"Kau sure tak ada siapa tahu aku tinggal sini?"tanya Jax sambil pandang bosan ke skrin telefonnya dari balik cermin mata hitam yang di pakainya.
"Ya...kami dah pastikan semua security dekat situ. Tak ada siapa tahu Encik Jax pindah apartment."
Disebabkan kes stalker dan antifans semakin menjadi-jadi Jax terpaksa pindah ke apartment baru buat kali kelima untuk bulan ni. Percaya la hidup sebagai orang popular bukan perkara yang mudah. Ianya satu pekerjaan yang penuh risiko dan melelahkan!
"Pastikan...atau kau orang aku pecat!"getus Jax dengan jengkel pada pengurusnya.
"Rumah Encik Jax ditingkat 23, bilik nombor 2301."maklum pengurus Jax.
"Hm."angguk Jax yang mula menanggalkan seatbelt dari badannya. Jaket hitam di sarung ke badannya sebelum dia buka pintu kereta tu.
"Nak saya temankan sekali ke?"soal Pengurus Jax pada lelaki tu.
"Tak payah"sentap Jax sebelum keluar dari kereta tu dan berjalan melalui laluan pavement itu dengan langkah berjaga-jaga. Takut kalau ada orang nampak atau mengintip dia di situ. Jangan buat main wei...peminat fanatik ni gayanya lain macam sikit.
Ada satu hari tu dia siap terima pakaian dalam dengan wajah seorang wanita lagi tu yang berdarah okay! Eeewwww! Meremang bulu roma bila dia ingatkan balik.
Sambil ketuk hujung kasut, Jax berdiri depan pintu itu dengan tangan bersilang di dada. Menanti pintu itu terbuka. Lima minit macam tu, muncul seorang wanita dari hujung koridor lalu menyertai dia di depan pintu lif.
Berasa awas dengan situasi itu, Jax intai lihat wanita di sebelahnya dari atas cermin mata hitamnya dengan renungan judging. Dari atas ke bawah, wanita itu kelihatan decent. Wajah boleh tahan, tinggi paras tepi lengan dia, tak sampai bahupun. Dah siapa pulak wanita ni?Takkan la peminat dia lagi?!
DING!
Pintu lif terbuka.
Wanita itu terlebih dahulu berjalan masuk ke dalam lalu diikuti Jax kemudiannya.
Masuk saja ke dalam lif itu Jax tekan butang tutup lif lalu menekan tingkat 23. Wanita di sebelah dia tak cakap apapun nak naik tingkat berapa. Jadi semakin yakin Jax yang wanita ini adalah stalker dia. Dia pun pandang la ke wanita di sebelahnya dengan renungan menyampah.
Seriously ladies?Memangnya tak ada lelaki lain apa nak dikejar?Dia jugak yang nak di gilai kenapa?
Kotak digit pada lif itu beritahu mereka sudah naik ke tingkat 11. Tapi wanita itu sikit pun tak bergerak atau bersuara. Malah hanya renung dingin ke depannya seakan tak peduli Jax di sebelah.
Hal itu buatkan Jax agigated dengan situasi dalam lif tersebut. Oleh itu dia ambil keputusan untuk bertindak terlebih dahulu sebelum wanita ini cuba lakukan sesuatu kepadanya.
"Hei."dia pandang ke wanita di sebelahnya dengan muka menyampah.
Wanita itu palingkan kepala ke Jax dengan renungan jengkel. Seakan bertanya 'kau apahal!' pada Jax.
"Kenapa kau tak tekan tingkat berapa?"soal Jax.
Wanita tu kembali pandang ke depan lepas tu. Seakan dia malas nak pedulikan Jax.
Melihat reaksi auch tak acuh dari wanita tu, kening dia berkerut tak puas hati."Tak dengar ke...asal kau tak tekan tibgkat berapa kau nak berhenti?"soal Jax lagi.
Wanita tu bergerak nak buka mulut, tapi Jax kembali bersuara lagi.
"Ya...ini aku...Jax Cohen..."Jax tanggalkan cermin mata dari wajah dia lalu pandang kesal ke wanita di sebelahnya. "Berapa lama kau dah ekori aku hah?"
Sambil buat muka 'what the f*ck' pada Jax, wanita itu hanya pandang dengan kening berkerut. Apahal pulak mamat over confident ni??
"Macam mana kau tahu tempat baru aku...setahu aku baru hari ni aku pindah."Jax palingkan badan dia menghadap wanita itu. "So?Apa kau nak aku buat sekarang?Nak aku bagi autograph?Huh?Gambar bersama?Lepas tu boleh kau pergi dari sini?"aju dia.
Wanita itu lepaskan hela nafas pendek seakan mahu cepat-cepat keluar dari situ. Entah siapa-siapa lelaki ni tetiba nak tanya dia itu dan ini. Memangnya dia kenal?
Mata Jax lirik dari atas ke bawah. "AKu pandang je tahu kau ni masih muda. Patutnya kau jangan la buang masa kau dengan buat benda pelik-pelik macam ni. Stalk privasi orang lain macam tak ada life. Hidup la baik-baik...jangan rosakkan imej kau ni..gunakan usia muda kau ni dengan perkara berfaedah dan berguna..."komen Jax lagi dengan nada semakin lama semakin tinggi. "Kau ingat aku takut. Kau cari pasal dengan orang yang salah tahu tak ini bukan kali pertama aku handle hal macam ni-"
DING!
Pintu lif terbuka sebaik saja ia tiba di tingkat 23.
Tanpa berkata apa-apa wanita itu terus gerak keluar dari situ begitu saja. Tak tahan dia!
"Hei!Hei! Ke mana kau nak pergi hah!" pandang Jax dengan dumbfounded bila wanita tu belok ke selekoh yang sepatutnya dia yang belok. "Hei! Si stalker tu kan...kau nak pergi tempat aku ya!"marahnya sambil bergegas keluar dari lif tu. "Where you thingking you goi-"terus terhenti bebelan Jax bila wanita tu berdiri dekat depan sebuah pintu.
Sekali bila dia pandang nombor rumah yang ada dekat pintu itu lalu ke pintu satu lagi yang ada dekat sebelah hujung kanannya, Jax terus tersengih menampakkan barisan gigi.
2300?
2301?
"Oh...kita jiran rupanya...awak duduk rumah sebelah ni ke...hahaha...rumah saya nombor 2301 tu...baru pindah hari ni. Mesti terkejut kan."kata Jax dengan nada mesra dia tiba-tiba.
Wanita tu beri renungan judging ke Jax. Jiran sebelah rupanya. Ingatkan lelaki psiko mana yang sesat terlepas dari hospital sakit jiwa tadi. Dia pandang je muka handsome depannya tanpa berkata apa-apa.
Jax tarik sengih kekok taktala dirinya di pandang oleh wanita depannya dengan lama. "Awak tak kenal saya ke?"soal dia.
Wanita itu buat muka. "Perlu ke aku tahu siapa kau?"tanya dia bernada tak berminat.
"Oh...awak tak perlu tahu"sengih Jax dengan muka terkilan. Serious?Cik depan dia ni tak kenal siapa dia? "Dah tu kenapa awak pandang saya macam tu?"senyum dia lagi.
"Aku nak punch in kod keselamatan pintu aku ni hah...kau tu yang berdiri dekat sini...kau rasa?"balas wanita itu.
"Hehehah ya..sorry...sorry.."Jax palingkan kepala ke arah lain dengan mula malu dia.
Tanpa berkata apa-apa wanita itu tekan nombor pada pad keselamatan pintu dia. Terbuka saja pintu itu, dia tarik pintu itu lalu dihempas tutup dengan kuat.
Terkedip mata Jax selepas itu sebab hempasan tersebut. "Haish.perempuan tu kan...ingat diri dia tu siapa?"pandang Jax ke pintu itu dari atas ke bawah dengan jengkel. Sakit pulak hati dia. "Serius?Takkan la dia tak kenal siapa aku?"Jax pegang dada dia sendiri dengan muka terkilan. "But how?Did she from cave?"pandang Jax ke pintu rumah wanita tadi.
Share this novel