Kayla duduk bersandar di kerusi rehat berhadapan laut indah..
Jimmy tidak berada di sana..
Kayle tadi diminta Jimmy untuk berbual dengan Kayla..
"Kayle.. Pergilah berbual dengan Kayla tu.. Mood dia okay tu"
"Tapi kalau aku spoil-kan mood dia macam mana?"
"Tak.. Aku pasti takkan terjadi macam tu.. Pergi, ambil masa korang"
"Betul ke?"
"Ya.."
Kayle perlahan-lahan mendekati Kayla...
"Kita ambil haluan masing-masinglah.. Kita tak boleh berduaan walaupun berada di tempat umum.. Nanti ada yang cemburu"
"Saya faham.. Saya pergi dulu.."
Shana dan Jimmy berjalan ke arah berlainan..
Mereka tak nak pasangan mereka berfikir negatif soal mereka berdua..
"Sis.."
"Ermm"
"Kau okay?"
"Ya.."
"Aku nak cakap pasal masalah sebelum ni boleh?"
"Ermm"
"Kau masih marahkan aku pasal aku cakap kau lesbian ke?"
"Tak"
"Aku tak kerja dengan bagus ke?"
"Bukan.."
"Dah tu kenapa?.. Apa yang aku dah buat sampai kau macam ni?''
"Betul nak tahu?"
"Mestilah.."
"Aku kecil hati bila kau tak serius dengan Shana.. Aku tak suka bila kau berhubungan dengan perempuan tanpa berfikir untuk serius.. Lepas tu, aku tak nak kau jadi macam suami mama.. Masa bercinta sebelum kahwin, semuanya romantis.. Bila dah kahwin, rasa bosan.."
"Sis.."
"Shut.. Diam dulu.. Aku juga tak suka hubungan korang setakat kekasih.. Kau tu bolehlah nak kahwin lambat, Si Shana tu mana boleh kahwin lewat.. Nanti dikata andartu padahal kau yang tak bawa dia kahwin. Bila kau tak bawa dia kahwin, kau membuang masa untuk perkara tak penting dan menyebabkan dia tak jumpa pasangan yang lebih sesuai"
"Sis.."
"Diamlah dulu.. Aku tak habis cakap lagi"
"Okay, sambung"
"Kau adik aku,kan?"
"Ya"
"Jadi aku tahu macam mana diri kau.. Kalau kau tak serius dalam sesuatu, perkara tu akan menjadi sesuatu yang buruk.. Perkara kecil tak apa tapi pasal perasaan orang.. Kalau tak terfikir nak serius, baik tak payah couple"
"Dah siap?"
"Ya"
Kayle menarik perlahan tangan Kayla dan dielus lembut..
"Sis.. Aku memang kata tak serius tapi bukan bermakna selamanya aku tak serius.. Aku dengan Shana cuma nak kenal-kenal dulu, cari keserasian.. Nanti bila dah empat lima bulan ke, kitorang barulah fikir sama ada nak serius atau tak.. Aku takkan jadi macam orang tua tu.. Aku juga takut nanti anak aku jadi macam kita.."
Kayle kini mengucup tangan Kayla..
"Betul ke ni?''
"Ya.. Kalau kitorang sama-sama nak serius, aku pasti kitorang sampai berkahwin.. Jangan risau.. Aku takkan buat kau risau.."
"Janji?"
"Janji.."
"Okay.."
"Terima kasih"
"Apa?"
"Terima kasih untuk risaukan aku dan Shana"
"Mestilah risau. Kaukan adik aku.. Lainlah kalau kau orang luar"
"Terima kasih lagi.. Nak peluk, boleh?"
"Boleh.. Come"
Kayla mendepakan sedikit tangannya untuk memudahkan Kayle masuk ke pelukannya..
Kayle pantas menyambut pelukan Kayla..
Dia kini tenang..
Selepas mendengarkan penjelasan Kayla..
Dia pasti kakaknya takkan marah, merajuk atau dingin dengan dia kalau tak ada perkara penting..
Dia faham kakak dia dan perangai ni tak berubah walaupun Kayla mengandung..
Kayle gembira dapat kakak seperti Kayla..
Kayla ialah wanita terbaik selama hidupnya..
Kayla sungguh memahami dia.. Semoga isterinya boleh memahaminya juga seperti Kayla..
"Sis.."
"Ermm.."
"Terima kasih jadi kakak aku.. Selama ni kau banyak korbankan diri kau, masa kau, kehidupan kau untuk aku yang tak berguna ni"
"Kau janganlah cakap macam tu.. Kau adik aku dan aku kakak kau.. Tugas seorang kakak adalah menjaga baik adik dia dan aku tahu kau juga akan jaga aku.. Kau sangatlah berguna.. Kalau kau tak berguna, kau tak sampai di tahap sekarang"
"Terima kasih, sis"
"No problem, my little brother.. Dahlah, nanti aku bersedih pulak di sini"
"Baiklah.."
Mereka meleraikan pelukan..
"Jimmy.. Kayla mana?"
"Kayla depan pantai.. Kenapa?"
"Kami nak jumpa dia, boleh?"
"Biar saya tanya Kayla dulu.. Saya tak nak dia marah"
"Ya, tanyalah dulu"
Mama papa Melly berada di tempat sama di mana Kayla bercuti..
Tidak tahu bagaimana boleh berada di tempat yang sama..
"Sayang"
Jimmy memanggil Kayla..
"Ermm.."
"Mama papa Melly nak jumpa''
"Buat apa?"
"Tak tahu.."
"Okay-lah.. Bawa sini..''
"Saya panggilkan"
Jimmy kembali menjumpai mama papa Melly..
Share this novel