36.

Drama Completed 12530

Hazel berdiri dekat situ buat beberapa minit tanpa bercakap apa-apa sewaktu tiga lelaki lampai depannya ini tak habis-habis bertekak akan sesuatu yang dia sendiri dengar tak dengar.

"Hei!"panggil Hazel dengan letih. Dia dah la tengah sakit macam ni, boleh pulak dia orang nak bertekak depan pintu rumah dia macam ni.

"Well then aku kenal dia selama empat tahun..."jawab Ace.

"Aku rasa masakan dia selama dua tahun...."bidas Hunter yang mati akal nak balas apa.

"Oh really, aku dah berjiran dengan dia dekat dua bulan....kau orang ada?"lawan Jax yang tidak mahu kalah.

Hazel menjuling mata menyampah."Hei...!"panggil dia lagi.

"Sekurang-kurangnya aku dah kerja lama dengan dia...kalau nak dibandingkan dengan encik berdua."ujar Ace.

"Itu tak bermakna dia suka kau kan.."Jax balas.

"Suka?"Hunter pandang tak percaya ke Jax.

Jax pandang Hunter. "Ya la..asal?Tak boleh aku suka dekat dia?"

Mata Ace membutang luas. "Kau suka Hazel?"

Jax mendabik dada. "Ha'ah aku suka dia dulu...so back off!"

"Siapa kata...aku dulu yang kata suka dekat dia!"bidas Ace.

Hunter pandang tak percaya. "Aku suka pada masakan dia dulu baru dia..."

Ace dan Jax pandang antara satu sama lain sebelum pandang Hunter. "Suka dia?Kau dah bertunang!"balas mereka berdua dengan serentak tanpa di rancang. Jelas-jelas berita beritahu Hunter dah bertunang dengan Janis.

"Well itu untuk hubungan bisnes. Lagipun aku tak pernah suka dia pun."balas Hunter dengan yakin.

"God help me..."sebut Hazel sambil tepuk dahi tak percaya.

DING!

Pintu lif terbuka sekali lagi. Dengan serentak keempat-empat kepala berpaling memandang ke arah lelaki yang berjalan keluar dari situ bersama plastik beg di tangan.

Austin yang sedang pandang skrin telefon itupun angkat kepala pandang ke depan sebelum bertentang mata dengan semua di situ.

"Dah siapa pulak kau ni?"tanya Jax dengan muka tak suka.

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Ace dengan muka tak percaya.

"Kau chef hari tu kan?"tunjuk Hunter ke Austin.

Silih ganti Austin pandang ketiga-tiga lelaki di depannya sebelum ke sisi dia dimana Hazel sedang berdiri. "Apa yang tengah berlaku ni?"tanya dia sambil pandang Hazel dan tunjuk ke arah tiga lelaki tu

Hazel buat muka sambil jungkit bahu tak tahu.

"Jangan cakap kau orang yang suka Hazel jugak?"soal Jax dengan muka devastated.

Laju kepala Austin berpaling ke Jax. "What suka?"dia pandang Hazel semula. "Siapa dia?"tunjuk dia ke Jax.

"Aku jiran dia..."jawab Jax untuk Hazel.

"Dan kenapa Tuan Hunter ke sini?"tanya Austin pada Hunter pula.

"Saya nak lawat Hazel lepas dengar dia cedera di dapur."jawab Hunter.

Kini giliran Ace pula yang tanya. "Kenapa kau dekat sini pulak?"

Tersengih meleret Austin lepas dengar. Well tiga orang lelaki ni kalau sukakan adik dia, dia orang kena berurusan dengan dia dulu.

"Aku?"Austin pandang Hazel sambil tersengih.

Hazel yang lihat menjuling mata menyampah. Mula la ni...tak sorang-sorang nak tunjuk fe'el mereka. Apa la nasib dia terlibat dengan mereka semua ni?

"Well ..FYI. Aku adalah abang kandung cik Hazel June kita yang comel ni.."jawab Austin dengan renungan jahat dia. "So aku tak kira siapapun kau orang semua, ketua ke tuan punya hotel ke super model ke...adik aku hak aku. So tolong pergi dari sini."pandang dia seorang demi seorang dengan renungan 'duh'

Terkedu mereka bertiga dekat situ lepas dengar.

"Jom...kau tidur dekat apartment aku hari ni...tempat ni tak selamat untuk kau.."ajak Austin sambil tekan butang turun lif tu.

Hazel pandang mereka bertiga sekilas sebelum berdiri di samping Austin. Dan masuk ke dalam lif tak lama kemudian setelah ia berhenti di tingkat itu.

Tiga orang tu dah terdiam dan malu habis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience