatilah tu.."
"Ish,awak ni,Arriella..Jahat tau.."
"Gurau sikit je.."
Kini ada lagi yang menaiki tangga..
"Papa..Marilah makan dulu..Arriella masak sedap tau"
"Tak apalah,Arriella..Papa nak mandi dulu.."
"Okay.."
Papa tidak lagi memandang mereka..
Papa merasa tengang urat sarafnya memikirkan apa yang Melly katakan..
Tak sangka hubungan mereka yang dah bertahun tersimpan terbongkar..
Tak sangka juga ada yang perasan hubungan gelap diorang..
"Tegang je muka papa.."
"Dah tahulah tu hubungan dia dengan Melly kantoi..Mesti gaduh tak lama lagi.."
Sekarang ada pula yang turun tangga..
"Jimmy..Jom sini makan.."
"Tiga orang tu tak makan ke?"
"Tak rasanya..Sebab masing-masing ada masalah besar.."
"Oh..Okay..Aku makan sama dengan korang.."
"Uncle Jimmy,duduklah sini.."
"Okay,princess.."
Share this novel