Bab 58_Derma

Drama Completed 16886

"Ma, Kak Kayla datang dengan Abang Jimmy.."

"Bawalah diorang masuk.."

"Okay, ma"

William menjemput Kayla dan Jimmy masuk ke dalam wad pesakit Melly..

Kayla melihat keadaan Melly yang seakan nyawa-nyawa ikan..

"Dah jumpa penderma?"

"Belum lagi.." Jawab William..
Kakak dan abangnya tiada di sana..

"Dalam keluarga korang takkan tak ada yang sesuai?"

"Masih dalam pemeriksaan.. Belum tahu siapa yang paling sesuai.."

"Hrmm.. Ery mana?"

"Tak jumpa lagi.. Hilang"

"Kayla.." Panggil mama Melly..

"Ermm."

"Kamu bersalin bila?"

"Dalam sebulan lebih lagi.."

"Nanti kamu berpantang di mana?"

"Belum tahu.."

"Kalau kamu tak kisah, mama nak jaga kamu masa berpantang nanti.."

Kayla berfikir sejenak..
Dia masih ragu-ragu dengan kebaikan Arana..
Dia sentiasa menjadi paranoid bila melibatkan keluarga tiri dia..

"Tengoklah nanti"

Kayle sudah sampai..
Dia membawakan makanan sarapan untuk yang ada di dalam wad..

Ini Kayla yang meminta Kayle lakukan..

"Ini ada makanan untuk sarapan.. Makanlah.."

Kayle mendekati Kayla dan Jimmy setelah meletakkan makanan tadi di meja..

Tidak sengaja Kayle melihat sesuatu di leher kakaknya..
Tersenyum seakan mengejek kakaknya..

"Banyaknya nyamuk gigit kau, sis"

"Jangan pandang-pandang.."

"Macamlah aku tak faham.."

Kayla memandang Kayle dengan tatapan hambar..
.....

Kayla dan Jimmy sekarang berada dalam perjalanan ke rumah mamanya..
Mereka memilih untuk pergi setelah agak lama melawat Melly..

"Aunty Kayla.. Rindulah Rissa dengan aunty.." Rissa menyambut kedatangan Kayla dan Jimmy..

"Hai.. Comelnya Rissa.."

"Rissa rindu dengan aunty je ke?.. Uncle ni tak rindu?"

"Mestilah Rissa rindu juga.. Masuklah uncle, aunty.. Mesti mama suka.."

"Yelah.. Jom masuk.."

Rissa berlari memasuki ruang dapur..
Pasti memanggil mamanya..

"Jimmy, Kayla.. Akhirnya Kayla nak juga jumpa mama.."

Kayla memberikan senyuman kecilnya..

"Duduklah dulu.. Mama tengokkan Arriella sekejap.."

Mama pergi ke ruang dapur melihat Arriela..
Sambil itu ingin membuatkan air minuman..

"Aunty, aunty.."

"Ya, Rissa.."

"Bila baby nak keluar?"
Rissa menumpukan matanya melihat ke perut Kayla..

"Tak lama lagi.. Sebulan lebih lagi keluarlah baby.."

"Yeah.. Tak sabar tunggu baby keluar.. Perempuan ke lelaki?"

"Tak tahu lagi.. Rissa tekalah.."

"Rissa harap dia perempuan.."

"Nanti kita tengok ya.."

"Okay, aunty.."

"Kakak dengan adik Rissa mana?"

"Kakak sekolah.. Adik tidur"

"Rissa, kenapa tak sekolah?"

"Cuti sekolah.."

"Oh.."

Arriella yang sudah selesai perkaranya di dapur, kini bertemu dengan Kayla..

"Dah lama sampai ke Kayla?"

"Baru je.. Mama mana?.. Tadi kata tengokkan awak"

"Dia buatkan air.."

"Awak macam mana?.. Sihat tak?"

"Sihat.. Awak dengan baby macam mana?.. Mesti dah besarkan dalam perut tu.."

"Sihat.. Dah besar, menendang dia makin kuat"

"Entah-entah lelaki.."

"Tak tahulah.. Tak check jantina lagi.."

"Tak payah check lagi bagus.. Biar surprise"

"Yelah.. Tengoklah macam mana.. Jimmy tak sabar nak tahu jantina baby.."

"Alah, Jimmy.. Tak payahlah.. Tunggu sebulan lebih lagi.. Kan tahu juga nanti.."

"Yelah,yelah.. Aku tunggu sebulan lebih lagi.." Sampuk Jimmy.

"Korang lama ke dekat sini?"

"Tak tahu lagi.. Nak tunggu mama je ni.. Sebab katanya nak jumpa saya.."

"Oh.."

"Hubungan awak dengan mama macam mana?.. Awak dah berbaik?"

"Tak.. Masih dingin.."

"Kenapa awak nak marah sangat?.. Biarkan jelah yang dah jadi tu.. Sekarang masalah dah settle-kan..''

"Saya masih sakit hati.. Sampai hati mama tak percaya kita.."

"Tak apalah.. Mama percayakan papa masa tu.. Papakan suami mama"

"Sakit hati juga.. Sebab mama kata kita ni penipu.. Padahal tu kenyataannya.."

"Janganlah fikirkan sangat.. Awak berbaiklah dengan mama..''

"Tengoklah macam mana.."

Mama muncul dengan dulang minumannya..

"Minumlah dulu.. Nanti kita cerita-cerita.."

Kayla memberikan kembali senyuman kecilnya..
.....

"Kayla.. Mama nak minta maaf sebab hal sebelum ni.. Mama tuduh kamu yang bukan-bukan dan buat kamu jauh daripada Jimmy.. Mama terlalu fikirkan cakap orang.."

"Tak apalah, ma.. Lagi pun Kayla dengan Jimmy ada tipu mama juga pasal penceraian tu.."

"Tak apa.. Sebab itu lebih baik.. Mama akan sangat menyesal kalau kamu berdua betul-betul bercerai.. Dahlah kamu mengandung.."

"Boleh Kayla tahu siapa yang kata Kayla mandul?.. Kayla cuma nak tahu.."

"Papa dengan Melly yang kata.. Siap ada bukti.. Masa tu salah mama sebab terlalu sangsi dengan kamu.. Dan masa tu mama tak pelik pun kenapa papa dengan Melly cakap semua tu..''

"Tak apalah kalau macam tu.. Mama lupakan jelah benda tu.. Sekarang yang pentingnya, hubungan mama dengan Arriella.. Takkan mama dengan Arriella sentiasa macam nikan?"

"Ya.. Mama cuba kembali hubungan macam sebelum ni.."

"Kalau nak bantuan,Kayla boleh bantu.."

"Janganlah Kayla.. Kamu mengandung.. Tak lama lagi nak bersalin.."

"Tak apalah, ma.. Lagi pun Kayla bukannya ada benda nak dibuat pun.. Jimmy dah tak benarkan Kayla kerja.."

"Baguslah tu.. Banyakkan rehat.. Jangan penatkan diri tu.. Banyak pelajaran pasal penjagaan baby.."

"Nanti Kayla buat"
~~~~~

"Ma.. Kak Melly dah sedar.. Ma, bangun.."

Melly membuka matanya..
Matanya meliar memandang isi bilik wad..

Mama mendekati Melly..

"Melly.. Kamu dah sedar.."

"Ma?"

"Ya, ini mama.."

Mengalir air mata Arana melihat kesedaran Melly yang sudah ditunggu-tunggu..

"Kamu nak air?.. Mama tuangkan"

"Ya.."

Arana memberikan segelas air untuk Melly..

"Ma, kenapa Melly ada dekat sini?"

"Kamu kemalangan.. Lama tau mama tunggu kamu bangun"

"Berapa lama?"

"Sebulan.."

"Anak Melly macam mana?"

"Tak dapat diselamatkan.."

"Ery mana?''

"Ery di rumah.. Kamu nak jumpa dia sekarang?"

"Tak.."

Ery akhirnya dijumpai oleh papa..
Ery bekerja di sebuah restoran yang menjadi tempat papa membincangkan pekerjaannya..

"Melly.. Dah berapa lama kamu sembunyikan pasal penyakit kamu tu?"

"Mama tahu dari mana?"

"Masa kemalangan, kamu disahkan rosak buah pinggang tapi yang satu lagi memang penyakit.."

"Baru setahun dulu Melly tahu.."

"Sekarang kedua buah pinggang kamu dah tak ada tapi Jeremy berikan buah pinggan dia pada kamu.. Jagalah elok-elok.."

"Kenapa Jeremy bagi?''

"Sebab dia nak kamu terus hidup.. Takkan dia nak biarkan kamu hidup seakan mati.."

"Sekarang Jeremy macam mana?"

"Dia okay.. Dia dah pulih selepas seminggu dermakan buah pinggang pada kamu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience