"William dan Ellyn"
'Kak Kayla'
Serentak mereka berdua melihat Kayla..
"Korang berdua buat apa dekat sini?"
"Tak buat apa-apa pun"
"Kenapa tak pergi sekolah?"
"Tak ada nak hantarkan"
"Takkan papa mama korang tak boleh nak hantar?..Kakak dengan abang korang?"
"Semua sibuk kerja dengan belajar"
"Korang dari mana nak ke mana ni?..Panas-panas ni dekat tepi jalan"
"Kitorang tak tahu nak ke mana dah.."
"Dah makan ke belum?"
"Belum"
"Bapa korang yang kaya tu tak bagi duit kat korang ke?"
"Lupa bagi"
"Hrmm..Dahlah,jom ikut lunch sama dengan Abang Jimmy ni"
"Boleh ke,kak?"
"Mestilah boleh..Jom"
Jimmy menurutkan saja Kayla..
Lagi pula yang dibawa makan bersama itu dikira adik ipar dia..
.....
"Ni kad kredit untuk korang..Guna dengan baik dan jangan guna untuk benda tak elok"
"Okay,kak..Terima kasih"
"Ya.Hati-hati masa balik"
"Baiklah"
Tadi baru saja meraka berempt makan bersama..
Willim dan Ellyna akan dihantar pulang oleh Jimmy.
Kayla pula balik semula ke pejabatnya..
"Bang"
"Ya?"
William tiba-tiba memanggil Jimmy
"Kak Kayla layan abang dengan baik?"
"Baik"
"Dia pernah kata nak cerai?"
Berkerut dahi Jimmy mendengarnya..
Cerai?
Semestinya ada Kayla cakap..
"Kenapa tanya macam tu?"
"Kalau Kak Kayla minta cerai,tolong jangan ceraikan dia"
"Baiklah tapi Kak Kayla ada kata nak cerai dengan abang ke?"
"Dia tak kata dengan kitorang tapi kami dengar dia nak cerai dengan abang masa dia berbual dengan Abang Kayle"
"Kenapa macam tu?"
"Ellyna rasa tu sebab mama papa dengan ex-boyfriend dia"
Ellyna kini bersuara..
"Ex-boyfriend?"
Jimmy tak sangka pula Kayla ada boyfriend dulu..
Susah nak percaya..
"Ha'ah..Buat pengetahuan abang,banyak tau yang on crush dengan Kak Kayla tapi Kak Kayla setia dengan boyfriend dia"
Wah,setia..Tak rugi Jimmy berjuang ambil hati Kayla..
"Dulu Kak Kayla kasar ke?"
"Kasar..Cumanya tak sekasar macam sekarang..Tak dinafikan yang dia semakin kasar sebab orang sekeliling dia"
"Oohh..Kak Kayla ada banyak ex ke?"
"Tak banyak..Satu je.."
"Oh ya..Apa yang ex Kak Kayla buat dekat dia sampai boleh pengaruh keputusan dia nak bercerai?"
Perkara apa yang ex Kayla buat sampai Kayla boleh trauma?
"Kak Kayla mungkin takut nak buka hati dia dan kalau boleh dia memang tak nak buka hati dia pada sesiapa pun..Dia juga mungkin tak nak abang kecewa kalau dia tak dapat nak buka hati dia..Sebab dulu ex dia pernah tinggalkan dia hanya sebab ex dia dah bosan"
"Kejam"
"Ya,kejam.."
Itu sangat kejam ya..
Tinggalkan orang yang cintakan dia hanya sebab BOSAN!!
Jenis orang macam ni harus dihindari..
Kerana boleh menyebabkan sakit hati yang teramat..
"Abang jangan ceraikan Kak Kayla tau..Lyn tahu akak tak layan abang dengan lembut tapi Lyn pasti Kak Kayla akan berlembut bila abang dah ambil hati..Bagi Lyn,abang dah cukup baik untuk jadi suami Kak Kayla,mesti Kak Kayla takkan sia-siakan abang..Semoga abang takkan rasa bosan dengan Kak Kayla"
Jimmy tersenyum tenang..
Betul ke dia dah cukup baik untuk Kayla?
Kenapa dia rasa masih ada yang kurang untuk bersama Kayla?
"Abang takkan ceraikan Kak Kayla..Abang janji akan cuba bahagiakan dan jaga baik-baik Kak Kayla"
"Terima kasih,bang.Nanti cepat-cepatlah dapat baby"
"William!"
Tangan Ellyna melaju menampar bahu William..
Jimmy hanya tersenyum..
Agak kelakar mendengar kata-kata William..
Sabarlah William..
Kak Kayla kau tu bukannya senang nak ambil hati..
Nak sentuh pun dengan cara paksa..
"Tunggu Kak Kayla dah boleh terima abang"
Share this novel