29.

Drama Completed 12530

"Happy birthday to you!Woooooo!"sorak semua tetamu dekat situ sambil tepuk tangan sewaktu Damien potong kek di samping isteri tercinta. Senyuman lebar terukir di bibir masing-masing.

Mata yang perhati dari jauh itu tak berkelip sejak tadi. Berharap sangat apa yang difikirkan akan terjadi. Tapi tidak. Dia hanya mampu bayangkan saja untuk bendung amarah dia dari meledak yang mana berjaya.

"Kau tahu kalau kau nak buat apa je yang kau tengah fikirkan tu...aku akan join.."tegur Austin dekat sebelah.

Hazel palingkan kepala dia ke kanannya dan memandang Austin turut memandang ke arah yang sama. "Apa maksud kau?"soal dia dengan nada tiada mood.

Austin hadapkan badan dia ke Hazel. "Aku tahu kau tengah bayangkan something untuk lepaskan marah kau sekarang kan?"dia lentokkan sedikit kepala memandang Hazel.

Austin ni..tahu je apa dia fikirkan. Memangnya lelaki ni ada kuasa psikik ke sampai boleh tahu apa yang dia sedang fikirkan. "Jangan risau...aku dah settle pun sejak dia orang kenalkan kita pada tetamu tadi."Hazel silangkan tangan ke dada.

"Huargh..."nguap Austin dengan letih kesan ubat tidur yang diberikan kepada dia masih tersisa. Ibu jenis apa la Angelina ni sampai sanggup bius anak sendiri. "Aku harap tak ada orang lain tahu kita ni anak mama bila keluar nanti. Kalau berita ni tersebar, sumpah aku takkan keluar rumah lagi..."geleng dia sewaktu gerak hendak pergi cari makanan sebelum dia tertidur dekat sini sebab kebosanan.

Hazel yang perasan abang dia hendak pergi dari situ pandang langkah tu.. "Kau nak ke mana?"soal dia.

Tanpa berpaling, Austin terus jalan ke depan sambil bersuara. "Makan!"laung dia.

"Makan aje la kerjanya.."Hazel menjuling mata menyampah.

Tak nak lama-lama dekat situ, Hazel gerak hendak keluar dari situ. Namun baru sahaja kaki dia hendak ke depan Hazel terundur ke belakang semula dan nafas tertahan di tekak dan mata bulat terbutang memandang ke depan.

OH.

MY.

GOD.

Serius?

Asal lelaki ni boleh ada dekat sini?

Di situ.

Depan pintu masuk ball room itu, munculnya tiga figura yang dia harap sangat dia takkan temui malam ni. Tapi tidak. Nampaknya takdir dia dah terikat dengan mereka bertiga.

Di sebelah kanan berdirinya Hunter yang semenangnya sentiasa segak dan kacak berjalan seiring bersama Janis Eula yang mungkin pasangan lelaki itu kerana tangan wanita itu merangkul erat lengan tu. Dan di sebelah kiri Janis berdirinya si devil sendiri, Jax Cohen yang tak pernah tak nampak seperti model sendiri. Mereka kemudiannya berpisah ke dua arah berbeza. Hunter dan Janis bersama. Jax seorang diri.

Kejung Hazel dekat situ lepas nampak tiga orang tu.

Buat apa mereka ke sini?

Banyak-banyak tempat sini jugak mereka datang. Mujurla mereka datang sewaktu sesi suai kenal selesai. Kalau tidak mahunya mereka tahu siapa identiti sebenar dia. Lalu Hazel mencelah para tetamu di situ hendak sorokkan diri dari di lihat mereka.

Hazel pandang kanan dan kiri dia cari sesuatu. Harap-harap Austin tak ditemui mereka. Tanpa buang masa. Hazel gerak ke situ hendak larikan diri sebelum dilihat mereka.

Entah macam mana, mungkin dia langkah kiri sebelum keluar rumah tadi, Hazel bertentang mata sekejap dengan orang itu. Terangkat tinggi terus kening orang tu lepas nampak Hazel yang tak jauh dari tempat dia sedang berdiri.

Dengan wajah terkejut, Hazel cepat-cepat palingkan muka ke arah lain.

"Sh*t!Sh*t!Sh*t!"gumam Hazel sebelum angkat kain dress menyapu lantai dia tinggi-tinggi lalu larikan diri dari situ setelah dirinya ketahuan. Pada masa itu juga Hazel bertentang mata dengan sepasang lagi mata tanpa sengaja bila dia lalu jalan yang sama dimana orang itu lalu.

Damn!

This gonna be a long night!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience