2 tahun kemudian.....
la Déesse Tropicale
Nama pada papan restoran dibaca dia dengan renungan letih. Bergerak jauh semata untuk pergi ke retoran ini?"Tak ada tempat lain ke?"tanya Jax semasa topang pipi dengan penumbuk dia masa tunggu kereta di parkir.
"Saya dengar tempat ni baru bukak tapi sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Disebabkan restoran ni la pekan ni jadi popular dan ramai orang luar datang.." jelas manager Jax di sebelahnya.
Jax lepaskan keluhan letih. Dia tak mood nak keluar makan. Apa dia tahu dia nak balik, mandi dan tidur serta merta! "It better worth it."keluhnya.
Tak lama kemudian setelah parkir, Jax, manager dia dan juga driver keluar dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam restoran tersebut.
Kehadiran mereka bertiga buatkan beberapa kepala berpaling kerana tertarik melihat lelaki lampai berwajah kacak masuk ke dalam ruangan tersebut.
Jax dengan muka tak suka dan tak puas hati, hanya berdiri di situ dengan tangan berada dalam poket seluar.
Pada masa yang sama muncul seorang wanita dari belakang mereka lalu gerak melintasi sebelah Jax dan masuk ke dalam dapur sejurus itu.
"Mari kita duduk sana.."ajak manager Jax.
Bersama muka tak suka, Jax ikut kan saja langkah managernya ke meja berdekatan dengan board yang tertampal banyak benda padanya.
Duduk saja di situ, manager dan driver tadi mula memeriksa menu dalam buku menu di meja tersebut. Sedang mereka memilih makanan yang mereka hendak makan, Jax tanggalkan cermin mata hitam dia untuk lihat lebih jelas sekeliling ruangan tersebut. Dan ketika itu la sesuatu menarik kedengaran.
"Apa kata makan crab rissoto saffron ni?" aju manager.
Tersentak kepala Jax, dia palingkan kepala dia ke managernya. Kening dia berkerut. Bukan ke itu...
"Boleh jugak...Jax?"manager Jax pandang dia dengan muka expectant. Tunggu Jax cadangkan apa yang nak di makan.
Tak tahu nak cakap apa, Jax angguk kepala.
"Waiter..."panggil manager sambil angkat tangan.
Disebabkan Jax duduk membelakangkan arah waiter datang, dia langsung tak perasan. Sehinggala waiter itu bersuara.
"Hai..selamat datang. Boleh saya ambil pesanan."sapa suara itu.
Terus snap Jax dibuatnya. Ibarat senak dada dia taktala suara tu sapa betul-betul dekat sebelah dia, Mata dia terbutang luas, nafasnya tak nenentu, dada dia sesak. Tapi tak bergerak.
"Berikan kami tiga set crab rissoto ni.."minta manager Jax sambil pandang buku menu lalu ke waiter yang mengikat rambut satu itu.
"Baik...ada apa-apa tambahan lagi?"tanya Hazel sambil tunduk mencatat pesanan tadi.
Manager Jax pandang ke Jax.
"Jax...kau nak minum apa-apa tak?"
Tersentak terus kepala Hazel bila dengar nama tu. What?! Hazel gerakkan kepalanya ke bawah dimana Jax sedang duduk hadap ke depan tegak tidak bergerak.
Tak mungkin!
Dia kepal penumbuk menahan sabar."Tak." jawab Jax dengan dingin, Sikit pun tak pandang. Dia hanya renung ke depan dengan ketapan gigi.
Hazel angguk kepala sebelum gerak pergi dari situ seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Share this novel