"Tak sangka perempuan tu nak juga kita balik sini"
"Hrmm..Tak hairan..Mesti nenek tua tu yang paksa..Perempuan tukan sayang sangat dekat nenek dia.."
"Tsk..Dahlah,tak payah fikir dia tu..Aku nak bersenang-senang.."
"Ha'ah..Jom"
Kayla baru saja ingin masuk ke rumah tapi dia sudah mendengar kata-kata seperti tadi..
"Kayla.."
Jimmy memanggilnya..
Kayla menoleh melihat Jimmy..
"Jom,masuk.."
"Jom.."
Jimmy dengar ke tak apa yang Kayla dengar?
Semoga tak dengar..
Mereka berdua masuk ke dalam rumah..
"Saya terus masuk dapur..Awak-"
"Abang Jimmy,hai..Jomlah masuk cepat..Jom-jom"
Eh perempuan ni kang..
Menggedik ae dengan suami Kayla..
Kayla tak bercakap apa-apa..Dan wajah dia tak memberi eksperasi..
"H-hai,E-Ery"
"Wah,abang ingat nama sayalah..Terharu..Lama tak jumpa abang,marilah jumpa papa mama.."
"Y-ya"
Jimmy tak tahu nak cakap apa..
Dia kekok nak berbual dengan Ery ni..
Apa lagi Kayla melihat mereka..
Ery tanpa memerhatikan Kayla langsung membawa Jimmy ke ruang tamu..
Kayla hanya sekadar melihat..
Dia tahu Ery takkan membawa dia sekali..
Tapi tak apa,sebab Kayla tuan rumah..
Dengan itu,Kayla langsung ke dapur tanpa bertegur sapa dengan yang lain..
Sesampai di dalam dapur,dia melihat Kayle..
"Hey,sis..Thanks tolong belikan..Sorry aku susahkan kau ni"
"Tak apalah..Nenek mana?"
"Dalam bilik.."
"Kenapa tak keluar? Anak menantu dengan cucu kesayangan diakan dah balik"
"Ish kau ni sis,nenek tengah mandilah..Dia baru siap tanam-menanam"
"Hrmm..Ni kau dah sapa diorang?"
"Buat apa?"
"Kot-kotlah kau nak MENGERATKAN hubungan dengan diorang''
"Amboi,sis..Tak adanya aku nak macam tu..Jimmy tahu tak sis pergi sini?"
"Ada..Siap temankan aku beli barang"
"Dah tu sekarang dekat mana?"
"Dengan diorang"
"Kenapa tak ikut sis?"
"Ada perempuan gedik bawa dia"
"Lah..Tak apalah,sis pergi depan tengok Jimmy tu..Nanti tak pasal-pasal Jimmy kena ganggu"
"Kau?"
"Aku kemaskan barang dapur ni dulu"
"Tapi dekat Jimmy ada barang dapur lagi?"
"Banyak ke kau beli barang ni?"
"Ha'ah"
"Tak apa..Aku pergi ambil-"
"Kayla"
Kayla menoleh ke belakang..
Jimmy yang memanggil dia..
Barang dapur dibawa Jimmy dan diberikan pada Kayle..
[KEADAAN SEBELUM JIMMY KE DAPUR]
"Lama kita tak jumpa"
"Ya"
"Kamu dengan Kayla dah baik?"
"Dah"
"Kamu tahu punca Kayla benarkan kami balik ke sini?"
"Pasal tu,dia turutkan permintaan nenek.."
"Hubungan kamu dengan Kayla dah sampai ke mana?"
"Apa maksudnya?"
"Kayla dah terima kamu sepenuhnya?"
"Belum lagi.."
"Papa sebenarnya nak kamu bercerai dengan Kayla"
"Kenapa tiba-tiba pula ni?"
"Kami rasa Kayla bukanlah orang yang sesuai bersama kamu.."
"Kenapa macam ni?"
"Sebab papa nak Melly yang berkahwin dengan kamu"
Melly memunculkan dirinya lalu duduk di sebelah Jimmy..
"Tak..Maaf..Saya tak boleh ceraikan Kayla.."
Jimmy dengan pantas berdiri lalu membawakan barang dapur tadi ke dalam dapur..
Jimmy terkejut dengan tindakan bapa mentuanya itu..
Kenapa dengan semudah itu dia berkata sedemikian?
Kenapa mengatakan Kayla tidak sesuai dengannya,padahal dia sudah menyayangi Kayla dengan dalam..
Dan kenapa papa membuat semua itu seakan perasaan Kayla tidak penting dan menganggap Kayla bukanlah anaknya..
.....
"Dah muncul.."
Senyuman kecil Jimmy terbit serta-merta..
"Korang lama ke dekat sini?" Tanya Kayle..
"Aku ikut dia je,manalah tahu dia nak MENGERATKAN hubungan dengan diorang"
"Aku rasa nak balik awal.."
"Takkan tak nak sembang lagi dengan diorang?"
"Macam tak sedap badan"
"Pelik-pelik jelah..Okay-lah Kayle,kitorang balik dulu..Kau hati-hati dekat rumah"
"Okay,sis..Hati-hati masa nak balik tu.."
"Ya.."
"Kitorang pergi dulu" Kata Jimmy..
"Okay-okay"
Mereka berdua melalui ruang tamu yang masih penuh sekeluarga..
Jimmy melihat Kayla berjalan lurus ke pintu tanpa memberi kata sedikit pada keluarga dia..
Jimmy yang rasa bersalah berhenti sebentar di hadapan mereka..
"Kami berdua balik dulu..Maaf tak boleh lama-lama..Saya pergi dulu"
Jimmy mengatakan itu dengan senyuman kekoknya..
Papa hanya sekadar mengangguk untuk meng'ya'kan Jimmy..
Tanpa belengah,Jimmy pantas melangkah keluar dari rumah tu..
"Betul ke awak tak sedap badan?"
"Bukan tak sedap badan,tapi hati"
Kayla menatap Jimmy dan menunjukkan eksperasi bingung..
"Nanti aku beritahu,jom balik dulu.."
Kayla tak nak banyak tanya,dia langsung masuk ke dalam kereta..
Dia duduk di kerusi sebelah pemandu..
Tadi Jimmy dihantar oleh pemandu keluarga menjumpai dia..
Maka,Jimmylah yang memandu kereta sekarang ni..
Enjin dipanaskan sebentar lalu bergerak pulang..
"Antara.."
Kayla tetap memandang ke hadapan..
Beberapa lama kemudian,Jimmy masih tidak melanjutkan apa yang ingin dikatakan..
"Oii..Nak kata apa tadi?"
"Oh tadi..Aku nak tanya"
"Teruskan"
"Antara kau dengan Melly,papa akan pilih mana?"
"Melly"
"Antara perasaan kau dengan Melly,hati siapa yang papa akan jaga?"
"Melly"
"Kalau kau dan Melly dalam bahaya,siapa yang papa akan selamatkan dulu?"
"Melly"
"Kenapa semua jawapan kau,Melly?"
"Sebab antara saya dan Melly,Melly lagi penting untuk 'dia' "
"Sebab?"
"Sejak awal saya rasa awak boleh tahu..Tambah lagi,dia lebih pentingkan harta yang saya ada berbanding diri saya dan kalau nanti saya mati,dia mungkin akan gembira.."
"Kenapa pula?"
"Sebab sebahagian dari harta saya kan diberi kepada dia"
"Bukan Kayle je ke yang patut dapat?"
"Mengikut hukum,dia juga boleh jadi waris saya.."
"Minta tangan"
"Dah kenapa tiba-tiba minta tangan?"
"Bagi je"
Kayla menghulurkan tangannya..
Jimmy menyelitkan jari-jemarinya di jari Kayla dan menggenggamnya kemas..
"Dah kenapa ni?"
"Kau ingatkan yang aku takkan ceraikan kau?"
"Ingat"
"Walau apa yang jadi,aku akan usahakan untuk tak bercerai dengan kau dan aku harap masa tu kau takkan mendesak aku untuk ceraikan kau"
"Ada sesuatu terjadi ke ni?"
"Ya dan benda nilah yang buat aku tak sedap hati"
"Apa yang jadi?"
"Tadi papa suruh aku ceraikan kau dan kahwin dengan Melly atas sebab Melly lebih sesuai dengan aku berbanding kau"
"Tapi memang betul pun kan?..Saya memang tak sesuai dengan awak"
"Tak!!..Itu tak betul..Tak ada sesiapa berhak kata kau tak sesuai untuk aku..Orang tu tak pernah ada dengan kau dan tak kenal dengan kau pun.."
Kayla memandang Jimmy dan kelihatannya Jimmy sedikit beremosi bila melihat ada sedikit kerutan di antara kedua kening Jimmy..
Mereka akhirnya berdiam diri setelah Jimmy mengucapkan perkataannya tadi sehinggalah mereka sampai di depan rumah..
Mereka keluar dari kereta..
Seseorang telah menunggu mereka lalu mendekati..
"Kayla.."
Kayla menberi sedikit senyuman pada Arriella yang menyambut kepulangan mereka berdua..
Arriella mendekati Kayla bila mendapati Jimmy bermasam muka lalu meninggalkan Kayla dan Arriella di luar rumah..
"Dah kenapa Jimmy tu?"
"Entah.."
"Aikk..Takkan tak ada angin tak ada ribut dia masam muka"
"Kitorang tak ada bergaduh pun..Mungkin sakit hati dengan apa yang aku cakap tadi"
"Tak kisahlah pasal dia tu..Tapi saya sukalah dengan masakan awak..Sedap gilerrrrr..Siap saya menambah lagi tau..Maaf tak tunggu korang balik dulu untuk makan malam"
"Baguslah kalau suka,tak sia-sia aku masak..Reaksi yang lain macam mana?"
"Sama..Suka sangat dengan masakan awak..Rissa tadi banyak makan puding jagung awak tu..Lain kali buat lagi tau"
"Okay.."
"Okay-lah,jom masuk dulu"
Share this novel