13.

Drama Completed 12530

Waktu itu jam sudah pun masuk 9 malam. Shift petugas malam pula akan datang ganti tempat mereka di hotel ni. Jadi mereka semua sibuk mengemas dan membersih sebelum balik. Ace dengan tangan bersilang dekat dada berdiri dekat depan dapur tu memerhati gerak geri anak buahnya berkerja. Dekat 10 minit macam tu, semua yang ada di situ mulai beransur keluar dari situ. Mereka pamit pada Ace setiap kali lintas lelaki tu depan pintu dapur tersebut. Tak lama selepas orang terakhir sapa Ace, Hazel berjalan keluar dari bilik persalinan sambal tunduk mengikat kemeja dekat sekeliling pinggang dia.

"Hazel..."panggil Ace.

Kepala itu tersentak pandang ke atas lepas dengar. Dengan kening berkerut Hazel jalan dekati Ace sebelum berdiri depan lelaki tu.

"Can we talk?"minta Ace sambal seluk tangan dalam poket apronnya lalu mengeluarkan sekeping kad darinya.

Mata Hazel gerak memandang kad hitam yang dipegang oleh Ace sebelum pandang muka lelaki tu. "Ada apa?"

"Boleh saya tahu kenapa awak dapat kad nama dari Pengarah Eksekutif Hotel Lunar Aurora?"tanya Ace sambil tunjuk kad yang dia kutip dalam tong sampah tadi lepas Hazel jumpa VVIP pagi tadi.

Hazel buat muka tak kisah. "Kenapa?"

Ace dekatkan diri dia ke depan Hazel."Apa yang dia bincangkan dengan awak sampai awak boleh terima kad dia?"

"Rasanya apa urusan dia dengan aku bukan masalah kau untuk tahu.."balas Hazel sambil silangkan tangan ke dada saat dongak memandang lelaki lampai di depannya. Dia tak takut dengan Ace. Sekalipun lelaki ni kelihatan tegas dan menakutkan bila marah. Dia takkan berganjak.

"Urusan saya sebab ada sesuatu yang dia beritahu awak sampaikan dia tawarkan kad hitam dia ni...awak tak kenal dia Hazel...dia bukan saja seorang ahli perniagaan biasa-biasa yang orang selalu katakan tu.."kata Ace dengan renungan risau dia. "Jangan cakap dengan saya yang dia minta awak untuk bekerja dengan dia...."duga Ace.

Terus mencerun kening Hazel lepas dengar. Memangnya Ace ni boleh baca fikiran dia ke? "Kalau ya kenapa?"

"Awak cakap apa dengan dia?"nada Ace rendah semula seperti merajuk masa bertanya tu.

Mata Hazel kerling ke kad hitam itu. Dah sah-sah jawapan depan mata di tanya lagi buat apa. "Dari mana kau dapat kad tu?"tanya dia sambil juih bibir ke kad itu.

"Tong sampah"jawab Ace.

"Dah tu kenapa kad tu boleh ada dalam tong sampah?"tanya Hazel lagi.

Ace pandang kad itu dan Hazel silih ganti buat beberapa kali hendak proses apa yang cuba Hazel sampaikan.

"Awak tak terima tawaran dia?"soal Ace cuba teka.

Hazel menjuling mata menyampah. Duh!Of course. Kalau dia terima tak adanya kad tu ada dalam tong sampah. "Rugi ke kalau aku pergi...bukan ke semua orang lagi suka kalau aku tak ada dekat sini?"

Ace tunduk ke bawah buat seketika sambil gosok belakang tengkuk dia. "Bukan semua orang...saya suka awak ada dekat sini"sebutnya dengan perlahan.

Hazel dengar tapi buat tak dengar. Dia malas nak melayan benda remeh temeh macam ni. "Dah la...aku nak balik. tutup lampu situ kalau keluar.."arahnya dengan selamba semasa gerak ke pintu.

Ace cepat-cepat berpaling lantas bersuara. "Biar saya hantar awak balik.."ajunya.

Hazel toleh ke belakang sambil pegang pemegang pintu itu. Dah kenapa?Tiba-tiba nak hantar orang. Selama ni tak ada pulak. "Tak apa. Aku balik sendiri."tolak dia begitu saja sebelum keluar dari situ.

"Ta-"

BANG!

Pintu itu tertutup sebelum Ace sempat nak habiskan kata-katanya. Dengan hela nafas Panjang dilepaskan bahu Ace jatuh hilang semangat. Kenapa la susah sangat nak dapatkan perhatian Hazel ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience