38.

Drama Completed 12530

Seminggu je

Lepas tu dia out

Memang tak la nak duduk lama-lama dengan si Austin ni.

Mahu botak kepala.

Beritahu...Austin ni lelaki ke perempuan?

Huh?

Asal mulut tu suka sangat bercakap?

Makcik jiran sebelah pun tak ada nak banyak cakap macam abang dia yang seorang ni la!

Itu salah ini salah jangan buat tu jangan buat.
Ihh...tolong la.

Lepas tu dia keluar dari situ.

Terus masuk kerja.

Tak betah duduk lama!

Masalahnya ingatkan Austin je..rupanya semua lelaki sama je.

Memangnya dia orang kalau overprotective akan banyak bercakap ya?

Memandangkan luka lecur dia masih ada tapi boleh gunakan tangan dan sakit, Hazel ambil keputusan untuk memasak semula walaupun Ace banyak sangat larangan dia.

"See...saya dah cakap tangan awak tak kuat lagi tu...cuti dulu.."bebel Ace masa perhatikan Hazel lemparkan makanan di dalam api dan buatkan api itu menyambar naik ke udara menggunakan dua tangan. Biasanya Hazel guna satu tangan. Disebabkan luka dia tak kuat nak guna satu tangan saja kali ni. Jadi kerja dia lambat sikit nak siap.

"Biar aku buat..."minta Austin.

Staf dan chef lain yang sedang bekerja pandang pelik ke ketua chef dan sous chef mereka. Pelik dua orang tu berkepit dengan Hazel sepanjang hari Hazel bekerja.

Sementara Hazel sama sekali not give any damn care about it!

"Macam mana kalau luka melecur tu terdedah dengan minyak ke apa.."Ace yang cuba pujuk Hazel supaya berhenti dari memasak dan cuti sehingga tangan itu sembuh.

"Ya..dengar la kata ketua tu..dia bagi kau cuti tu hah.."pujuk Austin pula.

You know what f*ck this!

Lama-lama dia boleh menyirap jugak hadap dua orang ni. Kang...dia goreng dua-dua jadi sotong bologne baru tahu.

"YAH!"tempik Hazel yang meletakkan kuali dengan kasar atas dapur.

Menikus terus dua orang tu serta merta.

"Berhambus tak boleh ke?"marah dia pada Austin lalu ke Ace. Lantak la situ lelaki ni ketua chef ke apa ke! Aish! Rimas. "Biarkan aku buat kerja aku. Tahu la aku. Luka aku. Sakit aku. Aku yang rasa tak susahkan kau orang."sudip dekat tangan tu di tunjuk-tunjuk depan muka Ace dan Austin silih ganti.

"Baik..."dengan patuh dua orang tu tunduk minta diri lalu gerak ke post masing-masing.

Hazel perhatikan langkah dua orang tu dengan tangan kanan mencekak pinggang dan muka kesal. Naik tekanan darah dia lama-lama macam ni. Apa ke bebal sangat kepala tu sampai tak boleh nak faham bahasa.

Austin curi-curi tengok ke Hazel.

"Jangan pandang!"sentap Hazel sambil acukan sudip ke Austin bila perasan abang dia perhatikan dia.

Cepat-cepat Austin tunduk dan sambung potong ikan dekat papan board yang tergendala tadi.

"Kau sekali....dekat aku lagi...siap kau!"pandang Hazel ke Ace pula sambil buat muka nak maki.

Mencicit terus Ace ke dalam pejabat seperti tikus takutkan kucing.

Dan bila Hazel perasan keadaan dapur menjadi senyap semacam dia pandang sekelilingnya dengan renungan marah.

"Apa?Tak pernah nampak orang stress ke?"sentap dia pada chef dan waiter yang ada dekat situ yang perhatikan dia.

Seperti Austin dan Ace sendiri, semua yang ada di situ teruskan kerja masing-masing. Tak berani nak balas atau cari pasal dengan Hazel.

"Hii..."ngeluh Hazel dengan bengang semasa siapkan hidangan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience