Bab 16_Cerewet

Drama Completed 16886

"Kau kata dia ni besarkan kitorang.. HAHAHA!! SO FUNNY, MELLY".Kayla memberikan tawa gilanya..

"Memang betul pun kan.."

"Kau lupa something dalam ingatan kau.. Dia yang mula buang kitorang pada nenek.. Dan dia pungut balik bila kitorang dah layak nak ambil warisan mak kitorang.. Sejak kitorang lahir pun, dia dah awal lagi buang kitorang.. Hanya sebab mak kitorang kurang masa melayan nafsu dia.. Salah sendiri tak ingat diri dia dah ada anak.. Kembar pulak tu..Sememangnya mak kitorang robot yang tak tahu erti penat"

"Cukup,Kayla..Jangan ungkit masa lalu"

"Kenapa aku tak boleh nak ungkit?..Hak akukan.. Dan korang yang duduk dalam rumah ni, bila-bila masa aku boleh tendang keluar tapi korang masih tak bersyukur!"

"Sekarang bagitahu, nenek dekat mana?"

"Tak akan papa bagitahu.."

"Masih tak sedar diri kau ae.."
Kayle menolak kasar Arid hingga tersungkur di lantai..

"Mulai hari ni,korang sekeluarga tak perlu tinggal sini lagi.. Aku muak nak berhadapan dengan orang yang tak sedar diri.. Kayle akan menjamin korang takkan masuk ke rumah ni lagi"

"Kayla. Kenapa nak mendadak macam ni?"
Arana menanyakan dengan intonasi baiknya..

"HAHAHAHA..Korang buat keputusan mendadak, boleh pulak"

"Kayla..Jangan macam ni..Kami nak ke mana kalau tiba-tiba macam ni?"

"Bukan masalah aku..Kayle,halau diorang.."

"Okay"

Jimmy yang merasa kasihan ingin berbicara dengan Kayla..

"Kayla..Kau tak rasa perkara ni boleh bincang elok ke?..Takkan nak suruh diorang keluar tanpa perancangan"

"Kau kalau tak nak aku jadi hantu gila dekat sini,baik kau tak payah masuk campur..Dan berurusan dengan diorang tak perlukan hati yang lembut macam kau.."

"Kayla,kesianlah dekat diorang..Diorang tetap keluarga kau,right?"

"Keluarga?..Keluarga yang memusnahkan hidup aku..Kau pergi dari sini!!..Aku tak perlukan kau untuk handle perkara macam ni!!..PERGI!!"

"Jimmy,pergi sekarang..Kayla dah naik hantu" Ucap Kayle untuk meyelamatkan Jimmy..
Dia tak boleh nak kata Jimmy nak memihak pada keluarga tu tapi dia tahu hati Jimmy lembut dan mudah kasihan..

Kayla dan Kayle tidak berhati lembut seperti Jimmy

"Sekarang Jimmy atau kau akan jadi mangsa seterusnya"

Pandangan Kayla semakin tajam terhadap Jimmy..
Bila-bila masa nak meledak kemarahan dia tu..

Jimmy melangkah keluar dengan berat hati..
Dia tidak kembali ke rumah..Tetapi menunggu Kayla di luar rumah..

.....

Setengah jam kemudian..
Satu keluarga itu keluar membawa barang mereka masing-masing..

Langsung memasukkan barang-barang dalam but kereta dan memandu keluar..
Mereka akan mencari tempat tinggal mereka sendiri..

Kayla dan Kayle memandang mereka dengan amarah..
Nenek mereka lebih penting berbanding keluarga itu..

"Lepas ni nak buat apa,sis?"

"Tanya pembantu rumah pasal hal ni..Kalau tak jujur,buang kerja"

"Okay,sis"

"Kau uruskan..Aku hal lain nak urus."

"Pasal apa pulak ni?"

Kayla hanya sekadar berbisik kepada Kayle..

"Sis,kenapa nak mendadak?"

"Perkara ni sepatutnya dari dulu aku buat..Takkan kau lupa?"

"Tapi sis,perasaan dia macam mana?"

"Ada aku kisah?..Tak adanya..Dah,aku nak gerak"

"Sis,fikir baik-baik..Jangan sebab tadi sis nak buat keputusan macam tu"

"Whatever"

"Sis"

"Stop it,Kayle"

Kayla tidak ingin mendengarkan lagi apa yang Kayle ingin katakan..
Dia langsung memasuki kereta dan memandu laju..

"Jimmy,kejar Kayla"

"Kayla kenapa?"

"Pergi je kejar"

"Okay"

Jimmy tergesa-gesa memasuki kereta dan segera mengejar kereta Kayla..
Pemanduan tersebut seperti perjalanan pulang ke rumah keluarga Jimmy..
.....

"Kayla"

Jimmy melihat Kayla yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam beg bagasinya..
Hampir semua pakaiannya sudah dimasukkan..

Jimmy mendekati Kayla dan menghentikannya...

"Kayla..Kau buat apa ni?"

"Takkan kau tak nampak?"

"Kau nak kemas barang-barang kau kenapa ni?"

"Aku nak keluar dari rumah ni.."

"Kenapa pula?"

"Aku nak bercerai dengan kau.."

"Kayla..Kenapa nak macam ni?..Aku buat apa sampai kau nak cerai dengan aku?"

"Aku dan kau tak sepatutnya bersama..Dan kau takkan faham perasaan aku.."

"Kayla..Aku boleh faham kau asalkan kau bagi aku peluang..Kau tak pernah bagi aku peluang nak kenal kau..Cerita hidup kau juga aku tak tahu..Tolonglah Kayla..Jangan macam ni"

"Aku tak perlu bagi kau peluang..Sebab aku tak nak ada dalam hidup orang lain.."

"Kayla..Tolonglah,jangan macam ni..Aku tak nak bercerai dengan kau..Aku tetap nak bersama kau..Kita cuba saling kenal dan faham perasaan masing-masing..Kau marahkan aku sebab tak faham perasaan kau bila nenek kau hilang,kan?..Aku cuma tak nak kau nampak jahat depan diorang"

"Aku sejak dulu lagi jahat!"

"Sebab kau trauma dengan kematian mama kau..Tolong fikir semula soal penceraian kita..Jangan buat keputusan ketika kau marah..Bagi aku peluang untuk jadi suami yang baik untuk kau..Kalau kau memang tak boleh terima,sayang dan cintakan aku,aku akan pergi sendiri dari hidup kau"

Kayla tidak menjawab dan hanya memandang ke dalam mata Jimmy dengan pandangan tajam..

"Kau bolehkan bagi aku peluang?..Aku berjanji akan sebaik mungkin faham perasaan kau.."

Kayla masih memikir sama ada akan menukar keputusan atau tidak.

Jimmy memeluk Kayla dengan eratnya..
Dia takut kalau Kayla tak nak tukar keputusan.

Kayla merasa sesuatu menusuk ke hatinya..
Dia melepaskan pelukan Jimmy..
Dia tidak memeandang ke arah Jimmy yang sudah dalam keadaan sedih..

Kayla kemudiannya duduk memeluk lutut dan membenamkan mukanya di lututnya..
Tak dapat ditahan lagi..
Dia menangis...

Jimmy mendengar tangisan Kayla itu..
Dia berlutut di hadapan Kayla dan cuba melihat wajah Kayla..

"Kayla..Kenapa menangis ni?"

Kayla mengelap airmatanya dengan pantas..
Dia tidak ingin Jimmy melihatnya dalam keadaan menangis..

Jimmy memeluk Kayla,namun Kayla menolaknya beberapa kali..
Jimmy tetap memeluk Kayla..

"Jangan tolak aku..Gunakan aku untuk tenangkan diri kau.."

Kayla tidak lagi menolaknya..

.....

Kayla yang sudah berhenti menangis perlahan-lahan menolak tubuh Jimmy..
Dia menundukkan kepalanya tanpa memandang Jimmy dan langsung masuk ke bilik air..

Dia mengunci pintu bilik air..

Jimmy membiarkan dahulu Kayla..

Kayla menyucikan wajahnya..
Menatap wajahnya di cermin..
Merah penuh wajah dia..

Setelah mengelap wajahnya,dia keluar dari bilik air..

Dia memandang Jimmy dengan tatapan kosong..
Penglihatan dia terarah ke bagasi yang berpindah tempat..

"Aku dah simpan baju-baju kau.."

Jimmy melangkah mendekati Kayla lalu mengambil tangan Kayla..

"Kau bolehkan bagi aku peluang..Aku takkan biarkan hubungan kita putus macam tu je"

Jimmy memeluk Kayla..

"Bolehkan?"

"Erm"

"Terima kasih"

Deringan telefon membuat mereka terganggu seketika.

Jimmy melepaskan pelukan untuk membiarkan Kayla mengangkat panggilan telefon dia..

"Hrmm"

"Aku dah tanya semua pembantu rumah pasal nenek..Tapi tak ada satu pun yang tahu.."

"Pretty sure?"

"Ya"

"Cari maklumat dari mana-mana rumah kebajikan"

"Okay..Kau dekat mana sekarang ni?"

"Rumah"

"Okay..Aku urus hal aku dulu..Bye"

"Hrmm"

Panggilan telah dimatikan..

"Kau mandilah..Aku nak turun bawah dulu"

"Ermm"

.....

Jimmy membawakan makanan malam untuk Kayla semasa Kayla masih mandi..

"Kayla,ni makan malam untuk kau..Makanlah"

Kayla memandang makanan di atas meja dengan pandangan yang sama,kosong..

"Ermm"

Jimmy kemudiannya mengambil pakaian dan tuala..
Dia ingin mandi..

Kayla makan makanan dengan perlahan..
Dia teringat perkara yang baru terjadi tadi..

Tidak lama kemudian Jimmy keluar bilik air dengan lengkap berpakaian..

Jimmy mengambil sesuatu di briefcase dia
Dia memberikan kad nama pada Kayla..

"Untuk apa ni?"

"Nanti bawa Kayle ke sana"

"Untuk?"

"Datang je..Maybe kau boleh jumpa nenek kau"

"Kau dah tahu awal pasal nenek aku?"

"Ya"

"Dah tu kenapa tak beritahu aku?"

"Aku kalau boleh tak nak kau gaduh dengan keluarga kau..Jadi aku diamkan dulu sebelum aku jumpa nenek kau"

"Untuk apa kau diamkan perkara macam ni?..Perkara ni boleh jejaskan keselamatan nenek aku tau..Kita tak tahu apa yang nenek alami dan..."

'Cup'

Kata-kata Kayla dihentikan dengan kecupan Jimmy..

"Cerewet juga kau ni.."

"Aku tak main-main sekarang ni..Kau boleh pulak nak cium aku!"

"Dahlah..Jangan marah-marah..Aku pasti nenek kau tak ada apa-apa yang buruk berlaku.."

"Kenapa kau pasti sangat?"

"Sebab aku tahulah..Tenangkan diri kau..Dan aku nak hantar pinggan mangkuk ni.."

"Tak perlu,aku boleh hantar sendiri"

"Tenangkan diri kau tu.."

"Aku.."

'Cup'

"Kau ni!"

"Sebelum aku cium lagi,tenangkan diri kau..Aku nak hantar benda ni..Okay"

Kayla mengetapkan giginya menahan geram..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience