32.

Drama Completed 12530

Curi-curi tengok, Austin dekati Hazel lepas Ace tak kelihatan. Lelaki tu kan...lain macam betul layanan dengan Hazel, sampaikan dia nak dekat Hazel pun tak boleh. Baru dekat je dah di suruh itu dan ini macam kuli. Mujurla lelaki tu lagi tua dari dia. Kalau tak lama dah kena maki! Sia-sia je jadi ketua chef.

"Psst"desis Austin sambil pukul telur dalam mangkuk keluli untuk dijadikan tart nanti.

Hazel yang sedang memotong hirisan bawang dan cili itu hanya berjeda pendek. "Hm."

"Asal malam tadi aku tak nampak kau?"bisik Austin lagi sambil curi-curi lihat lagi. Takut kang, si Ace tu munculkan diri tiba-tiba dan seksa dia satu hari ni.

"Aku balik."jawab Hazel semasa letakkan bawang dan cili yang dihiris tadi dalam mangkuk berisi tepung. Dia nak buat pancake sayur.

Austin pandang tepi wajah Hazel dengan mata terbutang luas. "Dengan siapa?"

"Sendiri...Hish..kau ni kan jauh sikit boleh tak. Aku nak buat kerja ni."Hazel sondol badan abangnya ke tepi supaya beri ruang untuk dia capai bahan lain dekat tengah kaunter tu. Orang sibuk nak masak time ni jugak nak bergosip.

Austin buat muka menyampah sebelum beri jelingan lalu kembali ke kaunter memasak dia semula.

Hazel pandang balik bahu dia bila Austin menjauh. Lalu kembali mengandun tepung dalam mangkuknya. Malam tadi Jax hantar dia balik dari majlis ulang tahun kelahiran Damien terus mereka balik rumah masing-masing. tak ada yang special pun selain bertekak dalam kereta sepanjang perjalan tu.

"Hazel!Set B dua"laung waiter tiba-tiba.

Tanpa menyahut, Hazel serahkan adunan pankek sayur dia ke chef belakang kaunter dia untuk gorengkannya. Dia cuci tangan bersih-bersih lalu keringkan tangan ke tuala yang tergantung di pinggangnya.

Baru saja Hazel hendak gerak ke arah ruangan bahan, mata Hazel ternampak pemegang kuali leper dekat Chef Ken terjulur keluar dekat luar, kebetulan punggung Chef Johnny betul-betul dekat pemegang tu. Dalam masa yang sama, Austin sedang berdiri dekat sebelah kuali tu.

Kalau terlanggar je sikit, kuali tu akan terbalik atau tumpahkan segala apa yang ada padanya ke atas Austin masa tu.

Pada masa itu jugakla Ace berjalan keluar dari pejabar sambil pegang papan carta

Tanpa berlengah, Hazel lari ke arah kaunter itu dengan melompat naik atas counter top letak barang dan mendarah ke seberang kauter Chef Ken.

Tepat pada masa itu, badan Austin di tolak jauh dari situ sewaktu Chef Johnny berpaling.

Dan punggung lelaki itu melanggar pemegang kuali leper tersebut sebelum ia bergerak jatuh ke tepi lalu terbalik mengenai Hazel yang baru sahaja hendak berpaling beri amaran.

SPLASH!

KELETANG!

Kuah masakan yang menggelegak dalam kuali itu mengenai tepi lengan Hazel sebelum kuali leper itu terbalik atas lantai.

"Ah!"Hazel terundur ke belakang dengan kening berkerut.

Habis sunyi sepi terus dapur tu setelah kejadian itu berlaku. Tak ada siapa yang nampak apa yang berlaku. Tak siapa sebab semua orang sibuk lakukan kerja mereka. Kecuali Ace sebab masa tu lelaki tu dah nampak awal-awal lagi lepas Hazel lari.

"Hazel!"dengan serentak dua suara berbeza ton memanggil nama itu.

Austin terlebih dahulu dapatkan Hazel sebab dia paling hampir dengan adik dia. Dia peluk badan Hazel dan heret adik dia ke arah paip dengan lekas-lekas. dibuka semua kepala paip yang ada di situ. Lalu di pancurkan ke atas lengan Hazel.

"Auw!"rintih Hazel dengan kuat sebaik air sejuk menyentuh permukaan kulitnya yang sedang kepanasan itu.

Tak lama kemudian Ace berdiri di sebelah. "Teruk ke?"soal dia dengan wajah cemas.

"Kita kena bawak dia ke hospital ni."maklum Austin setelah lihat kulit Hazel sudah mula menggelembung.

"Biar aku bawak dia...kau jaga dapur..."aju Ace serta merta.

"Ta-"

"Jaga dapur."tegas Ace sebelum peluk bahu Hazel dan gerak keluar dari dapur itu.

Austin yang bingung tak faham apa yang baru  berlaku pandang sekeliling dapur. Ramai mata terarah pada dia waktu itu. "Tunggu apa lagi..sambung kerja tu.."arah dia sebagai sous chef dapur sambil mencekak pinggang. Berasa risau akan Hazel!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience