Mulanya dia ingat dia boleh tahan rasa sakit ni.
Tapi sebenarnya tak.
Lepas mandi dan makan panadol. Sakitnya tak surut-surut malah makin teruk.
Dia try call Austin, tapi lelaki tu kata dah keluar mancing dekat luar bandar. Jauh dari sini. Kalau nak ke sini ambik masa setengah hari. Hazel tak nak kacau cuti abang dia memandangkan mereka susah nak dapat cuti.
Nak tak nak Hazel ambil keputusan untuk call Ace. Siapa lagi dia boleh mintak tolong lagi. Tapi bila dia call tak dijawab. Asyik voicemail je.
Termenung la dia dekat atas katil tu. Sedang kumpulkan tenaga yang ada untuk bawa diri ke hospital seorang diri sekejap lagi.
BRETT~~BRETT~~
Bunyi deringan loceng rumah kedengaran tak lama Hazel memejam mata. Terlelap sendiri tanpa sedar semasa dia termenung.
"Jiran!!"
DUNG!DUNG!DUNG!
Si kecoh sorang tu kan!
Masa ni jugak ke nak menyemak?
"Oi! Jiran! Kau ada dekat dalam tak! Aku ada beli daging stik lebih ni! Nak tak!"suara Jax melaung jelas kedengaran dari bilik tu.
BRETT~~BRETT~~
"H.A.Z.E.L J.U.N.E"nyanyi Jax guna lagu kanak-kanak ABC
Berasa jengkel dengan bunyi bising itu, Hazel angkat badan dia bangun dari katil lalu gerak keluar dari biliknya.
Menggunakan dinding sebagai penyokong Hazel gerak ke arah pintu lalu bersandar pada permukaan pintu itu bila kepala dia berdenyut sakit hendak pitam.
Dung!Dung!
"Hazel!"
Tak larat, Hazel perlahan-lahan duduk melurut dekat tepi pintu tu. Matanya terpejam rapat, nafas dia naik turun tak sekata.
"Keluar ke dia?Hari ni bukan cuti ke?"cakap Jax sendirian dekat luar pintu. "Haih..dia ni..dah la tak save nombor aku...lagikan aku nak call dia...memang tak ler..."bebel lelaki tu lagi.
Hazel yang dengar sayup-sayup suara tu cuba kuatkan tangan dia di angkat untuk buka pintu tu tapi terjatuh semula ke bawah. Dalam hati Hazel dah merayu supaya Jax tidak pergi. Dia betul-betul tak larat.
DIT!DIT!DIT!
Bunyi pad pass code pintu kedengaran dari luar pintu tak lama kemudian. Mungkin Jax hendak masuk ke dalam rumah.
Hazel yang dengar dah cemas. "Jangan pergi.." jerit Hazel dalam hati. Kalau dia larat lama dah dia jerit, masalahnya badan dia betul-betul lost function sekarang ni.
PLAK!
Tiba-tiba masa itu la pintu rumah Hazel terbuka.
Terus suara dan bau wangian yang biasa Hazel hidu setiap kali bersama orang itu menerpa sisa fungsi dia,
"Hazel!"Jax melutut dekat sebelah Hazel lepas nampak wanita itu duduk dekat tepi pintu. Dah agak dah. Mesti ada something berlaku. "Kenapa ni?Kau sakit ke?"Jax sentuh pipi Hazel dengan kening berkerut. "Panasnya badan kau...patut la kau tak menyahut...biasanya kau menyahut setiap kali aku datang tak kira la apa kau buat...mesti kau bukak pintu...."
Hazel hanya dengar celoteh tu. Dah biasa dengar. Lelaki bubbly menjegkelkan ni kalau tak bercakap banyak bukan Jax la namanya.
"Boleh bangun tak ni?"
Hazel menggeleng lemah.
"Itu la...aku bagi nombor kau tak nak save, Kalau kau save kan senang,..."bebel Jax lagi sebelum gerak masuk ke dalam dan tinggalkan Hazel sendirian dekat situ. Beberapa ketika kemudian, lelaki tu muncul dengan jaket labuh, dompet dan telefon Hazel dekat tangan. Daging stik tadi dia letak dekat atas almari kasut Hazel.
Tidak cemas tidak gelabah, Jax hanya bersahaja. Relaks je macam tak ada apa-apa berlaku dia tangani situasi tu.
Hazel bukak mata dia yang sedang berat dan berdenyut sakit tu untuk perhatikan apa aje la si psiko tu tengah buat.
"Jom kita pergi hospital..."ajak Jax sewaktu bercakung depan Hazel yang masih bersandar di tepi pintu tak berdaya. "Beritahu aku kalau aku sakitkan kau..."pesan Jax semasa sarungkan tangan Hazel dekat lengan jaket tu.
Tak ada tenaga nak cakap, Hazel hanya biarkan tangan tu sentuh dia.
"Larat nak jalan tak?"tanya dia sambil menarik zip jaket tu untuk tutup badan Hazel dari dimasuk angin.
"Tak."sebut Hazel dengan perlahan.
Sambil tersenyum nipis, Jax seluk tangan ke bawah lutut Hazel dan belakang bahu itu lalu diangkat gaya pengantin. "Jangan risau...kau boleh tidur..aku ada dengan kau."bisik Jax dengan perlahan semasa bangun dari situ.
Tangan Hazel gerak mencengkam kain kemeja yang dipakai Jax sebelum memejam mata dan tidak sedarkan diri sesaat kemudian.
Jax ambil peluang itu untuk kiss tepi dahi Hazel yang panasnya seakan menyentuh permukaan water heater yang baru menggelegak.
Share this novel