Hazel jalan merentasi ruang restoran itu dengan perasaan gemuruh. Harap-harap mama dia tak agigated dia untuk buat scene dekat sini.
Bersama dulang berisi empat hidangan itu, Hazel akhirnya tiba di sebuah meja dimana terdapat empat orang yang dudukinya.
"Maaf kerana lewat. Ini pesanan puan dan tuan."ucap Hazel setiba di tepi meja itu.
Bersama senyuman di bibir masing-masing mereka berempat pandang ke arah Hazel.
"Ha..ini la dia tukang masak yang saya katakan tu Puan Angelina..Uncle Damien." Hunter tiba-tiba je tunjuk tangan ke Hazel.
Angelina dan Damien pandang Hazel dengan senyuman nipis di bibir. "Tak mengapa. Kamu boleh hidangkannya."ujar Damien pada Hazel.
Mata Hazel terarah pada wanita yang duduk di sebelah Hunter.
Eh?
Bukan ke ini Janis?
Janis yang perasan siapa Hazel berkerut kening. Bukan ke ini perempuan yang bersama dengan adik lelaki dia hari tu? Perempuan ni kerja dekat sini?
"Kamu suka masakan dia?"tanya Mama Hazel dengan senyuman di bibir.
Hunter yang dengar ikut senyum senang. "Lebih dari suka...ianya marvelous."seloroh dia sewaktu dongak memandang Hazel dengan renungan adore.
Janis perasan hal itu, dia perasan cara Hunter pandang tukang masak recehan ni! Tukang masak kot...takkan la dah angau. Seriously?!
Mama Hazel ketawa."Bagus la kalau kamu suka..."
Hazel agihkan satu persatu hidangan ke depan mereka. Mulanya dia berikan kepada Damien sebab lelaki tu lagi tua. Kemudian kepada mama dia. Seterusnya Hunter dan akhir sekali kakak kepada Jax.
Janis ambil peluang tu untuk kenakan Hazel. Masa Hazel gerak ke belakang kerusi dia nak ke tepi, Janis hulurkan kaki keluar. Lalu mengakibatkan Hazel tersandung.
Hazel yang sedang memegang pinggan berisi spageti oglio olio tersimbah makanan tu ke arah Mama Hazel sebelum Hazel jatuh merangkak dekat lantai tu.
Berdiri terkejut Mama Hazel sejurus itu.
Sementara Janis dah tarik sengih jahat secara sembunyi.
Hunter dan Damien hanya pandang terkejut.
"Hazel June!"panggil mama Hazel dengan marah. Anaknya ni sengaja ke apa!
Hazel bangun dari merangkak dia lalu berhadapn dengan mama dia. "Ma-"
PANG!
Tak semena satu tamparan hinggap di pipi kanan Hazel sejurus itu. "Kamu sengaja ke apa ni?"
Damien dapatkan isterinya lepas kejadian tu berlaku.
Sementara Janis hanya duduk di situ dengan perasaan puas hati. Rasakan! Itu akibatnya jadi orang tak sedar diri. Tak sedar diri tu tukang masak. Ada hati nak pikat Hunter dengan masakan murahan ni?Please la!
Hunter yang lihat sendiri rasa sebu taktala bunyi tamparan itu kedengaran. Kuat betul! Mesti sakit.
"Sayang sudah la tu."minta Damien sambil pegang kedua-dua belah tangan Angelina.
Nafas Hazel dah naik turun setelah tamparan tu hinggap dengan padu ke pipi dia. Sampai hati betul mama dia tampar dia sebelum dengar penjelasan dia. Depan orang ramai pulak tu! Mentang-mentang la dia ni anak mama dia, suka hati je sakiti dia.
Hazel tundukkan pandangan ke bawah bersama wajah kelam. Tak berani nak tunjuk perangai depan orang ramai. Mama dia kenal masak dengan dia.
Angelina tahu, Hazel ni kalau boleh tak nak orang tahu mereka berdua ni anak beranak. Sebab itu dia selalu cuba cabar Hazel untuk lontar tantrum kepada dia dan terlepas cakap 'minta maaf'.
Tapi tak...Hazel ni keras kepala dan degilnya mengalah batu sendiri.
"Lihat apa kamu dah buat!"tunjuk Angelina pada pakaiannya. Habis kotor terpalit dengan kesan sos spageti dan kuning cheese.
"Tak apa...baju je pun."pujuk Damien lagi.
Hunter dalam diam mengepal penumbuk. Mata dia gerak ke Janis. Dia perasan Janis sejak tadi diam tersenyum melihat situasi di depannya.
Hazel gerak melutut dekat lantai tu lalu bersihkan makanan yang sepah tadi dekat bawah dan sekitar meja tu.
"Tak ada mood saya nak makan...saya balik dulu tukar pakaian."reggus mama Hazel sebelum lemparkan renungan kesal Hazel.
Janis selak rambut dia ke belakang bahu dengan senang hati.
Share this novel