"You..Jimmy ada masalah apa?"
"Dia ada masalah dengan mama dia tu..Untuk kebersamaan you dengan Jimmy"
"Really?..Ouhhh..Tak sabar I nak tunggu hari tu muncul.."
"Tapi you kena tunggu empat bulan lagi..Selama empat bulan ni you cuba pikat Jimmy tu dulu"
"Empat bulan?..Lamanya"
"Kena sabar..You kena pastikan Kayla tak mengandung selama empat bulan ni..Sebab kalau Kayla mengandung,peluang untuk you dapatkan Jimmy akan hilang"
"Macam mana I nak buat?"
"Pandai-pandai you-lah..Jangan bunuh Kayla pula"
"Hehe..Mana I berani nak bunuh orang"
"Dahlah..Nanti kita cakap pasal diorang lagi..I just nak you sekarang ni"
"Hehe..Okay,apa-apa je untuk you"
.....
"Jimmy"
"Ya.."
"Nanti sebelum kau dengan Kayla balik rumah,pastikan korang dah makan..Sebaiknya jangan makan di rumah"
"Kenapa?"
"Kau nak kena ganggu dengan diorang ke?"
"Oh..Faham..Nanti aku bawa Kayla dinner.."
"Baguslah tu..Aku gerak dulu"
"Okay"
Kayle memberikan saranan untuk Jimmy..
Kerana Kayle tidak ingin rumah tangga kakaknya diganggu oleh orang yang berhati busuk dan munafik terutamanya Arid dan Melly..
"Kayle dah pergi dulu ke?"
"Ha'ah..Saya pun dah nak pergi..Kita satu keretalah,Sayang"
"Lah..Tadi bukan kata nak drive sorang ke?"
"Tak jadilah.."
"Yelah-yelah..Jom jalan..Dah lewat sangat ni"
"Jom"
"ARRIELLA.."
"Y-ya,mama"
"Kamu ada nampak papa kamu?"
"Papa? Riella nampak tadi papa keluar"
"Pakai baju apa?"
"Pakai baju formal"
"Haish,orang tua ni..Tak menyabar pergi kerja..Anak kamu mana?"
"Semua pergi sekolah"
"Danell?"
"Dia baru je keluar nak hantar anak dia pergi sekolah"
"Kamu tak ada nak buat apa-apa kan?"
"Tak ada"
"Kamu ikut mama"
"Keluar jalan ke,ma?"
"Ya..Kamu bersiap dulu"
"Okay,ma"
.....
"Kamu tahu mana Jimmy pergi?"
"Tak tahu,ma..Dia tak baritahu Riella"
"Betul ke tahu?"
"Betul,ma.."
"Okay..Kalau macam tu kita pergi jumpa Jimmy sekarang"
"Dekat mana?"
"Office dia"
"Okay,ma"
Arriella memandu menuju ke pejabat milik Jimmy..
Entah apa yang akan terjadi pada pertemuan Jimmy dan mama kali ni..
Semoga tidak bertengkar lagi..
Arriella dan mamanya masuk lalu mencari Jimmy di pejabat..
Jimmy yang mengetahui itu merasa sedikit tertekan..
Apa lagi mengingat pertengkaran mereka semalam..
"Mama ingatkan keluar rumah nak bercuti,honeymoon kali kedua..Ni tak,masih juga kerja..Bila Kayla nak mengandung kalau macam ni gayanya"
Baru sampai,dah mula bertekak..
"Ma..Kita baru je sampai..Janganlah marah Jimmy macam tu"
"Diam,Arriella..Mama tak bercakap dengan kamu"
Arriella sedih dengan perubahan drastik daripada mama..
Sebelum ni okay je mama tunggu isteri Danell mengandung..
Isteri Danell mengandung dalam usia perkahwinan tahun ketiga..
Kenapa bila Kayla,mama tak boleh tunggu sampai tahun ketiga macam isteri Danell..
Mama menjadi pelik..
"Ma..Kalau mama nak bertekak,baik tak payahlah datang sini..Jimmy nak kerja"
"Biadab ya kamu dengan mama"
"Tolonglah,ma..Jimmy tak nak bertekak lagi dengan mama..Jimmy sibuk"
"Ingat Jimmy..Mama bagi empat bulan je untuk Kayla mengandung..Kalau Kayla tetap tak mengandung,tunggulah apa mama nak buat nanti"
Mengugut lagi..
Selesai mengucapkannya,mama dan Arriella keluar..
Mama membawa Arriella ke pusat membeli-belah..
Untuk menenangkan hati..
.....
"Bos"
"Hrmm.."
"Nak tanya pasal bos dengan Tuan Jimmy"
"Kenapa?"
"Berapa nak tinggal dekat rumah?"
"Sehari dua..Kenapa?"
"Aku risau kalau ada yang mengganggu korang"
"Aku akan pastikan diorang tak ganggu aku ataupun Jimmy..Jangan risau.."
"Tetap hati-hati..Aku tak selalu boleh perhatikan diorang"
"Okay..Ada nak tanya pasal kerja ke tak ni?"
"Tak ada...Hanya itu"
"Pergilah sambung kerja"
"Siap,bos"
Share this novel