33.

Drama Completed 12530

"Teruk ke kecederaan dia doktor?"tanya Ace dekat sebelah dengan muka risau dia.

Hazel dekat sebelah dah devastated sangat sebab tahan sakit sejak tadi bila luka melecur dia panas je rasa dekat dalam balutan di lengan kanan dia waktu itu.

"10 peratus...agak serius jugak. Sebab ianya dah melepuh, Mungkin seminggu dua baru kesan lecur ni surut."jawab doktor.

"Terima kasih doktor."ucap Ace sejurus itu. Dia bangun sambil pegang belakang bahu Hazel.

"Pastikan jauh dari air ya. Sebolehnya luka lecur tu kena kering dan bersih sepanjang masa."pesan doktor itu lagi sewaktu berdiri menghantar mereka keluar dari situ.

Keluar saja dari ruangan doktor, Hazel tolak tangan Ace turun dari bahu dia dan jalan maju ke depan terlebih dahulu. Meninggalkan Ace dekat belakang.

"Hazel..."panggil Ace semasa berlari mengejar Hazel.

Tanpa berhenti Hazel maju ke depan dengan laju. Tangan dia je yang sakit kaki dia okay je.

"Hei...tunggu la. Kenapa nak cepat sangat ni. Kan awak tengah cedera tu?"Ace serta Hazel tak lama kemudian. Dia cuba pegang belakang Hazel lagi. Tapi ditolak Hazel.

"Tak payah pegang...aku boleh jalan sendiri." tegah Hazel sambil jeling ke tepi tanpa berpaling memandang Ace. Haish!Rimas betul la!

Ace bengang. Malas nak cakap banyak, dia terus dukung badan Hazel lalu di letakkan atas bahu dia.

"Ah!"terkejut Hazel lepas di dukung dengan lelaki lampai tu. Mak!Gayat! "Apa ni! Turunkan aku la!"

"No! Awak cedera...so saya kena make sure awak tak gerak banyak!"

Hazel dah merah padam, bukan sebab darah dia mengalir ke otak dia, tapi sebab malu dengan orang sekitar hospital tu. "Ace!"marah Hazel sambil pukul belakang badan lelaki tu dengan tangan sebelah lagi.

Bersama muka serius biasa dia, Ace sikit pun tak tunjuk rasa malu masa dukung Hazel macam tu.

Sampai keluar la keadaan mereka macam tu. Dah bila tiba di kereta baru la Ace turunkan Hazel.

"Perlu ke kau dukung aku macam tu?"bebel Hazel semasa berdiri depan Ace yang berdiri melampai depan dia waktu itu.

Dengan marah Ace letak tangan dekat atas hood kereta belakang Hazel dan buatkan Hazel bersandar dekat kereta tu. Perlahan-lahan dia dekatkan wajah dia depan muka Hazel. "Beritahu saya apa ada dalam kepala awak masa tu?Hah?Lari dalam dapur dan lontarkan diri dalam bahaya macam tu je."soal dia dengan kesal. Tahu tak betapa sakitnya dada dia masa pandang Hazel tersimbah dengan benda panas tadi. Drop dead dia dekat situ jugak. Kalau jantung tu boleh tertanggal agaknya dah tertanggal dari tangkainya.

Hazel telan air liur sewaktu memandang Ace yang begitu hampir dengan wajah dia. Hinggakan nafas dari hidung lelaki itu menyapa wajah dia.

"Aku tak tahu apa kau cakapkan."dia palingkan kepala ke kanan.

Ace pegang bawah dagu Hazel dan paksa Hazel kembali memandang dia. "Awak tahu tak awak hampir buat saya kena heart attack tadi...tengok sekarang apa yang jadi."dia tunjuk tangan kanan yang sudah berbalut. "Cedera. Siapa yang tanggung sakit tu?Awak kan?Suka ke?"marahnya.

Berasa jengkel tiba-tiba dirinya di marahi, Hazel guna tangan kiri dia untuk tolak Ace jauh dari dia, tapi lelaki tu pegang tangan kirinya lalu di bawah ke kereta dengan tolakkan kuat tapi tak menyakitkan.

Mencerlung tak puas hati kening Hazel."Lepaskan aku la. Jauhkan diri kau dari aku. Kalau aku sakit pun bukannya aku susahkan kau. Nak marah kenapa. Benda nak jadikan!"marah dia pula di depan muka Ace. Hish. Menjengkelkan betul.

"Beritahu saya...kenapa awak selamatkan Austin. Apa dia pada awak?Kebelakangan ni saya perhati bukan main rapat lagi awak berdua ya. Balik sama-sama datang sama-sama. Curi-curi berbual."tanya Ace dengan nada marah tapi perlahan.

Hazel pijak kaki Ace.

Seakan seperti tiada apa-apa berlaku, Ace hanya berdiri di situ memandang Hazel. Kening hitam dia mencerlung tajam. Nampak sangat yang dia sedang marah.

"Beritahu saya Hazel..."

Berasa tak percaya dengan reaksi Ace yang sikit pun tak terkesan dengan pijakan itu. Hazel hanya lepaskan keluhan mengalah. Kalau dia tak cedera lama dah dia bukak langkah jinjutsu dia.Lelaki ni memang suka memaksa ya?

"Yang kau sibuk nak tahu kenapa? Apa urusannya dengan kau?"soal Hazel.

"Obviously...takkan itu pun saya nak beritahu.." jawab Ace dengan nada kesal.

"No i don't get it."

Ace jauhkan diri dari Hazel lalu undur ke belakang sebelum menguak rambut dia ke belakang dengan bengang. "Hazel...apa yang susah sangat nak faham....ya sebab saya sukakan awak la....sejak tahun pertama lagi awak kerja dekat sini...saya dah sukakan awak..sekarang awak faham kenapa saya marah bila nampak awak dan Austin rapat macam tu...dah marah bila awak cedera macam ni.."luah Ace dengan bengang pada Hazel sambil lemparkan tangan kanan dan kiri dengan marah.

Terkedu Hazel dekat situ lepas dengar. "Huh?"

"Sorry.."hela Ace dengan kesal.

Semakin terkedu Hazel selepas itu. "Untuk apa?"

Ace pandang serba salah ke Hazel semasa larikan rambut dengan jari jemari sebelum direnggut perlahan. Dia dekati Hazel lalu pegang bahu kiri itu.. "Tak patut saya tinggikan suara dekat awak macam tadi...luapkan la apa saya cakap tadi...saya cuma terlalu emosi."kata dia dengan perlahan sambil gerakkan Hazel ketepi sikit untuk buka pintu kereta.

Dengan muka dumbfounded Hazel perhatikan Ace. Ketua chef sukakan dia sejak tahun pertama dia kerja?Kalau macam tu kenapa baru sekarang nak beritahu?

Buka saja pintu kereta, Ace dorong Hazel masuk ke dalam kereta sebelah tempat pemandu dengan lemah lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience