Bab 35_MACAM TU!?

Drama Completed 16886

Malam sudah menjelma..
Jimmy menjemput Kayla pulang dan singgah makan malam di restoran..
Seusai makan,mereka segera pulang agar dapat merehatkan badan sesegera yang mungkin..

"Sayang"

"Ya.."

"Pagi tadi awak kata dengan saya untuk bersiap sedia..Nak buat apa?"

"Alamak..Saya dah lupa..Hehe..Tapi tak apa..Saya akan tunaikan juga..Tunggu kejap tau.."

"Nak tunggu lagi?"

"Yelah..Kenalah tunggu..Kejap je..Sabar"

"Yelah.."

Kayla mengambil sesuatu di almarinya lalu pantas masuk ke bilik air..

Jimmy hanya merenung kelakuan Kayla..

Dalam lima minit berlalu,pintu bilik air akhirnya terbuka..
Kayla menampakkan sosok badannya..

Membulat mata Jimmy seakan tak percaya..
Mulutnya pula ternganga..

Kayla mendekati dengan senyuman manisnya..
Senyumannya yang mahal tidak perlu dibeli oleh suaminya kerana dia akan sentiasa memberikan senyumannya..

"Tak puas lagi ke nak ternganga macam tu?"

"Tak sangka awak makin nakal ae..Pakai baju macam ni"

Kayla memakai pakaian seksi untuk dia menggoda Jimmy kerana itu dia ingin Jimmy bersiap sedia..

"Mestilah kena nakal..Kalau tak nakal nanti awak bosan"

"Hei..Mana ada..Awak nakal ke tak,saya takkan bosan..Awak jangan cakap macam tu"

"Hehe..Gurau jelah..Nak tak ni kita.."

"Mestilah nak..Rugi kalau saya tak nak.."

Tawa kecil terbit di bibir Kayla..

"Saya nak goda awak dulu.."

"Okay,Sayang..Godalah diriku..Aku rela"

"Ish..Berdrama pula"

"Hehe..Cepatlah Sayang..Kata nak goda"

"Tak menyabarlah awak ni.."

Kayla memulakan godaan dengan duduk di atas paha Jimmy sambil mencium bibir Jimmy dengan lembut..
Kedua-dua tangan Jimmy diletakkan di pinggangnya..
Ciuman Kayla berpindah ke leher Jimmy dan semakin ke bawah..
Kayla menggoda lagi dan lagi pada Jimmy sehingga menghasilkan erangan kecil..
Aksi selanjutnya dilakukan mereka..
~~~~~

TIGA BULAN KEMUDIAN....

Masa sungguh cepat berlalu bagi Kayla..
Semakin lama,semakin dia tertekan dan risau bila dia masih belum disahkan mengandung..
Dia takut kalau nanti dia terpaksa tinggalkan Jimmy..
Padahal dia dah jatuh cinta dan sayang pada Jimmy..
Takdir seakan bermain dengan mereka..

"Awak..Jangan risau sangat..Mesti ada penyelesaian lain..Tak pun kita memang tak ditakdirkan untuk dapat anak buat masa sekarang..Awak pun dah tahukan kita dua-dua tak ada masalah dalaman.."

"Macam mana saya tak risau?..Mama dalam seminggu ni dah banyak kali calling saya..Siap ugut saya lagi.."

"Kita lari?"

"Nak lari mana lagi?..Saya penat"

"Kalau macam tu kita jumpa mama..Kita bincang baik-baik dengan dia.."

"Boleh ke?..Kenapa saya rasa mama takkan terima perbincangan kita"

"Saya sendiri bingunglah,Sayang..Kenapalah mama macam ni..Mama tak pernah-pernah macam ni..Haish..Kita pulak jadi mangsa.."

Bunyi telefon berdering..
Ia mengganggu perbualan Jimmy dan Kayla..

Mama Jimmy menelefon..
Jimmy mengangkat malas panggilan itu..

"Minggu depan jumpa mama..HARI SABTU NI..Jangan buat-buat lupa"

"Ya"

Muka Jimmy menjadi hambar..
Telefon dimatikan oleh pihak Jimmy..

"Baru je cakap pasal mama..Mesti nak cakap pasal anak lagi.."

"Sayang..Apa pun jadi nanti..Kita tetap akan usahakan untuk tak bercerai..Saya tak nak awak pergi daripada saya.."

"Ermm..Baiklah..Saya usahakan"
~~~~~

"Sekarang macam mana?..Dah ada tanda kamu mengandung?"

Kayla masih menundukkan kepalanya sejak awal dia sampai di rumah..
Hanya Jimmy yang berbicara dengan keluarganya..

"Tak ada,ma"

"Sah..Memang Kayla ni mandul"

"Ma..Kitorang dah buat pemeriksaan kesihatanlah..Kitorang berdua tak ada masalah pun..Sama-sama subur je.."

"Kamu fikir mama nak percaya..TAK..Mama takkan percaya.."

"Suka hati mamalah nak percaya ke tak tapi kitorang memang subur"

"Lepas ni ceraikan Kayla"

"Heh..TAK..Jimmy takkan ceraikan Kayla.."

"Tapi dia mandul"

"Mama tak dapat nak buktikan Kayla ni mandul..Setakat tak dapat mengandung selama empat bulan ni tak menunjukkan Kayla ni MANDUL"

"Mama tak kisah pasal tu..Mama.."

"Kayla..Pergi masuk bilik kamu berdua..Kamu tak sesuai dengar perbincangan macam ni" Papa mengatakan itu pada Kayla..
Macam ada yang tersirat..

"Tak boleh..Ni melibatkan Jimmy dengan Kayla..Jadi Kayla berhak untuk dengar.."

"Selagi Kayla ada,selagi tulah kita takkan bincang..Kayla,tolong..Masuk bilik dulu"

Kayla menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan papa..

Jimmy memandang Kayla pergi..

"Kenapa nak sampai Kayla pergi?"

"Supaya hati dia tak terlalu tersakiti dengan papa mama.."

"Apa yang nak dicakapkan?"

"Kamu patut ceraikan Kayla secepat mungkin dan berkahwin dengan Melly secepatnya..Kalau tak,papa mama akan pastikan kamu takkan nampak Kayla lagi lepas ni.."

"Kenapa mama papa nak kahwinkan dengan Melly pula?..Apa yang istimewa sangat perempuan tu di mata mama papa?"

"Dia lebih sempurna berbanding Kayla yang mandul"

"Mama..Kayla tu perfect dan kalau nak dibandingkan kesuburan Jimmy dan Kayla,Kayla lebih subur berbanding Jimmy.."

"Itu bukan masalah daripada kamu..Mesti Kayla dah buat sesuatu yang buat dia mandul "

"Dah tu apa manfaatnya kalau Jimmy kahwin dengan Melly tu?"

"Kamu dapat zuriat secepatnya"

"Entah-entah Melly tu yang mandul nanti,macam mana?..Mama papa nak Jimmy kahwin dengan siapa lagi?..Adik Melly,Si Ery tu..Kalau tak berkesan juga,kahwin dengan Ellyna..MACAM TU!?"

'PAP!!'

"Makin biadab kamu dengan mama papa ya..Ajaran siapa ni!?..Perempuan tu!?" Mama menjadi berang dengan kata-kata Jimmy itu.

"Siapa!?..Perempuan tu mama ke!?..Mama yang buat Jimmy tak dapat kawal perasaan Jimmy..Mama yang kahwinkan Jimmy dengan Kayla,mama juga yang nak Jimmy ceraikan Kayla..Mama rasa Jimmy boleh terima ke?"

"Sebab mama nak kamu kahwin untuk dapatkan anak..Fokus untuk dapatkan anak"

"Mama cakap macam ni,macam mama rasa dapat anak tu senang macam abc..Jimmy pun dah katakan yang Jimmy tak nak anak buat masa sekarang tapi mama tak nak dengar..Macamlah mama tak ada cucu lain"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience