Bab 17_Goda

Drama Completed 16886

"Macam mana Jimmy tahu pasal nenek?"

"Tak tahu.."

"Kenapa tak tanya?''

''Dia yang tak nak beritahu"

"Tak apalah..Asalkan nenek selamat.."

"Cu.." Nenek bersuara..

Kayla dan Kayle baru sahaja mengambil nenek mereka di sebuah rumah kebajikan..

"Ya,nek?"

"Papa kamu mana?"

"Tak tahu"

"Kenapa tak tahu?"

"Kayla dah halau diorang,nek"

"Kenapa macam tu,cu?..Janganlah halau diorang tu..Kesian"

"Diorang tak nak pulak kesiankan nenek" Kayla menjawab dengan nada mengejek..

"Nenek ni yang salah,cu..Selalu susahkan diorang"

"Susahkan diorang macam mana?..Diorang bukannya kisah pasal nenek..Anak nenek tu hah,lagilah teruk..Mak sendiri dibuang"

"Cu..Jaga kata-kata kamu tu..Anak nenek tu,papa kamu tau"

"Alah,nek..Macamlah nenek tak kenal Kayla ni..Kaylakan dah lama buang 'dia'..Tak adanya jadi 'papa' Kayla lagi''

"Darah dia tetap mengalir dalam tubuh kamu.."

"Heh..Kalau dunia ni ada ciptakan alat untuk buang darah dia tu,Kayla sanggup beli walau pun benda tu beratus juta harga dia"

"Kayla..Kenapa kamu tak nak biarkan benda tu berlalu..Tak perlu ingat-ingat lagi.."

"Salah diorang yang bawa Kayla balik dalam rumah tu..Mestilah semua benda yang Kayla buat bersama mama tu selalu terbayang..Nenek sekarang dah memihak pada 'dia' kan..Okay,fine..Kayle,kau jaga nenek ni bagus-bagus"

"Sis..Janganlah macam ni..Nikan nenek..Takkan kau tak nak berlembut"

"Tak guna berlembut bila nenek sendiri tak nak faham situasi aku..Aku pergi dulu"

Tanpa menoleh lagi..Kayla terus berjalan memasuki kereta miliknya..

"Nek..Maafkan Kayla tu..Kayla masih marah dengan 'dia' "

"Kamu juga masih tak boleh terima papa ke?"

"Pasal tu,ya..Kayle masih tak boleh terima.."

"Tak apalah..Salah nenek tiba-tiba tanya soalan yang kakak kamu tak suka"

"Bukan macam tu nek..Kaylakan masih dalam keadaan marah,itu yang cepat sangat naik angin.."

"Kamu tak perlu sedapkan hati nenek..Nenek tahu perangai kamu berdua..Nampaknya nenek bertanya pada masa yang salah"

"Tak apalah,nek..Nanti Kayle berbual dengan Kayla..Semoga cepat redalah kemarahan dia tu.."

"Yelah"

"Kita balik dulu ya,nek"

"Ya"
.....

Kayla sampai di rumah dengan muka dingin..
Perasaan meluap-luap nak keluar..
Hati dia sakit sebab dia rasa nenek masih tak faham diri dan keadaan dia macam mana..

Dia memang nak lupakan benda lama..
Tapi..
Rumah yang dulu dia tinggal membuat dia selalu memikirkan mama..
Bila memikirkan mama membuat dia teringat kejadian kematian mama akibat kecurangan papa dia..
Sebab tu dia susah nak baik dengan keluarga tiri dia tu..

Dia memasuki bilik dan segera memandikan diri..

Setelah beberapa minit berlalu,dia keluar dengan hanya bertuala..
Terkejut dia melihat keberadaan Jimmy dalam bilik itu..
Pantas dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk menutup bahagian dadanya..

"Bukan kau kerja ke hari ni?

"Ya"

"Dah tu kenapa kau ada dekat sini?..Jam makan tengah harikan?"

"Ya..Aku dah habis kerja"

Okay..Lupa sekejap kalau Jimmy ni CEO juga..
Boleh balik sesuka hati..

"Okay"

Kayla segera ke almari baju untuk mengambil pakaiannya dan akan terus ke bilik air..
Takkan dia nak pakai baju depan Jimmy pulakkan..

Tapi tanpa Kayla sedar..
Jimmy sudah pun berada di belakang dia..

Setelah Kayla pusing ke arah Jimmy,Jimmy memeluk erat tubuh Kayla..

"Kau dah kenapa ni?..Lepaskan aku,aku nak pakai bajulah"

"Tak payahlah..Kau nampak seksi dengan bertuala,apalagi kalau tak pakai apa-apa"

"Miang kau ni..Sebelum ada bahagian badan kau yang sengal sebab aku kerjakan,baik kau lepaskan aku"

"Tak nak.."

Muka Kayla berubah menjadi muka geram..
Dia mengangkat tangannya untuk memukul Jimmy namun..

Jimmy bertindak cepat menahannya dengan menggenggam pergelangan tangan Kayla..
Dia juga membuat dirinya menindih tubuh Kayla di atas katil mereka..

Perlahan-lahan wajah Jimmy menghampiri wajah Kayla..
Mendekat dan mendekat..
Bibir mereka hampir menyatu dan..
.....

"Jimmy..Tak mandi dulu ke tadi?"

"Tadi tunggu Kayla siap mandi sambil rehat..Bila nak mandi,rasa lapar sangat dah perut ni..Sekarang ni dah sakit perut aku"

"Kau gastrik?"

"Taklah..Jam makan akukan teratur.."

"Lapar sangat kau ni sampai sakit perut"

"Tulah yang tak sempat mandi ni..Hrmm..Lapar"

"Yelah..Pergilah makan dulu dengan isteri kau..Aku nak pergi ambil Rissa kejap"

"Tak ada orang yang nak disuruh ambil ke?"

"Ada je tapi Si Rissa tu yang tiba-tiba nak aku ambil..Aku jalan dulu"

"Okay.."

Kayla tersenyum sinis dan seakan mengejek pada Jimmy..

"Kau punya pasallah ni"

"Salah kau yang tak nak dengar amaran aku"

"Siap kau nanti"

"Okay.."

Jimmy menyepetkan matanya melihat Kayla..
Tengoklah apa yang Jimmy nak buat nanti..
Tunggu,Kayla..

Mereka makan tanpa sebarang bicara setelah tadi..

Jimmy masih mengelus lembut perutnya yang tadi menjadi mangsa tendangan dan pukulan Kayla..
Tak sempat nak cium Kayla,dapat pulak penangan sakit daripada Kayla..
Cedihh..
.....

"Kau dah okay ke sis?"

"Not really..Kenapa?"

"Nenek sedih tau sebab tadi"

"Biar jelah dulu..Nanti kang aku bertegur sekarang,tambah panas hati aku"

"Cepat-cepat tenangkan hati kau tu..Sis taukan betapa overthingking-nya nenek"

"Ya,aku tahu..Bagi aku sedikit masa..Nanti aku jumpalah nenek.."

"Okay.."

"Ada lagi tak nak beritahu?..Aku nak off,busy"

"Ni mesti busy layan suami,kan?"

"Memandai je kau"

"Dah tu salah ke apa aku cakap?..Boss-kan dah kahwin,macamlah aku tak tahu"

"Kau tak payah nak fikir bukan-bukan"

"Yelah..Bye..Muah muah,sis"

"Hrmm.Jangan gedik"

"Bye"

"Bye"

Kayla memasuki ruangan bilik dan menutup pintu yang menuju ke balkoni bilik..

Sepasang tangan tiba-tiba berada di pinggangnya dari belakang..
Pelukan menjadi erat dan Jimmy mencium lembut leher Kayla..

Kayla cuba melepaskan pelukan itu..

"Aku takkan lepaskan kau kali ni"

"Apa maksud kau?"

Muka Kayla berubah sedikit marah..

"Hukuman untuk kesakitan perut aku tadi.."

"Tiberr..Kau cari pasal dulu"

"Itu bukan cari pasal..Tapi nak goda kau"

"Salah kau juga sebab nak goda aku,kau fikir aku ni suka digoda ke?..Gila"

"Tapi kau tak patut sakitkan aku..Sebab aku goda kau cara baik dan bukannya aku paksa kau.."

"Itu..Mmph"

Kayla yang tadi ingin melihat wajah Jimmy tiba-tiba dicium..
Jimmy membuat Kayla menghadapnya dan mereka mendekati katil..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience