"Kayla"
"Hrmm.."
"Esok kau dah mula datang kerja?"
"Ya.."
"Boleh tak kalau aku hantar dan jemput kau kerja?"
"Buat apa nak susahkan diri kau?"
"Salah ke aku nak ambil berat pasal isteri aku?"
"Tak salah.. Tapi aku atau kau akan mempersulitkan diri sendiri"
"Maknanya, aku menyusahkan kau ke?"
"Tak, bukan tu maksud aku.."
"So?"
"Okay-lah.. Kau jemput dan hantar aku kerja.. Okay?"
"Yeah.. Kau selalunya pergi kerja jam berapa?"
"Jam tujuh pagi"
"Balik?"
"Jam tujuh malam"
"Wah.. 12 jam kau kerja"
"Kan ada masa rehat"
"Hehe.. Ya ada.."
"Esok balik rumah sekejap, nak ambil kereta"
"Perlu lagi ke ambil kereta?.. Kan aku yang hantar dengan jemput kau nanti"
"Mana tahu ada emergency"
"Oh.. Yelah"
~~~~~
"Kayla dengan Jimmy honeymoon semua okay?..Lancar ke?"
"Lancar je ma.. Hari ni dah nak pergi kerja.."
"Tak nak rehat dulu ke?"
"Jimmy okay je ma, nak cuti lagi.. Tapi risau dengan Kayla ni, mana tahu dia ada projek yang nak diselesaikan cepat"
"Oh.. Yelah.."
.....
"Boss Kayla"
"Kenapa Kayle?"
"Projek lama.."
"And?"
"Diorang dah lunaskan hutang dan nak teruskan projek dengan kita"
"Sambung jelah.."
"Nanti aku kena outstation lagi untuk tengok keadaan projek sekarang."
"Okay.. Dah sediakan semua benda ke?"
"Aku perlu persetujuan boss dulu.."
"Pergi je.. Kalau tak,aku je yang pergi"
"No.. Boss tak boleh pergi"
"Cause?"
"Boss dah bersuami,jadi tak boleh jauh-jauh dengan suami.. Nanti ada yang risau"
"Tsk, kerja tetap kerja.. Hal rumah tak boleh ikut campur"
"Tak apalah,boss..Aku ni single, jadi takkan ada yang menghalang aku ke manapun"
"Suka hati kaulah"
"Oh.. Kereta tak ambil ke?"
"Balik ni baru nak ambil"
"Hehe"
"Apa yang lucunya sampai nak ketawa?"
"Tak ada apapun.. Cuma rasa sweet sangat boss dengan suami.. Hantar dan ambil kerja.. Huuuh"
"Kau pergi buat kerja sekarang.. Jangan nak curi tulang"
"Alah boss ni.. Baru nak buka drama"
"Dah,dah.. Pergi sono, buat kerja"
"Yelah.."
Kayla tak nak Kayle ni nak mengarut banyak..
Jadi baik dia hentikan segera..
.....
"Kayla, nak ambil kereta, kan?"
"Ya"
"Tak masuk dulu ke?.. Bawa suami tu sekali"
Kayla memberi pandangan kosong pada Arid..
Sejujurnya dia tidak ingin bertembung dengan Arid..
Dia ingin menjauh..
"Okay"
Kayla memandang Jimmy di dalam kereta..
Dia mengajaknya masuk ke rumah dahulu..
"Kau duduklah dulu dengan diorang"
"Ck.. Kau ni,dengan suami sendiri tak hormat"
Jelingan tajam diberi pada Ery..
Penyibuk rumah tangga orang..
Jimmy tidak melakukan apa-apa..
Diam saja dia..
"Jimmy, Kayla.. Minumlah.."
"Terima kasih" Ucap Jimmy kepada Arana yang telah menjemput mereka minum..
Kayla menyiniskan senyumannya sebelum melangkah naik ke tingkat atas dan memasuki biliknya..
"Jimmy,macam mana perkahwinan kamu dengan Kayla.. Semuanya baik ke?"
"Semuanya baik, pa"
'Yelah tu.. Entah-entah tipu je'
Ery bercakap seakan berbisik,namun tetap didengari orang lain..
"Ery,kenapa cakap macam tu?"
Arid sedikit mengeraskan suaranya...
Tidak suka dengan perangai Ery seperti itu..
"Tak apapun, pa.. Dah perempuan tu kasar,gila dan kurang ajar, siapa percaya perempuan tu tak buat perkara buruk dekat Abang Jimmy ni?"
"Ery, jangan cakap macam tu.."
"Biarlah.. Biar Abang Jimmy tahu macam mana perangai perempuan tu.. Berlagak sangat.."
"Cukup, Ery.. Kayla tu kakak kamu.. Jangan nak cakap buruk"
"Heh.. Sekadar kakak tiri je pun.. Tak ada yang nak dibanggakan pun"
"Ery dah.. Jangan buat papa marah.." Arana cuba menenangkan keadaan..
Perkara lain boleh terjadi kalau terus dalam keadaan tegang..
"Biarlah, ma.. Papa ni sebenarnya pilih kasih.. Menangkan sangat anak kembar dia"
"So, kau cemburu?.. Tsk.. Aku dan Kayle tak perlukan papa kau yang menjadi punca mak kitorang mati.. Kau nak bawa papa kau pergi jauh sekalipun, kitorang takkan kisah"
Kayla tiba-tiba muncul turut berbahas di sana..
Pandangan mata tertumpu padanya..
"Halah.. Tak perlukan papa konon, tanpa papa, kau takkan wujudlah"
"Aku rela tak wujud berbanding jadi anak dia,pencurang..Dan kau perempuan,hal rumah tangga aku, kau tak payah nak risaukan..Busybody "
"Kau!!"
"HAHAHA.. Marah ke tu?"
Kayla membuat ketawa munafiknya..
Biar menambah rasa sakit hati Ery..
KAYLA ke bilik tidur neneknya..
Dia mencari neneknya di pelosok bilik..
Namun tiada sosok tubuh neneknya..
Dia kembali keluar dengan wajah seramnya..
"Nenek mana?"
Seisi rumah cemas dengan pertanyaan Kayla namun tidak pada Jimmy..
Jimmy hanya merasa pelik dengan keadaan sekarang..
"Aku tanya mana nenek?"
Pandangan Kayla terlalu tajam menusuk ke sesiapapun yang melihatnya..
"Aku TANYA..MANA NENEK!?"
DADA Kayla naik terus dengan cepat..
Kemarahan dia boleh meledak bila-bila masa..
"Sis"
Mata Kayla berpaling memandang ke Kayle yang baru saja memanggilnya..
"Kau kenapa ni?"
"Nenek mana?"
"Bukan kau bawa nenek keluar ke?"
"Kenapa aku nak bawa nenek keluar?"
"Diorang yang kata"
"Tak ada sebab untuk aku bawa nenek keluar.. Dan buat apa kau nak percayakan diorang yang berketurunan penipu"
"Jadi maknanya diorang tipu aku?"
"Semestinya"
Kening Kayle semakin bertaut..
Dia merasakan kemarahan memenuhi hati dan fikirannya..
Seberaninya mereka menipu dia..
"Biarkan orang tua tu tak ada dekat sini.. Menyusahkan orang"
Ery berkata sedemikian..
Kemarahan Kayla dah kemuncak..
Kayla berfikir mereka sudah membuang nenek agar tidak tinggal di rumah ini..
Kayla menuju ke Ery dan membelasahnya sepuas hati..
Walau banyak yang meleraikan Kayla, Kayla tetap meneruskan pembelasahan..
"Kayla!! Cukup"
Arid cuba menghentikan Kayla
Kayle tidak berdiam diri langsung menggenggam kolar baju Arid..
Jimmy turut cuba menahan Kayla..
Namun tidak berpeluang kerana Kayla menepis dirinya..
"Kau jangan nak tengking Kayla!"
Ketara urat-urat di permukaan kulit dahi Kayle..
"Kayle.. Kalau terus macam ni,Ery boleh luka teruk"
"Biarkan Kayla nak buat apa dia nak.. Sekarang jawab aku..Mana nenek!?"
"Kayle, jangan macam ni.. Lepaskan papa dan hentikan Kayla.. Kita bincang dan cakap elok-elok" Arana sekali lagi cuba menjadi penyelamat keadaan..
"Kau diamlah..Aku tak tanya kau!!"
"Kayle, lepaskan papa.. Dan kita cakap elok-elok"
"Jawab aku sekarang!! Atau aku belasah kau!?"
Keadaan sekarang sedikit huru-hara..
"Nenek tua tu dah tak ada dekat sini dan tak akan ada dekat sini lagi"
Ery mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya..
Dia dahlah dah cedera teruk sebab Kayla..
"Apa maksud kau!?"
Kayla mencengkam rahang Ery dengan kasar..
"Ery, diam..."
Papa menyuruh Ery diam dulu..
Biar dia jelaskan dengan baik..
"Kenapa kau suruh dia diam!?"
"Kayle..Papa cuma hantar nenek di rumah orang tua.. Papa pasti di sana dia lebih terjaga.. Kalau dia dekat sini, susah sikit nak jaga"
Kayle dengan tidak teragak-agak langsung memberikan tumbukan di muka papanya sendiri..
"TAK GUNA!. Anak macam apa kau ni sampai nak buang mak sendiri!?..Kau tak terfikir ke kalau kau yang kena buat macam tu!?.. Dibuang anak sendiri tapi aku rasa kau takkan terkesan pun kan.. Sebab aku dengan Kayla memang dah buang kau!! Dasar anak tak guna.. Macam ni kau buat dengan mak sendiri lepas dia dah susah-payah jaga kau.. Anak tak sedar diri"
"Hello!! Hormat sikit dengan papa..Nenek kena hantar sana sebab dia menyusahkan kitorang nak jaga dia..Dan papa pun dah besarkan korang sampai macam ni, tapi korang tetap buang dia!".Melly kini bersuara..
"Kau kata dia ni besarkan kitorang.. HAHAHA!! SO FUNNY, MELLY".Kayla memberikan tawa gilanya..
Share this novel