Mata Austin gerak memandang sekeliling apartment itu dengan renungan redup dan sayu. Sudah tiada lagi barang kelihatan. Yang ada hanyalah kotak dengan label-label tertentu. Memberitahu dia bahawa adiknya sudah nekad.
"Bila flight kau?"tanya Hazel semasa muncul dari bilik bersama beg kertas di tangan.
"Sejam lagi."Austin angkat kepala memandang Hazel jalan dekati dia yang sedang duduk di sofa yang sudah di tutup dengan kain putih.
Hazel duduk dekat sebelah Austin lalu serahkan beg kertas itu kepada abangnya. "Untuk kau.."
Austin pandang beg kertas tu. "Apa ni?"tanya dia masa pandang ke dalam beg tersebut sebelum nampak satu jurnal warna purple yang tebal di dalamnya. "Resipi kau?"tanya Austin dengan nada terkejut.
Hazel mengangguk kepala. "Ha'ah..aku bagi kau. Ada masa try la masak."
Bibir Austin mengigil hendak menangis, namun dia ketap erat-erat lalu tundukkan kepala ke bawah.
Hazel angkat tangan lalu usap kepala Austin dengan senyuman nipis di bibir. "Terima kasih."ucap dia sebelum turunkan tangannya ke bawah.
Austin angkat kepala dan gagahkan diri dia untuk tak menangis. "Aku cuba ajak mama sekali jumpa kau sekali sebelum kita bertolak...tapi dia-"
"It okay...aku faham."pintas Hazel dengan sebu di dada. Dia berharap yang dia dapat peluk mama dia sebelum anak beranak ini pergi. Tapi nak buat macam mana, mama dia sendiri tak suka ada anak tak dengar kata seperti dia."Kau jumpa aku pun dah memadai. Apapun take care. Do your best.."Hazel buat kepalan penumbuk beri semangat.
"Bila kau pindahkan barang-barang ni?"soal Austin sambil pandang sekeliling ruangan apartment itu yang sudah hampir kosong.
"Hari ni dia orang datang ambik."jawab Hazel yang turut memandang sekeliling apartment tersebut dengan renungan sedih.
Austin kembali memandang Hazel. "Jiran kau tahu tak kau nak pindah?"
"Tak...dia belum tahu lagi. Aku pun tak sempat nak berkhabar dekat dia sebab dia sibuk memanjang. Dah dekat tiga hari dia outstation dekat Paris untuk fashion runaway..."cerita Hazel yang teringat akan perbualan dia dengan Jax beberapa hari sebelum lelaki tu bertolak.
"Berapa lama?"Austin tanya lagi.
"Seminggu?Entah aku tak ingat...encik kiah sorang tu kalau bercakap yang entah apa-apa keluar sampai aku dengar tak dengar je..."seloroh Hazel.
Austin ketawa. "Kelakar la..kau orang berdua ni kan sesuai tahu tak. Seorang serius...seorang goofy.."
Hazel hanya menarik senyuman nipis dengan komen itu. Ya, sesuai. Tapi dunia mereka yang berbeza boleh memisahkan mereka.
Austin lepaskan keluhan panjang kasihan sewaktu memandang Hazel. Entah bila la dia dapat lihat adik dia happy. "Kau dah jumpa kedai yang sesuai lepas pindah sana nanti?"
"Belum...aku akan cari lepas aku pindah sana."oleh kerana penat Hazel sandar ke belakang. Yalah kemas seorang diri packing barang, mana tak penat.
"Call aku kalau kau perlukan apa-apa..."pesan Austin sambil tepuk tangan Hazel yang berada di atas peha wanita itu.
Hazel mengangguk kepala faham. "Kau pun.." balas dia.
Austin beri senyuman pada Hazel sebelum depakan tangannya untuk peluk adik dia buat kali terakhir sebelum keluar.
Tanpa membuang masa, Hazel tolak badan dia dari sandar lalu masuk ke dalam pelukan itu. Pelukan yang selalu beri dia rasa selamat, tenteram dan senang seanjang dia membesar.
"Terima kasih sudi jadi abang, ayah dan ibu untuk aku..."ucap Hazel dengan lirih. Lepas ni tak ada lagi bebelan dan omelan yang dileteri oleh Austin untuk dia dengar.
"Sama-sama..."balas Austin sebelum kucup tepi kepala tu.
Share this novel