Kini malam sudahpun tiba..
Sejak awal,Jimmy sudah memberitahu mamanya bahawa dia dan Kayla akan ke rumah Kayla untuk makan malam bersama..
Dan itu merupakan ajakan daripada nenek Kayla..
Baju ringkas dipakai Kayla agar memudahkan pergerakannya..
Baju labuh tanpa corak dan berlengan panjang..Sungguh selesa Kayla memakainya..
Jimmy pula hanya mengenakan seluar kendur dengan baju kemeja-T..
Mereka ke rumah Kayla bersama menggunakan kereta Jimmy..
"Kayle,kamu dah ajak Kayla datang sini ke?"
"Dah,nek..Rasanya diorang dalam perjalanan.."
"Nanti kamu jemput mereka masuk..Nenek tunggu dekat dapur"
"Ya,nanti Kayle bawa diorang terus ke dapur"
Tak lama setelah itu,kedengaran kereta Jimmy memasuki perkarangan rumah..
Kayle segera muncul di hadapan pintu menjemput mereka masuk..
Mereka lantas ke dapur..
"Nek,Kayla dah sampai.."
"Kamu semua duduklah dulu..Nenek siapkan makan malam dulu..''
Kayla meletakkan beg tangannya dan berniat membantu neneknya..
Dia mendekati neneknya dan melihat neneknya memasak..
"Kaki nenek tak sakit ke berdiri lama-lama?"
"Sakit sikit je..Tak teruk macam sebelum ni..''
"Kalau macam tu,nenek duduk jelah..Biar Kayla tolong nenek"
"Tak payahlah..Sikit je lagi.."
"Tak apa..Kayla tolong siapkan makanan..Nenek tunggu dekat meja makan.."
"Hrmm yelah tapi minuman belum buat lagi..Tadi baru siap didihkan air.."
"Tak apa,Kayla uruskan.."
Kayla menghantar neneknya ke meja makan di mana Kayle dan Jimmy turut ada..
"Kayle,tolong aku.."
"Okay"
"Jimmy teman nenek,okay?"
"Ya.."
Kayla san Kayle memasuki ruangan dapur menyiapkan makan malam mereka..
"Cu.."
Jimmy menatap nenek Kayla yang tadi memanggilnya..
"Cucu nenek,Kayla tu layan kamu baik ke?"
"Baik..Sangat baik"
"Nenek tak percaya kalau 'sangat baik'..Sekurang-kurangnya Kayla perlu bersikap baik pada suami dia"
Tidak tahu berkata apa,Jimmy menerbitkan senyuman kecil dia..
"Kayla dah bersikap terbuka dengan kamu ke?"
"Belum lagi.."
"Kamu patut lebih banyak masa dengan dia,biar dia mudah selesa dengan kamu..Patut pandai pikat hati dia..Kayla tu nampak ke hati batu tapi sebenarnya hati dia macam ais yang mudah tercair dengan perhatian..Nenek harap kamu tak sia-siakan apa lagi bila dia dah buka hati untuk kamu..Meluluhkan hati seorang Kayla susah dan bila hati dia dah terluka,sukar untuk menyembuhkan luka di hati dia"
Dengan hemat Jimmy mendengarkan kata-kata nenek..
Merasa senang bila nenek senang memberikan petua meluluhkan hati Kayla..
Jimmy kadang rasa putus asa nak ambil hati Kayla tapi selepas ini,perlahan-lahan pasti Kayla membuka hatinya untuk Jimmy.
"Silap hari bulan nanti,kalau kamu lukakan hati dia;nenek pasti Kayla akan lupakan kamu seakan kamu berdua tak pernah kenal..Jadi hati-hatilah dalam mengatakan atau membuat sesuatu yang berkaitkan Kayla..Nenek tak nak Kayla terluka lagi.."
"Terima kasih,nek..Saya akan sentiasa ingat pesan nenek..Dan dengan sedaya-upaya saya menjaga hati Kayla"
"Baguslah..Tenang hati nenek mendengar"
"Sis,nak buat minuman apa ni?"
"Buat je air milo"
"Nak campur apa?"
"Susu"
"Hrmm.."
"Kenapa?"
"Aku baru perasan barang dapur dah nak habis.."
"Kau pergilah beli barang dapur esok.."
"Okay-lah.."
"Kau hantarkan pinggan ni dulu,lepas tu bawakan lauk-lauk ni..Pasal minuman,nanti aku hantarkan"
"Yelah.."
Mereka makan malam dengan keadaan yang baik..
Sehabisnya sesi makan malam,mereka berpindah dari ruang makan ke ruang tamu..
Mereka berbual seketika..
Kayla jadi tidak ada niat berbual bila neneknya membangkitkan isu keluarga tiri dia..
Nenek ingin Kayla membawa mereka balik semula,namun keputusan Kayla adalah 'TIDAK'
Lepas apa yang terjadi pada nenek,dia tidak akan benarkan diorang dekat dengan nenek lagi..
.....
"Keputusan kau dah muktamad ke?..Tak boleh nak ubah lagi?"
"Pasal apa ni?"
"Papa dan mama tiri kau.."
"Ya..Tak perlu beri peluang lagi pada diorang.."
"Kalau aku merayu untuk kau beri peluang lagi?"
"Buat apa kau nak sangat aku beri peluang pada diorang tu?..Tak ada manfaat untuk kau"
Kayla berada dalam keadaan marah sehingga tidak menghiraukan janjinya untuk menjadi lembut..
"Aku cuma nak tahu seteruk mana diorang akan buat lepas ni..Sama ada diorang masih sama atau dah berubah dan nenek kau juga nak diorang kembali.."
"Fine..Kau nak tengok sangat apa diorang akan buat..Fine..Dan pasal nenek,aku buat macam tu demi keselamatan dia.."
Kayla terus melangkah ke bilik air dan menghempas bilik air itu..
Kesal sungguh hati dia sekarang..
Muka Jimmy kelihatan mendung melihat Kayla seperti itu..
Dia keluar dari bilik untuk ke dapur..
Sekarang mereka sudah pulang ke rumah..
Mereka kembali setelah Kayla naik angin kerana neneknya seakan memaksa Kayla untuk membawa keluarga papanya kembali..
"Gaduh?..Sampai sini aku dengar"
"Dia marah"
"Apa kau dah buat dengan dia?..Kau jangan buat perkara tak betul"
"Tak adapun.."
"Kau jangan kasar atau memaksa sesuatu dengan dia tu..Aku takut nanti dia tiba-tiba lari daripada kau..Kau juga yang merana nanti"
"Ya ya..Kau buat apa dekat sini?"
"Nak siapkan bahan masak untuk sarapan esok.."
"Awalnya nak siapkan"
"Saja je..Lagi pun aku nak lambat bangun sikit"
"Macam ada aura malam panas bercinta je ni"
"Eh mulut kau ni..Straight to the point betul"
"Malaslah nak berkias..Ni,aku naik dulu..Nak tengok Kayla..Nanti kau jangan bising sangat tau"
"Eh dia ni..Tahulah aku"
Share this novel