12.

Drama Completed 12530

PLONK!

Mata Hunter tak berkedip bila tengok hidangan dekat pinggan dia sebelum naik memandang tukang hantarnya. "So chef ke yang sediakan masakan saya selama ni?"soal dia sambil capai garfu dan pisau dari tepi pinggannya. Sedia nak makan!

"Uh..saya cuma bantu saja.."

Baru je garfu dan pisau tu nak sentuh sandwich, Hunter angkat kepala memandang lelaki berpakaian putih dan bertopi chef sebelah mejanya itu. Excuse me?

"Bukan chef..."Hunter kecilkan mata membaca nametag pada uniform itu. "Austin yang masak hidangan saya?"soal dia dengan perasaan jengkel sedikit. Bukan ke dia mintak jelas-jelas tadi yang dia nak jumpa tukang masak yang bertanggungjawab sediakan makanan dia selama ni!

"Ya...bukan saya...tapi chef seorang lagi.."  jawab Austin dengan kedua-dua tangan di depan perut.

Sedaya upaya Hunter control reaksi di wajah dia supaya tidak kelihatan marah. Dengan senyuman terpaksa dia pandang Chef Austin semula. "Kalau macam tu kenapa bukan dia yang hantar?Saya rasa saya jelas beritahu saya mahu dia yang menghantar hidangan ni kepada saya?"

Austin pandang serba tak kena ke Hunter. "Maafkan saya tuan...dia-"

"Apapun...suruh dia keluar sekarang atau saya yang pergi jumpa dia sendiri."arah Hunter sebelum mula mengerat makanannya.

"Baik."patuh Austin, tak berani nak membalas. Masalah pulak nanti kalau dia banyak bercakap. Tanpa berlengah dia berpaling dari situ dan masuk ke dalam dapur semula.

Hunter makan makanannya dengan tekun. Bersunguh dia mendalami masakan itu. Sesungguhnya dia mahu chef ni duduk dengan dia dan sediakan makanan dia setiap hari. Lelaki ke perempuan, tua ke muda. Dia tak peduli!

Tak lama kemudian, Hunter perasan ada yang berdiri di sebelah mejanya. Dan bila dia angkat kepala untuk pandang siapa, keningnya terangkat tinggi. Oh Damn! Terus bangun dia dari duduknya. "Cik Hazel?"tanya dia sambil pandang wajah wanita di depannya.

WHAT THE HECK!

Hazel buat muka tak percaya lepas tengok lelaki di depannya. Serius?Like seriously?Lelaki ni? Oh my god! "Hell no.."sebut dia.

"Ahaha...la. Kita jumpa lagi...kecik betul kan dunia ni..banyak-banyak tempat sini jugak kita berjumpa."senyum Hunter sampai naik telinga lelaki tu. "Jadi awak la yang masak hidangan saya selama ni?"gembira Hunter dapat tahu.

Sementara Hazel rasa baru korek lubang kuburnya sendiri. Asal la Mr.  Weirdo ni jugak! "Ya saya.."jawabnya nak tak nak. Sebab mengenangkan siapa identity lelaki ni. Dia tak nak rosakkan periuk nasi orang lain dengan sikap baran dia nanti.

Hunter gerak ke kerusi berhadapan dengan dia lalu di tarik sedikit ke belakang. "Duduk la kalau macam tu...ada sesuatu yang saya nak bincang dengan awak."pelawa dia.

Bersama renungan skeptical Hazel pandang gesture yang diberikan Hunter kepadanya dengan perasaan rimas. See! Sebab ini la dia tak suka social dengan lelaki. Mereka buatkan dia rasa terbeban. "Tak apa. Saya berdiri je." tolak dia.

Bersama senyuman senang. Hunter tarik lengan Hazel ke kerusi itu. "Haih..jangan la begitu...mana boleh biarkan seorang wanita berdiri macam tu je"

Hak alah! Lelaki ni kan!Sengih-sengih apahal. Menyampah pulak rasa. Mujur la orang berpengaruh, kalau tak lama dah ditempik sebab main pegang-pegang orang. "Fine...apa bendanya tu?"dia duduk dekat kerusi tu dengan muka grumpynya.

Hunter ambil tempat di kerusi tadi lalu menghadap Hazel dengan mata bersinar-sinar teruja. "Saya tak tahu awak chef dekat sini"basa basi dia cuba nak mulakan perbualan.

Duh!Obviously. Siapa tahu kalau masa tu pertama kali jumpa...Urgh! "Ada apa tuan nak jumpa saya bagai ni?Saya ada order lain yang kena sediakan dekat dapur tu..."keluh dia sambil pandang ke tempat lain. Banyak sangat pulak cincongnya.

Hunter masih tersenyum, dia sikit pun tak terasa dengan sikap kasar itu. Malah dia terkesan dengan Hazel yang sikit pun tak tunjukkan minat macam wanita lain berikan pada dia. Yang mana buatkan dia lega. Nampaknya bukan semua perempuan tergila-gilakan dia. "Maafla kalau menganggu...saya minta jumpa sebab saya nak cadangkan sesuatu pada awak

Hazel pandang Hunter dengan kening berkerut tak suka. "Cadangan apa?"Jangan yang bukan-bukan sudah. Kalau ya....memang tak ingin dia masakkan untuk lelaki ni lagi.

"Kerja untuk saya...gaji awak yang sekarang ni saya akan double...eh tak triple kalau awak mahukannya."aju Hunter dengan senyuman senang di bibir.

Double ke triple ke popel ke pipel ke...dia tak nak. Ini bukan soal duit. Ini soal minat dia nak masak dan bagi orang makan makanan dia. Bukan hanya untuk dihidangkan pada satu orang semata. "Saya tak nak."Hazel palingkan kepala ke arah lain dengan tangan bersilang di dada saat sandar ke belakang.

Hunter buat muka pouty lepas dengar. "Kenapa pulak...awak tak suka dengan cadangan gaji tu? Kalau nak saya bo-"

Hazel angkat tangan stop ke Hunter. Duit...duit. Ada tulisan mata duitan ya dekat dahi dia ni. Dah kata tak nak ya tak nak. Faham Bahasa ke tidak. Nak dia cakap Bahasa alien baru nak faham? "Kau ingat semua benda boleh settle dengan duit ke?Dah aku kata tak nak ya tak nak"Hish...menyampah pulak dia lama-lama.

Hunter beri senyuman berharap pada Hazel. "Cuba la pertimbangkan semula. Saya benar-benar suka masakan awak. Kalau awak kerja dengan saya tak ada la saya ulang alik ke sini jauh-jauh semata untuk makan masakan awak.." minta Hunter sambil seluk tangan dalam poket kot dia. Satu dompet kecil yang terisi dengan name card di keluarkan. "Pertimbangkannya sekiranya awak ubah fikiran awak boleh hubungi nombor ni.."sua dia card itu pada Hazel.

Malas nak lama-lama dekat situ, Hazel tarik card tu dari tangan lelaki tu. "Boleh saya pergi sekarang?"tanya dia sejurus itu.

"Sudah tentu...tengah hari nanti saya datang lagi...mung-"

Tanpa tunggu Hunter habiskan kata-kata Hazel bangun dari situ dengan jelingan mata menyampah.

Dengan minat Hunter pandang belakang badan Hazel sewaktu wanita itu berjalan pergi dari situ. Tersenyum dia bila memikirkan semula semasa kali pertama dia nampak Hazel di majlis perkahwinan tempoh hari.

Serius beritahu, itu la kali pertama dia rasa tertarik bila pandang seseorang. Masuk-masuk je dalam ballroom, wajah itu yang pertama dia lihat. Tak sangka pulak lepas dekati Hazel, perangai Hazel lain dari rupa yang di tonjolkan. Dari rupa manis dan ayu itu rupanya mempunyai personality feisty dan tegas.

Bersama sisa senyuman di bibir, Hunter kembali menyambung makannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience