Bab 38_Makan Malam

Drama Completed 16886

Selesai membersihkan diri,Jimmy turun ke ruang makan untuk makan malam bersama keluarga dan parasit.

Seperti apa yang Arriella cakap tadi,dia akan duduk di antara Arriella dan Danell..

"Jimmy,kenapa tak duduk sebelah Melly?"
Mama bertanyakan pada Jimmy sambil membuat renungan tajam..

"Salah ke kalau Jimmy tak duduk sebelah dia?"

"Tak salah,cuma kamu dengan Melly bakal berkahwin dan sepatutnya lebih rapat"

Jimmy tersenyum sinis mendengarnya..
Dia memainkan sudu di pinggannya..

"Kalau pun macam tu,Jimmy takkan rapat sama sekali dengan dia"

"Kamu tetap perlu berkahwin dengan dia"

"Tak kisah.."

Jimmy kini berdiri ingin lari dari pergaduhan..

Arriella perasan apa yang Jimmy akan lakukan..
Dia sempat menahan Jimmy..

"Ma..Janganlah berdebat bila makan..Biarkan Jimmy dapat makan dengan tenang"

"Kamu-"

"Sayang..Nanti jelah cakap dengan anak tu..Kita makan dulu"

Sebal dirasakan oleh mama..
Dia meneruskan sesi makan malamnya..

Jimmy yang tadi ditahan Arriella kini duduk kembali dan menghabiskan segera makanannya..

Melly sejak tadi memandang tetap ke arah Jimmy..
Dia gembira bila dia sudah masuk ke keluarga Jimmy..
Bila-bila masa dia boleh goda Jimmy tanpa pemerhatian Kayla..
Meski sekarang Jimmy seakan tidak menyukai kehadirannya,dia bakal membuat Jimmy terpaut hati dengannya..

Jimmy sudahpun menghabiskan makanannya..
Dia pantas meninggalkan meja makan untuk mengelak mamanya yang akan membawa mereka kepada pergaduhan soal Melly..

"Jimmy..Jangan mengelak..Kamu tetap dekat sini..Jangan naik masuk bilik dulu..Ada benda nak bincang"

Jimmy pasti ini melibatkan perkahwinan dia dan Melly..
Menyebalkan!!!!

Jimmy akhirnya tidak berjaya lari daripada mamanya dan terus menunggu mamanya selesaikan makanannya..

"Mama rancang kamu berdua kahwin awal bulan depan..Kamu berdua kena rancang apa yang kamu nak dalam perkahwinan kamu..Baju pengantin juga perlu dicuba"

"Ikut mama jelah..Malas nak ambil kisah.."

"Tapi ni perkahwinan kamu"

"Masa Jimmy kahwin dengan Kayla,tak adapun mama minta Jimmy uruskan perkahwinan Jimmy..Kenapa dengan dia ni,Jimmy kena uruskan..Semua benda pasal Jimmy;mama tahu,kan"

"Perkahwinan kamu dengan Kayla berbeza daripada perkahwinan kamu dan Melly.."

"Jimmy tak kisah..Mama yang nak sangat Jimmy kahwinkan,jadi mamalah yang atur MACAM sebelum ni"

"Tak habis-habis kamu biadab dengan mamakan"

"Sebab mama punca Jimmy bercerai dengan Kayla"

"LUPAKAN KAYLA TU!!"

"TAK!!..Jimmy takkan lupakan Kayla sampai bila-bila.."

"LUPAKAN DIA!!"

"TAK!!"

"Sudah!..Jangan bergaduh macam ni..Jimmy,boleh tak kamu faham apa yang mama kamu tengah buat sekarang ni..Mama cuba nak buat kamu bahagia lebih daripada bila kamu dengan Kayla..Janganlah tolak mentah-mentah apa yang mama cakap"

"Aarrgghh..Mama papa sama je..Kebahagiaan Jimmy konon tapi semua benda yang mama papa buat sekarang ni buat Jimmy sakit..Dan kau perempuan,kau jangan nak gembira sangat bila masuk keluarga ni..Sebab aku akan pastikan kau tak pernah dekat dengan aku sama seperti Kayla masih dengan aku..Camkan itu"

Jimmy berjalan pantas menaiki tangga dan masuk ke biliknya..
Kunci kereta diambilnya lalu keluar dari rumah..
Stress dia dalam rumah ni..
Baik dia keluar..
Andai saja dia dapat jumpa dengan Kayla..
Dia pasti dapat melupakan masalahnya dan bergembira bersama..

Telefon dikeluarkan dan mendail nombor seseorang..

"Hello"

Panggilannya dijawab..
Jimmy tersenyum lebar..

"Awak sibuk?"

"Tak..Tengah duduk diam je"

"Jom jumpa"

"Mama papa awak tak marah ke?"

"Diorang takkan tahu dan saya ada nak cerita"

"Okay..Kita nak jumpa mana?"

"Kita jumpa dekat kafe biasa"

"Okay..Saya nak bersiap sekejap"

"Yelah..Saya dalam perjalanan"

"Baiklah..Jumpa nanti,bye"

"Bye,Sayang"

"Hehe;bye juga,Sayang"

Panggilan diputuskan..
Enjin kereta dihidupkan dan tidak lama kemudian dia memandu ke sebuah kafe yang dulu dia dan Kayla selalu pergi..

Kayla pantas mempersiapkan dirinya..
Dia tidak sabar bertemu dengan Jimmy..
Dengan pemakaiannya ringkas,dia kini menuju ke kafe..
.....

"Hai..Dah lama sampai ke?"

"Ha'ah,dah lama"

"Eh,berapa lama tunggu saya?"

"Hehe,tak sampai sepuluh minit"

"Ish dia ni..Risau tau awak tunggu saya lama-lama"

"Walau pun awak datang sejam lagi,saya sanggup tunggu"

"Hehe..Alah,so sweet"

"Macam mana dengan awak beberapa hari ni?..Semua berjalan lancar?"

"Ya..Semua kerja lancar dan saya tak sabar meeting kita yang seterusnya..Macam mana dengan awak?..Muka macam masyam je"

"Hehe..Penat.."

"Kerja awak banyak sangat ke?"

"Tak..Semuanya kerja senang je"

"Dah tu?..Gaduh dengan mama papa ke?"

"Hrmm.."

"Gaduh pasal apa lagi?..Mama papa tak puas lagi ke tengok kita bercerai?"

"Mama nak saya sibukkan diri atur perkahwinan saya..Saya mengelak tapi mama marah dan papa pula sokong mama"

"Kenapa awak tak setuju?..Mamakan tak suka kalau apa dia nak tak dituruti.."

"Malaslah awak..Saya rela sibuk kerja berbanding sibuk melayan betina gedik tu"

"Hehe..Nanti kalau mama nak awak aturkan perkahwinan awak,awak terima je..Nanti awak suruh jelah Melly pilih sendiri"

"Tak nak,tak nak..Nanti perempuan tu fikir saya tertarik dengan dia"

"Lah..Tak apalah..Awak minta tolong Arriella ke?..Mustahil Arriella tak nak tolong awak"

"Kesian dekat dia..Sibuk anak suami,nanti nak tambah masalah aku"

"Saya pasti Arriella sanggup tolong awak..Sebab Arriella bukannya sibuk sangat masa siang sebab anak pergi sekolah dan suami pergi kerja..Aktiviti Arriellakan cuma masak..Masa malam je dia sibuk sikit"

"Okay..Nanti saya minta tolong dia"

"Melly macam mana?..Dah mula goda awak ke?"

"Belum lagi..Masih selamat"

"Nanti awak kahwin bila?"

"Awal bulan depan"

"Wah..Cepatnya"

"Saya akan lambatkan..Takkan saya nak kahwin dengan dia.."

"Macam mana awak nak mengelak?..Takkan mama tak ada rancangan"

"Saya akan cuba apa-apa rancangan supaya tak kahwin dengan Melly"

"Baiklah..Kalau nak bantuan,beritahu saya"

"Semestinya"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience