Bab 24_Tak Marah

Drama Completed 16886

Kayla terbangun dari tidur..
Dia tertidur semula bila Jimmy ingin berpelukan lagi..

Sebaik saja dia duduk dari baringnya,dia meihat Jimmy kelam-kabut bersiap kerja..
Pelik pulak Kayla tengok..

"Jimmy,awak kenapa?"

"Aku lupa aku ada meeting awal pagi..Hari ni aku tak dapat hantar kau pergi kerja..Sebelum lunch,aku call kau.."

Meeting awal pagi?
Hah?

Kayla mendekati Jimmy dan berhadapan dengan Jimmy..
Dia membantu Jimmy mengemaskan pakaian Jimmy serta memakaikan tali leher..

"Awak tak perlu tergesa-gesa..Kalau awak datang lambat sikit pun takpe.."

"Nanti diorang tertunggu pulak kalau tak cepat-cepat"

"Tak apa..Saya tak marah"

"Eh?"

"Lupalah tu..Awak meeting awal pagi dengan saya..Bukan dengan orang lain.."

"Eh?"

"Apa 'eh-eh'?..Awak memang meeting dengan saya.."

"Oooh..Aku tak tahu pulak."

"Secretary awak tak beritahu ke?"

"Tak sebab selalunya aku yang tanya.."

"Okay..Saya nak bersiap.."

"Cepat-cepat tau"

"Kenapa?"

"Tak sabar nak meeting"

"Ck.."

Dalam masa 30 minit,Kayla sudahpun siap berpakaian kerjanya..
Pencil scirt paras lutut dan kot berwarna hitam berkemeja ungu..
Rambut diikat kemas dengan rambut hadapannya..
Wajahnya pula hanya dicalit riasan wajah dengan sederhana..
Minyak wangi jangan dilupa pakai..

Jimmy terpana melihat penampilan Kayla seperti ini..
Keluar aura feminin daripada seorang Kayla.

Kayla yang sudah siap berhias,mengambil beberapa fail kerjanya dan beg tangan..

"Awak tengok apa tu?..Tak nak turun breakfast ke?"

"Tak ada apa-apa.Jomlah kita turun breakfast.."

"Jom.."
.....

"Bos.."

"Apa?"

"Meeting dah nak mula ke?"

"Sepatutnya dah mula tapi secretary Jimmy belum sampai lagi.."

"Lah,dah kenapa tak sampai lagi?"

"Mungkin jalan sesak"

"Harap cepatlah dia sampai..Ni bos masih dalam bilik kerja kenapa?"

"Aku nak dokumen pasal meeting dan kau pun tahukan apa yang kita perlu buat bila berurusan dengan client baru.."

"Ooh..Yelah,aku masuk bilik meeting..Datang cepat.."

"Ya.."

"Selamat pagi,tuan..Maaf saya terlambat,jalan sesak.."

"Tak apa..Duduklah dulu.."

Setiausaha itu tercungap-cungap kerana dia berlari menuju ke sini..
Ditambah lagi dia panik kalau-kalau Kayla bakal marah kerana dia terlambat..

"Tuan,Puan Kayla mana?"

"Dia cari sesuatu.."

"Puan Kayla tak marah saya sampai lambat ke?"

"Tak tahu.."

Jawapan yang dia dapat membuat dia tambah gelisah,tangan dia dah berpeluh dingin..

'KLACKK'

PINTU dibuka dari luar..
Sosok tubuh Kayla memasuki bilik mesyuarat dengan beberapa fail di tangan..

Kayla memandang sekeliling..
Dia dapat melihat ada lima orang berada di dalam terkecuali dia..

"Shana mana?"

"Dia datang lambat,aku akan gantikan dia.."

"Hrmm"

Tanpa banyak bicara,Kayla dengan segera mengeluarkan bahan mesyuarat dan memulakan mesyuarat mereka..
.....

''Aku suka dengan presentation kau..Semua maklumat sangat terperinci..Dan pasal kontrak kita,aku dah baca semua peraturan dan dah tandatangan..''

"Baiklah..Kita dah sah berkerjasama antata syarikat..Sebarang masalah,pembantahan atau penambahan dalam projek kita,boleh dilaporkan terus"

"Nampaknya mesyuarat kita dah selesai,pihak kami akan kembali ke pejabat.."

"Personal Assistent saya akan menghantar kamu"

"Terima kasih.."

Kayla membalas dengan anggukannya..

Kayla membukakan pintu lalu Shana membawa pihak Jimmy keluar..

Shana sampai di syarikat dan menyertai mesyuarat setelah setengah jam mesyuarat berlangsung..

"Korang pergi mana kelmarin?"

"Kitorang cari kerja''

"Buat apa?"

"Hilangkan bosan..Lagi pun bukannya dapat pergi sekolah."

"Korang tak patut keluar..Korang jumpa Jimmy dekat mana?"

"Tepi jalan..Masa tu kitorang tengah rehat.."

"Jimmy ada cakap apa-apa ke?"

"Hrmm,dia just cakap dan tanya pasal Kak Kayla.."

"Korang ada jumpa Kak Kayla?"

"Ada"

"Apa reaction dia?"

"Tak ada reaksi apa-apa tapi dia ada bawa kitorang makan.."

"Dia tak marah korang?"

"Tak ada..Teruskan,dia ada bagi kitorang kad kredit.."

"Kenapa dia bagi?"

"Tak tahu.."

"Apa-apa jelah..Simpan kad tu baik-baik..Jangan sampai orang lain tahu"

"Okay.."

Jeremy bertanyakan pada kedua adik dia,Ellyna dan William..
Dia ingin mengetahui apa perkara yang terjadi kelmarin..

Setelah mendengar cerita mereka berdua,Jeremy pasti kakak dan mama dia pasti marah kalau dapat tahu hal ni..
.....

"Tuan.."

"Hrmm"

"Puan Kayla,isteri tuan;kan?"

"Ya..Kenapa?"

"Puan Kayla cantik sangat..Mesti Puan Kayla baikkan dan Puan Kayla sangat berkarisma..Bertuah tuan dapat Puan Kayla"

Jimmy mendengarkan pujian yang diberikan pada Kayla..
Benar apa yang dikatakan oleh setiausaha dia tu..
Walau Kayla berpesonaliti kasar namun tetap ada sifat baiknya..
Kecantikan Kayla yang diwarisi oleh mamanya tidak dapat disangkalkan lagi..
Cara Kayla bekerja sangat tertib dan jarang melihat Kayla melakukan kesalahan..
Jimmy tersenyum kecil..

"Lepas ni,aku tak nak terima sebarang mesyuarat yang melibatkan waktu makan..Terutamanya waktu lunch.."

"Baik,tuan..Saya akan mengatur semula jadual tuan.."

"Bagus..Sekarang kita buat kerja masing-masing.."

"Baik,tuan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience