Bab 8_Tamparan

Drama Completed 16886

Persandingan Kayla dan Jimmy berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah..

Kerana seharian di majlis itu,membuat tubuh Kayla lemas..
Dia berasa penat sangat..

Kayla dan Jimmy memasuki bilik mereka..
Kayla duduk bersilang kaki,begitu juga tangannya..
Dia memejamkan mata lalu menunduk..
Dia nak tidur sekejap je..Lima minit pun jadilah..

Jimmy membiarkan dahulu Kayla..
Dia mengambil tuala memasuki bilik air..
Badan dia dah melekit dengan peluh..
Dia nak mandi dulu..

Kurang dari sepuluh minit,Jimmy sudahpun selesai mandi..
Langkah kaki diteruskan ke almari baju..

Pakaian sudah pun dipakai..
Tuala diramaskan di atas kepala yang basah..
Dia mendekati Kayla yang terlena walau dalam keadaan duduk..

Jimmy membangunkan Kayla..

"Kayla..Bangun dulu..Kayla.."

Kayla terbangun sambil membuka matanya dengan perlahan..

"Kau mengantuk sangat ni..Kau tak nak mandi dulu ke?"

Kayla yang masih lalai terus berdiri dan ingin keluar dari bilik tu..

Namun sebelum tu,Jimmy menahannya..

"Kau nak pergi mana?"

"Bilik sebelahlah..Takkan tak ingat aku tidur mana."

"Kau tidur jelah dekat sini.."

"Tak perlu..Lagipun aku nak mandi.."

"Tak apa..Aku tolongkan kau ambil pakaian kau dan mandi dekat sini.."

Sekelip mata,Kayla kini memandang tajam ke arah Jimmy..

"Kau jangan nak gila ae..Pakaian dalam akupun kau nak ambil juga ke?..Gila.."

"Tak apapun kalau aku tolong ambilkan..Lagipun kau isteri aku.."

"Dahlah,tepi..Aku tak nak marah-marah sekarang ni.."

"Aku tak suruh kau marah-marah..Aku just nak kau tidur sini je.."

"Tak perlu pun kan aku nak tidur sini.."

"Tapi aku nak kau tidur sini.."

"Kenapa?"

"Aku cuma nak selamat.."

"Sememangnya aku ni tengah tak selamat ke?"

"Bukan macam tu..Aku risau je..Kau tidur sini ae..Aku tolong ambilkan pakaian kau.."

"Haish..Jangan nak gila pergi ambil pakaian aku..Aku sendiri pergi ambil.."

"Tidur sini ae.."

"Ish,yelah.."

"Aku ikut kau ambil baju.."

"Ya.."

Pasrah je Kayla dengan permintaan Jimmy..
Dia dah mengantuk sangat untuk membantah..
Tak pasal-pasal nanti,dia mengamuk pula dekat Jimmy..

Kayla mengambilkan baju gantinya dan terus kembali ke bilik sebelah..
Lagipun,kan Jimmy ikut sekali..

Kayla lantas memasuk bilik mandi dan menyelesaikan mandian..
~~~~~
Keesokan harinya..

Bunyi deringan panggilan kedengaran dari telefon Kayla..
Kayla yang terbangun,pantas mengangkat panggilan..

"Hello,nak apa call pagi-pagi?"
Suara Kayla kedengaran kasar..

"Hello.."

"Lah,engkau..Nak apa?"

Kayla masih dan masih menutup mata..
Dia mendapat panggilan daripada seseorang yang penting dalam hidup dia..

"Nak kacau kau.."

"Kau jangan nak buat aku mencarut pagi-pagi ni boleh tak..Kang telinga kau yang sakit nanti.."

"Okay-okay..Aku saja nak dengar khabar kau..Lagipun semalam kau bersanding,kan.."

"Hrmm..Aku masih mengantuk ni,apa-apa hal call aku nantilah..Aku nak sambung tidur.."

"Dah jam 0500 ni..Takkan tak nak bangun lagi..Apa kau buat malam-malam?"

"Aku tidurlah,bongok..Aku penat..Call nanti..Bye!"

'Tut..Tut..Tut..'

Kayla dah membuka matanya..
Dia memandang ke sebelah dan..

"Argh!"

Terkejut beruk Kayla dibuatnya..
Jimmy memandang ke arah dia.

"Kau dah kenapa pandang aku?"

"Aku nak dengar perbualan kau tadi.."

"Apa-apa jelah..Aku nak sambung tidur..Dan jangan kacau aku.."

Kayla menarik selimut menutupi seluruh badannya..
Tak nak dilihat Jimmy..

Semalam mereka tidur bersama di satu ranjang..
Itupun kerana Jimmy yang nak..
Sempat bertekak lagi..

Jimmy turut masuk ke dalam selimut dan menarik Kayla ke pelukan..

"Woi,woi..Kau kenapa peluk-peluk ni?..Lepaslah.."

"Biarkan keadaan kita macam ni..Aku suka.."

"Tapi aku tak selesa.."

"Belajarkan diri kau untuk dipeluk oleh aku..Lepas ni aku akan selalu peluk kau.."

"Jangan nak mengarutlah..Lepaskan aku.."

Kayla sedaya-upaya melepaskan pelukan Jimmy..
Tapi agak susah kerana Jimmy memeluk dengan erat..

"Kalau kau cuba leraikan pelukan ni,aku akan buat something yang kau tak suka.."

"Tak payah nak ugutlah.."

Kayla cuba untuk menendang tubuh Jimmy,namun Jimmy berjaya menepis dan menahan kaki Kayla itu..

Jimmy membuatkan dirinya berada di atas Kayla dengan menekankan tangan Kayla di tilam..

"Kau nak buat apa ni!?..Lepaslah.."

"Nope,nope..Kan aku dah bagitahu awal yang aku akan buat something yang kau tak suka kalau kau tetap nak leraikan pelukan aku..Now,ini hukuman dia.."

Jimmy menciumi bibir Kayla dengan lembut namun dalam..

Kayla seakan kejang seluruh badan menerima ciuman itu..
Matanya juga membuntang seakan tidak percaya apa yang Jimmy sedang lakukan..

Setelah beberapa lama,Jimmy melepaskan ciumannya..
Dia melihat Kayla seakan marah padanya..

'PAP!!'

Sebuah tamparan mengena tepat di pipi Jimmy..

"Kayla.."

"Hukuman untuk kau cium aku..Aku dah kata jangan berani sentuh aku tanpa sebab.."

Kayla menolak kasar tubuh Jimmy daripada terus menindihnya..
Dia bergerak kasar ke bilik sebelah..
Dia turut menguncinya..

Dengan perasaan kesal,dia teruskan untuk tidak menahan kantuknya yang semakin melarat..

Jimmy membiarkan Kayla pergi..
Dia turut mengusap bekas tamparan tadi..
Dia amat kesal dengan tindakan Kayla..
Tetapi dia harus faham Kayla..
Dia harus faham Kayla masih tak terima perkahwinan diorang ni..

Jimmy terbaring memikirkan apa yang dia akan lakukan lepas ni..
.....

Jam sudah menunjukkan jam 0730..
Jimmy sudah bersiap untuk makan sarapan..
Dia menunggu Kayla datang ke biliknya..
Tapi dia dah tak boleh sabar..
Dia memutuskan untuk pergi ke bilik sebelah..

'Tok..Tok..Tok..'

"Kayla..Oh Kayla.."

'Klack..'
Pintu bilik dibuka oleh Kayla.

Lah dia ni..
Masih tidur rupanya tadi..

"Kau nak apa ni?"

"Dah jam tujuh lebih ni..Aku nak ajak kau breakfast."

Kayla tiba-tiba menggarukan kepala tak gatal dia tu..
Dia bingung sebentar..

"Kayla,kau okay?"

Tanpa menjawab soalan..Kayla langsung berkata..
"Masuk"

Jimmy yang bingung melangkah masuk ke bilik..
Dia ikutkan je..

"Aku mandi dulu.."

"Okay.."

Jimmy setia menunggu Kayla keluar dari bilik mandi..
Sebelum tu Kayla selesai mandi,dia sempat melihat apa-apa perkembangan dalam telefonnya

Tidak terlalu lama menunggu..
Kayla keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap..

Kayla mendekati Jimmy sambil memandang pipi yang ditamparnya awal pagi tadi..

"Sedap tak tamparan aku?"

Kaget Jimmy tiba-tiba menerima pertanyaan..

"Agak sakit.."

Tersunging sinis Kayla dibuatnya.
Dia kini melangkah ke beg bagasinya..
Dia mengambil sesuatu..
Sambil itu dia bertanya..
"Kau ada sapu tangan,tak?"

"Ada..Kenapa?"

Kayla sudah mendapat barang itu..
Dia terus mendekati Jimmy..

"Guna sapu tangan kau untuk tutup benda ni..Tak pasal-pasal orang fikir aku belasah kau.."

Jimmy mencapai paket sejuk yang diberikan Kayla..
Lalu menutupinya dengan sapu tangan..

"Tak sangka kau ada benda ni dalam bagasi kau.."

"Hrmm..Kau kata nak breakfast,cepatlah.."

"Oh ya..Jom"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience